bab-bab hadiah
أَبْوَابُ الْهِبَاتِ
1 - Bab Seseorang Yang Memberi Hadiah Kepada Anaknya
Bāb al-Rajul Yanḥal Waladahu
1 - بَابُ الرَّجُلِ يَنْحَلُ وَلَدَهُ
2375 - Abu Bishr Bakr bin Khalaf menyampaikan kepada kami, Yazid bin Zurai menyampaikan kepada kami, daripada Daud bin Abu Hind, daripada al-Shabi, daripada al-Numan bin Bashir, beliau berkata bahawa ayahnya pernah mengajaknya bertemu Nabi ﷺ dan berkata, ”Saksikanlah, sesungguhnya saya telah memberikan al-Numan daripada wangku sekian dan sekian!” Baginda bersabda: “Apakah ini juga engkau lakukan untuk anakmu yang lain, sebagaimana yang engkau lakukan terhadap al-Numan?” Dia menjawab, ”Tidak.” Baginda bersabda: “Carilah orang lain untuk menjadi saksi.” Kemudian baginda melanjutkan: ”Tidakkah engkau suka, jika kebaikan mereka untukmu juga sama?” Dia menjawab, ”Tentu sekali.” Baginda bersabda: “Maka janganlah engkau lakukan hal itu.”
2375 - حَدَّثَنَا أَبُو بِشْرٍ بَكْرُ بْنُ خَلَفٍ ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ أَبِي هِنْدٍ ، عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ، قَالَ : انْطَلَقَ بِهِ أَبُوهُ يَحْمِلُهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَقَالَ : اشْهَدْ أَنِّي قَدْ نَحَلْتُ النُّعْمَانَ مِنْ مَالِي كَذَا وَكَذَا ، قَالَ : فَكُلَّ بَنِيكَ نَحَلْتَ مِثْلَ الَّذِي نَحَلْتَ النُّعْمَانَ ؟ قَالَ : لاَ ، قَالَ : فَأَشْهِدْ عَلَى هَذَا غَيْرِي ، قَالَ : أَلَيْسَ يَسُرُّكَ أَنْ يَكُونُوا لَكَ فِي الْبِرِّ سَوَاءً ؟ قَالَ : بَلَى ، قَالَ : فَلاَ إِذًا.
2376 - Hisham bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada Humayd bin ‘Abd al-Rahman dan Muhammad bin al-Numan bin Bashir kedua-duanya telah mengkhabarkan kepadanya daripada al-Numan bin Bashir bahawa ayahnya memberikan seorang hamba kepadanya, lalu ayahnya mengajak menemui Nabi ﷺ untuk menjadi saksi. Baginda lalu bersabda: “Apakah semua anakmu engkau turut berikan juga?” Dia menjawab, ”Tidak.” Baginda bersabda: “Kembalikanlah hamba itu.”
2376 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، وَمُحَمَّدِ بْنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ أَخْبَرَاهُ عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ، أَنَّ أَبَاهُ نَحَلَهُ غُلاَمًا ، وَأَنَّهُ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ يُشْهِدُهُ ، فَقَالَ : أَكُلَّ وَلَدِكَ نَحَلْتَ ؟ قَالَ : لاَ ، قَالَ : فَارْدُدْهُ.
2 - Bab Seseorang Yang Memberikan Sesuatu Kepada Anaknya Kemudian Memintanya Semula
Bāb Man Aʿṭā Waladahu Thumma Rajaʿa fī-hi
2 - بَابُ مَنْ أَعْطَى وَلَدَهُ ثُمَّ رَجَعَ فِيهِ
2377 - Muhammad bin Bashshar dan Abu Bakr bin Khallad al-Bahili menyampaikan kepada kami kedua-duanya berkata, Ibn Abu ‘Adi menyampaikan kepada kami, daripada Husayn al-Muallim, daripada ‘Amru bin Shu‘ayb, daripada Thawus, daripada Ibn ‘Abbas dan Ibn ‘Umar menyampaikan kepada kami kedua-duanya memarfukan hadis tersebut kepada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Tidak halal seorang lelaki memberikan suatu pemberian kemudian diminta kembali, kecuali untuk orang tua terhadap sesuatu yang dia berikan kepada anaknya.”
2377 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ خَلاَّدٍ الْبَاهِلِيُّ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ ، عَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ طَاوُوسٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، وَابْنِ عُمَرَ ، يَرْفَعَانِ الْحَدِيثَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، قَالَ : لاَ يَحِلُّ لِلرَّجُلِ أَنْ يُعْطِيَ الْعَطِيَّةَ ثُمَّ يَرْجِعَ فِيهَا ، إِلاَّ الْوَالِدَ فِيمَا يُعْطِي وَلَدَهُ.
2378 - Jamil bin al-Hasan menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Ala menyampaikan kepada kami, Sa‘id menyampaikan kepada kami, daripada ‘Amir al-Ahwal, daripada ‘Amru bin Shu‘ayb, daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawa Nabi Allah ﷺ bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kamu semua mengambil kembali barang yang telah dia berikan, kecuali orang tua kepada anaknya.”
2378 - حَدَّثَنَا جَمِيلُ بْنُ الْحَسَنِ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الأَعْلَى ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ ، عَنْ عَامِرٍ الأَحْوَلِ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَرْجِعْ فِي هِبَتِهِ ، إِلاَّ الْوَالِدُ مِنْ وَلَدِهِ.
3 - Bab Pemberian Sepanjang Hayat
Bāb al-ʿUmrā
3 - بَابُ الْعُمْرَى
2379 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Yahya bin Zakaria bin Abu Za’idah menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Amru, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada ‘umra, maka sesiapa diberi ‘umra atas sesuatu maka ia menjadi miliknya.”
2379 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : لاَ عُمْرَى ، فَمَنْ أُعْمِرَ شَيْئًا فَهُوَ لَهُ.