bab-bab sedekah
أَبْوَابُ الصَّدَقَاتِ
1 - Bab Mengambil Kembali Sedekah
Bāb al-Rujūʿ fī al-Ṣadaqah
1 - بَابُ الرُّجُوعِ فِي الصَّدَقَةِ
2390 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Waki‘ menyampaikan kepada kami, Hisham bin Sa‘ad menyampaikan kepada kami, daripada Zayd bin Aslam, daripada ayahnya, daripada ‘Umar bin al-Khattab bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah engkau minta kembali sedekahmu.”
2390 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ سَعْدٍ ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : لاَ تَعُدْ فِي صَدَقَتِكَ.
2391 - ‘Abd al-Rahman bin Ibrahim al-Dimashqi menyampaikan kepada kami, al-Walid bin Muslim menyampaikan kepada kami, al-Auzai menyampaikan kepada kami, Abu Ja‘far Muhammad bin ‘Ali menyampaikan kepada saya berkata, Sa‘id bin al-Musayyib menyampaikan kepada saya berkata, ‘Abdullah bin al-‘Abbas menyampaikan kepada saya, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian memintanya kembali seperti anjing yang muntah kemudian memakannya kembali.”
2391 - حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ ، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ ، حَدَّثَنَا الأَوْزَاعِيُّ , حَدَّثَنِي أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيٍّ , حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ , حَدَّثَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ الْعَبَّاسِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَثَلُ الَّذِي يَتَصَدَّقُ ، ثُمَّ يَرْجِعُ فِي صَدَقَتِهِ ، مَثَلُ الْكَلْبِ يَقِيءُ ، ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَأْكُلُ قَيْئَهُ.
2 - Bab Seseorang Yang Bersedekah Dengan Sesuatu Kemudian Dia Mendapati Pemberiannnya Telah Dijual, Bolehkah Dia Membelinya Semula?
Bāb Man Taṣaddaqa bi-Ṣadaqah fa-Wajadahā Tubāʿ Hal Yashtarīhā
2 - بَابُ مَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَوَجَدَهَا تُبَاعُ هَلْ يَشْتَرِيهَا
2392 - Tamim bin al-Muntasir al-Wasiti menyampaikan kepada kami, Ishaq bin Yusuf menyampaikan kepada kami, daripada Sharik, daripada Hisham bin ‘Urwah, daripada ‘Umar bin ‘Abdullah bin ‘Umar, daripada ayahnya, daripada datuknya ‘Umar bahawa pada zaman Rasulullah ﷺ, beliau pernah bersedekah dengan seekor kuda (kepada seseorang), lalu pemiliknya menjualnya kembali dengan harga yang murah. Maka dia datang bertemu Nabi ﷺ dan menanyakan tentang hal itu, baginda lalu menjawab: ”Jangan engkau beli kembali sedekahmu.”
2392 - حَدَّثَنَا تَمِيمُ بْنُ الْمُنْتَصِرِ الْوَاسِطِيُّ ، حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ ، عَنْ شَرِيكٍ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عُمَرَ , أَنَّهُ تَصَدَّقَ بِفَرَسٍ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَأَبْصَرَ صَاحِبَهَا يَبِيعُهَا بِكَسْرٍ ، فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَسَأَلَهُ عَنْ ذَلِكَ ، فَقَالَ : لاَ تَبْتَعْ صَدَقَتَكَ.
2393 - Yahya bin Hakim menyampaikan kepada kami,, Yazid bin Harun menyampaikan kepada kami, Sulayman al-Taimi menyampaikan kepada kami, daripada Abu ‘Utsman al-Nahdi, daripada ‘Abdullah bin ‘Amir, daripada al-Zubayr bin al-‘Awwam menyampaikan kepada kami bahawa dia menaiki seekor kuda yang diberi nama Gh’Amrun atau Ghamrah, kemudian dia melihat seekor anak kuda jantan atau betina daripada beberapa anak kuda yang dijual dan dinisbahkan kepada kudanya, maka dia melarangnya.”
2393 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ التَّيْمِيُّ ، عَنْ أَبِي عُثْمَانَ النَّهْدِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَامِرٍ ، عَنِ الزُّبَيْرِ بْنِ الْعَوَّامِ ، أَنَّهُ حَمَلَ عَلَى فَرَسٍ يُقَالُ لَهُ : غَمْرٌ أَوْ غَمْرَةٌ ، فَرَأَى مُهْرًا ، أَوْ مُهْرَةً مِنْ أَفْلاَئِهَا يُبَاعُ ، يُنْسَبُ إِلَى فَرَسِهِ ، فَنَهَى عَنْهَا.
3 - Bab Seseorang Yang Bersedekah Dengan Sesuatu Kemudian Mewarisinya
Bāb Man Taṣaddaqa bi-Ṣadaqah Thumma Warithahā
3 - بَابُ مَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ثُمَّ وَرِثَهَا
2394 - ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami,, Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada ‘Abdullah bin ‘Atha', daripada ‘Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya menyampaikan kepada kami dia berkata, ”Seorang wanita datang menemui Nabi ﷺ dan berkata, ”Wahai Rasulullah, saya bersedekah kepada ibuku dengan memberikan seorang hamba wanita, tetapi ibuku telah meninggal.” Baginda menjawab: ”Semoga Allah memberimu pahala, dan Allah akan mengembalikannya kepadamu sebagai harta warisan.”
2394 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَطَاءٍ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : جَاءَتِ امْرَأَةٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ ، إِنِّي تَصَدَّقْتُ عَلَى أُمِّي بِجَارِيَةٍ ، وَإِنَّهَا مَاتَتْ ، فَقَالَ : آجَرَكِ اللَّهُ ، وَرَدَّ عَلَيْكِ الْمِيرَاثَ.