bab-bab hukum hakam
أَبْوَابُ الأَحْكَامِ
1 - Bab Tentang Hakim
Bāb Dhikr al-Quḍāh
1 - بَابُ ذِكْرِ الْقُضَاةِ
2308 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Mualla bin Manshur menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Ja‘far, daripada ‘Utsman bin Muhammad, daripada al-Maqburi, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Sesiapa dijadikan hakim di antara manusia, sesungguhnya dia telah disembelih tanpa menggunakan pisau.”
2308 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا مُعَلَّى بْنُ مَنْصُورٍ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ جَعْفَرٍ ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ مُحَمَّدٍ ، عَنِ الْمَقْبُريِّ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، قَالَ : مَنْ جُعِلَ قَاضِيًا بَيْنَ النَّاسِ ، فَقَدْ ذُبِحَ بِغَيْرِ سِكِّينٍ.
2309 - ‘Ali bin Muhammad dan Muhammad bin Isma‘il menyampaikan kepada kami kedua-duanya berkata, Waki‘ menyampaikan kepada kami, Isra’il menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd al-A‘la, daripada Bilal bin Abu Musa, daripada Anas bin Malik, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa meminta untuk diangkat sebagai hakim maka dia akan diamanahkan kepada dirinya sendiri, dan sesiapa dipaksa menjadi hakim maka malaikat akan turun untuk membantunya.”
2309 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ ، عَنْ عَبْدِ الأَعْلَى ، عَنْ بِلاَلِ بْنِ أَبِي مُوسَى ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَنْ سَأَلَ الْقَضَاءَ وُكِلَ إِلَى نَفْسِهِ ، وَمَنْ جُبِرَ عَلَيْهِ نَزَلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَسَدَّدَهُ.
2310 - ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami, Ya‘la dan Abu Mu‘awiyah menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘mash, daripada ‘Amru bin Murrah, daripada Abu al-Bakhtari, daripada ‘Ali, beliau berkata, “Rasulullah mengutuskan saya ke Yaman, maka saya berkata, “Wahai Rasulullah, engkau mengutusku untuk menjadi hakim di tengah manusia sementara saya seorang pemuda dan tidak mengerti bagaimana membuat kata putus!” ‘Ali berkata, “Baginda lalu meletakkan tangannya ke dada saya lalu berdoa: “Ya Allah, bimbinglah hatinya dan teguhkanlah lisannya.” ‘Ali berkata, ”Setelah itu saya tidak ragu-ragu dalam memutuskan antara dua perkara.”
2310 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا يَعْلَى ، وَأَبُو مُعَاوِيَةَ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ ، عَنْ أَبِي الْبَخْتَرِيِّ ، عَنْ عَلِيٍّ ، قَالَ : بَعَثَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ إِلَى الْيَمَنِ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، تَبْعَثُنِي وَأَنَا شَابٌّ أَقْضِي بَيْنَهُمْ ، وَلاَ أَدْرِي مَا الْقَضَاءُ ؟ قَالَ : فَضَرَبَ بِيَدِهِ فِي صَدْرِي ، ثُمَّ قَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ قَلْبَهُ ، وَثَبِّتْ لِسَانَهُ ، قَالَ : فَمَا شَكَكْتُ بَعْدُ فِي قَضَاءٍ بَيْنَ اثْنَيْنِ.
2 - Bab Larangan Tegas terhadap Ketidakadilan Dan Rasuah
Bāb al-Taghlīẓ fī al-Ḥayf wa al-Rishwah
2 - بَابُ التَّغْلِيظِ فِي الْحَيْفِ وَالرِّشْوَةِ
2311 - Abu Bakr bin Khallad al-Bahili menyampaikan kepada kami, Yahya bin Sa‘id al-Qatthan menyampaikan kepada kami, Mujalid menyampaikan kepada kami, daripada ‘Amir al-Sha‘bi, daripada Masruq, daripada ‘Abdullah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah seorang hakim yang mengadili manusia kecuali pada hari kiamat dia akan datang dalam keadaan tengkuknya dipegang oleh malaikat. Kemudian kepalanya akan diangkat ke langit, jika Allah berfirman, “Lemparkanlah dia”, maka malaikat akan melemparnya ke dalam neraka yang dalamnya seperti perjalanan selama 40 musim luruh.
2311 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ خَلاَّدٍ الْبَاهِلِيُّ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ ، حَدَّثَنَا مُجَالِدٌ ، عَنْ عَامِرٍ الشَّعْبِيِّ ، عَنْ مَسْرُوقٍ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَا مِنْ حَاكِمٍ يَحْكُمُ بَيْنَ النَّاسِ , إِلاَّ جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَلَكٌ آخِذٌ بِقَفَاهُ ، ثُمَّ يَرْفَعُ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ ، فَإِنْ قَالَ : أَلْقِهِ ، أَلْقَاهُ فِي مَهْوَاةٍ أَرْبَعِينَ خَرِيفًا.
2312 - Ahmad bin Sinan menyampaikan kepada kami, Muhammad bin Bilal menyampaikan kepada kami, daripada ‘Imran al-Qatthan, daripada Husayn iaitu Ibn ‘Imran, daripada Abu Ishaq al-Shaibani, daripada ‘Abdullah bin Abu Awfa beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah akan bersama seorang hakim selama dia tidak berbuat zalim. Apabila dia berbuat zalim maka akan dibebankan kepada dirinya sendiri.”
2312 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سِنَانَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِلاَلٍ ، عَنْ عِمْرَانَ الْقَطَّانِ ، عَنْ حُسَيْنٍ، يَعْنِي ابْنَ عِمْرَانَ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ الشَّيْبَانِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : إِنَّ اللَّهَ مَعَ الْقَاضِي مَا لَمْ يَجُرْ ، فَإِذَا جَارَ وَكَلَهُ إِلَى نَفْسِهِ.