kitab manasik haji

كِتَابُ الْمَنَاسِكِ

1 Bab Keluar Untuk Menunaikan Haji

Bāb al-Khurūj ilā al-Ḥajj

1 - بَابُ الْخُرُوجِ إِلَى الْحَجِّ

2882 - Hisham bin Ammar, Abu Mus‘ab al-Zuhri dan Suwayd bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, semuanya berkata, Malik bin Anas menyampaikan kepada kami, daripada Sumay bekas hamba Abu Bakr bin ‘Abd al-Rahman, daripada Abu Salih al-Samman, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Musafir itu satu bahagian dari azab, yang dapat menghalang kamu semua dari tidur, makan dan minum. Maka, jika kamu semua telah menyelesaikan tujuan perjalanannya, hendaklah dia segera kembali kepada keluarganya.”

2882 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، وَأَبُو مُصْعَبٍ الزُّهْرِيُّ ، وَسُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ ، قَالُوا : حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ ، عَنْ سُمَيٍّ ، مَوْلَى أَبِي بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : السَّفَرُ قِطْعَةٌ مِنَ الْعَذَابِ ، يَمْنَعُ أَحَدَكُمْ نَوْمَهُ ، وَطَعَامَهُ ، وَشَرَابَهُ ، فَإِذَا قَضَى أَحَدُكُمْ نَهْمَتَهُ مِنْ سَفَرِهِ ، فَلْيُعَجِّلِ الرُّجُوعَ إِلَى أَهْلِهِ.

2882M - Ya‘qub bin Humayd bin Kasib menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad menyampaikan kepada kami, darpada Suhayl, daripada ayahnya, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ dengan hadis yang serupa.

2882م - حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ حُمَيْدِ بْنِ كَاسِبٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ ، عَنْ سُهَيْلٍ ، عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ بِنَحْوِهِ.

2883 – ‘Ali bin Muhammad dan ‘Amru bin ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Waki‘ menyampaikan kepada kami, Isma‘il Abu Israil menyampaikan kepada kami, daripada Fudhayl bin Amru, daripada Sa‘id bin Jubayr, daripada Ibn ‘Abbas, daripada al-Fadl (atau salah seorang daripada kedua-duanya), beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang ingin melaksanakan haji, hendaklah dia segera mengerjakannya kerana mungkin akan ditimpa sakit, tersesat atau menghadapi keperluan lain.”

2883 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، وَعَمْرُو بْنُ عَبْدِ اللهِ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ أَبُو إِسْرَائِيلَ ، عَنْ فُضَيْلِ بْنِ عَمْرٍو ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنِ الْفَضْلِ ، أَوْ أَحَدِهِمَا عَنِ الآخَرِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَنْ أَرَادَ الْحَجَّ ، فَلْيَتَعَجَّلْ ، فَإِنَّهُ قَدْ يَمْرَضُ الْمَرِيضُ ، وَتَضِلُّ الضَّالَّةُ ، وَتَعْرِضُ الْحَاجَةُ.

2 Bab Kefarduan Haji

Bāb Farḍ al-Ḥajj

2 - بَابُ فَرْضِ الْحَجِّ

2884 - Muhammad bin ‘Abdullah bin Numayr dan ‘Ali bin Muhammad menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Manshur bin Wardan menyampaikan kepada kami, Ali bin ‘Abd al-Ala menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya, daripada Abu al-Bakhtari, daripada Ali, beliau berkata, “Tatkala turun ayat: Mengerjakan haji ialah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang mampu melakukan perjalanan ke Baitullah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, haji di setiap tahun?” Baginda diam saja. Kemudian mereka bertanya kembali: “Apakah di setiap tahun?” Baginda menjawab: “Tidak, jika saya katakan ya, pasti akan menjadi wajib setiap tahun.” Maka turunlah ayat: “Hai orang - orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu.”

2884 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ ، وَعَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا مَنْصُورُ بْنُ وَرْدَانَ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ الأَعْلَى ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ أَبِي الْبَخْتَرِيِّ ، عَنْ عَلِيٍّ ، قَالَ : لَمَّا نَزَلَتْ {وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ ، حِجُّ الْبَيْتِ ، مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا} قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، الْحَجُّ فِي كُلِّ عَامٍ ؟ فَسَكَتَ ، ثُمَّ قَالُوا : أَفِي كُلِّ عَامٍ ؟ فَقَالَ : لاَ ، وَلَوْ قُلْتُ : نَعَمْ ، لَوَجَبَتْ فَنَزَلَتْ {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ، لاَ تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ}.

2885 - Muhammad bin ‘Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, Muhammad bin Abu ‘Ubaydah menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya, daripada al-A‘mash, daripada Abu Sufyan, daripada Anas bin Malik, beliau berkata, Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah haji wajib dilaksanakan setiap tahun?” Baginda menjawab: “Andai saya menjawab ya, nescaya (akan dianggap) wajib (untuk dilaksanakan) setiap tahun. Dan seandainya wajib untuk dikerjakan setiap tahun, tentu kamu semua tidak akan sanggup melaksanakannya. (Dan jika kamu semua tidak melaksanakannya) maka kamu semua tentu akan diazab.”

2885 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي سُفْيَانَ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، الْحَجُّ فِي كُلِّ عَامٍ قَالَ : لَوْ قُلْتُ نَعَمْ ، لَوَجَبَتْ ، وَلَوْ وَجَبَتْ ، لَمْ تَقُومُوا بِهَا ، وَلَوْ لَمْ تَقُومُوا بِهَا ، عُذِّبْتُمْ.

Sunan Ibn Majah