bab-bab berkaitan azan dan sunnah yang terdapat padanya

أَبْوابُ الأَذَانِ وَالسُّنَّةِ فِيهِ

1 Bab Permulaan Azan

Bāb Badʾi al-Adhān

1 - بَابُ بَدْءِ الأَذَانِ

706 - Abu ‘Ubayd Muhammad bin ‘Ubayd bin Maymun al-Madani menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Salamah al-Harrani menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Ishaq menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Ibrahim al-Taimiy menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Abdullah bin Zayd, daripada ayahnya, beliau berkata, “ Pada awal mula Rasulullah ﷺ berkehendak agar (panggilan solat) menggunakan trompet, dan Baginda memerintahkan sahabatnya memukul kentung. Lalu ‘Abdullah bin Zayd bermimpi. Ia menuturkan; “Saya melihat seseorang mengenakan dua kain hijau membawa kentong. Lalu saya bertanya: “Wahai hamba Allah, kamu menjual kentong ini?“ Dia bertanya; “Apa keperluanmu kepada kentung?“ Saya menjawab, “Saya akan gunakan untuk panggilan solat.” Lalu berkata, “Mahukah kamu saya tunjukkan yang lebih baik daripada itu?” Saya menjawab, “Apakah itu?“ Dia menjawab, “Ucapkanlah: Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Mari menuju solat. Mari menuju solat. Mari menuju kemenangan. Mari menuju kemenangan. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah.” Dia berkata, “‘Abdullah bin Zayd menemui Rasulullah ﷺ dan mengkhabarkan tentang mimpinya, dia berkata, “Wahai Rasulullah, saya melihat seseorang memakai dua kain hijau membawa kentong.” Lalu dia menyampaikan mimpinya kepada Baginda. Maka Rasulullah ﷺ pun bersabda: “Sesungguhnya sahabat kamu semua telah bermimpi, keluarlah ke masjid bersama Bilal, beritahulah kepada Bilal dan hendaklah dia yang menyerukan hal itu kerana suaranya lebih keras daripada kamu.” ‘Abdullah bin Zayd berkata, “Maka saya keluar bersama Bilal menuju ke masjid, saya menceritakan mimpi saya lalu dia menyerukannya. Dan ‘Umar Ibn al-Khaththab mendengar suara itu sehingga dia mendatangi Rasulullah seraya berkata, “Wahai Rasulullah, Demi Allah saya juga bermimpi sebagaimana yang dia mimpi!” Abu ‘Ubayd berkata, “Abu Bakar al-Hakami mengkhabarkan kepada saya bahawa ‘Abdullah bin Zayd al-Anshari berkata tentang hal tersebut: “Saya memuji Allah Zat pemilik Kebesaran, Dan kemuliaan atas azan dengan sebanyak-banyaknya pujian; Ketika azan datang kepada saya dengan khabar gembira daripada Allah, Maka sebuah kehormatan buat saya dan khabar gembira.

706 - حَدَّثَنَا أَبُو عُبَيْدٍ مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ بْنِ مَيْمُونٍ الْمَدَنِيُّ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ الْحَرَّانِيُّ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ زَيْدٍ ، عَنْ أَبِيهِ , قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَدْ هَمَّ بِالْبُوقِ ، وَأَمَرَ بِالنَّاقُوسِ , فَنُحِتَ ، فَأُرِيَ عَبْدُ اللهِ بْنُ زَيْدٍ فِي الْمَنَامِ ، قَالَ : رَأَيْتُ رَجُلاً عَلَيْهِ ثَوْبَانِ أَخْضَرَانِ , يَحْمِلُ نَاقُوسًا ، فَقُلْتُ لَهُ : يَا عَبْدَ اللهِ , تَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ قُلْتُ : أُنَادِي بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى خَيْرٍ مِنْ ذَلِكَ ؟ قُلْتُ : وَمَا هُوَ ؟ قَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ , قَالَ : فَخَرَجَ عَبْدُ اللهِ بْنُ زَيْدٍ ، حَتَّى أَتَى رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَأَخْبَرَهُ بِمَا رَأَى ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، رَأَيْتُ رَجُلاً عَلَيْهِ ثَوْبَانِ أَخْضَرَانِ ، يَحْمِلُ نَاقُوسًا ، فَقَصَّ عَلَيْهِ الْخَبَرَ ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : إِنَّ صَاحِبَكُمْ قَدْ أُرِيَ رُؤْيَا ، فَاخْرُجْ مَعَ بِلاَلٍ إِلَى الْمَسْجِدِ , فَأَلْقِهَا عَلَيْهِ ، وَلْيُنَادِ بِلاَلٌ ؛ فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًا مِنْكَ , قَالَ : فَخَرَجْتُ مَعَ بِلاَلٍ إِلَى الْمَسْجِدِ ، فَجَعَلْتُ أُلْقِيهَا عَلَيْهِ وَهُوَ يُنَادِي بِهَا ، قَالَ : فَسَمِعَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ بِالصَّوْتِ ، فَخَرَجَ , فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَاللَّهِ لَقَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ الَّذِي رَأَى.قَالَ أَبُو عُبَيْدٍ : فَأَخْبَرَنِي أَبُو بَكْرٍ الْحَكَمِيُّ ، أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ زَيْدٍ الأَنْصَارِيَّ , قَالَ فِي ذَلِكَ :أَحْمَدُ اللَّهَ ذَا الْجَلاَلِ وَذَا الإِكْـ ... رَامِ حَمْدًا عَلَى الأَذَانِ كَثِيرَاإِذْ أَتَانِي بِهِ الْبَشِيرُ مِنَ اللَّـ ... ـهِ فَأَكْرِمْ بِهِ لَدَيَّ بَشِيرَافِي لَيَالٍ وَالَى بِهِنَّ ثَلاَثٍ ... كُلَّمَا جَاءَ زَادَنِي تَوْقِيرَا.

707 - Muhammad bin Khalid bin ‘Abdullah Al Wasithi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ayah saya menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd al-Rahman bin Ishaq, daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya, beliau berkata, Nabi ﷺ meminta pendapat para sahabat tentang sesuatu yang menarik perhatian mereka untuk berangkat menunaikan solat. Maka mereka menyebutkan trompet, tetapi Baginda tidak menyukainya kerana menyerupai orang-orang Yahudi, kemudian mereka menyebutkan loceng, tetapi Baginda tidak menyukainya pula kerana menyerupai orang-orang Nasrani. Maka pada malam tersebut, seorang sahabat Anshar bermimpi tentang (lafaz) azan, sahabat itu dikenali dengan nama ‘Abdullah bin Zayd, dan begitu juga ‘Umar bin al-Khaththab telah bermimpi. Maka ketika waktu malam seorang sahabat Anshar mendatangi Rasulullah ﷺ, lalu Rasulullah ﷺ memerintahkan Bilal untuk mengumandangkan azan.” Al-Zuhri berkata, “Bilal menambah dalam azan subuh, (Solat itu lebih baik daripada pada tidur). Maka Rasulullah ﷺ pun menetapkannya. Lalu ‘Umar berkata, “Ya Rasulullah, saya juga bermimpi seperti apa yang dia mimpikan, tetapi dia telah mendahului saya.”

707 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ خَالِدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْوَاسِطِيُّ ، حَدَّثَنَا أَبِي ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ إِسْحَاقَ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ سَالِمٍ ، عَنْ أَبِيهِ ؛ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ اسْتَشَارَ النَّاسَ لِمَا يُهِمُّهُمْ إِلَى الصَّلاَةِ , فَذَكَرُوا الْبُوقَ , فَكَرِهَهُ مِنْ أَجْلِ الْيَهُودِ , ثُمَّ ذَكَرُوا النَّاقُوسَ , فَكَرِهَهُ مِنْ أَجْلِ النَّصَارَى , فَأُرِىَ النِّدَاءَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ , يُقَالُ لَهُ : عَبْدُ اللهِ بْنُ زَيْدٍ , وَعُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ , فَطَرَقَ الأَنْصَارِيُّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ لَيْلاً , فَأَمَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ بِلاَلاً ، فَأَذَّنَ بِهِ.قَالَ الزُّهْرِيُّ : وَزَادَ بِلاَلٌ فِي نِدَاءِ صَلاَةِ الْغَدَاةِ : الصَّلاَةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ , فَأَقَرَّهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ.قَالَ عُمَرُ : يَا رَسُولَ اللهِ , قَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ الَّذِي رَأَى , وَلَكِنَّهُ سَبَقَنِي.

2 - Bab Pengulangan Dalam Azan

Bāb al-Tarjīʿ fī al-Adhān

2 - بَابُ التَّرْجِيعِ فِي الأَذَانِ

708 - Muhammad bin Basysysar dan Muhammad bin Yahya menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Abu ‘Ashim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Jurayj mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, ‘Abd al-Aziz bin ‘Abd al-Malik bin Abu Mahdzurah mengkhabarkan kepada saya, daripada ‘Abdullah bin Muhairiz - anak yatim yang berada dalam asuhan Abu Mahdzurah bin Mi‘yar - tatkala dia hendak keluar ke Syam, lalu saya berkata kepada Abu Mahdzurah, “Wahai pak cik, saya keluar ke Syam, dan saya ingin bertanya bagaimana cara azanmu?.” Lalu dia mengkhabarkan kepada saya, bahawa Abu Mahdzurah berkata, “Saya keluar bersama beberapa orang, maka ketika dalam perjalanan muazzin Rasulullah ﷺ mengumandangkan azan solat di samping Rasulullah ﷺ, kami mendengar suara muazzin, dan kami menjauh sambil berteriak seraya menceritakan dan memperolok-oloknya. Maka hal itu didengari oleh Rasulullah ﷺ sehingga Baginda mengirimkan beberapa orang kepada kami, lalu mereka mendudukkan kami di hadapannya, Baginda bersabda: “Kamu semuakah orang-orang yang saya dengar suaranya meninggi?!.” Maka semua orang menunjuk kepada saya dan membenarkan. Lalu Baginda melepaskan mereka semua dan menahan saya, setelah itu berkata kepada saya: “Bangun dan azanlah.” Maka saya pun bangun, tidak ada sesuatu yang saya benci selain Rasulullah ﷺ dan apa yang dia perintahkan kepada saya. Lalu saya berdiri di hadapan Rasulullah ﷺ, dan Baginda sendiri yang mengajarkan lafaz azan kepada saya.

708 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ , وَمُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى ، قَالاَ : حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ ، أَخْبَرَنِي عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي مَحْذُورَةَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مُحَيْرِيزٍ ، وَكَانَ يَتِيمًا فِي حِجْرِ أَبِي مَحْذُورَةَ بْنِ مِعْيَرٍ حِينَ جَهَّزَهُ إِلَى الشَّامِ ، فَقُلْتُ لأَبِي مَحْذُورَةَ : أَيْ عَمِّ , إِنِّي خَارِجٌ إِلَى الشَّامِ ، وَإِنِّي أُسْأَلُ عَنْ تَأْذِينِكَ ، فَأَخْبَرَنِي أَنَّ أَبَا مَحْذُورَةَ قَالَ : خَرَجْتُ فِي نَفَرٍ ، فَكُنَّا بِبَعْضِ الطَّرِيقِ ، فَأَذَّنَ مُؤَذِّنُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ بِالصَّلاَةِ , عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَسَمِعْنَا صَوْتَ الْمُؤَذِّنِ , وَنَحْنُ عَنْهُ مُتَنَكِّبُونَ ، فَصَرَخْنَا نَحْكِيهِ ، تَهَزُّأً ، فَسَمِعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَأَرْسَلَ إِلَيْنَا قَوْمًا ، فَأَقْعَدُونَا بَيْنَ يَدَيْهِ ، فَقَالَ : أَيُّكُمُ الَّذِي سَمِعْتُ صَوْتَهُ قَدِ ارْتَفَعَ ؟ فَأَشَارَ إِلَيَّ الْقَوْمُ كُلُّهُمْ ، وَصَدَقُوا ، فَأَرْسَلَ كُلَّهُمْ وَحَبَسَنِي ، وَقَالَ لِي : قُمْ فَأَذِّنْ , فَقُمْتُ وَلاَ شَيْءَ أَكْرَهُ إِلَيَّ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، وَلاَ مِمَّا يَأْمُرُنِي بِهِ , فَقُمْتُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَأَلْقَى عَلَيَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ التَّأْذِينَ هُوَ بِنَفْسِهِ ،

Baginda bersabda: “Ucapkanlah; (Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar). (Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah). (Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah).“ Kemudian Baginda bersabda kepada saya: “Keraskan suaramu ketika mengucapkan; (Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah). (Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah). (Marilah menuju solat. Marilah menuju solat). (Marilah menuju kemenangan. Marilah menuju kemenangan). (Allah Maha Besar. Allah Maha Besar). (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah).” Setelah saya selesai mengumandangkan azan, Baginda memanggil saya. Baginda memberi saya bungkusan yang di dalamnya terdapat perak, kemudian meletakkan tangannya di atas ubun-ubun Abu Mahdzurah, melewatkannya di depan wajahnya, kemudian pada kedua-dua dadanya sehingga pada bahagian hatinya. Bahkan tangan Rasulullah sampai ke pusat Abu Mahdzurah, setelah itu bersabda: “Semoga Allah memberimu keberkatan ketika suka mahupun duka.” Maka saya berkata, “Wahai Rasulullah, adakah kamu menyuruh saya untuk azan di Makkah?“ Baginda menjawab: “Benar, saya telah menyuruhmu.” Maka segala sesuatu yang saya benci pada diri Rasulullah ﷺ menjadi hilang, dan berganti dengan rasa cinta kepada Rasulullah. Kemudian saya datang kepada ‘Attab bin Usayd, pegawai Rasulullah ﷺ di Makkah, lalu bersamanya saya mengumandangkan azan solat berdasarkan perintah Rasulullah.” berkata, orang yang berjumpa Abu Mahdzurah mengkhabarkan kepada saya seperti itu, sebagaimana khabar yang disampaikan oleh ‘Abdullah bin Muhairiz kepada saya.

فَقَالَ : قُلِ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ , ثُمَّ قَالَ لِي : ارْفَعْ فَمُدَّ مِنْ صَوْتِكَ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ , ثُمَّ دَعَانِي حِينَ قَضَيْتُ التَّأْذِينَ ، فَأَعْطَانِي صُرَّةً فِيهَا شَيْءٌ مِنْ فِضَّةٍ ، ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ عَلَى نَاصِيَةِ أَبِي مَحْذُورَةَ ، ثُمَّ أَمَرَّهَا عَلَى وَجْهِهِ ، ثُمَّ مِنْ بَيْنِ ثَدْيَيْهِ ، ثُمَّ عَلَى كَبِدِهِ ، ثُمَّ بَلَغَتْ يَدُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ سُرَّةَ أَبِي مَحْذُورَةَ ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : بَارَكَ اللَّهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ , فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَمَرْتَنِي بِالتَّأْذِينِ بِمَكَّةَ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، قَدْ أَمَرْتُكَ , فَذَهَبَ كُلُّ شَيْءٍ كَانَ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ مِنْ كَرَاهِيَةٍ ، وَعَادَ ذَلِكَ كُلُّهُ مَحَبَّةً لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَقَدِمْتُ عَلَى عَتَّابِ بْنِ أَسِيدٍ ، عَامِلِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ بِمَكَّةَ ، فَأَذَّنْتُ مَعَهُ بِالصَّلاَةِ عَنْ أَمْرِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ.قَالَ : وَأَخْبَرَنِي ذَلِكَ مَنْ أَدْرَكَ أَبَا مَحْذُورَةَ ، عَلَى مَا أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ مُحَيْرِيزٍ.

709 - Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Affan menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hammam bin Yahya menyampaikan kepada kami, daripada ‘Amir al-Ahwal bahawa Makhul menceritakan kepadanya bahawa ‘Abdullah bin Muhairiz menyampaikan kepadanya, bahawa Abu Mahdzurah menceritakan kepadanya, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ mengajar saya azan dengan sembilan belas ucapan, dan iqamah dengan tujuh belas ucapan. Kalimah azan itu adalah, (Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah-Mari menuju solat. Mari menuju solat. Mari menuju kemenangan. Mari menuju kemenangan. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah). Manakala ucapan iqamah ada tujuh belas: (Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah-Solat telah ditegakkan. Solat telah ditegakkan. Mari menuju solat. Mari menuju solat. Mari menuju kemenangan. Mari menuju kemenangan. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah).“

709 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا عَفَّانُ ، حَدَّثَنَا هَمَّامُ بْنُ يَحْيَى ، عَنْ عَامِرٍ الأَحْوَلِ ، أَنَّ مَكْحُولاً حَدَّثَهُ , أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ مُحَيْرِيزٍ حَدَّثَهُ , أَنَّ أَبَا مَحْذُورَةَ حَدَّثَهُ , قَالَ : عَلَّمَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ الأَذَانَ تِسْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً ، وَالإِقَامَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً ، الأَذَانُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ , وَالإِقَامَةُ سَبْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ ، قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ.

3 - Bab Sunnah Dalam Azan

Bāb al-Sunnah fī al-Adhān

3 - بَابُ السُّنَّةِ فِي الأَذَانِ

710 - Hisyam bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Abd al-Rahman Sa’ad bin ‘Ammar bin Sa’ad – muazzin Rasulullah - menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ayah saya menyampaikan kepada saya, daripada Ayahnya, daripada datuknya berkata, Rasulullah ﷺ memerintahkan kepada Bilal agar meletakkan kedua-dua jarinya pada kedua-dua telinganya, seraya bersabda: “Sesungguhnya itu lebih mengeraskan suaramu.”

710 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ سَعْدِ بْنِ عَمَّارِ بْنِ سَعْدٍ ، مُؤَذِّنِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، حَدَّثَنِي أَبِي ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ أَمَرَ بِلاَلاً أَنْ يَجْعَلَ إِصْبَعَيْهِ فِي أُذُنَيْهِ ، وَقَالَ : إِنَّهُ أَرْفَعُ لِصَوْتِكَ.

Sunan Ibn Majah