kitab pajak gadai

كِتَابُ الرُّهُونِ

1 - Bab

Bāb

1 - بَابٌ

2436 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Hafs bin Ghiyath menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘mash, daripada Ibrahim, al-Aswad menyampaikan kepada saya, daripada ‘A'isyah bahawa, ”Nabi ﷺ pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan bayaran yang akan dibuat kemudian, dan baginda menggadaikan baju perangnya.”

2436 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنِي الأَسْوَدُ ، عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ اشْتَرَى مِنْ يَهُودِيٍّ طَعَامًا إِلَى أَجَلٍ ، وَأَرْهَنَهُ دِرْعَهُ.

2437 - Nasr bin ‘Ali al-Jahdami menyampaikan kepada kami, bapa saya menyampaikan kepadaku, Hisham menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Anas, dia berkata, “Rasulullah ﷺ pernah menggadaikan baju perangnya kepada seorang Yahudi di Madinah, lalu baginda meminta gandum daripada Yahudi tersebut untuk diberikan kepada keluarganya.”

2437 - حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ , حَدَّثَنِي أَبِي ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : لَقَدْ رَهَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ دِرْعَهُ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِالْمَدِينَةِ ، فَأَخَذَ لأَهْلِهِ مِنْهُ شَعِيرًا.

2438 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd al-Hamid bin Bahram, daripada Shahr bin Haushab, daripada Asma’ binti Yazid bahawa, ”Nabi ﷺ meninggal dunia sementara baju perangnya tergadai di tangan Yahudi untuk mendapatkan makanan.”

2438 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، عَنْ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ بَهْرَامَ ، عَنْ شَهْرِ بْنِ حَوْشَبٍ ، عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ تُوُفِّيَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِطَعَامٍ.

2439 - ‘Abdullah bin Mu‘awiyah al-Jumahi menyampaikan kepada kami, Tsabit bin Yazid menyampaikan kepada kami, Hilal bin Khabbab menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah ﷺ meninggal dunia sementara baju perangnya tergadai di tangan Yahudi untuk mendapatkan 30 gantang gandum.

2439 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مُعَاوِيَةَ الْجُمَحِيُّ ، حَدَّثَنَا ثَابِتُ بْنُ يَزِيدَ ، حَدَّثَنَا هِلاَلُ بْنُ خَبَّابٍ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ مَاتَ وَدِرْعُهُ رَهْنٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلاَثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ.

2 - Bab Haiwan Yang Digadaikan Boleh Ditunggang Dan Diperah Susunya

Bāb al-Rahn Markūb wa Maḥlūb

2 - بَابُ الرَّهْنُ مَرْكُوبٌ وَمَحْلُوبٌ

2440 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada Zakaria, daripada al-Shabi, daripada Abu Hurayrah, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Haiwan tunggangan boleh dinaiki jika tergadai, susu boleh diminum jika tergadai, dan bagi orang yang menaiki dan meminum wajib memberikan nafkahnya.”

2440 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، عَنْ زَكَرِيَّا ، عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : الظَّهْرُ يُرْكَبُ إِذَا كَانَ مَرْهُونًا ، وَلَبَنُ الدَّرِّ يُشْرَبُ إِذَا كَانَ مَرْهُونًا ، وَعَلَى الَّذِي يَرْكَبُ وَيَشْرَبُ نَفَقَتُهُ.

Sunan Ibn Majah