bab-bab mendirikan solat dan sunnah-sunnah yang berkaitan dengannya

أَبْوَابُ إِقَامَةِ الصَّلَوَاتِ وَالسُّنَّةِ فِيهَا

1 Bab Doa Iftitah

Bāb Iftitāḥ al-Ṣalāh

1 - بَابُ افْتِتَاحِ الصَّلاَةِ

803 - ‘Ali bin Muhammad al-Thanafisi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Abd al-Hamid bin Ja‘far menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Muhammad bin ‘Amr bin ‘Atha’ menyampaikan kepada kami, beliau berkata, saya mendengar Abu Humayd al-Sa‘idi berkata, “Rasulullahﷺ akan menghadap kiblat apabila ingin mendirikan solat dan mengangkat kedua tangannya, lalu mengucapkan: “Allah Maha Besar.”

803 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ الطَّنَافِسِيُّ ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ , حَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ جَعْفَرٍ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ عَطَاءٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا حُمَيْدٍ السَّاعِدِيَّ يَقُولُ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ ، اسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ ، وَرَفَعَ يَدَيْهِ ، وَقَالَ : اللَّهُ أَكْبَرُ.

804 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Zayd bin al-Hubab menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ja‘far bin Sulayman al-Dhuba‘i menyampaikan kepada saya, beliau berkata, ‘Ali bin ‘Ali Al-Rifa‘i menyampaikan kepada saya daripada Abu al-Mutawakkil, daripada Abu Sa‘id al-Khudri, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ memulakan solatnya dengan membaca: Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji bagi-Mu, nama-Mu yang maha berkat, kemuliaan-Mu yang maha agung, dan tiada Tuhan selain Engkau.”

804 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الحُبَابِ , حَدَّثَنِي جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ الضُّبَعِيُّ , حَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ عَلِيٍّ الرِّفَاعِيُّ ، عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ يَسْتَفْتِحُ صَلاَتَهُ يَقُولُ : سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، تَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَتَعَالَى جَدُّكَ ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ.

805 - Abu Bakr bin Abu Syaybah dan ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata Muhammad bin Fudhayl menyampaikan kepada kami daripada ‘Umarah bin al-Qa‘qa‘, daripada Abu Zur‘ah, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Apabila Rasulullah ﷺ bertakbir, baginda diam seketika antara takbir dan bacaan (surah al-Fatihah). Lalu saya bertanya kepada baginda, “Demi ibu dan ayah saya menjadi galang ganti tebusan, beritahulah saya apa yang kamu baca ketika kamu diam antara takbir dan bacaan (surah al-Fatihah)? Baginda menjawab, “Saya membaca: Ya Allah, jauhkanlah antara saya dan kesalahan-kesalahan saya sebagaimana Engkau jauhkan timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah kesalahan-kesalahan saya sebagaimana bersihnya kain putih daripada kotoran. Ya Allah, bersihkanlah saya daripada kesalahan-kesalahan saya dengan air, salji dan embun.”

805 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ , وَعَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ إِذَا كَبَّرَ سَكَتَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ ، قَالَ : فَقُلْتُ : بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي ، أَرَأَيْتَ سُكُوتَكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ ، فَأَخْبِرْنِي مَا تَقُولُ ، قَالَ : أَقُولُ : اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ ، كَالثَّوْبِ الأَبْيَضِ مِنَ الدَّنَسِ ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ.

806 - ‘Ali bin Muhammad dan ‘Abdullah bin ‘Imran menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, Abu Mu‘awiyah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Haritsah bin Abu al-Rijal menyampaikan kepada kami daripada ‘Amrah, daripada ‘A’isyah, beliau berkata bahawa Nabi ﷺ ketika permulaan solat, baginda membaca: “Maha suci Kamu ya Allah dan segala puji bagi-Mu, nama-Mu yang maha berkat dan kemuliaan-Mu yang maha agung, dan tiada Tuhan selain Kamu.”

806 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ , وَعَبْدُ اللهِ بْنُ عِمْرَانَ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، حَدَّثَنَا حَارِثَةُ بْنُ أَبِي الرِّجَالِ ، عَنْ عَمْرَةَ ، عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَانَ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلاَةَ قَالَ : سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، تَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَتَعَالَى جَدُّكَ ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ.

2 Bab Bacaan Isti‘adzah Ketika Solat

Bāb al-Istiʿādhah fī al-Ṣalāh

2 - بَابُ الاِسْتِعَاذَةِ فِي الصَّلاَةِ

807 - Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Syu‘bah menyampaikan kepada kami daripada ‘Amr bin Murrah, daripada ‘Ashim al-‘Anazi, daripada Ibn Jubayr bin Muth‘im, daripada ayahnya, beliau berkata, “Ketika di awal solat, saya melihat Rasulullah ﷺ membaca: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar” sebanyak tiga kali, “Segala puji bagi Allah yang tidak terhingga, segala puji bagi Allah yang tidak terhingga” sebanyak tiga kali, dan “Maha suci Allah” pada waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali. Lalu baginda membaca: Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada syaitan yang terkutuk, iaitu daripada godaan, tiupan dan hembusannya.” ‘Amr berkata, “Godaan syaitan adalah berbentuk kebimbangan, manakala tiupannya berbentuk syair dan hembusannya pula berbentuk kesombongan.”

807 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ ، عَنْ عَاصِمٍ الْعَنَزِيِّ ، عَنِ ابْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ حِينَ دَخَلَ فِي الصَّلاَةِ ، قَالَ : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ثَلاَثًا ، الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ثَلاَثًا ، سُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً ثَلاَثَ مَرَّاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، مِنْ هَمْزِهِ، وَنَفْخِهِ، وَنَفْثِهِ. قَالَ عَمْرٌو : هَمْزُهُ : الْمُوتَةُ ، وَنَفْثُهُ : الشِّعْرُ ، وَنَفْخُهُ : الْكِبْرُ.

Sunan Ibn Majah