bab-bab pembebasan hamba

أَبْوَابُ الْعِتْقِ

1 - Bab al-Mudabbar[38]

Bāb al-Mudabbar

1 - بَابُ الْمُدَبَّرِ

2512 - Muhammad bin ‘Abdullah bin Numayr dan ‘Ali bin Muhammad, kedua-duanya: Waki‘ menyampaikan kepada kami, ‘Isma‘il bin Abu Khalid menyampaikan kepada kami, daripada Salamah bin Kuhail, daripada ‘Atha’, daripada Jabir bahawa, ”Sesungguhnya Rasulullah menjual seorang hamba al - mudabbar.”

2512 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ ، وَعَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ , قَالاَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي خَالِدٍ ، عَنْ سَلَمَةَ بْنِ كُهَيْلٍ ، عَنْ عَطَاءٍ ، عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ بَاعَ الْمُدَبَّرِ.

38

Hamba yang menggantung pembebasannya dengan kematian tuannya.

2513 - Hisham bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Amru bin Dinar, daripada Jabir bin ‘Abdullah, dia berkata, ”Salah seorang daripada kabilah kami telah berjanji akan memerdekakan seorang hamba dan dia tidak memiliki harta selainnya. Kemudian Rasulullah menjualnya dan dibeli oleh Ibn al - Nahham seorang lelaki daripada bani ‘Adi.”

2513 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ , عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ , قَالَ : دَبَّرَ رَجُلٌ مِنَّا غُلاَمًا , وَلَمْ يَكُنْ لَهُ مَالٌ غَيْرُهُ , فَبَاعَهُ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ , فَاشْتَرَاهُ ابْنُ النَّحَّامِ , رَجُلٌ مِنْ بَنِي عَدِيٍّ.

2514 – ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, ‘Ali bin Zabyan menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah, daripada Nafi, daripada Ibn ‘Umar bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Hamba al-mudabbar itu sebahagian daripada satu pertiga daripada harta pusaka.” Ibn Majah berkata, saya mendengar ‘Utsman iaitu Ibn Abu Syaybah berkata, ”Hadis ini salah, yang dimaksudkan ialah hadis: “Hamba al-mudabbar itu daripada sepertiga”. Abu ‘Abdullah berkata, “Tiada asal.”

2514 - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ ظَبْيَانَ ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ ، عَنْ نَافِعٍ ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : الْمُدَبَّرُ مِنَ الثُّلُثِ.قَالَ ابْنُ مَاجَهْ : سَمِعْتُ عُثْمَانَ , يَعْنِي ابْنَ أَبِي شَيْبَةَ يَقُولُ : هَذَا خَطَأٌ , يَعْنِي حَدِيثَ : الْمُدَبَّرُ مِنَ الثُّلُثِ.قَالَ أَبُو عَبْدِ اللهِ ابْنُ مَاجَهْ : لَيْسَ لَهُ أَصْلٌ.

2 - Bab Ibu-Ibu Kepada Anak-Anak (Hamba Perempuan Yang Melahirkan Anak Daripada Tuannya)

Bāb Ummahāt al-Awlād

بَابُ أُمَّهَاتِ الأَوْلاَدِ

2515 – ‘Ali bin Muhammad dan Muhammad bin ‘Isma‘il menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Waki‘ menyampaikan kepada kami, Sharik menyampaikan kepada kami, daripada Husayn bin ‘Abdullah bin ‘Ubaydullah bin ‘Abbas, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Mana-mana lelaki yang menyetubuhi hambanya, hamba itu akan merdeka setelah dia melahirkan anak.”

2515 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ , قَالاَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ ، عَنْ حُسَيْنِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : أَيُّمَا رَجُلٍ وَلَدَتْ أَمَتُهُ مِنْهُ ، فَهِيَ مُعْتَقَةٌ عَنْ دُبُرٍ مِنْهُ.

2516 - Ahmad bin Yusuf menyampaikan kepada kami, Abu Asim menyampaikan kepada kami, Abu Bakr iaitu al-Nahshali menyampaikan kepada kami, daripada al-Husayn bin ‘Abdullah, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata, ”Disebutkan mengenai Ummu Ibrahim disamping Rasulullah ﷺ, maka baginda bersabda: “Anaknya telah memerdekakannya.”

2516- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ ، حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ ، يَعْنِي النَّهْشَلِيَّ، عَنِ الْحُسَيْنِ بْنِ عَبْدِ اللهِ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , قَالَ : ذُكِرَتْ أُمُّ إِبْرَاهِيمَ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ فَقَالَ : أَعْتَقَهَا وَلَدُهَا.

Sunan Ibn Majah