kitab pakaian
كِتَابُ اللِّبَاسِ
Bab Firman Allah : “Siapakah yang mengharamkan perhiasan yang Allah keluarkan untuk hamba-hambanya?”.
Bāb Qawl Allāh Taʿālā Qul Man Ḥarrama Zīnata Allāhi Allatī Akhraja li-ʿIbādi-hi
بَابُ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ} [الأعراف: 32]
Nabi ﷺ bersabda: “Makanlah, minumlah, pakailah dan bersedekahlah dengan tidak boros dan sombong”. Ibn ‘Abbas berkata, “Makanlah apa yang engkau mahu, pakailah apa yang engkau mahu selagi engkau tidak melakukan dua perkara. Iaitu boros (melampaui batas) dan sombong”.
وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كُلُوا وَاشْرَبُوا وَالبَسُوا وَتَصَدَّقُوا، فِي غَيْرِ إِسْرَافٍ وَلاَ مَخِيلَةٍ». وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: كُلْ مَا شِئْتَ، وَالبَسْ مَا شِئْتَ، مَا أَخْطَأَتْكَ اثْنَتَانِ: سَرَفٌ، أَوْ مَخِيلَةٌ.
5783 – Isma’il menyampaikan kepada kami katanya, Malik menyampaikan kepadaku, daripada Nafi’ dan ‘Abdullah bin Dinar dan Zayd bin Aslam, mereka mengkhabarkannya daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah tidak akan memandang kepada orang yang mengheret pakaiannya kerana sombong”.
5783 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ: حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، وَزَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ: يُخْبِرُونَهُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ».
Bab Orang Yang Menarik Kainnya Dengan Tanpa Niat Sombong
Bāb Man Jarra Izāra-hu min Ghayr Khuyalāʾ
بَابُ مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ مِنْ غَيْرِ خُيَلاَءَ
5784 – Ahmad bin Yunus menyampaikan kepada kami, Zuhayr menyampaikan kepada kami, Musa bin ‘Uqbah menyampaikan kepada kami, daripada Salim bin ‘Abdullah, daripada bapanya , daripada Nabi ﷺ sabdanya: “Sesiapa yang mengheret kainnya kerana sombong maka Allah tidak akan memandang kepadanya pada hari kiamat”. Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah satu tepi kainku labuh kecuali aku menjaganya daripada melabuh. Nabi ﷺ bersabda: “Engkau tidak termasuk dalam golongan yang melakukannya kerana sombong”.
5784 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ القِيَامَةِ» قَالَ أَبُو بَكْرٍ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي، إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلاَءَ».
5785 – Muhammad menyampaikan kepadaku, ‘Abd al-A’la mengkhabarkan kepada kami, daripada Yunus, daripada al-Hasan, daripada Abu Bakrah katanya, “Gerhana matahari telah berlaku. Ketika itu kami berada di sisi Nabi ﷺ Lalu baginda bangun dengan mengheret kainnya bangun kerana tergesa-gesa sehingga baginda pergi ke masjid. Orang ramai kembali ke masjid (setelah mereka pulang). Lalu baginda bersembahyang dua rakaat dan gerhana pun hilang. Kemudian baginda berpaling menghadap kami dan berkata, “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Apabila kamu melihat sesuatu berlaku daripadanya maka sembahyang dan berdoalah kamu sehingga Allah menyingkapkannya (menghilangkannya)”.
5785 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدٌ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الأَعْلَى، عَنْ يُونُسَ، عَنِ الحَسَنِ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَسَفَتِ الشَّمْسُ وَنَحْنُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَامَ يَجُرُّ ثَوْبَهُ مُسْتَعْجِلًا، حَتَّى أَتَى المَسْجِدَ، وَثَابَ النَّاسُ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ فَجُلِّيَ عَنْهَا، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا، وَقَالَ: «إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَصَلُّوا، وَادْعُوا اللَّهَ حَتَّى يَكْشِفَهَا».
Bab Menyingsing Pakaian
Bāb al-Tashmīr fī al-Thiyāb
بَابُ التَّشْمِيرِ فِي الثِّيَابِ
5786 – Ishaq menyampaikan kepada kami, Ibn Shumayl mengkhabarkan kepada kami, ‘Umar bin Abu Zaidah mengkhabarkan kepada kami, ‘Awn bin Abu Juhayfah mengkhabarkan kepada kami, daripada bapanya iaitu Abu Juhayfah katanya, “Aku melihat Bilal membawa lembing kecil, lalu dia memacaknya. Kemudian dia melaungkan iqamah. Maka aku melihat Rasulullah ﷺ keluar dalam satu pakaian lengkap sambil menyingsingnya. Selepas itu, baginda bersembahyang dua rakaat menghadap lembing tersebut. Dan aku melihat orang ramai dan binatang-binatang lalu di hadapannya, di sebelah hadapan lembing kecil”.
5786 – حدّثني إسْحاقُ أخبرنَا ابنُ شُمَيْلٍ أخبرنَا عُمَرُ بنُ أبي زَائِدَةَ أخبرنَا عَوْنُ بنُ أبي جُحَيْفَةَ عنْ أبِيِهِ أبي جُحَيْفَةَ قَالَ: فَرَأيْتُ بِلالاً جاءَ بِعَنَزَةٍ فَرَكَزَها ثُمَّ أقامَ الصَّلاَةَ، فَرَأيْتُ رسولَ الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم خَرَجَ فِي حُلَّةٍ مُشَمِّراً، فَصَلَّى ركْعَتَيْنِ إِلَى العَنَزَةِ، ورأيْتُ النَّاسَ والدَّوابَّ يَمُرُّونَ بَيْنَ يَدَيْهِ مِنْ وَرَاء العَنَزَةِ.
Bab Pakaian Yang Di Bawah Buku Lali Maka Tuannya Berada Dalam Neraka
Bāb Mā Asfala min al-Kaʿbayn fa-Huwa fī al-Nār
بَابُ مَا أَسْفَلَ مِنَ الكَعْبَيْنِ فَهُوَ فِي النَّارِ
5787 – Adam menyampaikan kepada kami, Syu’bah menyampaikan kepada kami, Sa’id bin Abu Sa’id al-Maqburi menyampaikan kepada kami, daripadaAbu Hurayrah , daripada Nabi ﷺ sabdanya: “Kain yang lebih daripada buku lali maka dalam neraka (tuannya)”.
5787 – حَدَّثَنَا آدَمُ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ المَقْبُرِيُّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا أَسْفَلَ مِنَ الكَعْبَيْنِ مِنَ الإِزَارِ فَفِي النَّارِ».