bab-bab shuf’ah[37]

أَبْوَابُ الشُّفْعَةِ

37

Hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran.

1 - Bab Seseorang yang Menjual Harta Hendaklah Memaklumkan Rakan Kongsinya (Tentang Niatnya)

Bāb Man Bāʿa Ribāʿā fa-l-Yuʾdhin Sharīkahu

1 - بَابُ مَنْ بَاعَ رِبَاعًا فَلْيُؤْذِنْ شَرِيكَهُ

2492 - Hisham bin ‘Ammar dan Muhammad bin al-Shabbah menyampaikan kepada kami kedua-duanya berkata, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Zubayr, daripada Jabir, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang memiliki pohon kurma atau sebidang tanah, maka janganlah menjualnya sehingga dia maklumkan kepada rakan kongsinya.”

2492 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ , قَالاَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ ، عَنْ جَابِرٍ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَنْ كَانَتْ لَهُ نَخْلٌ أَوْ أَرْضٌ فَلاَ يَبِعْهَا ، حَتَّى يَعْرِضَهَا عَلَى شَرِيكِهِ.

37

Hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran.

2493 - Ahmad bin Sinan dan al-Ala bin Salim menyampaikan kepada kami kedua-duanya berkata, Yazid bin Harun menyampaikan kepada kami, Sharik mengkhabarkan kepada kami, daripada Simak, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Sesiapa yang memiliki tanah kemudian ingin menjualnya, maka hendaklah dia tawarkan kepada tetangganya.”

2493 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سِنَانَ ، وَالْعَلاَءُ بْنُ سَالِمٍ , قَالاَ : حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، أَخْبَرَنَا شَرِيكٌ ، عَنْ سِمَاكٍ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ , قَالَ : مَنْ كَانَتْ لَهُ أَرْضٌ فَأَرَادَ بَيْعَهَا ، فَلْيَعْرِضْهَا عَلَى جَارِهِ.

2 - Bab Keutamaan Membeli Untuk Jiran

Bāb al-Shufʿah bi al-Jiwār

2 - بَابُ الشُّفْعَةِ بِالْجِوَارِ

2494 - ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Hushaym menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada ‘Atha’, daripada Jabir, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Jiran itu lebih berhak ke atas keutamaan membeli jirannya (daripada orang lain), jika dia tidak ada hendaklah dia menunggunya jika memang jalan kedua-duanya hanya satu.”

2494 - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ ، عَنْ عَطَاءٍ ، عَنْ جَابِرٍ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : الْجَارُ أَحَقُّ بِشُفْعَةِ جَارِهِ ، يُنْتَظَرُ بِهَا إِنْ كَانَ غَائِبًا ، إِذَا كَانَ طَرِيقُهُمَا وَاحِدًا.

2495 - Abu Bakr bin Abu Syaybah dan ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami kedua-duanya berkata, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Maisarah, daripada ‘Amru bin al-Sharid, daripada Abu Rafi bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Jiran itu lebih berhak kerana jaraknya yang lebih dekat.”

2495 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَعَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ , قَالاَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مَيْسَرَةَ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ ، عَنْ أَبِي رَافِعٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : الْجَارُ أَحَقُّ بِسَقَبِهِ.

2496 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada Husayn al-Muallim, daripada ‘Amru bin Shu‘ayb, daripada ‘Amru bin al-Sharid bin Suwayd, daripada ayahnya al-Sharid bin Suwayd, dia berkata, ”Saya berkata, ”Wahai Rasulullah, (apakah pendapat anda tentang) tanah yang dimiliki oleh seorang sahaja tetapi tanah ini mempunyai jiran?” Baginda bersabda: “Jiran tetangga lebih berhak atas harta yang dekat.”

2496 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ ، عَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ بْنِ سُوَيْدٍ ، عَنْ أَبِيهِ الشَّرِيدِ بْنِ سُوَيْدٍ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَرْضٌ لَيْسَ فِيهَا لأَحَدٍ قَسْمٌ وَلاَ شَرِيكٌ ، إِلاَّ الْجِوَارُ ، قَالَ : الْجَارُ أَحَقُّ بِسَقَبِهِ.

Sunan Ibn Majah