kitab perubatan

كِتَابُ الطِّبِّ

1 - Bab Tidaklah Allah Turunkan Penyakit Melainkan Diturunkan Juga Penawarnya

Bāb Mā Anzala Allāh Dāʾ illā Anzala la-hu Shifāʾ

1 - بَابُ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً ، إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

3436 - Abu Bakar bin Abu Syaybah dan Hisyam bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada Ziyad bin ‘Ilaqah, daripada Usamah bin Syarik, dia berkata, “Saya menyaksikan beberapa orang Arab Badwi bertanya kepada Nabi ﷺ, “Berdosakah jika kami melakukan perkara ini? Berdosakah jika kami melakukan perkara ini?.” Lalu baginda bersabda kepada mereka: “Wahai hamba Allah, Allah akan menghapuskan dosa kecuali orang yang menyebarluaskan (aib) saudaranya, itulah dosa.” Mereka bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, berdosakah kami jika kami tidak berubat?.” Baginda menjawab: “Wahai hamba Allah, berubatlah, kerana sesungguhnya Allah  tidak menurunkan penyakit melainkan kecuali Dia juga menurunkan ubatnya, melainkan penyakit pikun.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kebaikan yang paling baik diberikan kepada seorang hamba?.” baginda menjawab: “Akhlak yang mulia.”

3436 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَهِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنْ زِيَادِ بْنِ عِلاَقَةَ ، عَنْ أُسَامَةَ بْنِ شَرِيكٍ ، قَالَ : شَهِدْتُ الأَعْرَابَ يَسْأَلُونَ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : أَعَلَيْنَا حَرَجٌ فِي كَذَا ؟ أَعَلَيْنَا حَرَجٌ فِي كَذَا ؟ فَقَالَ لَهُمْ : عِبَادَ اللهِ ، وَضَعَ اللَّهُ الْحَرَجَ ، إِلاَّ مَنِ اقْتَرَضَ ، مِنْ عِرْضِ أَخِيهِ شَيْئًا ، فَذَاكَ الَّذِي حَرِجَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ : هَلْ عَلَيْنَا جُنَاحٌ أَنْ لاَ نَتَدَاوَى ؟ قَالَ : تَدَاوَوْا عِبَادَ اللهِ ، فَإِنَّ اللَّهَ ، سُبْحَانَهُ ، لَمْ يَضَعْ دَاءً ، إِلاَّ وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً ، إِلاَّ الْهَرَمَ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، مَا خَيْرُ مَا أُعْطِيَ الْعَبْدُ قَالَ : خُلُقٌ حَسَنٌ.

3437 - Muhammad bin al-Shabbah menyampaikan kepada kami, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada al-Zuhry, daripada Ibn Abu Khizamah, daripada Abu Khizamah, dia berkata, “Rasulullah ﷺ ditanya, “Bagaimana pendapat kamu terhadap ubat-ubatan yang kami gunakan untuk berubat, ruqyah yang kami amalkan dan ketakwaan yang kami jalankan, adakah ia boleh menolak daripada ketentuan Allah?.” Baginda menjawab: “Itu semua termasuk daripada ketentuan takdir Allah.”

3437 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنِ ابْنِ أَبِي خِزَامَةَ ، عَنْ أَبِي خِزَامَةَ ، قَالَ : سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، أَرَأَيْتَ أَدْوِيَةً نَتَدَاوَى بِهَا ، وَرُقًى نَسْتَرْقِي بِهَا ، وَتُقًى نَتَّقِيهَا ، هَلْ تَرُدُّ مِنْ قَدَرِ اللهِ شَيْئًا ؟ قَالَ : هِيَ مِنْ قَدَرِ اللَّهِ.

3438 - Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada ‘Atha’ bin al-Sa’ib, daripada Abu ‘Abd al-Rahman, daripada ‘Abdullah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan Allah juga akan menurunkan ubat baginya .”

3438 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ ، عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً ، إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ دَوَاءً.

3439 - Abu Bakar bin Abu Syaybah dan Ibrahim bin Sa‘id al-Jawhari menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Abu Ahmad menyampaikan kepada kami, daripada ‘Umar bin Sa‘id bin Abu Husayn, 'Atha menyampaikan kepada kami, daripada Abu Hurayrah, dia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan diturunkan juga ubat baginya.”

3439 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعِيدٍ الْجَوْهَرِيُّ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي حُسَيْنٍ ، حَدَّثَنَا عَطَاءٌ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً ، إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً.

2 - Bab Orang Sakit Yang Menginginkan Sesuatu

Bāb al-Marīḍ Yashtahī al-Shayʾ

2 - بَابُ الْمَرِيضِ يَشْتَهِي الشَّيْءَ

3440 - Al-Hasan bin ‘Ali al-Khallal menyampaikan kepada kami, Shafwan bin Hubayrah menyampaikan kepada kami, Abu Makin menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas , bahawa Nabi ﷺ menjenguk seorang lelaki, baginda lalu bersabda kepadanya: “Apa yang kamu inginkan?.” Lelaki tersebut menjawab, “Saya mahukan roti gandum.” Maka Nabi ﷺ bersabda: “Sesiapa memiliki roti gandum, hendaklah dia memberikan kepada saudaranya.” Kemudian Nabi ﷺ bersabda: “Jika ada salah seorang antara kamu yang sakit dan menginginkan sesuatu, hendaklah dia memberinya makan apa yang dia inginkan.”

3440 - حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلاَّلُ ، حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ هُبَيْرَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو مَكِينٍ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : عَادَ رَجُلاً ، فَقَالَ لَهُ : مَا تَشْتَهِي ؟ فَقَالَ : أَشْتَهِي خُبْزَ بُرٍّ ، فَقَالَ : النَّبِيُّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : مَنْ كَانَ عِنْدَهُ خُبْزُ بُرٍّ ، فَلْيَبْعَثْ إِلَى أَخِيهِ ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : إِذَا اشْتَهَى مَرِيضُ أَحَدِكُمْ شَيْئًا ، فَلْيُطْعِمْهُ.

Sunan Ibn Majah