kitab makanan
كِتَابُ الأَطْعِمَةِ
1 - Bab Memberi Makan
Bāb Iṭʿām al-Ṭaʿām
1 - بَابُ إِطْعَامِ الطَّعَامِ
3251 – Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Awf, daripada Zurarah bin Awfa ‘Abdullah bin Salam menyampaikan kepada saya, dia berkata, “Tatkala Nabi ﷺﷺtiba di Madinah, maka orang ramai bergegas menyambut kedatangan baginda dengan menyerukan, “Rasulullah ﷺ datang! Rasulullah datang! Rasulullah datang! sehingga tiga kali. Maka saya turut serta di tengah-tengah kerumunan manusia untuk melihat baginda, ketika telah jelas saya memandang wajahnya, maka saya dapat mengetahui bahawa raut wajah baginda bukanlah raut muka seorang pendusta. Ucapan pertama kali yang saya dengar daripada baginda adalah: “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah tali persaudaraan, solatlah pada malam hari ketika manusia nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan tenang.”
3251 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ ، عَنْ عَوْفٍ ، عَنْ زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى , حَدَّثَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ سَلاَمٍ ، قَالَ : لَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ الْمَدِينَةَ ، انْجَفَلَ النَّاسُ قِبَلَهُ ، وَقِيلَ : قَدْ قَدِمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، قَدْ قَدِمَ رَسُولُ اللهِ ، قَدْ قَدِمَ رَسُولُ اللهِ ثَلاَثًا ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لأَنْظُرَ ، فَلَمَّا تَبَيَّنْتُ وَجْهَهُ ، عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهِ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلُ شَيْءٍ سَمِعْتُهُ تَكَلَّمَ بِهِ ، أَنْ قَالَ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ.
3252 – Muhammad bin Yahya al-Azdi menyampaikan kepada kami, Hajjaj bin Muhammad menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Jurayj, beliau berkata, Sulayman bin Musa menyampaikan kepada kami, daripada Nafi‘, bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sebarkanlah salam, berilah makan dan jadilah kamu semua bersaudara sebagaimana kamu diperintahkan oleh Allah .”
3252 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى الأَزْدِيُّ ، حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ ، قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ مُوسَى : حَدَّثَنَا عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ ، كَانَ يَقُولُ : إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، قَالَ : أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَكُونُوا إِخْوَانًا ، كَمَا أَمَرَكُمُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ.
3253 - Muhammad bin Rumh menyampaikan kepada kami, al-Layts bin Sa‘ad menyampaikan kepada kami, daripada Yazid bin Abu Habib, daripada Abu al - Khayr, daripada ‘Abdullah bin ‘Amru, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah ﷺ, dia berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah islam yang baik?.” Baginda menjawab: “Kamu memberi makan, menyebarkan salam sama ada kepada orang yang kamu kenal mahu pun kepada orang yang tidak kamu kenali.”
3253 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ ، أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ ، عَنْ أَبِي الْخَيْرِ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو ، أَنَّ رَجُلاً ، سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَيُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ ؟ قَالَ : تُطْعِمُ الطَّعَامَ ، وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ ، عَلَى مَنْ عَرَفْتَ ، وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ.
2 - Bab Makanan Seorang Cukup Untuk Dua Orang
Bāb Ṭaʿām al-Wāhid Yakfī al-Ithnayn
2 - بَابُ طَعَامِ الْوَاحِدِ ، يَكْفِي الاِثْنَيْنِ
3254 - Muhammad bin ‘Abdullah al-Raqqi menyampaikan kepada kami, Yahya bin Ziyad al-Asadi menyampaikan kepada kami, Ibn Jurayj menyampaikan kepada kami, Abu al-Zubayr menyampaikan kepada kami, daripada Jabir bin ‘Abdullah, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Satu makanan cukup untuk dua orang, dua makanan cukup untuk empat orang dan empat makanan cukup untuk lapan orang.”
3254 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ الرَّقِّيُّ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ زِيَادٍ الأَسَدِيُّ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ ، أَخْبَرَنَا أَبُو الزُّبَيْرِ ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : طَعَامُ الْوَاحِدِ يَكْفِي الاِثْنَيْنِ ، وَطَعَامُ الاِثْنَيْنِ يَكْفِي الأَرْبَعَةَ ، وَطَعَامُ الأَرْبَعَةِ يَكْفِي الثَّمَانِيَةَ.
3255 - Al-Hasan bin ‘Ali al-Khallal menyampaikan kepada kami, al-Hasan bin Musa menyampaikan kepada kami, Sa‘id bin Zayd menyampaikan kepada kami, ‘Amru bin Dinar Qahraman daripada keluarga al-Zubayr menyampaikan kepada kami, dia berkata, Saya mendengar Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar, daripada ayahnya, daripada datuknya, ‘Umar bin al-Khattab, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya satu makanan cukup untuk dua orang, dua makanan cukup untuk tiga dan empat orang, dan empat makanan cukup untuk lima dan enam orang.”
3255 - حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلاَّلُ ، حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُوسَى ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ ، قَهْرَمَانُ آلِ الزُّبَيْرِ قَالَ : سَمِعْتُ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : إِنَّ طَعَامَ الْوَاحِدِ يَكْفِي الاِثْنَيْنِ ، وَإِنَّ طَعَامَ الاِثْنَيْنِ يَكْفِي الثَّلاَثَةَ وَالأَرْبَعَةَ ، وَإِنَّ طَعَامَ الأَرْبَعَةِ يَكْفِي الْخَمْسَةَ وَالسِّتَّةَ.