kitab doa

كِتَابُ الدُّعَاءِ

1 Bab Kelebihan Berdoa

Bāb Faḍl al-Duʿāʾ

1 - بَابُ فَضْلِ الدُّعَاءِ

3827 - Abu Bakr bin Abu Syaybah dan ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata Waki‘ menyampaikan kepada kami, Abu al-Malih al-Madani berkata, “Saya mendengar Abu Shalih menyampaikan daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah, nescaya Allah memurkainya.” Ibn Majah berkata, Saya bertanya kepada Abu Zurah tentang Abu Shalih ini, dia berkata, Dialah yang disebut sebagai al-Farisi, dan dia merupakan Khuziyy dan saya tidak mengetahui namanya.”

3827 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَعَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالاَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، حَدَّثَنَا أَبُو الْمَلِيحِ الْمَدَنِيُّ قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَنْ لَمْ يَدْعُ اللَّهَ سُبْحَانَهُ ، غَضِبَ عَلَيْهِ. قَالَ ابْنُ مَاجَةَ : سَأَلْتُ أَبَا زُرْعَةَ عَنْ أَبِي صَالِحٍ هَذَا ، قَالَ : هُوَ الَّذِي يُقَالُ لَهُ الْفَارِسِيُّ ، وَهُوَ خُوزِيٌّ ، وَلاَ أَعْرِفُ اسْمَهُ.

3828 - ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami, Waki‘ menyampaikan kepada kami daripada al-A‘masy, daripada Dzar bin ‘Abdullah al-Hamdani, daripada Yusay‘ al-Kindi, daripada Nu‘man bin Basyir, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya doa merupakan ibadah.” Kemudian baginda membaca ayat: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan buat kamu. (Surah al-Ghafir: ).

3828 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ ذَرِّ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْهَمْدَانِيِّ ، عَنْ يُسَيْعٍ الْكِنْدِيِّ ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ : {وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ}.

3829 - Muhammad bin Yahya menyampaikan kepada kami, Abu Dawud menyampaikan kepada kami, ‘Imran al-Qatthan menyampaikan kepada kami daripada Qatadah, daripada Sa‘id bin Abu al-Hasan, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah berbanding doa.”

3829 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى ، حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ ، حَدَّثَنَا عِمْرَانُ الْقَطَّانُ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي الْحَسَنِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللهِ سُبْحَانَهُ مِنَ الدُّعَاءِ.

2 Bab Doa Rasulullah

Bāb Duʿāʾ Rasūlillāh Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama

2 - بَابُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ

3830 - ‘Ali bin Muhammad, (yang meninggal dunia pada tahun 231) menyampaikan kepada kami, Waki‘, yang meninggal dunia pada tahun 195 menyampaikan kepada kami, beliau berkata Sufyan menyampaikan kepada kami ketika beliau berada di majlis al-A‘masy semenjak 50 tahun yang lalu, ‘Amr bin Murrah al-Jamali menyampaikan kepada kami pada zaman Khalid, daripada ‘Abdullah bin al-Harits al-Muktib, daripada Thaliq bin Qays al-Hanafi, daripada Ibn ‘Abbas, bahawa Nabi ﷺ menyebutkan di dalam doanya: Wahai Tuhanku, bantulah diriku dan janganlah sia-siakan aku. Peliharalah daku dan janganlah biarkan daku. Selamatkanlah daku daripada tipu daya dan janganlah Kamu memperdayakan aku. Berilah kepadaku hidayah dan mudahkanlah bagiku hidayah tersebut. Menangkanlah aku ke atas orang-orang yang menganiayai diriku. Wahai Tuhanku, jadikanlah diriku sebagai orang yang bersyukur kepada-Mu, orang yang selalu mengingati-Mu, orang yang takut kepada-Mu, dan orang yang taat kepada-Mu. Kepada-Mu aku tunduk, kepada-Mu jua aku merintih dan bertaubat. Wahai Tuhanku, terimalah taubatku, hapuskanlah kesalahanku, terimalah doaku, berilah hatiku petunjuk, kuatkanlah lisanku, tetapkanlah pendirianku dan hilangkanlah rasa dengki dari hatiku.” Kata Abu Hasan al-Thanafisi: “Saya bertanya kepada Waki‘: “Adakah boleh saya membacanya ketika membaca doa qunut di dalam solat witir?” Beliau menjawab: “Ya, boleh.”

3830 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، سَنَةَ إِحْدَى وَثَلاَثِينَ وَمِئَتَيْنِ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، فِي سَنَةِ خَمْسٍ وَتِسْعِينَ وَمِئَةٍ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، فِي مَجْلِسِ الأَعْمَشِ ، مُنْذُ خَمْسِينَ سَنَةً ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مُرَّةَ الْجَمَلِيُّ ، فِي زَمَنِ خَالِدٍ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الْحَارِثِ الْمُكْتِبِ ، عَنْ طَلِيقِ بْنِ قَيْسٍ الْحَنَفِيِّ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي دُعَائِهِ : رَبِّ أَعِنِّي وَلاَ تُعِنْ عَلَيَّ ، وَانْصُرْنِي وَلاَ تَنْصُرْ عَلَيَّ ، وَامْكُرْ لِي وَلاَ تَمْكُرْ عَلَيَّ ، وَاهْدِنِي وَيَسِّرِ الْهُدَى لِي ، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ ، رَبِّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا ، لَكَ ذَكَّارًا ، لَكَ رَهَّابًا ، لَكَ مُطِيعًا ، إِلَيْكَ مُخْبِتًا ، إِلَيْكَ أَوَّاهًا مُنِيبًا ، رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي ، وَاغْسِلْ حَوْبَتِي ، وَأَجِبْ دَعْوَتِي ، وَاهْدِ قَلْبِي ، وَسَدِّدْ لِسَانِي ، وَثَبِّتْ حُجَّتِي ، وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ قَلْبِي.قَالَ أَبُو الْحَسَنِ الطَّنَافِسِيُّ : قُلْتُ لِوَكِيعٍ : أَقُولُهُ فِي قُنُوتِ الْوِتْرِ ؟ قَالَ : نَعَمْ.

3831 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Muhammad bin Abu ‘Ubaydah menyampaikan kepada kami, ayah saya menyampaikan kepada kami daripada al-A‘masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Fatimah datang kepada Nabi ﷺ dan meminta kepada Baginda seorang pembantu. Lalu baginda berkata kepadanya: “Tidak ada sesuatu yang saya boleh berikan kepada kamu.” Lalu Fatimah pun pulang dan selepas itu Nabi ﷺ datang dan bertanya kepadanya: “Adakah yang kamu minta itu lebih kamu suka atau kamu mahu yang lebih baik lagi?” ‘Ali berkata kepada Fatimah: “Katakan tidak, bahkan yang lebih baik.” Maka Fatimah mengatakannya dan Baginda bersabda: “Ucapkanlah: Ya Allah, Tuhan pemilik tujuh petala langit dan pemilik Arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang menurunkan Taurat, Injil dan al-Quran yang agung. Engkau yang Maha Awal dan tiada sesuatu sebelum Engkau, Engkaulah Yang Maha Akhir dan tiada sesuatu setelah Engkau, Engkaulah yang Maha Nyata dan tiada sesuatu yang lebih nyata dari-Mu, Engkaulah yang Maha Batin dan tiada sesuatu yang lebih tersembunyi dari-Mu. Lunaskanlah hutang kami dan lindungilah kami daripada kefakiran.”

3831 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدَةَ ، حَدَّثَنَا أَبِي ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : أَتَتْ فَاطِمَةُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا ، فَقَالَ لَهَا : مَا عِنْدِي مَا أُعْطِيكِ . فَرَجَعَتْ ، فَأَتَاهَا بَعْدَ ذَلِكَ فَقَالَ : الَّذِي سَأَلْتِ أَحَبُّ إِلَيْكِ ، أَوْ مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ ؟ فَقَالَ لَهَا عَلِيٌّ : قُولِي لاَ ، بَلْ مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ ، فَقَالَتْ : فَقَالَ : قُولِي : اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ ، مُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ الْعَظِيمِ ، أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ.

Sunan Ibn Majah