bab-bab berkaitan talak
أَبْوَابُ الطَّلاَقِ
1 - Bab
Bāb
1 - بَابٌ
2016 - Suwayd bin Sa‘id dan ‘Abdullah bin ‘Amir bin Zurarah dan Masruq bin al-Marzuban menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Yahya bin Zakariya bin Abu Za’idah menyampaikan kepada kami daripada Shalih bin Shalih bin Hay, daripada Salamah bin Kuhayl, daripada Sa‘id bin Jubayr, daripada Ibn ‘Abbas, daripada ‘Umar bin Khatthab, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ pernah menceraikan Hafsah lalu baginda merujuknya kembali.”
2016 - حَدَّثَنَا سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ ، وَعَبْدُ اللهِ بْنُ عَامِرِ بْنِ زُرَارَةَ ، وَمَسْرُوقُ بْنُ الْمَرْزُبَانِ ، قَالُوا : حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ ، عَنْ صَالِحِ بْنِ صَالِحِ بْنِ حَيٍّ ، عَنْ سَلَمَةَ بْنِ كُهَيْلٍ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ طَلَّقَ حَفْصَةَ ، ثُمَّ رَاجَعَهَا.
2017 - Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya Mu’ammal menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami daripada Abu Ishaq, daripada Abu Burdah, daripada Abu Musa, beliau berkata Rasulullah ﷺ bersabda: “Apa yang tidak kena dengan segelintir manusia yang mempermainkan hukum Allah. Iaitu mereka berkata, “Saya ceraikan kamu, saya rujuk kamu, saya ceraikan kamu.”
2017 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، حَدَّثَنَا مُؤَمَّلٌ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ ، عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَلْعَبُونَ بِحُدُودِ اللهِ ، يَقُولُ : قَدْ طَلَّقْتُكِ ، قَدْ رَاجَعْتُكِ ، قَدْ طَلَّقْتُكِ.
2018 - Katsir bin ‘Ubayd al-Himshi menyampaikan kepada kami, katanya Muhammad bin Khalid menyampaikan kepada kami daripada ‘Ubaydullah bin al-Walid al-Washshafi, daripada Muharib bin Ditsar, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar , dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Perkara halal yang paling tidak disukai oleh Allah adalah talak.”
2018 - حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ عُبَيْدٍ الْحِمْصِيُّ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ خَالِدٍ ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ الْوَلِيدِ الْوَصَّافِيِّ ، عَنْ مُحَارِبِ بْنِ دِثَارٍ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : أَبْغَضُ الْحَلاَلِ إِلَى اللهِ الطَّلاَقُ.
2 – Bab Talak Sunnah
Bāb Ṭalāq al-Sunnah
بَابُ طَلاَقِ السُّنَّةِ
2019 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdullah bin Idris menyampaikan kepada kami daripada ‘Ubaydullah, daripada Nafi‘, daripada Ibn ‘Umar , beliau berkata, “Saya telah menceraikan isteri saya ketika dia sedang haid.” Lalu ‘Umar menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: “Suruhlah dia rujuk semula isterinya. Janganlah ceraikannya sehingga dia suci, kemudian haid dan suci lagi. Kemudian, jika dia ingin bersama isterinya, teruskanlah. Dan jika dia ingin bercerai, ceraikanlah sebelum menyetubuhinya. Inilah idah yang diperintahkan oleh Allah dalam menceraikan isteri”
2019 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ إِدْرِيسَ ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ ، عَنْ نَافِعٍ ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : طَلَّقْتُ امْرَأَتِي وَهِيَ حَائِضٌ ، فَذَكَرَ ذَلِكَ عُمَرُ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَقَالَ : مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا حَتَّى تَطْهُرَ ، ثُمَّ تَحِيضَ ، ثُمَّ تَطْهُرَ ، ثُمَّ إِنْ شَاءَ طَلَّقَهَا قَبْلَ أَنْ يُجَامِعَهَا ، وَإِنْ شَاءَ أَمْسَكَهَا ، فَإِنَّهَا الْعِدَّةُ الَّتِي أَمَرَ اللَّهُ.
2020 - Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami daripada Sufyan, daripada Abu Ishaq, daripada Abu al-Ahwash, daripada ‘Abdullah, beliau berkata, “Talak yang sunnah adalah seseorang itu menceraikan isterinya dalam keadaan suci dan belum disetubuhi.”
2020 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، عَنْ أَبِي الأَحْوَصِ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ ، قَالَ : طَلاَقُ السُّنَّةِ أَنْ يُطَلِّقَهَا طَاهِرًا مِنْ غَيْرِ جِمَاعٍ.