kitab jihad
كِتَابُ الْجِهَادِ
1 – Bab Kelebihan Jihad Di Jalan Allah
Bāb Faḍl al-Jihād fī Sabīl Allāh
1 - بَابُ فَضْلِ الْجِهَادِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
2753 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Muhammad bin al-Fudhayl menyampaikan kepada kami, daripada ‘Umarah bin al-Qa‘qa‘, daripada Abu Zur‘ah, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah telah menyiapkan bagi orang yang keluar di jalan-Nya dimana tidak ada yang mengeluarkannya kecuali untuk tujuan jihad di jalan-Ku, beriman dengan-Ku dan mempercayai para rasul-Ku. maka dia Aku jamin akan Aku masukkan ke dalam syurga atau Aku kembalikan dirinya menuju kediamannya dimana dia telah keluar daripadanya dengan memperoleh pahala atau rampasan perang.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Demi Allah! Seandainya saya tidak memberatkan umat Islam, nescaya saya sentiasa akan duduk di balik pasukan tentera yang keluar di jalan Allah untuk selamanya. Tetapi saya tidak memiliki keluasan waktu untuk membawa mereka dan mereka tidak memiliki kelapangan untuk mengikuti saya dan diri mereka tidak akan mampu untuk selalu berada dibelakang saya. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya! Saya ingin berperang di jalan Allah kemudian saya terbunuh lalu saya berperang kemudian terbunuh lagi dan berperang lalu terbunuh lagi.”
2753 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْفُضَيْلِ ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : أَعَدَّ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِهِ لاَ يُخْرِجُهُ إِلاَّ جِهَادٌ فِي سَبِيلِي ، وَإِيمَانٌ بِي ، وَتَصْدِيقٌ بِرُسُلِي ، فَهُوَ عَلَيَّ ضَامِنٌ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ ، أَوْ أَرْجِعَهُ إِلَى مَسْكَنِهِ الَّذِي خَرَجَ مِنْهُ ، نَائِلاً مَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ ثُمَّ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى الْمُسْلِمِينَ مَا قَعَدْتُ خِلاَفَ سَرِيَّةٍ تَخْرُجُ فِي سَبِيلِ اللهِ أَبَدًا ، وَلَكِنْ لاَ أَجِدُ سَعَةً فَأَحْمِلَهُمْ ، وَلاَ يَجِدُونَ سَعَةً فَيَتَّبِعُونِي ، وَلاَ تَطِيبُ أَنْفُسُهُمْ فَيَتَخَلَّفُونَ بَعْدِي ، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوَدِدْتُ أَنْ أَغْزُوَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَأُقْتَلَ ، ثُمَّ أَغْزُوَ فَأُقْتَلَ ثُمَّ أَغْزُوَ فَأُقْتَلَ.
2754 - Abu Bakr bin Abu Syaybah dan Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, ‘Ubaydullah bin Musa menyampaikan kepada kami, daripada Shaiban, daripada Firas, daripada ‘‘Atiyyah, daripada Abu Sa‘id al-Khudri, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Seseorang yang berjihad di jalan Allah sudah dijamin oleh Allah, baik Allah memberikan pengampunan dan rahmat-Nya atau mengembalikannya menuju ke kediamannya dengan membawa pahala dan harta rampasan perang. Perumpamaan orang yang berjihad di jalan Allah bagaikan orang yang berpuasa sambil melaksanakan solat malam yang tidak pernah bosan, sehingga dia kembali ke rumahnya.”
2754 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالاَ : حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُوسَى ، عَنْ شَيْبَانَ ، عَنْ فِرَاسٍ ، عَنْ عَطِيَّةَ ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللهِ مَضْمُونٌ عَلَى اللهِ ، إِمَّا أَنْ يَكْفِتَهُ إِلَى مَغْفِرَتِهِ وَرَحْمَتِهِ ، وَإِمَّا أَنْ يَرْجِعَهُ بِأَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ ، وَمَثَلُ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللهِ ، كَمَثَلِ الصَّائِمِ الْقَائِمِ ، الَّذِي لاَ يَفْتُرُ حَتَّى يَرْجِعَ.
2 – Bab Kelebihan keluar Di Jalan Allah Pada Waktu Pagi Dan Petang
Bāb Faḍl al-Ghadwah wa al-Rawḥah fī Sabīl Allāh ʿAzza wa Jalla
2 - بَابُ فَضْلِ الْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ فِي سَبِيلِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
2755 - Abu Bakr bin Abu Syaybah dan ‘Abdullah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Abu Khalid al-Ahmar menyampaikan kepada kami, daripada Ibn ‘Ajlan, daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Pergi dan kembali di jalan Allah (berjihad) lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
2755 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَعَبْدُ اللهِ بْنُ سَعِيدٍ قَالاَ : حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الأَحْمَرُ ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : غَدْوَةٌ أَوْ رَوْحَةٌ فِي سَبِيلِ اللهِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا.
2756 - Hisham bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, Zakaria bin Manzur menyampaikan kepada kami, Abu Hazim menyampaikan kepada kami, daripada Sahl bin Sa‘ad al-Sa‘idi, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Pergi dan kembali di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
2756 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا بْنُ مَنْظُورٍ ، حَدَّثَنَا أَبُو حَازِمٍ ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : غَدْوَةٌ أَوْ رَوْحَةٌ فِي سَبِيلِ اللهِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا.
2757 - Nasr bin ‘Ali al-Jahdami dan Muhammad bin al-Muthanna menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, ‘Abd al-Wahhab al-Thaqafi menyampaikan kepada kami, Humayd menyampaikan kepada kami, daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Pergi dan kembali di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
2757 - حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالاَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ ، حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : لَغَدْوَةٌ أَوْ رَوْحَةٌ فِي سَبِيلِ اللهِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا.