kitab sewaan
كِتَابُ الإجَارَة
Bab Mengupah Orang Soleh
Bāb fī al-Ijārah
بَابٌ في الإجارةِ: اسْتِئْجَارِ الرَّجُلِ الصَّالِحِ
Firman Allah, “Sebaik-baik orang yang boleh ayah upah adalah yang kuat lagi amanah.” Penjaga khazanah adalah yang amanah, dan pemimpin yang tidak melantik orang yang mahukan jawatan.
وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى ﴿إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡأَمِينُ ٢٦﴾ وَالْخَازِنُ الْأَمِينُ وَمَنْ لَمْ يَسْتَعْمِلْ مَنْ أَرَادَهُ
2260 - Muhammad bin Yusuf menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Abu Burdah, beliau berkata, Datuk saya, Abu Burdah, mengkhabarkan kepada saya, daripada bapanya, Abu Musa al-Asy‘ari , beliau berkata, Nabi ﷺ bersabda: “Penjaga sedekah yang amanah, yang melaksanakan perintah sepenuh hatinya, adalah salah seorang yang bersedekah.”
2260 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ قَالَ أَخْبَرَنِي جَدِّي أَبُو بُرْدَةَ عَنْ أَبِيهِ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْخَازِنُ الْأَمِينُ الَّذِي يُؤَدِّي مَا أُمِرَ بِهِ طَيِّبَةً نَفْسُهُ أَحَدُ الْمُتَصَدِّقِينَ
2261 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya menyampaikan kepada kami, daripada Qurrah bin Khalid, Humayd bin Hilal menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Abu Burdah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Musa , beliau berkata, Saya menemui Nabi ﷺ bersama dua orang bangsa Asy‘ari. Saya tidak tahu pula yang mereka berdua sebenarnya mahukan jawatan. Lalu Nabi ﷺ bersabda, “Kami tidak akan meletakkan jawatan pada orang yang mahukannya.”
2261 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ قُرَّةَ بْنِ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنِي حُمَيْدُ بْنُ هِلَالٍ حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَقْبَلْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعِي رَجُلَانِ مِنْ الْأَشْعَرِيِّينَ فَقُلْتُ مَا عَمِلْتُ أَنَّهُمَا يَطْلُبَانِ الْعَمَلَ فَقَالَ لَنْ أَوْ لَا نَسْتَعْمِلُ عَلَى عَمَلِنَا مَنْ أَرَادَهُ
Bab Mengembala Kambing Berupahkan Murah
Bāb Raʿy al-Ghanam ʿalā Qarārīṭ
بَاب رَعْيِ الْغَنَمِ عَلَى قَرَارِيطَ
2262 - Ahmad bin Muhammad al-Makki menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Amr bin Yahya menyampaikan kepada kami, daripada datuknya, daripada Abu Hurayrah , daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Allah tidak mengutuskan seorang nabi, melainkan dia menggembala kambing.” Para sahabat bertanya, “Tuan pun?” Baginda menjawab, “Ya, saya dahulu menggembala kambing orang-orang Mekah dengan harga 1/20 dinar setiap kambing.”
2262 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَكِّيُّ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى عَنْ جَدِّهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَعَثَ اللَّهُ نَبِيًّا إِلَّا رَعَى الْغَنَمَ فَقَالَ أَصْحَابُهُ وَأَنْتَ فَقَالَ نَعَمْ كُنْتُ أَرْعَاهَا عَلَى قَرَارِيطَ لِأَهْلِ مَكَّةَ
Bab Menyewa Khidmat Orang Musyrikin Ketika Terdesak, atau Ketika Tiada Orang Islam
Bāb Istiʾjār al-Mushrikīn ʿinda al-Ḍarūrah aw idhā Lam Yūjad Ahl al-Islām
بَاب اسْتِئْجَارِ الْمُشْرِكِينَ عِنْدَ الضَّرُورَةِ أَوْ إِذَا لَمْ يُوجَدْ أَهْلُ الْإِسْلَامِ وَعَامَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَهُودَ خَيْبَرَ
2263 - Ibrahim bin Musa menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hisham mengkhabarkan kepada kami, daripada Ma‘mar, daripada al-Zuhri, daripada ‘Urwah bin al-Zubayr, daripada 'Aishah , bahawa Nabi ﷺ dan Abu Bakar menyewa seorang laki-laki dari Bani Dil, kemudian dari Bani Abd bin ‘Adiy seorang yang pandai dalam menunjukkan jalan, yang sangat pandai dalam menunjukkan jalan - yang telah mengikat janji sumpah di sisi keluarga 'As bin Wa'il, meskipun dia seorang kafir Quraisy. Maka kami menjamin keamanannya, lalu kami mengembalikan kedua ekor unta miliknya kepadanya dan memberinya janji untuk ke Gua Thawr setelah tiga malam. Kemudian dia datang kepada kami pada pagi hari setelah tiga malam, lalu keduanya berangkat dan Amir bin Fuhayrah serta seorang pakar jalan Bani Dil ikut bersamanya. Mereka mengambil jalan di bagian bawah Mekah yang merupakan laluan pantai.
2263 - حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا هِشَامٌ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا وَاسْتَأْجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ رَجُلًا مِنْ بَنِي الدِّيلِ ثُمَّ مِنْ بَنِي عَبْدِ بْنِ عَدِيٍّ هَادِيًا خِرِّيتًا الْخِرِّيتُ الْمَاهِرُ بِالْهِدَايَةِ قَدْ غَمَسَ يَمِينَ حِلْفٍ فِي آلِ الْعَاصِ بْنِ وَائِلٍ وَهُوَ عَلَى دِينِ كُفَّارِ قُرَيْشٍ فَأَمِنَاهُ فَدَفَعَا إِلَيْهِ رَاحِلَتَيْهِمَا وَوَاعَدَاهُ غَارَ ثَوْرٍ بَعْدَ ثَلَاثِ لَيَالٍ فَأَتَاهُمَا بِرَاحِلَتَيْهِمَا صَبِيحَةَ لَيَالٍ ثَلَاثٍ فَارْتَحَلَا وَانْطَلَقَ مَعَهُمَا عَامِرُ بْنُ فُهَيْرَةَ وَالدَّلِيلُ الدِّيلِيُّ فَأَخَذَ بِهِمْ أَسْفَلَ مَكَّةَ وَهُوَ طَرِيقُ السَّاحِلِ
Bab Kebenaran Mengupah Orang untuk Bekerja Baginya selama 3 Hari, Sebelum bahkan Setahun, Dengan Syarat yang Dipersetujui
Bāb idhā Istaʿjara Ajīrā li-Yaʿmal la-hu baʿda Thalāthat Ayyām aw baʿda Shahr aw baʿda Sanah Jāza wa Humā ʿalā Sharṭi-himā Alladhī Ishtaraṭā-hu idhā Jāʾa al-Ajal
بَاب إِذَا اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا لِيَعْمَلَ لَهُ بَعْدَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ أَوْ بَعْدَ شَهْرٍ أَوْ بَعْدَ سَنَةٍ جَازَ وَهُمَا عَلَى شَرْطِهِمَا الَّذِي اشْتَرَطَاهُ إِذَا جَاءَ الْأَجَلُ
2264 - Yahya bin Bukayr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Layts menyampaikan kepada kami, daripada ‘Uqayl, beliau berkata, Ibn Syihab berkata, ‘Urwah bin al-Zubayr mengkhabarkan kepada saya, bahawa ‘A‘isyah , isteri Nabi menceritakan: Rasulullah ﷺ dan Abu Bakar mengupah seorang lelaki dari kabilah bani al-Dil sebagai penunjuk jalan yang merupakan seorang musyrik. Nabi ﷺ dan Abu Bakar memberinya dua ekor unta tunggangan mereka dan berjanji daripadanya untuk membawa unta tunggangan mereka pada pagi hari ketiga ke Gua Thawr.
2264 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَأَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ وَاسْتَأْجَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ رَجُلًا مِنْ بَنِي الدِّيلِ هَادِيًا خِرِّيتًا وَهُوَ عَلَى دِينِ كُفَّارِ قُرَيْشٍ فَدَفَعَا إِلَيْهِ رَاحِلَتَيْهِمَا وَوَاعَدَاهُ غَارَ ثَوْرٍ بَعْدَ ثَلَاثِ لَيَالٍ بِرَاحِلَتَيْهِمَا صُبْحَ ثَلَاثٍ