bab-bab waktu solat
أَبْوَابُ مَوَاقِيتِ الصَّلاَةِ
1 - Bab
Bāb
1 - بَابٌ
667 - Muhammad bin al-Shabbah dan Ahmad bin Sinan menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Ishaq bin Yusuf al-Azraq menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan menyampaikan kepada kami. ‘Ali bin Maymun al-Raqqi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Makhlad bin Yazid menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada ‘Alqamah bin Martsad, daripada Sulayman bin Buraydah, daripada ayahnya, beliau berkata, “Seorang lelaki datang menemui Nabi ﷺ dan bertanya kepadanya tentang waktu solat, maka Baginda bersabda: “Solatlah bersama kami untuk dua hari ini.” Maka ketika matahari telah condong baginda memerintahkan Bilal maka Bilal pun azan, kemudian baginda memerintahkan Bilal, maka Bilal pun mengumandangkan iqamah. Setelah itu, baginda menunaikan solat zohor. Kemudian baginda memerintahkannya lagi, maka Bilal pun mengumandangkan iqamah, lalu baginda menunaikan solat asar sementara matahari masih tinggi dan bersinar terang. Kemudian Baginda memerintahkannya lagi, lalu baginda melaksanakan solat maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian baginda memerintahkannya lagi, lalu baginda pun melaksanakan solat isyak ketika warna merah di langit hilang. Kemudian Baginda memerintahkannya lagi, lalu baginda melaksanakan solat subuh ketika terbit fajar. Pada hari kedua, baginda memerintahkannya lalu Bilal pun mengumandangkan azan zohor, lalu Baginda menunggu sehingga hari menjadi sediki redup, kemudian baginda solat asar sementara matahari masih tinggi, dan baginda hanya sedikit mengakhirkan daripada waktu semalam. Lalu baginda solat maghrib sebelum warna merah di langit hilang. Dan solat isya setelah berlalu daripada waktu sepertiga malam. Dan solat subuh ketika langit telah terang. Kemudian Baginda bersabda: “Mana orang yang bertanya tentang waktu solat?.” Lalu berkatalah seorang lelaki, “Saya wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Waktu solat kamu semua adalah antara waktu-waktu yang telah kamu semua saksikan.”
667 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ , وَأَحْمَدُ بْنُ سِنَانٍ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ الأَزْرَقُ ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ (ح) وَحَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مَيْمُونٍ الرَّقِّيُّ ، حَدَّثَنَا مَخْلَدُ بْنُ يَزِيدَ ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ مَرْثَدٍ ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ , فَسَأَلَهُ عَنْ وَقْتِ الصَّلاَةِ ، فَقَالَ : صَلِّ مَعَنَا هَذَيْنِ الْيَوْمَيْنِ , فَلَمَّا زَالَتِ الشَّمْسُ ، أَمَرَ بِلاَلاً فَأَذَّنَ ، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ الظُّهْرَ ، ثُمَّ أَمَرَهُ , فَأَقَامَ الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ بَيْضَاءُ نَقِيَّةٌ ، ثُمَّ أَمَرَهُ , فَأَقَامَ الْمَغْرِبَ حِينَ غَابَتِ الشَّمْسُ ، ثُمَّ أَمَرَهُ , فَأَقَامَ الْعِشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ ، ثُمَّ أَمَرَهُ , فَأَقَامَ الْفَجْرَ حِينَ طَلَعَ الْفَجْرُ ، فَلَمَّا كَانَ مِنَ الْيَوْمِ الثَّانِي , أَمَرَهُ فَأَذَّنَ الظُّهْرَ ، فَأَبْرَدَ بِهَا ، وَأَنْعَمَ أَنْ يُبْرِدَ بِهَا ، ثُمَّ صَلَّى الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ ، أَخَّرَهَا فَوْقَ الَّذِي كَانَ ، وَصَلَّى الْمَغْرِبَ قَبْلَ أَنْ يَغِيبَ الشَّفَقُ ، وَصَلَّى الْعِشَاءَ بَعْدَ مَا ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ، وَصَلَّى الْفَجْرَ , فَأَسْفَرَ بِهَا , ثُمَّ قَالَ : أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ وَقْتِ الصَّلاَةِ ؟ فَقَالَ الرَّجُلُ : أَنَا يَا رَسُولَ اللهِ ، قَالَ : وَقْتُ صَلاَتِكُمْ بَيْنَ مَا رَأَيْتُمْ.
668 - Muhammad bin Rumh al-Mishri menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Layts bin Sa’ad menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Syihab bahawa dia pernah duduk di atas alas pelana milik ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz ketika dia masih menjadi pemimpin di Madinah. Dan ketika itu, ‘Umar bersama ‘Urwah bin al-Zubayr. ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz melewatkan sedikit waktu solat asar sehingga ‘Urwah berkata kepadanya; “Jibril pernah turun dan solat menjadi imam bagi Rasulullah ﷺ.” ‘Umar pun berkata kepadanya, “Hati-hati dengan yang apa yang kamu katakan wahai ‘Urwah!.” ‘Urwah berkata, “Saya mendengar Basyir bin Abu Mas‘ud berkata, Saya mendengar Abu Mas‘ud berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Jibril turun dan mengimami saya solat, maka saya pun solat bersamanya, kemudian saya solat bersamanya, kemudian saya solat bersamanya, kemudian saya solat bersamanya, kemudian saya solat bersamanya.” Dia menghitung dengan jemarinya sebanyak lima kali.
668 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ الْمِصْرِيُّ ، أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ , أَنَّهُ كَانَ قَاعِدًا عَلَى مَيَاثِرِ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ , فِي إِمَارَتِهِ عَلَى الْمَدِينَةِ ، وَمَعَهُ عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ ، فَأَخَّرَ عُمَرُ الْعَصْرَ شَيْئًا ، فَقَالَ لَهُ عُرْوَةُ : أَمَا إِنَّ جِبْرِيلَ نَزَلَ ، فَصَلَّى إِمَامَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ : اعْلَمْ مَا تَقُولُ يَا عُرْوَةُ , قَالَ : سَمِعْتُ بَشِيرَ بْنَ أَبِي مَسْعُودٍ يَقُولُ : سَمِعْتُ أَبَا مَسْعُودٍ يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ يَقُولُ : نَزَلَ جِبْرِيلُ ، فَأَمَّنِي ، فَصَلَّيْتُ مَعَهُ ، ثُمَّ صَلَّيْتُ مَعَهُ ، ثُمَّ صَلَّيْتُ مَعَهُ ، ثُمَّ صَلَّيْتُ مَعَهُ ، ثُمَّ صَلَّيْتُ مَعَهُ , يَحْسُبُ بِأَصَابِعِهِ خَمْسَ صَلَوَاتٍ.
2 – Bab Waktu Solat Fajar
Bāb Waqt Ṣalāt al-Fajr
2 - بَابُ وَقْتِ صَلاَةِ الْفَجْرِ
669 - Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah, beliau berkata, “Para wanita mukmin menunaikan solat subuh bersama Nabi ﷺ, kemudian mereka kembali kepada keluarganya masing-masing dan tidak ada seorang pun yang mengenali mereka kerana waktu pagi yang masih gelap.”
669 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ عُرْوَةَ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : كُنَّ نِسَاءُ الْمُؤْمِنَاتِ ، يُصَلِّينَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ ، ثُمَّ يَرْجِعْنَ إِلَى أَهْلِهِنَّ ، فَلاَ يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ ، تَعْنِي مِنَ الْغَلَسِ.
670 - ‘Ubayd bin Asbath bin Muhammad al-Qurasyi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ayah saya menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Ibrahim, daripada ‘Abdullah dan al-A‘masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, daripada Rasulullah ﷺ tentang firman Allah: {dan (dirikanlah solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)} Baginda bersabda: “Malaikat malam dan siang menyaksikannya.”
670 - حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ أَسْبَاطِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْقُرَشِيُّ ، حَدَّثَنَا أَبِي ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ , وَالأَعْمَشُ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : {وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا} قَالَ : تَشْهَدُهُ مَلاَئِكَةُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ.
671 - ‘Abd al-Rahman bin Ibrahim al-Dimasyqi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Walid bin Muslim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Auza‘i menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Nahik bin Yarim al-Auza‘i menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Mughits bin Sumay menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Saya solat subuh bersama ‘Abdullah bin al-Zubayr di kala pagi yang masih gelap, setelah dia memberi salam saya pun menghadap ke arah Ibn ‘Umar seraya berkata kepadanya, “Solat apakah ini?.” Dia menjawab, “Ini adalah solat yang pernah kami tunaikan bersama Rasulullah ﷺ, Abu Bakar dan ‘Umar. Ketika ‘Umar ditikam, ‘Utsman menundanya sehingga langit telah terang.”
671 - حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ ، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ ، حَدَّثَنَا الأَوْزَاعِيُّ ، حَدَّثَنَا نَهِيكُ بْنُ يَرِيمَ الأَوْزَاعِيُّ ، حَدَّثَنَا مُغِيثُ بْنُ سُمَيٍّ ، قَالَ : صَلَّيْتُ مَعَ عَبْدِ اللهِ بْنِ الزُّبَيْرِ الصُّبْحَ بِغَلَسٍ ، فَلَمَّا سَلَّمَ ، أَقْبَلْتُ عَلَى ابْنِ عُمَرَ ، فَقُلْتُ : مَا هَذِهِ الصَّلاَةُ ؟ قَالَ : هَذِهِ صَلاَتُنَا ، كَانَتْ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، وَأَبِي بَكْرٍ ، وَعُمَرَ ، فَلَمَّا طُعِنَ عُمَرُ ، أَسْفَرَ بِهَا عُثْمَانُ.