bab zakat

أَبْوَابُ الزَّكَاةِ

1 Bab Kefarduan Zakat

Bāb Farḍ al-Zakāh

1 - بَابُ فَرْضِ الزَّكَاةِ

1783 - ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami, Waki‘ Ibn al-Jarrah menyampaikan kepada kami, Zakaria bin Ishaq al-Makkiy menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin ‘Abdullah bin Saifiy, daripada Abu Ma‘bad, mawla Ibn ‘Abbas, daripada Ibn ‘Abbas, bahawa Nabi ﷺ mengutus Mu‘adh ke Yaman, baginda bersabda: “Kamu akan mendatangi kaum ahli kitab, maka serulah mereka untuk bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah dan saya ialah utusan-Nya. Jika mereka ta‘at untuk itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka untuk mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Jika mereka ta‘at untuk itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka untuk mengeluarkan zakat harta mereka, yang diambil daripada orang-orang kaya daripada mereka dan diberikan kepada orang-orang miskin daripada mereka. Jika mereka ta‘at untuk itu, maka berhati-hatilah dalam mengambil harta milik mereka yang paling baik, takutlah kamu dengan doanya orang dizalimi, kerana antara dia dengan Allah tidak ada yang menghalanginya.”

1783 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا وَكِيعُ بْنُ الْجَرَّاحِ ، حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا بْنُ إِسْحَاقَ الْمَكِّيُّ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ صَيْفِيٍّ ، عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ ، مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ ، فَقَالَ : إِنَّكَ تَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ ، فَادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَأَنِّي رَسُولُ اللهِ ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ ، فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدِ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ ، فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدِ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ ، تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ فِي فُقَرَائِهِمْ ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ ، فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ ، وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ ؛ فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ.

2 Bab Keengganan Membayar Zakat

Bāb Mā Jāʾa fī Manʿ al-Zakāh

2 - بَابُ مَا جَاءَ فِي مَنْعِ الزَّكَاةِ

1784 - Muhammad bin Abu ‘Umar al-‘Adaniy menyampaikan kepada kami, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd al - Malik bin A‘yan, dan Jami‘ bin Abu Rasyid, kedua-duanya mendengar Syaqiq bin Salamah mengkhabarkan, daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: Tidaklah seseorang yang enggan menunaikan zakat hartanya melainkan harta tersebut akan menyerupai pada hari kiamat seperti seekor ular ganas hingga membelit lehernya.” Kemudian sebagai pembenarannya, Rasulullah ﷺ membacakan ayat: {Janganlah sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnian-Nya menyangka}”

1784 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُمَرَ الْعَدَنِيُّ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَعْيَنَ ، وَجَامِعِ بْنِ أَبِي رَاشِدٍ ، سَمِعَا شَقِيقَ بْنَ سَلَمَةَ يُخْبِرُ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : مَا مِنْ أَحَدٍ لاَ يُؤَدِّي زَكَاةَ مَالِهِ ، إِلاَّ مُثِّلَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شُجَاعًا أَقْرَعَ حَتَّى يُطَوِّقَ عُنُقَهُ ، ثُمَّ قَرَأَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ مِصْدَاقَهُ مِنْ كِتَابِ اللهِ تَعَالَى : {وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ} الآيَةَ.

1785 - ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami, Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada al-Ma‘rur bin Suwayd, daripada Abu Dhar, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah seorang pemilik unta, kambing atau sapi tidak mengeluarkan zakatnya, melainkan ia akan datang pada hari kiamat dengan badan yang lebih besar dan lebih gemuk. Kemudian ia akan menanduk dengan tanduknya dan menginjak dengan kuku kakinya. Setiap kulitnya yang rosak akan digantikan dengan kulit yang baru hingga semua perhitungan manusia selesai.”

1785 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنِ الْمَعْرُورِ بْنِ سُوَيْدٍ ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَا مِنْ صَاحِبِ إِبِلٍ ، وَلاَ غَنَمٍ ، وَلاَ بَقَرٍ ، لاَ يُؤَدِّي زَكَاتَهَا ، إِلاَّ جَاءَتْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْظَمَ مَا كَانَتْ وَأَسْمَنَهُ ، تَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا ، وَتَطَؤُهُ بِأَخْفَافِهَا ، كُلَّمَا نَفِدَتْ أُخْرَاهَا ، عَادَتْ عَلَيْهِ أُولاَهَا ، حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ.

1786 - Abu Marwan Muhammad bin ‘Utsman al-‘Utsmaniy menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-‘Aziz bin Abu Hazim menyampaikan kepada kami, daripada al-‘Ala’ bin ‘Abd al-Rahman, daripada ayahnya, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Unta yang belum dikeluarkan hak zakatnya akan datang dan menginjak pemiliknya dengan kuku-kuku kakinya. Sapi dan kambing akan menginjak pemiliknya dengan kuku kaki dan menanduk dengan tanduknya. Harta simpanan akan datang dalam bentuk seekor ular ganas, pada hari kiamat ia akan menjumpai pemiliknya sehingga pemiliknya akan lari daripadanya dua kali. Kemudian dia menjumpainya lagi dan dia lari kembali, dia bertanya: “Apa urusanku denganmu?” ia menjawab: “Saya ialah simpananmu, saya ialah simpananmu,” dia berlindung dengan tangannya, namun ular tersebut menelannya.”

1786 - حَدَّثَنَا أَبُو مَرْوَانَ مُحَمَّدُ بْنُ عُثْمَانَ الْعُثْمَانِيُّ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ ، عَنِ الْعَلاَءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : تَأْتِي الإِبِلُ الَّتِي لَمْ تُعْطَ الْحَقَّ مِنْهَا ، تَطَأُ صَاحِبَهَا بِأَخْفَافِهَا ، وَتَأْتِي الْبَقَرُ وَالْغَنَمُ ، تَطَأُ صَاحِبَهَا بِأَظْلاَفِهَا ، وَتَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا ، وَيَأْتِي الْكَنْزُ شُجَاعًا أَقْرَعَ ، فَيَلْقَى صَاحِبَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، فَيَفِرُّ مِنْهُ صَاحِبُهُ مَرَّتَيْنِ ، ثُمَّ يَسْتَقْبِلُهُ فَيَفِرُّ ، فَيَقُولُ : مَا لِي وَلَكَ ، فَيَقُولُ : أَنَا كَنْزُكَ ، أَنَا كَنْزُكَ ، فَيَتَقِيهِ بِيَدِهِ فَيَلْقَمُهَا.

3 Bab Apa Yang Ditunaikan Zakatnya Tidak Dikira Simpanan/Timbunan

Bāb Mā Uddiya Zakātuhu Laysa bi-Kanz

3 - بَابُ مَا أُدِّيَ زَكَاتُهُ لَيْسَ بِكَنْزٍ

1787 - ‘Amr bin Sawwad al-Misriy menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Wahb menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Lahi‘ah, daripada ‘Uqail, daripada Ibn Syihab, Khalid bin Aslam menyampaikan kepadaku, mawla Umar bin al-Khattab, beliau berkata, “Saya keluar bersama ‘Abdullah bin ‘Umar, kemudian seorang arab badwi menyusulinya dan bertanya berkaitan firman Allah : “(Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan mereka tidak menginfakkannya pada jalan Allah)?” Lalu Ibn ‘Umar berkata kepadanya: “Sesiapa menimbun dan tidak menunaikan zakatnya, maka celakalah baginya. Sesungguhnya ayat ini turun sebelum perintah zakat, maka tatkala ayat tersebut diturunkan, Allah menjadikannya sebagai pembersih bagi harta. “Kemudian dia berlalu seraya berkata, “Saya tidak peduli, sekiranya saya memiliki segunung Uhud emas dan saya mengetahui jumlahnya, saya akan tetap menunaikan zakatnya dan menggunakannya dalam ketaatan kepada Allah .”

1787 - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ سَوَّادٍ الْمِصْرِيُّ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ وَهْبٍ ، عَنِ ابْنِ لَهِيعَةَ ، عَنْ عُقَيْلٍ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، حَدَّثَنِي خَالِدُ بْنُ أَسْلَمَ ، مَوْلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، قَالَ : خَرَجْتُ مَعَ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ ، فَلَحِقَهُ أَعْرَابِيٌّ ، فَقَالَ لَهُ : قَوْلُ اللهِ : {وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللهِ} قَالَ لَهُ ابْنُ عُمَرَ : مَنْ كَنَزَهَا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهَا ، فَوَيْلٌ لَهُ ، إِنَّمَا كَانَ هَذَا قَبْلَ أَنْ تُنْزَلَ الزَّكَاةُ ، فَلَمَّا أُنْزِلَتْ جَعَلَهَا طَهُورًا لِلأَمْوَالِ ، ثُمَّ الْتَفَتَ ، فَقَالَ : مَا أُبَالِي لَوْ كَانَ لِي أُحُدٌ ذَهَبًا ، أَعْلَمُ عَدَدَهُ وَأُزَكِّيهِ ، وَأَعْمَلُ فِيهِ بِطَاعَةِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Sunan Ibn Majah