kitab pemakaian
كِتَابُ اللِّبَاسِ
1 – Bab Pemakaian Rasulullah ﷺ
Bāb Libās Rasūlillāh Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama
1 - بَابُ لِبَاسِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ
3550 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami daripada al-Zuhri, daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ mendirikan solat dengan memakai pakaian yang bercorak, lalu baginda bersabda: “Saya berasa terganggu dengan corak ini. Bawalah pakaian ini kepada Abu Jahm dan bawakan kepada saya pakaian yang tidak bergaris.”
3550 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ عُرْوَةَ ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ فِي خَمِيصَةٍ لَهَا أَعْلاَمٌ ، فَقَالَ : شَغَلَنِي أَعْلاَمُ هَذِهِ ، اذْهَبُوا بِهَا إِلَى أَبِي جَهْمٍ ، وَأْتُونِي بِأَنْبِجَانِيَّتِهِ.
3551 - Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, Sulayman bin al-Mughirah mengkhabarkan kepada saya daripada Humayd bin Hilal, daripada Abu Burdah, beliau berkata, “Saya bertemu dengan ‘A’isyah dan beliau menunjukkan kepada saya sepotong kain tebal yang diperbuat dari Yaman dan sehelai pakaian yang dikenali dengan al-Mulabbadah (baju berkain kasar). Lalu beliau bersumpah kepada saya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ wafat dalam keadaan memakai kedua-dua pakaian ini.”
3551 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ ، أَخْبَرَنِي سُلَيْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ هِلاَلٍ ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ قَالَ : دَخَلْتُ عَلَى عَائِشَةَ فَأَخْرَجَتْ لِي إِزَارًا غَلِيظًا مِنَ الَّتِي تُصْنَعُ بِالْيَمَنِ ، وَكِسَاءً مِنْ هَذِهِ الأَكْسِيَةِ الَّتِي تُدْعَى الْمُلَبَّدَةَ ، وَأَقْسَمَتْ لِي : لَقُبِضَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ فِيهِمَا.
3552 - Ahmad bin Tsabit al-Jahdari menyampaikan kepada kami, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami daripada al-Ahwash bin Hakim, daripada Khalid bin Ma‘dan, daripada ‘Ubadah bin al-Shamit, bahawa Rasulullah ﷺ mendirikan solat dengan memakai pakain labuh.” (HR Ibn Majah, No )
3552 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ ثَابِتٍ الْجَحْدَرِيُّ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنِ الأَحْوَصِ بْنِ حَكِيمٍ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : صَلَّى فِي شَمْلَةٍ قَدْ عَقَدَ عَلَيْهَا.
3553 - Yunus bin ‘Abdul A‘la menyampaikan kepada kami, Ibn Wahb menyampaikan kepada kami, Malik menyampaikan kepada kami daripada Ishaq bin ‘Abdullah bin Abu Thalhah, daripada Anas bin Malik beliau berkata, “Saya pernah bersama Nabi ﷺ dan ketika itu baginda memakai kain Najran yang tebal bahagian tepinya.”
3553 - حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الأَعْلَى ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ ، عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ وَعَلَيْهِ رِدَاءٌ نَجْرَانِيٌّ غَلِيظُ الْحَاشِيَةِ.
3554 - ‘Abdul Quddus bin Muhammad menyampaikan kepada kami, Bisyr bin ‘Umar menyampaikan kepada kami, Ibn Lahi‘ah menyampaikan kepada kami, Abu al-Aswad menyampaikan kepada kami daripada ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah, daripada ‘Ali bin al - Husayn, daripada ‘A’isyah, beliau berkata, “Saya tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ mencaci maki seseorang dan melipat bajunya.”
3554 - حَدَّثَنَا عَبْدُ الْقُدُّوسِ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ عُمَرَ ، حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو الأَسْوَدِ ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ يَسُبُّ أَحَدًا ، وَلاَ يُطْوَى لَهُ ثَوْبٌ.