bab-bab berkaitan al-sunnah

أَبْوَابُ السُّنَّةِ

1 - Bab Mengikuti Sunnah Rasulullah

Bāb Ittibāʿ Sunnat Rasūl Ṣallallāhu ʿAlayhi wa Sallam

1 - بَابُ اتباع سُنَّةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ

1 - Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Syarik menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Apa yang saya perintahkan maka ambillah, dan apa yang saya larang maka tinggalkanlah.”

1 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَخُذُوهُ ، وَمَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا.

2 - Muhammad bin al-Shabbah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Jarir mengkhabarkan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Biarkanlah apa yang telah saya tinggalkan untuk kamu semua. Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu semua binasa kerana pertanyaan dan perselisihan mereka kepada para Nabi mereka. Jika saya perintahkan kepada kamu semua melakukan suatu perkara, maka laksanakanlah semampu kamu semua, dan jika saya melarang kamu semua tentang suatu perkara, maka jauhilah.”

2 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ ، أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : ذَرُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ ، فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِسُؤَالِهِمْ وَاخْتِلاَفِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ ، فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ فَخُذُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ ، وَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَانْتَهُوا.

3 - Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Mu‘awiyah dan Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Sesiapa mentaati saya, maka dia taat kepada Allah dan sesiapa derhaka kepada saya, maka dia telah derhaka kepada Allah.“

3 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ.

4 – Muhammad bin ‘Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Zakariyya’ bin ‘Adiyy menyampaikan kepada kami, daripada Ibn al-Mubarak, daripada Muhammad bin Suqah, daripada Abu Ja‘far, beliau berkata, “Apabila Ibn ‘Umar mendengar sebuah hadis daripada Rasulullah, dia tidak melengahkannya dan tidak pula sibuk dengan perkara yang lain.”

4 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ ، حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا بْنُ عَدِيٍّ ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ ، عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ , قَالَ : كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا سَمِعَ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ حَدِيثًا لَمْ يَعْدُهُ ، وَلَمْ يُقَصِّرْ دُونَهُ.

5 - Hisyam bin ‘Ammar al-Dimasyqi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin ‘Isa bin Sumay‘ menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibrahim bin Sulayman al-Afthas menyampaikan kepada kami, daripada al-Walid bin ‘Abd al-Rahman al-Jurasyi, daripada Jubayr bin Nufayr, daripada Abu al-Darda’, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ keluar bertemu kami, sementara kami sedang membincangkan masalah kefakiran dan kami merasa takut dengannya. Lalu baginda bersabda: “Adakah kamu semua takut kepada kemiskinan? Demi Zat yang jiwa saya berada di tangan-Nya, sungguh akan diberikan kepada kamu semua dunia, sehingga hati salah seorang daripada kamu semua tidak dapat berpaling kecuali akan menemuinya. Sungguh, telah saya tinggalkan untuk kamu semua perkara dengan jelas terang-benderang, malam dan siangnya sama.” Abu al-Darda’ berkata, “Demi Allah, benar Rasulullah ﷺ telah meninggalkan buat kita perkara yang terang-benderang, malam dan siangnya sama.”

5 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ الدِّمَشْقِيُّ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى بْنِ سُمَيْعٍ ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سُلَيْمَانَ الأَفْطَسُ ، عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْجُرَشِيِّ ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ ، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ ، قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ وَنَحْنُ نَذْكُرُ الْفَقْرَ وَنَتَخَوَّفُهُ ، فَقَالَ : آلْفَقْرَ تَخَافُونَ ؟ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَتُصَبَّنَّ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا صَبًّا ، حَتَّى لاَ يُزِيغَ قَلْبَ أَحَدِكُمْ إِزَاغَةً إِلاَّ هِيَهْ ، وَايْمُ اللهِ ، لَقَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى مِثْلِ الْبَيْضَاءِ ، لَيْلُهَا وَنَهَارُهَا سَوَاءٌ.قَالَ أَبُو الدَّرْدَاءِ : صَدَقَ وَاللَّهِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ , تَرَكَنَا وَاللَّهِ عَلَى مِثْلِ الْبَيْضَاءِ ، لَيْلُهَا وَنَهَارُهَا سَوَاءٌ.

Sunan Ibn Majah