kitab faraid

كِتَابُ الْفَرَائِضِ

1 Bab Galakan Mempelajari Faraid

Bāb al-Ḥathth ʿalā Taʿlīm al-Farāʾiḍ

1 - بَابُ الْحَثِّ عَلَى تَعْلِيمِ الْفَرَائِضِ

2719 - Ibrahim bin al-Mundhir al-Hizami menyampaikan kepada kami, Hafs bin ‘Umar bin Abu al-‘Itaf menyampaikan kepada kami, Abu al-Zinad menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Abu Hurayrah, belajarlah faraid dan ajarkanlah, kerana sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu, dan ilmu itu akan dilupakan dan ia adalah yang pertama sekali akan dicabut dari umatku.”

2719 - حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ الْحِزَامِيُّ ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ بْنِ أَبِي الْعِطَافِ ، حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ ، عَنِ الأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : يَا أَبَا هُرَيْرَةَ تَعَلَّمُوا الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوه ، فَإِنَّهُ نِصْفُ الْعِلْمِ وَهُوَ يُنْسَى ، وَهُوَ أَوَّلُ شَيْءٍ يُنْزَعُ مِنْ أُمَّتِي.

2 Bab Faraid Untuk Keturunan

Bāb Farāʾiḍ al-Ṣulb

2 - بَابُ فَرَائِضِ الصُّلْبِ

2720 - Muhammad bin Abu ‘Umar al-‘Adani menyampaikan kepada kami, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil, daripada Jabir bin ‘Abdullah, beliau berkata, Isteri Sa‘ad bin Rabi‘ datang menemui Nabi ﷺ dengan membawa kedua anak perempuannnya, lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Ini dua anak perempuan daripada Sa‘ad. Dia terbunuh di saat perang Uhud bersamamu. Sesungguhnya pakciknya telah mengambil seluruh peninggalan bapa mereka. sedangkan seorang wanita yang menikah pasti memiliki harta. Rasulullah terdiam sampai ayat tentang warisan diturunkan. Lalu Rasulullah ﷺ memanggil saudara-saudara lelaki daripada Sa‘d bin Rabi‘, lalu berkata, “Berikanlah dua pertiga daripada harta Sa‘ad untuk kedua anak perempuannya, satu perlapan untuk isterinya dan bakinya untukmu.”

2720 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُمَرَ الْعَدَنِيُّ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ : جَاءَتِ امْرَأَةُ سَعْدِ بْنِ الرَّبِيعِ بِابْنَتَيْ سَعْدٍ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ ، هَاتَانِ ابْنَتَا سَعْدٍ قُتِلَ مَعَكَ يَوْمَ أُحُدٍ ، وَإِنَّ عَمَّهُمَا أَخَذَ جَمِيعَ مَا تَرَكَ أَبُوهُمَا ، وَإِنَّ الْمَرْأَةَ لاَ تُنْكَحُ إِلاَّ عَلَى مَالِهَا ، فَسَكَتَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ حَتَّى أُنْزِلَتْ آيَةُ الْمِيرَاثِ ، فَدَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ أَخَا سَعْدِ بْنِ الرَّبِيعِ فَقَالَ : أَعْطِ ابْنَتَيْ سَعْدٍ ثُلُثَيْ مَالِهِ ، وَأَعْطِ امْرَأَتَهُ الثُّمُنَ ، وَخُذْ أَنْتَ مَا بَقِيَ.

2721 - ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami, Waki‘ menyampaikan kepada kami, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Abu Qays al-Awdi, daripada al-Hudhail bin Shurahbil, dia berkata, “Seorang lelaki datang menemui Abu Musa al-Ash‘ari dan Salman bin Rabi‘ah al-Bahili lalu dia bertanya pada kedua-duanya mengenai harta warisan untuk seorang anak perempuan, cucu perempuan dan saudara perempuan sekandung. kedua-duanya menjawab: “Anak perempuan mendapat setengah dan bakinya untuk saudara perempuan si mati. Jumpalah Ibn Masud, maka dia pasti senada dengan fatwa kami.” Lelaki tadi pergi menemui Ibn Masud lalu bertanya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh kedua orang tersebut. ‘Abdullah berkata, “Saya telah sesat jika demikian, saya bukan termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk, tetapi saya menetapkan hukum sesuai dengan yang ditetapkan oleh Rasulullah ﷺ iaitu: Anak perempuan mendapat setengah, cucu perempuan mendapat satu perenam menyempurnakan pembahagian dua pertiga dan bakinya untuk saudara perempuan si mati.”

2721 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ أَبِي قَيْسٍ الأَوْدِيِّ ، عَنِ الْهُزَيْلِ بْنِ شُرَحْبِيلَ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ وَسَلْمَانَ بْنِ رَبِيعَةَ الْبَاهِلِيِّ فَسَأَلَهُمَا عَنِ ابْنَةٍ ، وَابْنَةِ ابْنٍ ، وَأُخْتٍ لأَبٍ وَأُمٍّ ، فَقَالاَ : لِلاِبْنَةِ النِّصْفُ ، وَمَا بَقِيَ فَلِلأُخْتِ ، وَائْتِ ابْنَ مَسْعُودٍ ، فَسَيُتَابِعُنَا ، فَأَتَى الرَّجُلُ ابْنَ مَسْعُودٍ فَسَأَلَهُ ، وَأَخْبَرَهُ بِمَا قَالاَ : فَقَالَ عَبْدُ اللهِ : قَدْ ضَلَلْتُ إِذًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُهْتَدِينَ ، وَلَكِنِّي سَأَقْضِي بِمَا قَضَى بِهِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، لِلاِبْنَةِ النِّصْفُ ، وَلاِبْنَةِ الاِبْنِ السُّدُسُ ، تَكْمِلَةَ الثُّلُثَيْنِ ، وَمَا بَقِيَ فَلِلأُخْتِ.

3 Bab Faraid Untuk Datuk

Bāb Farāʾiḍ al-Jadd

3 - بَابُ فَرَائِضِ الْجَدِّ

2722 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Shababah menyampaikan kepada kami, Yunus bin Abu Ishaq menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq, daripada ‘Amru bin Maymun, daripada Maqil bin Yasar al-Muzani, dia berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ ditemui oleh seseorang yang menanyakan tentang pembahagian harta warisan yang di dalamnya terdapat seorang datuk dimana dia memberi sepertiga atau seperenam.

2722 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا شَبَابَةُ ، حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ أَبِي إِسْحَاقَ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ ، عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ الْمُزَنِيِّ قَالَ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ أُتِيَ بِفَرِيضَةٍ فِيهَا جَدٌّ ، فَأَعْطَاهُ ثُلُثًا ، أَوْ سُدُسًا.

2723 - Abu Hatim menyampaikan kepada kami, Ibn al-Tabba‘ menyampaikan kepada kami, Hushaym menyampaikan kepada kami, daripada Yunus, daripada al-Hasan, daripada Maqil bin Yasar, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ menetapkan hukum harta warisan bagi seorang datuk yang ada pada kita sebanyak seperenam.”

2723 - قَالَ أَبُو الْحَسَنِ الْقَطَّانُ: حَدَّثَنَا أَبُو حَاتِمٍ ، حَدَّثَنَا ابْنُ الطَّبَّاعِ ، حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ ، عَنْ يُونُسَ ، عَنِ الْحَسَنِ ، عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ : قَضَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ فِي جَدٍّ كَانَ فِينَا بِالسُّدُسِ.

Sunan Ibn Majah