kitab orang sakit

كِتَابُ المَرْضَى

Bab Kafarah Orang Sakit Dan Firman Allah : “Sesiapa yang melakukan keburukan maka dia akan dikenakan balasan dengan sebabnya”.

Bāb Mā Jāʾa fī Kaffārat al-Maraḍ

بَابُ مَا جَاءَ فِي كَفَّارَةِ المَرَضِ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ} [النساء: 123]

5640 – Abu al-Yaman iaitu al-Hakam bin Nafi’ menyampaikan kepada kami, Syu’ayb mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri katanya, ‘Urwah bin al-Zubayr mengkhabarkan kepadaku bahawa ‘Aisyah  iaitu isteri Nabi ﷺ berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiada satu pun musibah yang menimpa orang muslim melainkan Allah ampunkan dosanya dengan sebab musibah itu sekalipun duri yang mencucuknya”.

5640 – حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ الحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ، أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا مِنْ مُصِيبَةٍ تُصِيبُ المُسْلِمَ إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا عَنْهُ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا».

5641, 5642 – ‘Abdullah bin Muhammad menyampaikan kepadaku, ‘Abd al-Malik bin ‘Amr menyampaikan kepada kami, Zuhayr bin Muhammad menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Amr bin Halhalah, daripada ‘Atha’ bin Yasar, daripada Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ sabdanya: “Tiada yang menimpa seorang muslim berupa keletihan, penyakit, keresahan, kesedihan, kesakitan dan kesempitan walaupun duri yang mencucuknya melainkan Allah akan mengampunkan dosa-dosanya dengan sebab apa yang menimpanya”.

56415642, – حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ المَلِكِ بْنُ عَمْرٍو، حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَلْحَلَةَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ، وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا يُصِيبُ المُسْلِمَ، مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ، وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ».

5643 – Musaddad menyampaikan kepada kami, Yahya menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada Sa’ad, daripada ‘Abdullah bin Ka’ab, daripada bapanya, daripada Nabi ﷺ sabdanya: “Perumpamaan orang mukmin seperti dahan muda di sebatang pokok. Adakalanya angin mencondongkannya dan adakalanya lurus tegak. Dan perumpamaan orang munafik seperti pokok pain (pine). Ia akan terus tegak sehingga jatuh maka akan terus patah”. Zakariyya berkata, “Sa’ad menyampaikan kepadaku, Ibn Ka’ab menyampaikan kepada kami, daripada bapanya Ka’ab, daripada Nabi ﷺ

5643 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ سَعْدٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبٍ، عَنْ أَبِيهِ: عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَثَلُ المُؤْمِنِ كَالخَامَةِ مِنَ الزَّرْعِ، تُفَيِّئُهَا الرِّيحُ مَرَّةً، وَتَعْدِلُهَا مَرَّةً، وَمَثَلُ المُنَافِقِ كَالأَرْزَةِ، لاَ تَزَالُ حَتَّى يَكُونَ انْجِعَافُهَا مَرَّةً وَاحِدَةً». وَقَالَ زَكَرِيَّاءُ: حَدَّثَنِي سَعْدٌ، حَدَّثَنَا ابْنُ كَعْبٍ، عَنْ أَبِيهِ كَعْبٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

5644 – Ibrahim bin al-Mundzir menyampaikan kepada kami, katanya, “Muhammad bin Fulayh menyampaikan kepadaku katanya, bapaku menyampaikan kepadaku, daripada Hilal bin ‘Ali daripada keturunan ‘Amir bin Luay, daripada ‘Atha’ bin Yasar, daripadaAbu Hurayrah  katanya, Rasulullah ﷺ bersabda: “Perumpamaan orang mukmin seperti tumbuhan yang segar. Dari mana sahaja angin meniupnya maka ia akan menjadi condong. Apabila angin menjadi tenang dia telah berjaya melepasi ujian itu. Sementara orang munafik seperti pokok pain (pine) yang kaku berdiri sehingga Allah membinasakannya apabila Dia mahu”.

5644 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ المُنْذِرِ، قَالَ: حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ فُلَيْحٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ هِلاَلِ بْنِ عَلِيٍّ، مِنْ بَنِي عَامِرِ بْنِ لُؤَيٍّ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَثَلُ المُؤْمِنِ كَمَثَلِ الخَامَةِ مِنَ الزَّرْعِ، مِنْ حَيْثُ أَتَتْهَا الرِّيحُ كَفَأَتْهَا، فَإِذَا اعْتَدَلَتْ تَكَفَّأُ بِالْبَلاَءِ، وَالفَاجِرُ كَالأَرْزَةِ، صَمَّاءَ مُعْتَدِلَةً، حَتَّى يَقْصِمَهَا اللَّهُ إِذَا شَاءَ».

5645 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-Rahman bin Abu Sha’sha’ah bahawa dia berkata, aku mendengar Sa’id bin Yasar iaitu Abu al-Hubab berkata, aku mendengar Abu Hurayrah berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya maka Dia akan mengujinya”.

5645 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ، أَنَّهُ قَالَ: سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ يَسَارٍ أَبَا الحُبَابِ، يَقُولُ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ».

Sahih al-Bukhari