kitab zakat
كِتَابُ الزَّكَاةِ
Bab Kewajipan Berzakat
Bāb Wujūb al-Zakāh
بَابُ وُجُوبِ الزَّكَاةِ
Dan firman Allah , “Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat…” Ibn ‘Abbas berkata, “Abu Sufyan menyampaikan kepada saya, beliau menyebutkan hadis Nabi ﷺ, katanya, “Baginda memerintahkan kami untuk mendirikan solat, menunaikan zakat, menyambung tali silaturrahim dan menjaga kehormatan diri.”
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَأَقِيمُوا الصَّلاَةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ} [البقرة: 43] وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، حَدَّثَنِي أَبُو سُفْيَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، فَذَكَرَ حَدِيثَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «يَأْمُرُنَا بِالصَّلاَةِ، وَالزَّكَاةِ، وَالصِّلَةِ، وَالعَفَافِ»
1395 – Abu ‘Ashim al-Dhahhak bin Makhlad menyampaikan kepada kami, daripada Zakariyya bin Ishaq, daripada Yahya bin ‘Abdullah bin Shayfi, daripada Abu Ma‘bad, daripada Ibn ‘Abbas , bahawa Nabi ﷺ pernah mengutus Mu‘adz ke Yaman, lalu baginda berpesan, “Ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak diibadahi sebenar-benarnya melainkan Allah dan saya adalah Rasulullah. Sekiranya mereka tunduk patuh terhadap perkara ini, beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam kepada mereka. Sekiranya mereka tunduk patuh terhadap perkara tersebut, maka beritahulah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan zakat harta kepada mereka. Ia diambil daripada orang-orang kaya dalam kalangan mereka dan diberikan pula kepada orang-orang miskin dalam kalangan mereka.”
1395 - حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ الضَّحَّاكُ بْنُ مَخْلَدٍ، عَنْ زَكَرِيَّاءَ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَيْفِيٍّ، عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِلَى اليَمَنِ، فَقَالَ: «ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ، فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدِ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ، فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ»
1396 – Hafsh bin ‘Umar menyampaikan kepada kami, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Utsman bin ‘Abdullah bin Mawhab, daripada Musa bin Thalhah, daripada Abu Ayyub , bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ, “Beritahulah kepada saya suatu amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga.” Orang ramai berkata, “Mengapa dengan dia itu? Mengapa dengan dia itu?” Nabi ﷺ lantas berkata, “Dia ada sedikit hajat. Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyambung tali silaturrahim.” Bahz berkata, “Syu‘bah menyampaikan kepada kami hadis yang sama, Muhammad bin ‘Utsman menyampaikan kepada kami, demikian juga ayahnya ‘Utsman bin ‘Abdullah, mereka berdua mendengar daripada Musa bin Thalhah, daripada Abu Ayyub, daripada Nabi ﷺ.” Abu ‘Abdullah berkata, “Saya takut nama Muhammad itu tidak mahfudz, yang sebenar ialah ‘Amr.”
1396 - حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَوْهَبٍ، عَنْ مُوسَى بْنِ طَلْحَةَ، عَنْ أَبِي أَيُّوبَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الجَنَّةَ، قَالَ: مَا لَهُ مَا لَهُ. وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَرَبٌ مَا لَهُ، تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ» وَقَالَ بَهْزٌ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُثْمَانَ، وَأَبُوهُ عُثْمَانُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ: أَنَّهُمَا سَمِعَا مُوسَى بْنَ طَلْحَةَ، عَنْ أَبِي أَيُّوبَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا، قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ: «أَخْشَى أَنْ يَكُونَ مُحَمَّدٌ غَيْرَ مَحْفُوظٍ إِنَّمَا هُوَ عَمْرٌو»
1397 – Muhamamd bin ‘Abdul Rahim menyampaikan kepada saya, ‘Affan bin Muslim menyampaikan kepada kami, Wuhayb menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Sa‘id bin Hayyan, daripada Abu Zur‘ah, daripada Abu Hurayrah , bahawa ada seorang badwi datang kepada Nabi ﷺ dan berkata, “Tunjukkanlah kepada saya suatu amalan yang apabila saya lakukannya, saya dapat masuk ke dalam syurga.” Baginda bersabda, “Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, engkau mendirikan solat fardu, menunaikan zakat yang wajib dan berpuasa di bulan Ramadhan.” Lelaki itu lantas berkata, “Demi Tuhan yang jiwa saya berada di tangan-Nya, saya tidak akan menambah lebih daripada ini.” Bilamana lelaki itu telah beredar pergi, Nabi ﷺ bersabda, “Sesiapa yang mahu melihat seorang penghuni syurga, lihatlah dia ini.” Musaddad menyampaikan hadis yang sama kepada kami daripada Yahya, daripada Abu Hayyan, katanya Abu Zur’ah mengkhabarkan kepada kami daripada Nabi ﷺ.
1397 - حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ، حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدِ بْنِ حَيَّانَ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الجَنَّةَ، قَالَ: «تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ المَكْتُوبَةَ، وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ المَفْرُوضَةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ» قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ أَزِيدُ عَلَى هَذَا، فَلَمَّا وَلَّى، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا» حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، عَنْ يَحْيَى، عَنْ أَبِي حَيَّانَ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو زُرْعَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا
1398 – Hajjaj menyampaikan kepada kami, Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, Abu Jamrah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, saya mendengar Ibn ‘Abbas berkata, “Suatu hari, delegasi kabilah ‘Abdul Qays datang kepada Nabi ﷺ, mereka berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami para penduduk kawasan ini berasal daripada kaum Rabi’ah. Di antara kita pula, dibatasi oleh kaum Mudhar yang kafir itu. Justeru, kami hanya dapat datang kepada tuan pada bulan-bulan suci sahaja. Oleh itu, perintahkanlah sesuatu kepada kami yang dapat kami amalkannya dan ajarkannya kepada orang di kampung kami. Lantas baginda bersabda, “Saya akan memerintahkan kamu empat perkara dan akan melarang kamu empat perkara: beriman kepada Allah dan bersaksi tiada tuhan yang layak diibadahi melainkan Allah, sambil baginda mengisyaratkan dengan tangan baginda begini. Mendirikan solat, menunaikan zakat dan membayar satu perlima daripada harta rampasan yang kamu perolehi. Saya melarang kamu berbuat empat perkara, iaitu membuat air rendaman di dalam al-dubba’, al-hantam, al-naqir dan al-muzaffat.” Sulayman dan Abu al-Nu‘man meriwayatkan daripada Hammad, “Beriman kepada Allah adalah bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak diibadahi melainkan Allah.”
1398 - حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، حَدَّثَنَا أَبُو جَمْرَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: قَدِمَ وَفْدُ عَبْدِ القَيْسِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ هَذَا الحَيَّ مِنْ رَبِيعَةَ قَدْ حَالَتْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ كُفَّارُ مُضَرَ، وَلَسْنَا نَخْلُصُ إِلَيْكَ إِلَّا فِي الشَّهْرِ الحَرَامِ، فَمُرْنَا بِشَيْءٍ نَأْخُذُهُ عَنْكَ وَنَدْعُو إِلَيْهِ مَنْ وَرَاءَنَا، قَالَ: " آمُرُكُمْ بِأَرْبَعٍ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ: الإِيمَانِ بِاللَّهِ، وَشَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ - وَعَقَدَ بِيَدِهِ هَكَذَا - وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَأَنْ تُؤَدُّوا خُمُسَ مَا غَنِمْتُمْ، وَأَنْهَاكُمْ عَنْ: الدُّبَّاءِ، وَالحَنْتَمِ، وَالنَّقِيرِ، وَالمُزَفَّتِ " وَقَالَ سُلَيْمَانُ، وَأَبُو النُّعْمَانِ: عَنْ حَمَّادٍ: «الإِيمَانِ بِاللَّهِ، شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ»
1399 – Abu al-Yaman al-Hakam bin Nafi‘ menyampaikan kepada kami, Syu’ayb bin Abu Hamzah mengkhabarkan kepada kami daripada al-Zuhri, daripada ‘Ubaydullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah bin Mas‘ud, bahawa Abu Hurayrah berkata, “Ketika Rasulullah ﷺ wafat dan Abu Bakar menjadi khalifah serta sebahagian orang Arab kembali kafir, ‘Umar bertanya, “Bagaimana engkau boleh memerangi mereka, padahal Rasulullah ﷺ benar-benar pernah bersabda, “Saya diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengatakan, “Tiada tuhan yang berhak diibadahi sebenar-benarnya melainkan Allah.” Sesiapa yang sudah mengatakannya, harta dan jiwanya akan terpelihara, kecuali dengan undang-undang Islam. Manakala perhitungannya itu terserah kepada Allah.”
1399 - حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ الحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبُ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: لَمَّا تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، وَكَفَرَ مَنْ كَفَرَ مِنَ العَرَبِ، فَقَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: كَيْفَ تُقَاتِلُ النَّاسَ؟ وَقَدْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، فَمَنْ قَالَهَا فَقَدْ عَصَمَ مِنِّي مَالَهُ وَنَفْسَهُ إِلَّا بِحَقِّهِ، وَحِسَابُهُ عَلَى اللَّهِ "