kitab wasiat

كِتَاب الْوَصَايَا

Bab Wasiat

Bāb al-Waṣāyā

بَاب الْوَصَايَا

Sabda Nabi ﷺ, “Wasiat seseorang harus tercatat di sampingnya.” Firman Allah, “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Perkataan “janaf,” ertinya kecenderungan. “Mutajanif,” orang yang berkecenderungan.

وَقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصِيَّةُ الرَّجُلِ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ﴿كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ ١٨٠ فَمَنۢ بَدَّلَهُۥ بَعۡدَ مَا سَمِعَهُۥ فَإِنَّمَآ إِثۡمُهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ ١٨١ فَمَنۡ خَافَ مِن مُّوصٖ جَنَفًا أَوۡ إِثۡمٗا فَأَصۡلَحَ بَيۡنَهُمۡ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ١٨٢ [البقرة: 180-182] {جَنَفًا} مَيْلًا مُتَجَانِفٌ مَائِلٌ

2738 - Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Nafi‘, daripada Abdullah bin ‘Umar , bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidak sepatutnya seorang muslim ada sesuatu yang mahu diwasiatkan, dia tidur selama dua malam, melainkan dia menuliskan wasiatnya.” Disokong oleh Muhammad bin Muslim, daripada ‘Amr, daripada Ibn ‘Umar, daripada Nabi ﷺ juga.

2738- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ تَابَعَهُ مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ عَمْرٍو عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

2739 - Ibrahim bin al-Harits menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya bin Abu Bukayr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Zuhayr bin Mu‘awiyah al-Ju‘fi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Ishaq menyampaikan kepada kami, daripada ‘Amr bin al-Harits, ipar Rasulullah ﷺ saudara Juwayriyah binti al-Harits, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ tidak meninggalkan walaupun satu dirham, atau dinar, atau hamba, atau apa-apa; kecuali seekor baghal putih, senjata dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah.”

2739 - حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْحَارِثِ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ مُعَاوِيَةَ الْجُعْفِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ خَتَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخِي جُوَيْرِيَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ قَالَ مَا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ مَوْتِهِ دِرْهَمًا وَلَا دِينَارًا وَلَا عَبْدًا وَلَا أَمَةً وَلَا شَيْئًا إِلَّا بَغْلَتَهُ الْبَيْضَاءَ وَسِلَاحَهُ وَأَرْضًا جَعَلَهَا صَدَقَةً

2740 - Khallad bin Yahya menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Malik – ibn Mighwal – menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Thalhah bin Musharrif menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Saya bertanya Abdullah bin Abu Awfa , “Adakah Nabi ﷺ ada memberi sebarang wasiat?” Beliau berkata, “Tiada.” Saya bertanya lagi, “Bagaimana begitu? Padahal orang lain diminta untuk berwasiat?” Beliau menjawab, “Baginda mewasiatkan untuk berpegang dengan Kitab Allah.”

2740 - حَدَّثَنَا خَلَّادُ بْنُ يَحْيَى حَدَّثَنَا مَالِكٌ هُوَ ابْنُ مِغْوَلٍ حَدَّثَنَا طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ قَالَ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا هَلْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصَى فَقَالَ لَا فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ عَلَى النَّاسِ الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى بِكِتَابِ اللَّهِ

2741 - ‘Amr bin Zurarah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ismail mengkhabarkan kepada kami, daripada Ibn ‘Awn, daripada Ibrahim, daripada al-Aswad, beliau berkata, Anak-anak murid ‘A’isyah menyebut dalam kelasnya, bahawa ‘Ali  ada menerima wasiat daripada Nabi ﷺ. Beliau berkata, “Bila masa pula baginda mewasiatkan kepadanya. Pada detik terakhir baginda, dada saya adalah tempat bersandar baginda, lalu baginda meminta dibawakan air, lalu beliau wafat semasa di rumahku. Saya sendiri tidak perasan baginda wafat. Bila pula baginda mewasiatkan apa-apa kepadanya?”

2741 - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا كَانَ وَصِيًّا فَقَالَتْ مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ إِلَى صَدْرِي أَوْ قَالَتْ حَجْرِي فَدَعَا بِالطَّسْتِ فَلَقَدْ انْخَنَثَ فِي حَجْرِي فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ فَمَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ

Bab Meninggalkan Harta yang Banyak Buat Pewaris Lebih Baik Daripada Membiarkan Mereka Miskin

Bāb an Yatruk Warathata-hu Aghniyāʾ Khayr min an Yatakaffafū al-Nās

بَاب أَنْ يَتْرُكَ وَرَثَتَهُ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَتَكَفَّفُوا النَّاسَ

2742 - Abu Nu‘aym menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Saad bin Ibrahim, daripada ‘Amir bin Saad, daripada Saad bin Abu Waqqash , beliau berkata, Nabi ﷺ pernah melawat saya ketika saya jatuh sakit di Mekah, saya tidak suka mati di tempat saya yang telah saya tinggalkan untuk hijrah. Baginda bersabda, “Semoga Allah merahmati Ibn ‘Afra’.” Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, saya mahu mewasiatkan harta saya kesemuanya.” Baginda bersabda, “Tidak boleh.” Saya berkata, “Jika begitu, hanya separuh.” Baginda bersabda, “Tidak boleh juga.” Saya berkata, “Jika begitu, sepertiga.” Baginda bersabda, “Sepertiga boleh, tetapi sepertiga masih banyak. Jika kamu tinggalkan warismu sebagai orang kaya lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka miskin meminta-minta manusia. Sekecil mana pun nafkahmu, ia juga adalah sedekah, meski ia hanya sesuap makanan yang kamu berikan kepada isterimu. Semoga Allah memuliakanmu, lalu orang ramai mendapat manfaat daripadamu, sementara sebahagian orang yang lain ditimpa mudarat disebabkan kamu.” Saad tidak memiliki sesiapa pada hari itu, selain anak perempuannya.

2742 - حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي وَأَنَا بِمَكَّةَ وَهُوَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرَ مِنْهَا قَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ ابْنَ عَفْرَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ وَإِنَّكَ مَهْمَا أَنْفَقْتَ مِنْ نَفَقَةٍ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ حَتَّى اللُّقْمَةُ الَّتِي تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ وَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَكَ فَيَنْتَفِعَ بِكَ نَاسٌ وَيُضَرَّ بِكَ آخَرُونَ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ يَوْمَئِذٍ إِلَّا ابْنَةٌ

Sahih al-Bukhari