bab-bab hudud

أَبْوَابُ الْحُدُودِ

1 - Bab Tidak Halal Darah Seorang Muslim Kecuali Pada Tiga Perkara

Bāb Lā Yaḥill Dam Imriʾ Muslim illā fī Thalāth

1 - بَابُ لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ فِي ثَلاَثٍ

2533 - Ahmad bin ‘Abdah menyampaikan kepada kami, Hammad bin Zayd mengkhabarkan kepada kami, daripada Yahya bin Sa‘id, daripada Abu Umamah bin Sahal bin Hunaif bahawa ‘Utsman bin ‘Affan suatu ketika memimpin sebuah rombongan. Lalu ‘Utsman mendengar bahawa mereka membicarakan tentang masalah pembunuhan. ‘Utsman bin ‘Affan berkata, ”Mereka mengancam akan membunuhku! Mereka ingin membunuhku?” sedangkan saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak halal darah seorang Muslim, kecuali pada salah satu dari tiga perkara ini: Seseorang yang berzina dan dia (telah menikah), maka dia harus direjam. Seseorang yang membunuh orang lain tanpa hak, atau seseorang yang murtad setelah dia memeluk Islam. Demi Allah saya tidak pernah berzina baik masa jahiliah mahupun Islam. Saya juga tidak pernah membunuh seorang Muslim dan saya tidak pernah murtad setelah saya memeluk Islam.”

2533 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ ، أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ ، أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ أَشْرَفَ عَلَيْهِمْ ، فَسَمِعَهُمْ وَهُمْ يَذْكُرُونَ الْقَتْلَ فَقَالَ : إِنَّهُمْ لَيَتَوَاعَدُونِي بِالْقَتْلِ ؟ فَلِمَ تَقْتُلُونِي ؟ وَقَدْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ يَقُولُ : لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ فِي إِحْدَى ثَلاَثٍ : رَجُلٌ زَنَى وَهُوَ مُحْصَنٌ فَرُجِمَ ، أَوْ رَجُلٌ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ ، أَوْ رَجُلٌ ارْتَدَّ بَعْدَ إِسْلاَمِهِ , فَوَاللَّهِ مَا زَنَيْتُ فِي جَاهِلِيَّةٍ وَلاَ فِي إِسْلاَمٍ ، وَلاَ قَتَلْتُ نَفْسًا مُسْلِمَةً ، وَلاَ ارْتَدَدْتُ مُنْذُ أَسْلَمْتُ.

2534 - ‘Ali bin Muhammad dan Abu Bakr bin Khallad al-Bahili menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada al-A’mash, daripada ‘Abdullah bin Murrah, daripada Masruq, daripada ‘Abdullah bin Masud, dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak halal darah seorang Muslim yang telah mengucap syahadah, kecuali pada salah satu dari tiga hal ini: Seseorang yang membunuh orang lain tanpa hak, seseorang yang pernah bernikah namun dia berzina dan seseorang yang keluar daripada jemaah iaitu murtad meninggalkan Islam.

2534 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ خَلاَّدٍ الْبَاهِلِيُّ , قَالاَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مُرَّةَ ، عَنْ مَسْرُوقٍ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللهِ ، إِلاَّ أَحَدُ ثَلاَثَةِ نَفَرٍ : النَّفْسُ بِالنَّفْسِ ، وَالثَّيِّبُ الزَّانِي ، وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ ، الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ.

2 - Bab Orang Yang Murtad Dari Agamanya

Bāb al-Murtadd ʿan Dīnihi

2 - بَابُ الْمُرْتَدِّ عَنْ دِينِهِ

2535 - Muhammad bin al-Shabbah menyampaikan kepada kami, Sufyan bin ‘Uyaynah mengkhabarkan kepada kami, daripada Ayyub, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.”

2535 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنْ أَيُّوبَ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ.

2536 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada Bahz bin Hakim, daripada ayahnya, daripada datuknya berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah tidak akan menerima amal seorang musyrik yang menyekutukan Allah setelah sebelumnya memeluk Islam, sehinggalah dia memisahkan diri dari Musyrikin dan menyertai kaum Muslimin semula.”

2536 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ ، عَنْ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : لاَ يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْ مُشْرِكٍ أَشْرَكَ بَعْدَ مَا أَسْلَمَ عَمَلاً , حَتَّى يُفَارِقَ الْمُشْرِكِينَ إِلَى الْمُسْلِمِينَ.

3 - Bab Pelaksanaan Hudud

Bāb Iqāmat al-Ḥudūd

3 - بَابُ إِقَامَةِ الْحُدُودِ

2537 - Hisham bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, al-Walid bin Muslim menyampaikan kepada kami, Sa‘id bin Sinan menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Zahiriyyah, daripada Abu Shajarah Katsir bin Murrah, daripada Ibn ‘Umar, Rasulullah ﷺ bersabda: “Menjalankan salah satu hukuman yang disyariatkan oleh Allah adalah lebih baik daripada hujan selama 40 malam di bumi Allah .”

2537 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ سِنَانٍ ، عَنْ أَبِي الزَّاهِرِيَّةِ ، عَنْ أَبِي شَجَرَةَ كَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : إِقَامَةُ حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ ، خَيْرٌ مِنْ مَطَرِ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً فِي بِلاَدِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Sunan Ibn Majah