kitab minuman
كِتَابُ الأَشْرِبَةِ
Bab Firman Allah : “Sesungguhnya meminum arak, berjudi, korban untuk berhala dan mengundi nasib menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan. Maka jauhilah ia agar kamu berjaya”.
Bāb Qawl Allāh Taʿālā innamā al-Khamru wa al-Maysiru wa al-Anṣābu wa al-Azlāmu Rijsun min ʿAmai al-Shayṭān…
بَابُ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {إِنَّمَا الخَمْرُ وَالمَيْسِرُ وَالأَنْصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ، فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ} [المائدة: 90]
5575 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Nafi’, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang minum arak di dunia kemudian dia tidak bertaubat kerananya maka akan di haramkan baginya pada hari Akhirat”.
5575 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ شَرِبَ الخَمْرَ فِي الدُّنْيَا، ثُمَّ لَمْ يَتُبْ مِنْهَا، حُرِمَهَا فِي الآخِرَةِ».
5576 – Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami, Syu’ayb mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, Sa’id bin al-Musayyib mengkhabarkan kepadaku bahawa dia mendengar Abu Hurayrah , bahawa Rasulullah ﷺ pada malam Isra’ Mi’raj di Iliya’ dibawakan dua mangkuk kepadanya berupa arak dan susu. Lalu baginda melihat kedua-duanya. Kemudian baginda mengambil susu. Jibril berkata, “Segala pujian bagi Allah yang menunjukkan kepada engkau fitrah. Sekiranya engkau mengambil arak nescaya sesatlah umatmu”. Ma’mar, Ibn al-Haad, ‘Utsman bin ‘Umar dan al-Zubaydiy menjadi mutabi’ kepada Syu’ayb, meriwayatkan daripada al-Zuhri.
5576 – حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ المُسَيِّبِ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ بِإِيلِيَاءَ بِقَدَحَيْنِ مِنْ خَمْرٍ وَلَبَنٍ، فَنَظَرَ إِلَيْهِمَا، ثُمَّ أَخَذَ اللَّبَنَ، فَقَالَ جِبْرِيلُ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَاكَ لِلْفِطْرَةِ، وَلَوْ أَخَذْتَ الخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ. تَابَعَهُ مَعْمَرٌ، وَابْنُ الهَادِ، وَعُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ، وَالزُّبَيْدِيُّ، عَنِ الزُّهْرِيِّ.
5577 – Muslim bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, Hisyam menyampaikan kepada kami, Qatadah menyampaikan kepada kami, daripada Anas katanya, “Aku mendengar daripada Rasulullah ﷺ satu hadits yang mana tidak akan ada selainku menceritakannya kepada kamu. Katanya, “Di antara tanda-tanda Kiamat adalah kejahilan semakin nyata, ilmu berkurangan, zina berlaku secara terbuka, arak diminum, para lelaki menjadi sedikit, para wanita menjadi ramai sehingga lima puluh orang perempuan, penjaga mereka hanya seorang lelaki sahaja”.
5577 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، حَدَّثَنَا قَتَادَةُ، عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثًا لاَ يُحَدِّثُكُمْ بِهِ غَيْرِي، قَالَ: مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ: أَنْ يَظْهَرَ الجَهْلُ، وَيَقِلَّ العِلْمُ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا، وَتُشْرَبَ الخَمْرُ، وَيَقِلَّ الرِّجَالُ، وَيَكْثُرَ النِّسَاءُ، حَتَّى يَكُونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً قَيِّمُهُنَّ رَجُلٌ وَاحِدٌ.
5578 – Ahmad bin Shalih menyampaikan kepada kami, Ibn Wahb menyampaikan kepada kami, katanya, “Yunus mengkhabarkan kepadaku, daripada Ibn Syihab katanya, “Aku dengar Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman dan Ibn al-Musayyib berkata, “Abu Hurayrah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak berzina seorang penzina ketika dia melakukannya dalam keadaan dia mukmin. Tidak minum arak ketika dia meminumnya dalam keadaan dia mukmin. Tidak mencuri seorang pencuri ketika dia melakukannya dalam keadaan dia mukmin”. Ibn Syihab berkata, “’Abd al-Malik bin Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman bin al-Harits bin Hisyam mengkhabarkan kepadaku bahawa Abu Bakar menceritakan kepadanya daripada Abu Hurayrah. Kemudian dia berkata, “Abu Bakar selalu menyebutkan sekali kesemua yang disebut (seperti hadits di atas) ayat ini: “Dan seseorang tidak akan meragut sesuatu yang berharga di mana orang ramai memandang kepadanya pada ketika dia meragut sedang dia dalam keadaan mukmin”.
5578 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، وَابْنَ المُسَيِّبِ، يَقُولاَنِ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ الخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ». قَالَ ابْنُ شِهَابٍ: وَأَخْبَرَنِي عَبْدُ المَلِكِ بْنُ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ: أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، كَانَ يُحَدِّثُهُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، ثُمَّ يَقُولُ: كَانَ أَبُو بَكْرٍ يُلْحِقُ مَعَهُنَّ: «وَلاَ يَنْتَهِبُ نُهْبَةً ذَاتَ شَرَفٍ، يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ أَبْصَارَهُمْ فِيهَا، حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ».
Bab Arak Daripada Anggur
Bāb inna al-Khamr min al-ʿInab
بَابٌ: الخَمْرُ مِنَ العِنَبِ
5579 – Al-Hasan bin Shabbah menyampaikan kepada kami, Muhammad bin SAbuq menyampaikan kepada kami, Malik iaitu Ibn Mighwal menyampaikan kepada kami, daripada Nafi’, daripada Ibn ‘Umar katanya, “Sesungguhnya arak telah diharamkan dan tiada sedikit pun di Madinah yang berbaki (pada ketika itu)”.
5579 – حَدَّثَنَا الحَسَنُ بْنُ صَبَّاحٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَابِقٍ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ هُوَ ابْنُ مِغْوَلٍ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «لَقَدْ حُرِّمَتِ الخَمْرُ وَمَا بِالْمَدِينَةِ مِنْهَا شَيْءٌ».