bab-bab berkenaan nikah

أَبْوَابُ النِّكَاحِ

1 - Bab Kelebihan Nikah

Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl al-Nikāh

1 - بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ النِّكَاحِ

1845 - ‘Abdullah bin ‘Amir bin Zurarah menyampaikan kepada kami, ‘Ali bin Mushir menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Ibrahim, daripada ‘Alqamah bin Qays, dia berkata, “Saya pernah bersama ‘Abdullah bin Mas‘ud di Mina, lalu dia menyepi bersama ‘Utsman bin Affan, maka saya ikut duduk dekat dengannya. ‘Utsman berkata kepada ‘Abdullah bin Mas‘ud: “Sediakah jika saya nikahkan kamu dengan seorang budak yang masih gadis, dia akan mengingatkanmu terhadap apa yang telah kamu lupakan?” ketika ‘Abdullah bin Masud melihat bahawa dirinya tidak ada alasan kecuali menerimanya, maka dia memberi isyarat kepada saya dengan tangannya, hingga saya pun mendekat. Dia mengatakan: “Jika itu yang kamu katakan, sungguh Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Wahai para pemuda, siapa di antara kamu semua yang telah memiliki ba’ah[19], hendaklah menikah, kerana itu lebih dapat menjaga pandangan dan kemaluan. Sesiapa belum mampu hendaklah berpuasa, kerana ia mampu memutuskan syahwat.”

1845 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ عَامِرِ بْنِ زُرَارَةَ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ قَيْسٍ ، قَالَ : كُنْتُ مَعَ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ بِمِنًى ، فَخَلاَ بِهِ عُثْمَانُ ، فَجَلَسْتُ قَرِيبًا ، فَقَالَ لَهُ عُثْمَانُ : هَلْ لَكَ أَنْ أُزَوِّجَكَ جَارِيَةً بِكْرًا ، تُذَكِّرُكَ مِنْ نَفْسِكَ بَعْضَ مَا قَدْ مَضَى ؟ فَلَمَّا رَأَى عَبْدُ اللهِ أَنَّهُ لَيْسَ لَهُ حَاجَةٌ سِوَى هَذَا ، أَشَارَ إِلَيَّ بِيَدِهِ ، فَجِئْتُ وَهُوَ يَقُولُ : لَئِنْ قُلْتَ ذَلِكَ ، لَقَدْ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ ، فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

19

Kemampuan atau mempunyai perkara-perkara yang diperlukan oleh pernikahan.

1846 - Ahmad bin al-Azhar menyampaikan kepada kami, Adam menyampaikan kepada kami, ‘Isa bin Maymun menyampaikan kepada kami, daripada al-Qasim, daripada ‘A’isyah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Bernikah adalah sunnah saya, sesiapa yang tidak mengamalkan sunnah saya bererti bukan daripada golongan saya. Berkahwinlah kamu semua, sungguh dengan jumlah kamu semua saya akan memperbanyak umat. Sesiapa memiliki kemampuan harta hendaklah bernikah, dan sesiapa yang tidak memilikinya, hendaklah berpuasa, kerana puasa itu merupakan pemutus syahwat.”

1846 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الأَزْهَرِ ، حَدَّثَنَا آدَمُ ، حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ مَيْمُونٍ ، عَنِ الْقَاسِمِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : النِّكَاحُ مِنْ سُنَّتِي ، فَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ بِسُنَّتِي , فَلَيْسَ مِنِّي ، وَتَزَوَّجُوا ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الأُمَمَ ، وَمَنْ كَانَ ذَا طَوْلٍ فَلْيَنْكِحْ ، وَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَعَلَيْهِ بِالصِّيَامِ ، فَإِنَّ الصَّوْمَ لَهُ وِجَاءٌ.

1847 - Muhammad bin Yahya menyampaikan kepada kami, Sa‘id bin Sulayman menyampaikan kepada kami, Muhammad bin Muslim menyampaikan kepada kami, Ibrahim bin Maisarah menyampaikan kepada kami, daripada Thawus, daripada Ibn ‘Abbas, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Saya belum pernah melihat dua orang yang saling mencintai sebagaimana orang yang bernikah.”

1847 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ سُلَيْمَانَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمٍ ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مَيْسَرَةَ ، عَنْ طَاوُوسٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : لَمْ يُرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ.

2 Bab Larangan Al-Tabattul[20]

Bāb al-Nahy ʿan al-Tabattul

2 - بَابُ النَّهْيِ عَنِ التَّبَتُّلِ

1848 - Abu Marwan Muhammad bin ‘Utsman al-‘Utsmani menyampaikan kepada kami, Ibrahim bin Sa‘d menyampaikan kepada kami, daripada al-Zuhriy, daripada Sa‘id Ibn al-Musayyab, daripada Sa‘d, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ telah melarang ‘Utsman bin Maz‘un daripada al-Tabattul, sekiranya baginda mengizinkannya, maka nescaya kami akan memandulkan diri kami.”

1848 - حَدَّثَنَا أَبُو مَرْوَانَ مُحَمَّدُ بْنُ عُثْمَانَ الْعُثْمَانِيُّ ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ ، عَنْ سَعْدٍ ، قَالَ : لَقَدْ رَدَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ عَلَى عُثْمَانَ بْنِ مَظْعُونٍ التَّبَتُّلَ ، وَلَوْ أَذِنَ لَهُ لاَخْتَصَيْنَا.

20

Al-Tabattul ialah menjauhi wanita dan meninggalkan pernikahan untuk fokus beribadat.

1849 - Bisyr bin Adam dan Zayd bin Akhzam menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Mu‘adh bin Hisyam menyampaikan kepada kami, bapaku menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada al-Hasan, daripada Samurah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ melarang al-Tabattul.” Zayd bin Akhzam menambahkan: “Qatadah membaca ayat: “{Dan telah Kami utus rasul-rasul sebelum kamu, dan Kami jadikan bagi mereka isteri-isteri dan keturunan}” QS. Ar Raad: 38.

1849 - حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ آدَمَ ، وَزَيْدُ بْنُ أَخْزَمَ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ ، حَدَّثَنَا أَبِي ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنِ الْحَسَنِ ، عَنْ سَمُرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ نَهَى عَنِ التَّبَتُّلِ.زَادَ زَيْدُ بْنُ أَخْزَمَ : وَقَرَأَ قَتَادَةُ : {وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلاً مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً}.

Sunan Ibn Majah