kitab solat jumaat
كِتَابُ الجُمُعَةِ
Bab Kewajipan Solat Jumaat
Bāb Farḍ al-Jumuʿah
بَابُ فَرْضِ الجُمُعَةِ
Ia adalah kerana firman Allah , “Apabila dilaungkan azan untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi mengingati Allah (dengan mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat) dan tinggalkanlah urusan jual-beli. Demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاَةِ مِنْ يَوْمِ الجُمُعَةِ، فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا البَيْعَ، ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ} [الجمعة: 9]
876 – Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami, katanya Syu’ayb mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu al-Zinad menyampaikan kepada kami, bahawa ‘Abdul Rahman bin Hurmuz al-‘A’raj; hamba bebasan Rabi’ah bin al-Harits menyampaikan kepadanya, bahawa dia mendengar Abu Hurayrah berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Kita ini adalah umat yang terakhir namun yang mendahului pada hari Kiamat nanti. Cuma, mereka itu (Yahudi dan Nasrani) terlebih dahulu diberikan kitab sebelum kita.” “Kemudian, hari ini pula merupakan hari yang diwajibkan kepada mereka untuk mereka agungkan, namun mereka berselisih pendapat berkenaannya. Lalu, Allah memberikan dorongan kepada kita untuk mengagungkannya. Orang-orang itu pula menyusuli kita; orang Yahudi (mengagungkan) keesokan harinya (Sabtu), manakala orang Nasrani pula pada lusa (Ahad).”
876 - حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ، أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ هُرْمُزَ الأَعْرَجَ، مَوْلَى رَبِيعَةَ بْنِ الحَارِثِ، حَدَّثَهُ: أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا، ثُمَّ هَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِي فُرِضَ عَلَيْهِمْ، فَاخْتَلَفُوا فِيهِ، فَهَدَانَا اللَّهُ، فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ اليَهُودُ غَدًا، وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ»
Bab Keutamaan Mandi Pada Hari Jumaat, Dan Adakah Budak Kecil Dan Kaum Wanita Wajib Hadir Untuk Solat Jumaat?
Bāb Faḍl al-Ghusl Yawm al-Jumuʿah wa Hal ʿalā al-Ṣabī Shuhūd Yawm al-Jumuʿah aw ʿalā al-Nisāʾ
بَابُ فَضْلِ الغُسْلِ يَوْمَ الجُمُعَةِ، وَهَلْ عَلَى الصَّبِيِّ شُهُودُ يَوْمِ الجُمُعَةِ، أَوْ عَلَى النِّسَاءِ
877 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Nafi‘, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar , bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila salah seorang daripada kalangan kamu mahu datang menunaikan solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi.”
877 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمُ الجُمُعَةَ، فَلْيَغْتَسِلْ»
878 – ‘Abdullah bin Muhammad bin Asma’ menyampaikan kepada kami, katanya Juwayriyah mengkhabarkan kepada kami, daripada Malik, daripada al-Zuhri, daripada Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar, daripada Ibn ‘Umar , bahawa ketika ‘Umar bin al-Khaththab berdiri menyampaikan khutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba ada seorang sahabat Nabi ﷺ daripada kalangan Muhajirin yang senior masuk. ‘Umar lantas berkata kepadanya, “Sekarang ini waktu apa?!” Dia menjawab, “Sungguh, tadi saya sibuk. Saya tidak sempat pun pulang menemui keluargaku sehinggalah saya mendengar azan. Jadi, saya hanya sempat berwuduk sahaja.” ‘Umar berkata kepadanya, “Wuduk sahaja?! Padahal engkau tahu bahawa Rasulullah ﷺ selalu memerintahkan untuk mandi (bagi sesiapa yang mahu hadir solat Jumaat).”
878 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَسْمَاءَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا جُوَيْرِيَةُ، عَنْ مَالِكٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ عُمَرَ بْنَ الخَطَّابِ، بَيْنَمَا هُوَ قَائِمٌ فِي الخُطْبَةِ يَوْمَ الجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ مِنَ المُهَاجِرِينَ الأَوَّلِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَنَادَاهُ عُمَرُ: أَيَّةُ سَاعَةٍ هَذِهِ؟ قَالَ: إِنِّي شُغِلْتُ، فَلَمْ أَنْقَلِبْ إِلَى أَهْلِي حَتَّى سَمِعْتُ التَّأْذِينَ، فَلَمْ أَزِدْ أَنْ تَوَضَّأْتُ، فَقَالَ: وَالوُضُوءُ أَيْضًا، وَقَدْ عَلِمْتَ «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُ بِالْغُسْلِ»
879 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Shafwan bin Sulaym, daripada ‘Atha’ bin Yasar, daripada Abu Sa‘id al-Khudri , bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh.”
879 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ صَفْوَانَ بْنِ سُلَيْمٍ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «غُسْلُ يَوْمِ الجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ»
Bab Memakai Wangian Untuk Solat Jumaat
Bāb al-Ṭīb li al-Jumuʿah
بَابُ الطِّيبِ لِلْجُمُعَةِ
880 – ‘Ali bin ‘Abdullah bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, katanya Harami bin ‘Umarah menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Bakar al-Munkadir, katanya ‘Amr bin Sulaym al-Anshari menyampaikan kepada saya, beliau berkata, “Saya saksi bahawa Abu Sa‘id berkata yang beliau bersaksi Rasulullah ﷺ bersabda, “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaknya dia memberus gigi dan memakai wangian jika ada.” ‘Amr berkata, “Mandi itu, saya bersaksi bahawa ia wajib. Adapun memberus gigi dan memakai wangian, Allah lah yang lebih mengetahui adakah ia wajib atau tidak. Namun, begitulah yang disebut dalam hadis .” Abu ‘Abdullah berkata, “Dia (Abu Bakr bin al-Munkadir) merupakan adik kepada Muhammad bin al-Munkadir; dan beliau (Muhammad) biasanya tidak dinamakan sebagai Abu Bakar. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Bukayr bin al-Asyaj, Sa‘id bin Abu Hilal dan beberapa perawi lain lagi. Muhammad bin al-Munkadir itu biasa dipanggil dengan nama Abu Bakar dan Abu ‘Abdullah.
880 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَرَمِيُّ بْنُ عُمَارَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي بَكرِ بْنِ المُنكَدِرِ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ سُلَيْمٍ الأَنْصَارِيُّ، قَالَ: أَشْهَدُ عَلَى أَبِي سَعِيدٍ قَالَ: أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «الغُسْلُ يَوْمَ الجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ، وَأَنْ يَسْتَنَّ، وَأَنْ يَمَسَّ طِيبًا إِنْ وَجَدَ» قَالَ عَمْرٌو: «أَمَّا الغُسْلُ، فَأَشْهَدُ أَنَّهُ وَاجِبٌ، وَأَمَّا الِاسْتِنَانُ وَالطِّيبُ، فَاللَّهُ أَعْلَمُ أَوَاجِبٌ هُوَ أَمْ لاَ، وَلَكِنْ هَكَذَا فِي الحَدِيثِ» قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ: «هُوَ أَخُو مُحَمَّدِ بْنِ المُنْكَدِرِ، وَلَمْ يُسَمَّ أَبُو بَكْرٍ هَذَا» رَوَاهُ عَنْهُ بُكَيْرُ بْنُ الأَشَجِّ، وَسَعِيدُ بْنُ أَبِي هِلاَلٍ وَعِدَّةٌ، «وَكَانَ مُحَمَّدُ بْنُ المُنْكَدِرِ يُكْنَى بِأَبِي بَكْرٍ، وَأَبِي عَبْدِ اللَّهِ»