kitab menuntut dan melunaskan hutang, senarai hitam dan pengisytiharan muflis
كتابٌ فِي الِاسْتِقْرَاضِ وَأَدَاءِ الدُّيُونِ وَالْحَجْرِ وَالتَّفْلِيسِ
Bab Orang yang Membeli Secara Hutang dalam Keadaan Tiada Duit
Bāb Man Ishtarā bi al-Dayn wa Laysa ʿinda-hu Thamanu-hu aw Laysa bi-Ḥaḍrati-hi
بَاب مَنْ اشْتَرَى بِالدَّيْنِ وَلَيْسَ عِنْدَهُ ثَمَنُهُ أَوْ لَيْسَ بِحَضْرَتِهِ
2385 - Muhammad bin Yusuf menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Jarir mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Mughirah, daripada al-Sya‘bi, daripada Jabir bin Abdullah , beliau berkata, Saya pernah berperang bersama Nabi ﷺ, lalu baginda menawarkan, “Bolehkah saya membeli untamu?” Saya bersetuju, dan baginda menyerahkan bayarannya semasa sudah tiba di Madinah.
2385 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْمُغِيرَةِ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ غَزَوْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَيْفَ تَرَى بَعِيرَكَ أَتَبِيعُنِيهِ قُلْتُ نَعَمْ فَبِعْتُهُ إِيَّاهُ فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ غَدَوْتُ إِلَيْهِ بِالْبَعِيرِ فَأَعْطَانِي ثَمَنَهُ
2386 - Mu‘alla bin Asad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdul Wahid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-A‘masy menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Kami menyebut tentang sistem cagaran dalam kelas Ibrahim. Beliau berkata, al-Aswad menyampaikan kepada saya, daripada ‘A’isyah , bahawasanya Nabi ﷺ membeli sehidang makanan dari seorang Yahudi secara kredit, dengan mencagarkan baju perang besi baginda.
2386 - حَدَّثَنَا مُعَلَّى بْنُ أَسَدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ قَالَ تَذَاكَرْنَا عِنْدَ إِبْرَاهِيمَ الرَّهْنَ فِي السَّلَمِ فَقَالَ حَدَّثَنِي الْأَسْوَدُ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْتَرَى طَعَامًا مِنْ يَهُودِيٍّ إِلَى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا مِنْ حَدِيدٍ
Bab Orang yang Meminjam dengan Niat Membayarnya atau Tidak Membayarnya
Bāb Man Akhadha Amwāl al-Nās Yurīd Adāʾa-hā aw Itlāfa-hā
بَاب مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَوْ إِتْلَافَهَا
2387 - Abdul Aziz bin Abdullah al-Uwaysi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sulayman bin Bilal menyampaikan kepada kami, daripada Tsawr bin Zayd, daripada Abu al-Ghayts, daripada Abu Hurayrah , daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Sesiapa yang meminjam dengan niat mahu melunaskannya semula, Allah akan membantunya melunaskan. Sesiapa yang meminjam dengan niat mahu mempersia-siakannya, Allah akan mempersia-siakannya.”
2387 - حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأُوَيْسِيُّ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ
Bab Melunaskan Hutang
Bāb Adāʾ al-Duyūn
بَاب أَدَاءِ الدَّيْنِ
Firman Allah, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ﴿۞ إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨﴾
2388 - Ahmad bin Yunus menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Syihab menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Zayd bin Wahb, daripada Abu Dzarr , beliau berkata, Suatu ketika, saya pernah bersama Rasulullah ﷺ ketika baginda sedang memandang gunung Uhud. Baginda bersabda, “Jika saya memiliki emas sebesar gunung Uhud pun, saya tidak akan gembira melainkan setelah tiga hari, saya menyedekahkan semuanya, sehingga hanya berbaki beberapa tahil untuk saya bayar hutang.” Kemudian baginda bersabda, “Orang-orang yang kaya di dunia ini sedikitlah pahalanya di akhirat, kecuali orang-orang yang membelanjakan hartanya di sana-sini (di jalan Allah), dan alangkah sedikitnya mereka.” Kemudian baginda menyuruh saya tinggal di tempat saya dan pergi tidak jauh. Saya mendengar suara dan berniat untuk pergi kepadanya tetapi saya teringat pesanannya, “Tinggal di tempat anda sehingga saya kembali.” Sekembalinya saya berkata, “Wahai Rasulullah, apakah bunyi yang saya dengar itu?” Baginda berkata, “Adakah kamu mendengar sesuatu?” Saya mengiakan. Baginda bersabda, “Jibril datang dan berkata kepadaku, “Sesiapa di antara pengikutmu yang mati dalam keadaan tidak menyembah sesiapa pun bersama Allah, akan masuk syurga.” Abu Dzarr berkata, “Walaupun dia melakukan perkara begini dan begitu (iaitu walaupun dia mencuri atau melakukan persetubuhan haram)” Baginda bersabda, “Ya.”
2388 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا أَبُو شِهَابٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أَبْصَرَ يَعْنِي أُحُدًا قَالَ مَا أُحِبُّ أَنَّهُ تَحَوَّلَ لِي ذَهَبًا يَمْكُثُ عِنْدِي مِنْهُ دِينَارٌ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا دِينَارًا أُرْصِدُهُ لِدَيْنٍ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الْأَكْثَرِينَ هُمْ الْأَقَلُّونَ إِلَّا مَنْ قَالَ بِالْمَالِ هَكَذَا وَهَكَذَا وَأَشَارَ أَبُو شِهَابٍ بَيْنَ يَدَيْهِ وَعَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ وَقَلِيلٌ مَا هُمْ وَقَالَ مَكَانَكَ وَتَقَدَّمَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَسَمِعْتُ صَوْتًا فَأَرَدْتُ أَنْ آتِيَهُ ثُمَّ ذَكَرْتُ قَوْلَهُ مَكَانَكَ حَتَّى آتِيَكَ فَلَمَّا جَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ الَّذِي سَمِعْتُ أَوْ قَالَ الصَّوْتُ الَّذِي سَمِعْتُ قَالَ وَهَلْ سَمِعْتَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقَالَ مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِكَ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ قُلْتُ وَإِنْ فَعَلَ كَذَا وَكَذَا قَالَ نَعَمْ
2389 - Ahmad bin Syabib bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Bapa saya menyampaikan kepada kami, daripada Yunus, beliau berkata, Ibn Syihab berkata, ‘Ubaydullah bin Abdullah bin ‘Utbah menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Abu Hurayrah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika saya memiliki emas sebesar gunung Uhud pun, saya tidak akan gembira melainkan setelah tiga hari, saya menyedekahkan semuanya, sehingga hanya berbaki beberapa tahil untuk saya bayar hutang.”
2389 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ شَبِيبِ بْنِ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ يُونُسَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ قَالَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا يَسُرُّنِي أَنْ لَا يَمُرَّ عَلَيَّ ثَلَاثٌ وَعِنْدِي مِنْهُ شَيْءٌ إِلَّا شَيْءٌ أُرْصِدُهُ لِدَيْنٍ رَوَاهُ صَالِحٌ وَعُقَيْلٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ