bab-bab berkenaan urusan perniagaan

أَبْوَابُ التِّجَارَاتِ

1 Bab Dorongan Untuk Berusaha

Bāb al-Ḥathth ʿalā al-Makāsib

1 - بَابُ الْحَثِّ عَلَى الْمَكَاسِبِ

2137 - Abu Bakr bin Abu Syaybah, ‘Ali bin Muhammad dan Ishaq bin Ibrahim bin Habib menyampaikan kepada kami, mereka berkata Abu Mu‘awiyah menyampaikan kepada kami, katanya al-A‘mal menyampaikan kepada kami daripada Ibrahim, daripada al-Aswad, daripada ‘A’isyah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya yang terbaik buat seseorang itu adalah dia menjamah dari hasil titik peluhnya sendiri. Dan anaknya juga termasuk daripada hasil usahanya sendiri.”

2137 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَعَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ حَبِيبٍ ، قَالُوا : حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، عَنِ الأَسْوَدِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ ، وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ.

2138 - Hisyam bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, katanya Isma‘il bin ‘Ayyal menyampaikan kepada kami daripada Bahir bin Sa’d, daripada Khalid bin Ma‘dan, daripada al-Miqdam bin Ma‘di Karb al-Zubaydi, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: “Tidak ada yang lebih baik daripada usaha seseorang lelaki itu melainkan hasil titik peluhnya sendiri. Dan apa sahaja yang diinfakkan oleh seorang lelaki itu buat dirinya sendiri, isteri, anak dan pembantunya adalah merupakan sedekah.”

2138 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ ، عَنْ بَحِيرِ بْنِ سَعْدٍ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ ، عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ الزُّبَيْدِيِّ ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : مَا كَسَبَ الرَّجُلُ كَسْبًا أَطْيَبَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ ، وَمَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى نَفْسِهِ وَأَهْلِهِ وَوَلَدِهِ وَخَادِمِهِ ، فَهُوَ صَدَقَةٌ.

2139 - Ahmad bin Sinan menyampaikan kepada kami, katanya Katsir bin Hisyam menyampaikan kepada kami, katanya Kultsum bin Jausyan al-Qusyayri menyampaikan kepada kami daripada Ayyub, daripada Nafi‘, daripada Ibn ‘Umar , beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Seorang peniaga muslim yang jujur (akan dibangunkan) bersama para syuhada pada hari kiamat.”

2139 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سِنَانٍ ، حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ هِشَامٍ ، حَدَّثَنَا كُلْثُومُ بْنُ جَوْشَنٍ الْقُشَيْرِيُّ ، عَنْ أَيُّوبَ ، عَنْ نَافِعٍ ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : التَّاجِرُ الأَمِينُ الصَّدُوقُ الْمُسْلِمُ مَعَ الشُّهَدَاءِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

2140 – Ya‘qub bin Humayd bin Kasib menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abd al-‘Aziz al-Darawardi menyampaikan kepada kami daripada Tsaur bin Zayd al-Dili, daripada Abu al-Ghayts, iaitu pembantu Ibn Muthi‘, daripada Abu Hurayrah, katanya bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Mereka yang menghulurkan bantuan buat golongan janda & miskin ibaratnya seperti pejuang di jalan Allah, dan seperti orang yang mendirikan solat malam serta berpuasa di siang hari.”

2140 - حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ حُمَيْدِ بْنِ كَاسِبٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الدَّرَاوَرْدِيُّ ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ الدِّيْلِيِّ ، عَنْ أَبِي الْغَيْثِ ، مَوْلَى ابْنِ مُطِيعٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : السَّاعِي عَلَى الأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللهِ ، وَكَالَّذِي يَقُومُ اللَّيْلَ وَيَصُومُ النَّهَارَ.

2141 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Khalid bin Makhlad menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Sulayman menyampaikan kepada kami daripada Mu‘adz bin ‘Abdullah bin Khubayb, daripada ayahnya, daripada bapa saudaranya, beliau berkata, “Ketika kami sedang berada di sebuah majlis, Nabi ﷺ datang dalam keadaan kepalanya masih terdapat sisa air mandi. Sebahagian daripada kami berkata kepada baginda: “Kamu kelihatan bahagia hari ini.” Baginda lantas menjawab: “Benar, segala puji bagi Allah.” Setelah itu, semua hanyut di dalam perbincangan berkenaan kekayaan sehingga baginda bersabda: “Tiada masalah dengan kekayaan asalkan bertakwa dan kesihatan itu lebih baik bagi orang yang bertakwa berbanding kekayaan. Dan kebahagiaan itu merupakan salah satu kenikmatan.”

2141 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ سُلَيْمَانَ ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ خُبَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَمِّهِ ، قَالَ : كُنَّا فِي مَجْلِسٍ ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ ، فَقَالَ لَهُ بَعْضُنَا : نَرَاكَ الْيَوْمَ طَيِّبَ النَّفْسِ ، فَقَالَ : أَجَلْ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ , ثُمَّ أَفَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى ، فَقَالَ : لاَ بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنِ اتَّقَى ، وَالصِّحَّةُ لِمَنِ اتَّقَى خَيْرٌ مِنَ الْغِنَى ، وَطِيبُ النَّفْسِ مِنَ النَّعِيمِ.

Sunan Ibn Majah