kitab zuhud

كِتَابُ الزُّهْدِ

37 Bab Zuhud di Dalam Urusan Keduniaan

Bāb al-Zuhd fī al-Dunyā

1 - بَابُ الزُّهْدِ فِي الدُّنْيَا

4100 - Hisyam bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, ‘Amr bin Waqid al-Qurasyi menyampaikan kepada kami, Yunus bin Maysarah bin Halbas menyampaikan kepada kami daripada Abu Idris al-Khaulani, daripada Abu Dzar al-Ghifari, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Zuhud terhadap dunia bukanlah dengan mengharamkan sesuatu yang halal dan tidak bertabiat boros, namun zuhud terhadap dunia adalah sesuatu yang kamu miliki itu tidak melebihi apa yang kamu suka dengan apa yang ada di tangan Allah, dan hendaklah kamu lebih mahukan pahala kesabaran ke atas musibah yang menimpa kamu, berbanding perkara tersebut berada di tangan kamu.” Kata Hisyam: “Abu Idris al-Khaulani berkata, “Perumpamaan hadis ini dengan beberapa hadis yang lain adalah ibarat emas tulen berbanding emas biasa.”

4100 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ وَاقِدٍ الْقُرَشِيُّ ، حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ مَيْسَرَةَ بْنِ حَلْبَسٍ ، عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الْخَوْلاَنِيِّ ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ الْغِفَارِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : لَيْسَ الزَّهَادَةُ فِي الدُّنْيَا بِتَحْرِيمِ الْحَلاَلِ ، وَلاَ فِي إِضَاعَةِ الْمَالِ ، وَلَكِنِ الزَّهَادَةُ فِي الدُّنْيَا أَنْ لاَ تَكُونَ بِمَا فِي يَدَيْكَ أَوْثَقَ مِنْكَ بِمَا فِي يَدِ اللهِ ، وَأَنْ تَكُونَ فِي ثَوَابِ الْمُصِيبَةِ ، إِذَا أُصِبْتَ بِهَا ، أَرْغَبَ مِنْكَ فِيهَا ، لَوْ أَنَّهَا أُبْقِيَتْ لَكَ.قَالَ هِشَامٌ : كَانَ أَبُو إِدْرِيسَ الْخَوْلاَنِيُّ ، يَقُولُ : مِثْلُ هَذَا الْحَدِيثِ فِي الأَحَادِيثِ ، كَمِثْلِ الإِبْرِيزِ فِي الذَّهَبِ.

4101 - Hisyam bin ‘Ammar menyampaikan kepada kami, al-Hakam bin Hisyam menyampaikan kepada kami, Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami daripada Abu Farwah, daripada Abu Khallad, salah seorang sahabat Nabi, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila kalian melihat ada seseorang yang dikurniakan sifat zuhud terhadap dunia dan sedikit bicaranya, maka dampingilah dia kerana dia telah dikurniakan hikmah.”

4101 - حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ هِشَامٍ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ ، عَنْ أَبِي فَرْوَةَ ، عَنْ أَبِي خَلاَّدٍ ، وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ قَدْ أُعْطِيَ زُهْدًا فِي الدُّنْيَا ، وَقِلَّةَ مَنْطِقٍ ، فَاقْتَرِبُوا مِنْهُ ، فَإِنَّهُ يُلَقَّى الْحِكْمَةَ.

4102 - Abu ‘Ubaydah bin Abu al-Safar menyampaikan kepada kami, Syihab bin ‘Abbad menyampaikan kepada kami, Khalid bin ‘Amr al-Qurasyi menyampaikan kepada kami daripada Sufyan al-Tsauri, daripada Abu Hazim, daripada Sahl bin Sa‘d al-Sa‘idi, beliau berkata, “Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ seraya berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepada saya suatu amalan yang sekiranya saya melakukannya, maka Allah dan seluruh manusia akan mencintai saya.” Rasulullah ﷺ bersabda: “Bersikaplah zuhud di dalam urusan dunia nescaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain nescaya kamu akan dicintai orang ramai.”

4102 - حَدَّثَنَا أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ أَبِي السَّفَرِ ، حَدَّثَنَا شِهَابُ بْنُ عَبَّادٍ ، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَمْرٍو الْقُرَشِيُّ ، عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ ، قَالَ : أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ رَجُلٌ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ : ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ ، وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّكَ النَّاس.

4103 - Muhammad bin al-Shabbah menyampaikan kepada kami, Jarir mengkhabarkan kepada kami daripada Manshur, daripada Abu Wa’il, daripada Samurah bin Sahm, salah seorang daripada kaumnya, beliau berkata, “Saya pernah menginap di rumah Abu Hasyim bin ‘Utbah ketika beliau sedang sakit, kemudian Mu‘awiyah datang menjenguknya. Lalu Abu Hasyim menangis, maka Mu‘awiyah pun bertanya: “Wahai bapa saudara, apa yang membuatkan kamu menangis? Adakah kamu kesakitan atau kerana urusan dunia yang telah hilang kesuciannya?” Abu Hasyim menjawab: “Kedua-duanya bukan, akan tetapi Rasulullah ﷺ pernah memberikan saya amanah yang kalaulah saya dapat melaksanakannya. Baginda pernah bersabda: “Sesungguhnya kamu akan memiliki harta yang kamu berikan kepada orang ramai. Meskipun sedemikian, cukuplah bagi kamu seorang pembantu dan kenderaan yang digunakan di jalan Allah.” Setelah itu, saya berhasil mendapatkannya dan mengumpulkannya.”

4103 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ ، أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ ، عَنْ مَنْصُورٍ ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ ، عَنْ سَمُرَةَ بْنِ سَهْمٍ ، رَجُلٍ مِنْ قَوْمِهِ ، قَالَ : نَزَلْتُ عَلَى أَبِي هَاشِمِ بْنِ عُتْبَةَ ، وَهُوَ طَعِينٌ ، فَأَتَاهُ مُعَاوِيَةُ يَعُودُهُ ، فَبَكَى أَبُو هَاشِمٍ ، فَقَالَ مُعَاوِيَةُ : مَا يُبْكِيكَ ؟ أَيْ خَالِ , أَوَجَعٌ يُشْئِزُكَ أَمْ عَلَى الدُّنْيَا ، فَقَدْ ذَهَبَ صَفْوُهَا ؟ قَالَ : عَلَى كُلٍّ لاَ ، وَلَكِنْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، عَهِدَ إِلَيَّ عَهْدًا وَدِدْتُ أَنِّي كُنْتُ تَبِعْتُهُ ، قَالَ : إِنَّكَ لَعَلَّكَ تُدْرِكُ أَمْوَالاً تُقْسَمُ بَيْنَ أَقْوَامٍ ، وَإِنَّمَا يَكْفِيكَ مِنْ ذَلِكَ خَادِمٌ وَمَرْكَبٌ فِي سَبِيلِ اللهِ ، فَأَدْرَكْتُ ، فَجَمَعْتُ.

4104 - al-Hasan bin Abu al-Rabi‘ menyampaikan kepada kami, ‘AbdulRazaq menyampaikan kepada kami, Ja‘far bin Sulayman menyampaikan kepada kami daripada Tsabit, daripada Anas, beliau berkata, “Salman pernah mengeluh kesakitan, lalu Sa‘d pergi menziarahinya. Apabila melihat Salman menangis, Sa‘d bertanya: “Apa yang membuat kamu menangis wahai saudaraku? Bukankah kamu telah menemani Rasulullah ﷺ? Bukankah itu dan ini? Salman menjawab: “Saya bukanlah menangis atas sebab satu daripada dua, tidak kerana rakus terhadap dunia dan tidak pula kerana benci akan akhirat, akan tetapi Rasulullah ﷺ dahulu pernah memberikan amanah kepada saya dan saya merasakan bahawa saya telah melanggar amanah tersebut.” Sa‘d bertanya: “Apakah yang baginda amanahkan kepada kamu?” Salman menjawab: “Baginda mengamanahkan kepada saya bahawa cukuplah bagi kamu sebagaimana (bekalan) orang yang mahu bepergian. Dan saya merasakan bahawa saya telah melampaui batas. Adapun kamu wahai Sa‘d, takutlah kamu kepada Allah dalam setiap keputusan yang kamu ambil ketika menetapkan sesuatu hukum, atau dalam pembahagian kamu ketika kamu membahagikan, serta dalam keinginan kamu ketika kamu menginginkan sesuatu.” Kata Tsabit berkata, “Telah sampai kepada saya bahawa Sa‘d hanya meninggalkan dua puluh dirham daripada keseluruhan hartanya ketika beliau meninggal dunia.”

4104 - حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَبِي الرَّبِيعِ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ ، عَنْ ثَابِتٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : اشْتَكَى سَلْمَانُ فَعَادَهُ سَعْدٌ ، فَرَآهُ يَبْكِي ، فَقَالَ لَهُ سَعْدٌ : مَا يُبْكِيكَ يَا أَخِي ؟ أَلَيْسَ قَدْ صَحِبْتَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ ، أَلَيْسَ ؟ أَلَيْسَ ؟ قَالَ سَلْمَانُ : مَا أَبْكِي وَاحِدَةً مِنَ اثْنَتَيْنِ ، مَا أَبْكِي حُبًّا لِلدُّنْيَا ، وَلاَ كَرَاهِيَةً لِلآخِرَةِ ، وَلَكِنْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ عَهِدَ إِلَيَّ عَهْدًا ، فَمَا أُرَانِي إِلاَّ قَدْ تَعَدَّيْتُ ، قَالَ : وَمَا عَهِدَ إِلَيْكَ ؟ قَالَ : عَهِدَ إِلَيَّ أَنَّهُ يَكْفِي أَحَدَكُمْ مِثْلُ زَادِ الرَّاكِبِ ، وَلاَ أُرَانِي إِلاَّ قَدْ تَعَدَّيْتُ ، وَأَمَّا أَنْتَ يَا سَعْدُ فَاتَّقِ اللَّهَ عِنْدَ حُكْمِكَ إِذَا حَكَمْتَ ، وَعِنْدَ قَسْمِكَ إِذَا قَسَمْتَ ، وَعِنْدَ هَمِّكَ إِذَا هَمَمْتَ. قَالَ ثَابِتٌ : فَبَلَغَنِي أَنَّهُ مَا تَرَكَ إِلاَّ بِضْعَةً وَعِشْرِينَ دِرْهَمًا ، مِنْ نُفَيْقَةٍ كَانَتْ عِنْدَهُ.

Sunan Ibn Majah