kitab fitan

كِتَابُ الْفِتَنِ

1 Bab Larangan Membunuh Sesiapa Yang Mengucapkan/Bersaksi “La ilaha illa Allah” iaitu Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah

Bāb al-Kaff ʿamman Qāla Lā Ilāh illā Allāh

1 - بَابُ الْكَفِّ عَمَّنْ قَالَ : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ

3927 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Abu Mu‘awiyah dan Hafsh bin Ghiyats menyampaikan kepada kami daripada al-A‘masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Saya diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Sekiranya mereka telah menyatakannya, maka darah dan harta mereka telah terpelihara melainkan hak Islam. Dan hitungan amal mereka hanya ditentukan oleh Allah .”

3927 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَحَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، فَإِذَا قَالُوهَا ، عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ ، إِلاَّ بِحَقِّهَا ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

3928 - Suwayd bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, ‘Ali bin Mushir menyampaikan kepada kami daripada al-A‘masy, daripada Abu Sufyan, daripada Jabir, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Saya diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Sekiranya mereka telah menyatakannya, maka darah dan harta mereka telah terpelihara melainkan hak Islam. Dan hitungan amal mereka hanya ditentukan oleh Allah.”

3928 - حَدَّثَنَا سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي سُفْيَانَ ، عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، فَإِذَا قَالُوا : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ ، وَأَمْوَالَهُمْ ، إِلاَّ بِحَقِّهَا ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ.

3929 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Bakr al-Sahmi menyampaikan kepada kami, Hatim bin Abu Shaghirah menyampaikan kepada kami daripada al-Nu‘man bin Salim, daripada ‘Amr bin Aus, beliau mengkhabarkan kepadanya bahawa ayahnya mengkhabarkan kepadanya, beliau berkata, “Kami pernah duduk bersama Nabi ﷺ, yang ketika itu Baginda bercerita dan mengajarkan kami. Tiba-tiba, datang seorang lelaki mengintipnya, lalu Nabi ﷺ bersabda: “Tangkap dan bunuhlah dia.” Ketika lelaki tersebut sedang melarikan diri, Rasulullah ﷺ memanggilnya dan bertanya: “Adakah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah?” Dia menjawab: “Ya.” Baginda bersabda: “Sudah, lepaskannya kerana saya telah diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Sekiranya mereka telah menyatakannya, maka darah dan harta mereka telah terpelihara.”

3929 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ بَكْرٍ السَّهْمِيُّ ، حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ أَبِي صَغِيرَةَ ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ سَالِمٍ ، أَنَّ عَمْرَو بْنَ أَوْسٍ ، أَخْبَرَهُ أَنَّ أَبَاهُ أَوْسًا أَخْبَرَهُ ، قَالَ : إِنَّا لَقُعُودٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، وَهُوَ يَقُصُّ عَلَيْنَا ، وَيُذَكِّرُنَا ، إِذْ أَتَاهُ رَجُلٌ فَسَارَّهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : اذْهَبُوا بِهِ فَاقْتُلُوهُ ، فَلَمَّا وَلَّى الرَّجُلُ ، دَعَاهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَقَالَ : هَلْ تَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، قَالَ : اذْهَبُوا فَخَلُّوا سَبِيلَهُ ، فَإِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ ، حَرُمَ عَلَيَّ دِمَاؤُهُمْ وَأَمْوَالُهُمْ.

3930 - Suwayd bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, ‘Ali bin Mushir menyampaikan kepada kami daripada ‘Ashim, daripada al-Sumayth bin al-Samir, daripada ‘Imran bin al-Hushayn, beliau berkata, “Nafi‘ bin al-Azraq datang bersama para sahabatnya dan berkata, “Celaka kamu wahai ‘Imran.” ‘Imran bertanya: “Saya tidak buat sesuatu yang binasa pun.” Mereka menjawab: “Malahan kamu berbuat demikian.” Imran bertanya lagi: “Apa yang saya buat?” Mereka menjawab: “Allah berfirman: {Dan perangilah mereka supaya tiada fitnah dan yang ada hanyalah agama milik Allah sahaja} ‘Imran berkata, “Kami memerangi mereka dan menindas mereka sehingga agama ini hanyalah milik Allah sahaja. Andai kamu mahu, mari saya sampaikan sebuah hadith yang saya dengar daripada Rasulullah ﷺ.” Mereka berkata, “Kamu dengar daripada Rasulullah ﷺ?.” ‘Imran menjawab: “Ya. Saya menyaksikan bahawa Rasulullah ﷺ mengutuskan satu pasukan daripada kaum muslimin untuk menyerang kaum musyrikin. Tatkala mereka bertemu dengan musuh, mereka pun memeranginya dengan pertempuran sengit sehinggalah berjaya mengalahkan musuh. Lalu salah seorang daripada keluarga saya menghalakan tombak kepada salah seorang kaum musyrikin. Ketika dia mendekatinya, lelaki itu berkata, “Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, saya adalah seorang muslim.” Namun dia terus menikamnya sehingga mati. Kemudian sepupu saya datang kepada Rasulullah ﷺ dan berkata, “Habislah saya wahai Rasulullah!” Baginda bertanya sehingga dua tiga kali: “Apa yang kamu lakukan?” Dan dia pun memberitahu apa yang dia lakukan. Rasulullah ﷺ bersabda kepadanya: “Adakah kamu perlu membelah perutnya sehingga kamu dapat tahu isi hatinya?” Dia menjawab: “Ya Rasulullah, kalaulah saya perlu membelah perutnya untuk mengetahui apa yang ada di dalam hatinya.” Baginda bertanya: “Lalu kenapa kamu tidak terima apa yang dia ucapkan sedangkan kamu tidak tahu apa yang ada di dalam hatinya?” ‘Imran berkata, “Kemudian Rasulullah ﷺ mendiamkannya. Dan tidak lama kemudian, orang itu pun meninggal dunia lalu kami pun menguburkannya. Keesokan paginya, (jenazahnya) telah berada di atas permukaan tanah. Mereka berkata, “Jangan-jangan ada musuh yang sengaja mengeluarkannya.” Maka kami menanamnya semula lalu menyuruh hamba-hamba kami untuk menjaganya. Namun jenazahnya kembali berada di atas permukaan tanah. Lalu kami berkata, “Jangan-jangan hamba-hamba itu tertidur.” Sehinggalah kami sendiri yang menjaganya, namun jenazahnya tetap berada semua di atas permukaan tanah, lalu kami lemparkannya di pelusuk yang terletak di antara dua bukit.”

3930 - حَدَّثَنَا سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ ، عَنْ عَاصِمٍ ، عَنِ السُّمَيْطِ بْنِ السَّمِيرِ ، عَنْ عِمْرَانَ بْنِ الْحُصَيْنِ ، قَالَ : أَتَى نَافِعُ بْنُ الأَزْرَقِ وَأَصْحَابُهُ ، فَقَالُوا : هَلَكْتَ يَا عِمْرَانُ قَالَ : مَا هَلَكْتُ ، قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : مَا الَّذِي أَهْلَكَنِي ؟ قَالُوا : قَالَ اللَّهُ : {وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ} ، قَالَ : قَدْ قَاتَلْنَاهُمْ حَتَّى نَفَيْنَاهُمْ ، فَكَانَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ ، إِنْ شِئْتُمْ حَدَّثْتُكُمْ ، حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، قَالُوا : وَأَنْتَ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، شَهِدْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، وَقَدْ بَعَثَ جَيْشًا مِنَ الْمُسْلِمِينَ إِلَى الْمُشْرِكِينَ ، فَلَمَّا لَقُوهُمْ قَاتَلُوهُمْ قِتَالاً شَدِيدًا ، فَمَنَحُوهُمْ أَكْتَافَهُمْ ، فَحَمَلَ رَجُلٌ مِنْ لُحْمَتِي عَلَى رَجُلٍ مِنَ الْمُشْرِكِينَ بِالرُّمْحِ ، فَلَمَّا غَشِيَهُ ، قَالَ : أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، إِنِّي مُسْلِمٌ ، فَطَعَنَهُ فَقَتَلَهُ ، فَأَتَى رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، هَلَكْتُ ، قَالَ : وَمَا الَّذِي صَنَعْتَ ؟ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ، فَأَخْبَرَهُ بِالَّذِي صَنَعَ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : فَهَلاَّ شَقَقْتَ عَنْ بَطْنِهِ فَعَلِمْتَ مَا فِي قَلْبِهِ ؟ قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، لَوْ شَقَقْتُ بَطْنَهُ لَكُنْتُ أَعْلَمُ مَا فِي قَلْبِهِ ، قَالَ : فَلاَ أَنْتَ قَبِلْتَ مَا تَكَلَّمَ بِهِ ، وَلاَ أَنْتَ تَعْلَمُ مَا فِي قَلْبِهِ.قَالَ : فَسَكَتَ عَنْهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَلَمْ يَلْبَثْ إِلاَّ يَسِيرًا حَتَّى مَاتَ ، فَدَفَنَّاهُ فَأَصْبَحَ عَلَى ظَهْرِ الأَرْضِ ، فَقَالُوا : لَعَلَّ عَدُوًّا نَبَشَهُ ، فَدَفَنَّاهُ ، ثُمَّ أَمَرْنَا غِلْمَانَنَا يَحْرُسُونَهُ ، فَأَصْبَحَ عَلَى ظَهْرِ الأَرْضِ ، فَقُلْنَا : لَعَلَّ الْغِلْمَانَ نَعَسُوا ، فَدَفَنَّاهُ ، ثُمَّ حَرَسْنَاهُ بِأَنْفُسِنَا ، فَأَصْبَحَ عَلَى ظَهْرِ الأَرْضِ ، فَأَلْقَيْنَاهُ فِي بَعْضِ تِلْكَ الشِّعَابِ.

3930M - Isma‘il bin Hafsh al-Ubulli menyampaikan kepada kami, Hafsh bin Ghiyats menyampaikan kepada kami daripada ‘Ashim, daripada al-Sumayth, daripada ‘Imran bin al-Hushayn, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ mengutuskan kami dalam sebuah peperangan. Kemudian ada seorang daripada kaum muslimin menyerang seseorang daripada kaum musyrikin - dan perawi menyebutkan hadith yang sama -, dan dia menambah di dalam hadithnya: “Akan tetapi bumi tidak menerimanya. Kemudian kejadian tersebut disampaikan kepada Nabi ﷺ, lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya bumi menerima orang yang lebih buruk berbandingnya. Namun Allah mahu memperlihatkan kepada kami keagungan kalimah: La ilaha illa Allah (tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah)”.

3930م - حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ حَفْصٍ الأُبُلِّيُّ ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ ، عَنْ عَاصِمٍ ، عَنِ السُّمَيْطِ ، عَنْ عِمْرَانَ بْنِ الْحُصَيْنِ ، قَالَ : بَعَثَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ فِي سَرِيَّةٍ ، فَحَمَلَ رَجُلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ عَلَى رَجُلٍ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ، فَذَكَرَ الْحَدِيثَ ، وَزَادَ فِيهِ ، فَنَبَذَتْهُ الأَرْضُ : فَأُخْبِرَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، وَقَالَ : إِنَّ الأَرْضَ لَتَقْبَلُ مَنْ هُوَ شَرٌّ مِنْهُ ، وَلَكِنَّ اللَّهَ أَحَبَّ أَنْ يُرِيَكُمْ تَعْظِيمَ حُرْمَةِ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ.

Sunan Ibn Majah