kitab perubatan
كِتَابُ الطِّبِّ
Bab Allah Tidak Menurunkan Penyakit Melainkan Dia Turunkan Untuknya Penawar
Bāb Mā Anzala Allāh Dāʾ illā Anzala la-hu Shifā
بَابُ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
5678 – Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, Abu Ahmad al-Zubayri menyampaikan kepada kami, ‘Umar bin Sa’id bin Abu Husayn menyampaikan kepada kami katanya, ‘Atha’ bin Abu Rabah menyampaikan kepadaku, daripadaAbu Hurayrah , daripada Nabi ﷺ bersabda: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Dia turunkan untuknya penawar”.
5678 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ المُثَنَّى، حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِي حُسَيْنٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً».
Bab Adakah Orang Lelaki Boleh Merawar Orang Perempuan atau Orang Perempuan Merawat Orang Lelaki
Bāb Hal Yudāwī al-Rajul al-Marʾah wa al-Marʾah al-Rajul
بَابٌ: هَلْ يُدَاوِي الرَّجُلُ المَرْأَةَ أَوِ المَرْأَةُ الرَّجُلَ
5679 – Qutaybah bin Sa’id menyampaikan kepada kami, Bisyr bin al-Mufadhdhal menyampaikan kepada kami, daripada Khalid bin Dzakwan, daripada Rubayyi’ binti al-Mu’awwidz bin ‘Afra’ katanya, “Kami selalu berperang bersama Rasulullah ﷺ. Kami memberi minum kepada orang ramai dan berkhidmat kepada mereka. Kami membawa pulang orang-orang yang terbunuh dan cedera ke Madinah”.
5679 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ المُفَضَّلِ، عَنْ خَالِدِ بْنِ ذَكْوَانَ، عَنْ رُبَيِّعَ بِنْتِ مُعَوِّذِ ابْنِ عَفْرَاءَ، قَالَتْ: كُنَّا نَغْزُو مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَسْقِي القَوْمَ وَنَخْدُمُهُمْ، وَنَرُدُّ القَتْلَى وَالجَرْحَى إِلَى المَدِينَةِ.
Bab Penawar Terdapat Pada Tiga Perkara
Bāb al-Shifāʾ fī al-Thalāth
بَابٌ: الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثٍ
5680 – Al-Husayn menyampaikan kepadaku, Ahmad bin Mani’ menyampaikan kepada kami, Marwan bin Shuja’ menyampaikan kepada kami, Salim bin al-Afthas menyampaikan kepada kami, daripada Sa’id bin Jubayr, daripada Ibn ‘Abbas katanya, “Penawar terdapat pada tiga perkara. Minuman madu, cucukan bekaman dan selaran api. Dan aku melarang umatku daripada selaran api”. Ibn ‘Abbas memarfukkan hadits ini kepada Nabi ﷺ. Al-Qummi meriwayatkan daripada Layts, daripada Mujahid, daripada Ibn ‘Abbas, daripada Nabi ﷺ berkenaan madu dan berbekam”.
5680 – حَدَّثَنِي الحُسَيْنُ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ شُجَاعٍ، حَدَّثَنَا سَالِمٌ الأَفْطَسُ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ، وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ، وَكَيَّةِ نَارٍ، وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الكَيِّ .رَفَعَ الحَدِيثَ. وَرَوَاهُ القُمِّيُّ، عَنْ لَيْثٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فِي العَسَلِ وَالحَجْمِ».
5681 – Muhammad bin ‘Abd al-Rahim menyampaikan kepadaku, Surayj bin Yunus iaitu Abu al-Harits mengkhabarkan kepada kami, Marwan bin Shuja’ menyampaikan kepada kami, daripada Salim al-Afthas, daripada Sa’id bin Jubayr, daripada Ibn ‘Abbas, daripada Nabi ﷺ sabdanya: “Penawar terdapat pada tiga perkara. Cucukan bekaman, meminum madu, dan selaran api. Dan aku melarang umatku daripada selaran api”.
5681 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ، أَخْبَرَنَا سُرَيْجُ بْنُ يُونُسَ أَبُو الحَارِثِ، حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ شُجَاعٍ، عَنْ سَالِمٍ الأَفْطَسِ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثَةٍ: فِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ، أَوْ شَرْبَةِ عَسَلٍ، أَوْ كَيَّةٍ بِنَارٍ، وَأَنَا أَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الكَيِّ.
Bab Berubat Dengan Madu Dan Firman Allah : “Padanya ada penawar untuk manusia”.
Bāb al-Dawāʾ bi al-ʿAsal
بَابُ الدَّوَاءِ بِالعَسَلِ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ} [النحل: 69]
5682 – ‘Ali bin ’Abdullah menyampaikan kepada kami, Abu Usamah menyampaikan kepada kami katanya, Hisyam mengkhabarkan kepadaku, daripada bapanya, daripada ‘Aisyah katanya, “Nabi ﷺ sangat menyukai manisan dan madu”.
5682 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، قَالَ: أَخْبَرَنِي هِشَامٌ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ الحَلْوَاءُ وَالعَسَلُ».