bab puasa

أَبْوَابُ الصِّيَامِ

1 Bab Puasa Dan Kelebihannya

Bāb Mā Jāʾa fī al-Ṣiyām wa Faḍlihi

1 - بَابُ مَا جَاءَ فِي الصِّيَامِ وَفَضْلِهِ

1638 – Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Abu Mu‘awiyah dan Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy daripada Abu Salih, daripada Abu Hurayrah, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Setiap amalan anak Adam akan dilipat gandakan, satu kebaikan menjadi sepuluh hingga tujuh ratus kebaikan mengikut kehendak Allah. Allah berfirman: “Kecuali puasa, ianya adalah untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, dia tinggalkan syahwatnya dan makannya kerana Aku. Orang yang berpuasa itu mendapat dua kegembiraan, satu kegembiraan ketika tiba waktu berbuka puasa, dan satu kegembiraan lagi ketika bertemu dengan Rabbnya. Dan sungguh, bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada wangi kasturi.”

1638 – حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ ، الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، إِلَى سَبْعِ مِئَةِ ضِعْفٍ ، إِلَى مَا شَاءَ اللَّهُ ، يَقُولُ اللَّهُ : إِلاَّ الصَّوْمَ ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ ، وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ ، أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ.

1639 – Muhammad bin Rumh al-Misriy menyampaikan kepada kami, al-Layts bin Sa‘d mengkhabarkan kepada kami, daripada Yazid bin Abu Habib, daripada Sa‘id bin Abu Hind, bahawa Mutarrif -daripada Bani ‘Amir bin Sa‘sa‘ah, - menceritakan kepadanya, bahawa ‘Utsman bin Abu al-‘As al-Thaqafiy mengundangnya untuk minum susu yang telah dia tuang. Mutarrif berkata, “Saya sedang berpuasa,” ‘Utsman lalu berkata, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Puasa ialah perisai daripada api neraka, sebagaimana perisai salah seorang daripada kamu semua ketika perang.”

1639 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ الْمِصْرِيُّ ، أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ ، أَنَّ مُطَرِّفًا ، مِنْ بَنِي عَامِرِ بْنِ صَعْصَعَةَ حَدَّثَهُ ، أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيَّ دَعَا لَهُ بِلَبَنٍ يَسْقِيهِ ، فَقَالَ مُطَرِّفٌ : إِنِّي صَائِمٌ ، فَقَالَ عُثْمَانُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ يَقُولُ : الصِّيَامُ جُنَّةٌ مِنَ النَّارِ ، كَجُنَّةِ أَحَدِكُمْ مِنَ الْقِتَالِ.

1640 – ‘Abd al-Rahman bin Ibrahim al-Dimasyqiy menyampaikan kepada kami, Ibn Abu Fudayk menyampaikan kepada kami, Hisyam bin Sa‘d menyampaikan kepadaku, daripada Abu Hazim, daripada Sahl bin Sa‘d, bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Di syurga ada pintu yang disebut dengan pintu al-Rayyan, pada hari kiamat akan diseru: “Di mana orang-orang yang biasa berpuasa?” maka bagi orang-orang yang biasa berpuasa akan memasukinya, dan sesiapa memasukinya dia tidak akan haus selama-lamanya.”

1640 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ , حَدَّثَنِي هِشَامُ بْنُ سَعْدٍ ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ ، يُدْعَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، يُقَالُ : أَيْنَ الصَّائِمُونَ ؟ فَمَنْ كَانَ مِنَ الصَّائِمِينَ دَخَلَهُ ، وَمَنْ دَخَلَهُ لَمْ يَظْمَأْ أَبَدًا.

2 Bab Kelebihan Bulan Ramadan

Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl Shahr Ramaḍān

2 – بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ شَهْرِ رَمَضَانَ

1641 – Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Muhammad bin Fudayl menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Sa‘id, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

1641 – حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

1642 – Abu Kurayb Muhammad Ibn al-‘Ala’ menyampaikan kepada kami, Abu Bakr bin ‘Ayyasy menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Abu Salih, daripada Abu Hurayrah, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: “Jika tiba waktu awal malam di bulan Ramadan, maka syaitan dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup dan tidak ada satu pun yang dibuka. Pintu – pintu syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang ditutup, lalu ada penyeru yang berseru: “Hai orang yang mencari kebaikan, teruskanlah. Hai orang yang mencari keburukan, berhentilah. Sesungguhnya Allah membebaskan orang – orang daripada neraka, dan itu terjadi pada setiap malam.”

1642 – حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : إِذَا كَانَتْ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ ، وَمَرَدَةُ الْجِنِّ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ ، وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ ، وَنَادَى مُنَادٍ : يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ ، وَذَلِكَ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ.

Sunan Ibn Majah