kitab perkara-perkara yang melunakkan hati
كِتَابُ الرِّقَاقِ
Bab Tidak Ada Kehidupan Yang Hakiki Melainkan Kehidupan Di Akhirat
Bāb Mā Jāʾa fī al-Riqāq wa al-Ṣiḥḥah wa al-Farāgh wa an Lā ʿAysh illā ʿAysh al-Ākhirah
بَابٌ: لاَ عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الآخِرَةِ
6412 – Al-Makki bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Sa‘id mengkhabarkan kepada kami iaitu Ibn Abu Hind, daripada ayahnya, daripada Ibn ‘Abbas dia berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” ‘Abbas al-‘Anbari berkata, Safwan bin ‘Isa menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Sa‘id bin Abu Hind, daripada ayahnya, saya mendengar Ibn ‘Abbas, daripada Nabi ﷺ seperti hadis di atas.
6412 - حَدَّثَنَا المَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ هُوَ ابْنُ أَبِي هِنْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ وَالفَرَاغُ “ قَالَ عَبَّاسٌ العَنْبَرِيُّ: حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ عِيسَى، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ
6413 - Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, Ghundar menyampaikan kepada kami, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Mu‘awiyah bin Qurrah, daripada Anas, daripada Nabi ﷺ bersabda, “Ya Allah, tidak ada kehidupan (yang hakiki), kecuali kehidupan akhirat, maka perbaikilah (keadaan) orang-orang Ansar dan Muhajirin.”
6413 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اللَّهُمَّ لاَ عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الآخِرَهْ، فَأَصْلِحِ الأَنْصَارَ وَالمُهَاجِرَهْ»
6414 - Ahmad bin Al Miqdam menyampaikan kepadaku, al-Fudayl bin Sulayman menyampaikan kepada kami, Abu Hazim menyampaikan kepada kami, Sahl bin Sa‘ad al-Sa‘idi menyampaikan kepada kami: Kami pernah bersama Rasulullah ﷺ ketika di (perang) Khandaq ketika mana baginda menggali sementara kami mengangkut tanah, lalu baginda melewati kami dan bersabda, “Ya Allah, tidak ada kehidupan (yang hakiki) kecuali kehidupan akhirat, maka ampunilah orang-orang Ansar dan Muhajirin.”
6414 - حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ المِقْدَامِ، حَدَّثَنَا الفُضَيْلُ بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا أَبُو حَازِمٍ، حَدَّثَنَا سَهْلُ بْنُ سَعْدٍ السَّاعِدِيُّ: كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَنْدَقِ، وَهُوَ يَحْفِرُ وَنَحْنُ نَنْقُلُ التُّرَابَ، وَيَمُرُّ بِنَا، فَقَالَ: «اللَّهُمَّ لاَ عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الآخِرَهْ، فَاغْفِرْ لِلْأَنْصَارِ وَالمُهَاجِرَهْ» تَابَعَهُ سَهْلُ بْنُ سَعْدٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ
Bab Perumpamaan Dunia Di Akhirat
Bāb Mathal al-Dunyā fī al-Ākhirah
بَابُ مَثَلِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ
Dan firman Allah Taala: {Ketahuilah bahawa kehidupan dunia hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan dan saling bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan keturunan, samalah seperti hujan yang menajdikan penanamnya kagum dengan kesuburannya, kemudian tanaman itu menjadi kering dan menjadi kuning dan akhirnya menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang dahsyat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat). Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan untuk orang yang terpedaya}
وَقَوْلِهِ تَعَالَى: {أَنَّمَا الحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ، وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ، وَتَكَاثُرٌ فِي الأَمْوَالِ وَالأَوْلاَدِ، كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الكُفَّارَ نَبَاتُهُ، ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا، ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا، وَفِي الآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ، وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ، وَمَا الحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الغُرُورِ}
6415 - ‘Abdullah bin Maslamah menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-‘Aziz bin Abu Hazim menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya, daripada Sahl, dia berkata, Saya mendengar Nabi ﷺ bersabda, “Tempat cemeti di syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya, sungguh berpagi-pagian atau berpetang-petangan hari di jalan Allah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
6415 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ سَهْلٍ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَوْضِعُ سَوْطٍ فِي الجَنَّةِ، خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، وَلَغَدْوَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ رَوْحَةٌ، خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا»
Bab Sabda Nabi “Jadilah Engkau Di Dunia Seperti Orang Yang Asing Atau Pengembara.”
Bāb Qawl al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama Kun fī al-Dunyā ka-anna-ka Gharīb aw ʿĀbir Sabīl
بَابُ قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ»
6416 - ‘Ali bin ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, Muhammad bin ‘Abd al-Rahman Abu al-Mundhir al-Tufawi menyampaikan kepada kami, daripada Sulayman al-A‘masy, dia berkata, Mujahid menyampaikan kepadaku, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar dia berkata, “Rasulullah ﷺ pernah memegang bahuku dan bersabda, “Jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara.” Ibn ‘Umar juga berkata, “Apabila kamu berada di petang hari, maka janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan apabila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang, gunakanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu.”
6416 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبُو المُنْذِرِ الطُّفَاوِيُّ، عَنْ سُلَيْمَانَ الأَعْمَشِ، قَالَ: حَدَّثَنِي مُجَاهِدٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي، فَقَالَ: «كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ» وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ، يَقُولُ: «إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ المَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ»