kitab puasa

كِتَابُ الصَّوْمِ

Bab: Kewajipan Berpuasa Pada Bulan Ramadan

Bāb Wujūb Ṣawm Ramaḍān

بَابُ وُجُوبِ صَوْمِ رَمَضَانَ

Firman Allah, “Wahai orang-orang beriman, kalian diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan kepada umat-umat sebelum kalian, mudah-mudah kalian bertakwa.”

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٨٣

1891 - Qutaybah bin Sa’id menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ismail bin Ja’far menyampaikan kepada kami, daripada Abu Suhayl, daripada bapanya, daripada Thalhah bin ‘Ubaydullah, beliau menceritakan: Seorang Arab Badwi dengan rambut kusut masai datang kepada Rasulullah ﷺ, dia bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahu aku solat yang Allah wajibkan ke atasku.” Baginda menjawab: “Yang wajib kamu lakukan hanya 5 solat, kecuali jika kamu mahu sukarela mendirikan solat sunat.” Arab Badwi itu bertanya lagi, “Beritahu aku puasa apa yang Allah wajibkan kepadaku.” Baginda menjawab, “Yang wajib kamu puasa hanya sepanjang bulan Ramadhan, kecuali jika kamu sukarela mahu berpuasa sunat.” Arab Badwi itu bertanya lagi, “Beritahu aku zakat yang Allah wajibkan kepada aku.” Lalu Rasulullah ﷺ pun menjelaskan tentang asas syariat-syariat Islam. Badwi itu pun berkata, “Demi Dia yang telah memuliakan kamu, aku tidak akan melakukan ibadat sunat sukarela, dan tidak akan mengurangkan apa yang Allah wajibkan kepadaku.” Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika dia berkata benar, dia akan berjaya (atau dia akan diberikan syurga).”

1891 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ أَعْرَابِيًّا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَائِرَ الرَّأْسِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي مَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصِّيَامِ فَقَالَ شَهْرَ رَمَضَانَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي بِمَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الزَّكَاةِ فَقَالَ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ قَالَ وَالَّذِي أَكْرَمَكَ لَا أَتَطَوَّعُ شَيْئًا وَلَا أَنْقُصُ مِمَّا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ شَيْئًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ إِنْ صَدَقَ.

1892 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ismail menyampaikan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Nafi’, daripada Ibnu ‘Umar , beliau berkata, “Pada awalnya Nabi ﷺ berpuasa pada 10 Muharam dan memerintahkan umat baginda untuk berpuasa sama. Apabila kewajipan puasa Ramadan disyariatkan, perintah puasa 10 Muharam ditinggalkan.” Ibnu ‘Umar sendiri tidak berpuasa pada 10 Muharam, kecuali jika hari itu bersamaan dengan hari beliau berpuasa sunat lain.

1892 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ صَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تُرِكَ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ لَا يَصُومُهُ إِلَّا أَنْ يُوَافِقَ صَوْمَهُ

1893 - Qutaybah bin Sa’id menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Layts menyampaikan kepada kami, daripada Yazid bin Abu Habib, bahawasanya ‘Irak bin Malik menyampaikan kepadanya, bahawa ‘Urwah mengkhabarkan kepadanya, daripada ‘A’isyah , beliau berkata, Orang-orang Quraisy biasa berpuasa pada 10 Muharam sedari zaman Jahiliah lagi. Kemudian Rasulullah ﷺ masih memerintahkan untuk kita berpuasa pada hari tersebut, sehinggalah puasa Ramadan diwajibkan. Rasulullah ﷺ juga bersabda, “Sesiapa yang mahu puasa ‘Asyura’, puasalah. Sesiapa yang mahu berbuka, berbukalah.”

1893 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ أَنَّ عِرَاكَ بْنَ مَالِكٍ حَدَّثَهُ أَنَّ عُرْوَةَ أَخْبَرَهُ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ قُرَيْشًا كَانَتْ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ ثُمَّ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصِيَامِهِ حَتَّى فُرِضَ رَمَضَانُ وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ

Bab Kelebihan Berpuasa.

Bāb Faḍl al-Ṣawm

بَابُ فَضْلِ الصَّوْمِ

1894 - Abdullah bin Maslamah menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj, daripada Abu Hurayrah , bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Puasa itu perisai, maka janganlah seseorang itu mencarut dan melakukan kejahilan. Jika ada yang mahu bergaduh atau memakinya, katakanlah: “Saya berpuasa” sebanyak dua kali.” Baginda bersabda lagi: “Demi zat yang jiwaku dalam Genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah berbanding bau kasturi. Tentang orang berpuasa, Allah berfirman: Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana-Ku. Puasa itu dipersembahkan untuk-Ku, dan Aku akan mengganjarinya. Kebaikan itu akan dilipatgandakan 10 yang semisalnya.”

1894 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي. الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا.

Bab: Puasa Itu Penghapus Dosa.

Bāb al-Ṣawm Kaffārah

بَابٌ الصَّوْمُ كَفَّارَةٌ

1895 - ‘Ali bin Abdullah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Jami’ menyampaikan kepada kami, daripada Abu Wa’il, daripada Hudzayfah , beliau menceritakan: ‘Umar bertanya kepada orang ramai, “Siapakah yang menghafaz hadis Nabi ﷺ berkenaan fitnah?” Hudzayfah berkata, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Fitnah seseorang ada dalam hartanya, keluarganya dan jiran tetangganya. Ia boleh dihapuskan dengan solat, puasa dan sedekah.” ‘Umar berkata, “Saya tidak bertanya tentang fitnah jenis itu, tetapi fitnah yang akan melanda seperti ombak laut.” Hudzayfah menjawab, “Antara kita dan fitnah yang itu, ada sebuah pintu yang masih tertutup.” ‘Umar bertanya, “Adakah pintu itu akan dibuka atau dipecahkan?” Dia menjawab, “Ia akan dipecahkan.” ‘Umar menyimpulkan, “Maka pintu itu tidak akan dapat ditutup lagi sehingga hari kiamat.” Kami berkata kepada Masruq, “Kamu tanyalah Hudzayfah, adakah ‘Umar tahu pintu itu perlambangan kepada siapa?” Masruq pun mengajukan soalan tersebut kepada Hudzayfah, lalu beliau menjawab “‘Umar sangat mengetahuinya, sebagaimana seseorang tahu sebelum esok ada malam.”

1895 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا جَامِعٌ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ قَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَنْ يَحْفَظُ حَدِيثًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْفِتْنَةِ قَالَ حُذَيْفَةُ أَنَا سَمِعْتُهُ يَقُولُ فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَجَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلَاةُ وَالصِّيَامُ وَالصَّدَقَةُ قَالَ لَيْسَ أَسْأَلُ عَنْ ذِهِ إِنَّمَا أَسْأَلُ عَنْ الَّتِي تَمُوجُ كَمَا يَمُوجُ الْبَحْرُ قَالَ وَإِنَّ دُونَ ذَلِكَ بَابًا مُغْلَقًا قَالَ فَيُفْتَحُ أَوْ يُكْسَرُ قَالَ يُكْسَرُ قَالَ ذَاكَ أَجْدَرُ أَنْ لَا يُغْلَقَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ فَقُلْنَا لِمَسْرُوقٍ سَلْهُ أَكَانَ عُمَرُ يَعْلَمُ مَنْ الْبَابُ فَسَأَلَهُ فَقَالَ نَعَمْ كَمَا يَعْلَمُ أَنَّ دُونَ غَدٍ اللَّيْلَةَ

Sahih al-Bukhari