kitab sembelihan

كِتَابُ الذَّبَائِحِ

1 - Bab ‘Aqiqah

Bāb al-ʿAqīqah

1 - بَابُ الْعَقِيقَةِ

3162 - Abu Bakar bin Abu Syaybah dan Hisyam bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah bin Abu Yazid, daripada ayahnya, daripada Siba‘ bin Tsabit, daripada Ummu Kurz, dia berkata, “Saya mendengar Nabi ﷺ bersabda: “Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama eloknya, dan bagi anak perempuan seekor kambing.”

3162 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَهِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، قَالاَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ أَبِي يَزِيدَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ سِبَاعِ بْنِ ثَابِتٍ ، عَنْ أُمِّ كُرْزٍ ، قَالَتْ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ يَقُولُ : عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ.

3163 - Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, ‘Affan menyampaikan kepada kami, Hammad bin Salamah menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin ‘Utsman bin Khutsaym mengkhabarkan kepada kami, daripada Yusuf bin Mahak, daripada Hafshah binti ‘Abd al-Rahman, daripada ‘A’isyah, dia berkata, “Rasulullah ﷺ memerintahkan kami untuk membuat aqiqah seorang anak lelaki dengan dua ekor kambing, manakala untuk anak perempuan dengan satu ekor kambing.”

3163 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا عَفَّانُ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ ، عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ ، عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، أَنْ نَعُقَّ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَيْنِ ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةً.

3164 - Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, Hisyam bin Hasan menyampaikan kepada kami, daripada Hafshah binti Sirin, daripada Salman bin ‘Amir, bahawa dia mendengar Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya datang bersama (lahirnya) seorang anak kewajipan beraqiqah, oleh sebab itu tumpahkanlah darah untuknya dan singkirkan bahaya (penyakit) daripadanya.”

3164 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نُمَيْرٍ ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ حَسَّانَ ، عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ سِيرِينَ ، عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّ مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَةً ، فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا ، وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى.

3165 - Hisyam bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, Syu‘ayb bin Ishaq menyampaikan kepada kami, Sa‘id bin Abu ‘Arubah menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada al-Hasan, daripada Samrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Setiap anak digadaikan dengan aqiqahnya, maka hendaklah disembelihkan untuknya pada hari ketujuh (daripada kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama.”

3165 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا شُعَيْبُ بْنُ إِسْحَاقَ ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنِ الْحَسَنِ ، عَنْ سَمُرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : كُلُّ غُلاَمٍ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ ، تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ ، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ ، وَيُسَمَّى.

3166 - Ya‘qub bin Humayd bin Kasib menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Wahb menyampaikan kepada kami, ‘Amru bin al-Harits menyampaikan kepada saya, daripada Ayyub bin Musa, bahawa dia menyampaikan kepadanya bahawa Yazid bin ‘Abd al-Muzani menyampaikan kepadanya, bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Seorang anak diaqiqahi dan kepalanya tidak perlu disentuh (dilumuri) dengan darah.”

3166 - حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ حُمَيْدِ بْنِ كَاسِبٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ وَهْبٍ ، حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ ، عَنْ أَيُّوبَ بْنِ مُوسَى ، أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ يَزِيدَ بْنَ عَبْدٍ الْمُزَنِيَّ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَالَ : يُعَقُّ عَنِ الْغُلاَمِ ، وَلاَ يُمَسُّ رَأْسُهُ بِدَمٍ.

Sunan Ibn Majah