kitab korban

كِتَابُ الأَضَاحِيِّ

1 - Bab Pelaksanaan Korban Rasulullah

Bāb Aḍāḥī Rasūlillāh Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama

1 - بَابُ أَضَاحِيِّ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ

3120 - Nahsr bin ‘Ali al-Jahdhami menyampaikan kepada kami, ayah saya menyampaikan kepada saya. Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, Muhammad bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, saya mendengar Qatadah menyampaikan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah ﷺ menyembelih dua ekor kambing belang (putih hitam) dan bertanduk, lalu baginda membaca basmalah dan bertakbir. Sesungguhnya saya telah melihat baginda menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri sambil meletakkan kakinya di atas leher haiwan korbannya."

3120 - حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ , حَدَّثَنِي أَبِي (ح) وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ : سَمِعْتُ قَتَادَةَ ، يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَانَ يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ، وَيُسَمِّي ، وَيُكَبِّرُ ، وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَذْبَحُ بِيَدِهِ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا.

3121 - Hisyam bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, Isma‘il bin ‘Ayyasy menyampaikan kepada kami, Muhammad bin Ishaq menyampaikan kepada kami, daripada Yazid bin Abu Habib, daripada Abu ‘Ayyasy al-Zuraqi, daripada Jabir bin ‘Abdullah, dia berkata, “Rasulullah ﷺ menyembelih dua ekor kambing korban pada waktu hari raya korban. Saat berhadapan dengan kedua-duanya baginda mengucapkan: “Sesungguhnya saya menghadapkan diri saya kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan saya bukanlah termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepada saya dan saya adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah). Ya Allah (ini adalah) daripada-Mu dan untuk-Mu, daripada Muhammad dan ummatnya.”

3121 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ ، عَنْ أَبِي عَيَّاشٍ ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ ، قَالَ : ضَحَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ يَوْمَ عِيدٍ ، بِكَبْشَيْنِ فَقَالَ : حِينَ وَجَّهَهُمَا إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفًا ، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ، إِنَّ صَلاَتِي ، وَنُسُكِي ، وَمَحْيَايَ ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، لاَ شَرِيكَ لَهُ ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ ، وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ ، اللَّهُمَّ مِنْكَ ، وَلَكَ عَنْ مُحَمَّدٍ وَأُمَّتِهِ.

3122 - Muhammad bin Yahya menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Razzaq menyampaikan kepada kami, Sufyan al-Tsawri menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Muhammad bin 'Aqil, daripada Abu Salamah, daripada ‘A’isyah dan daripada Abu Hurayrah, bahawa apabila Rasulullah ﷺ hendak melaksanakan ibadah korban, maka baginda membeli dua ekor kibasy yang besar, gemuk, bertanduk dan berwarna belang (hitam dan putih). Kemudian baginda menyembelih salah satu untuk umatnya yang telah bersaksi akan keesaan Allah dan bersaksi atas risalah baginda, lalu menyembelih yang satu lagi untuk Muhammad dan keluarga Muhammad ﷺ.”

3122 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ عَائِشَةَ ، أَوْ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُضَحِّيَ ، اشْتَرَى كَبْشَيْنِ عَظِيمَيْنِ ، سَمِينَيْنِ ، أَقْرَنَيْنِ ، أَمْلَحَيْنِ مَوْجُوءَيْنِ ، فَذَبَحَ أَحَدَهُمَا عَنْ أُمَّتِهِ ، لِمَنْ شَهِدَ لِلَّهِ ، بِالتَّوْحِيدِ ، وَشَهِدَ لَهُ بِالْبَلاَغِ ، وَذَبَحَ الآخَرَ عَنْ مُحَمَّدٍ ، وَعَنْ آلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ.

2 - Bab Pelaksanaan Korban, Adakah Ia Wajib Atau Tidak?

Bāb al-Aḍāḥī Wājibah Hiya am Lā?

2 - بَابُ الأَضَاحِيِّ ، وَاجِبَةٌ هِيَ أَمْ لاَ ؟

3123 - Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Zayd bin al-Hubbab menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin ‘Ayyasy menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd al-Rahman al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa memiliki kelapangan (harta) namun tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.”

3123 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ عَيَّاشٍ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ ، وَلَمْ يُضَحِّ ، فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا.

3124 - Hisyam bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, Isma‘il bin ‘Ayyasy menyampaikan kepada kami, Ibn ‘Awn menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin Sirin, dia berkata, “Saya bertanya Ibn ‘Umar mengenai korban, adakah ia wajib?.” Ibn ‘ Umar lalu menjawab, “Rasulullah ﷺ dan orang-orang muslim setelahnya melaksanakan korban, dan ia menjadi sunnah.”

3124 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ ، حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ ، قَالَ : سَأَلْتُ ابْنَ عُمَرَ عَنِ الضَّحَايَا ، أَوَاجِبَةٌ هِيَ ؟ قَالَ : ضَحَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، وَالْمُسْلِمُونَ مِنْ بَعْدِهِ ، وَجَرَتْ بِهِ السُّنَّةُ.

Sunan Ibn Majah