kitab al-iman
كِتَابُ الْإِيمَانَ
Bab: Mengenal Iman, Islam, Qadar dan Petanda Kiamat
Bāb Maʿrifat al-Īmān wa al-Islām wa al-Qadr wa ʿAlāmat al-Sāʿah
بَابُ معرفة الْإِيمَانِ، وَالْإِسْلَامِ، والقَدَرِ وَعَلَامَةِ السَّاعَةِ
Imam Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyayri berkata: Dengan memohon bantuan Allah, kita memulakan penulisan ini; hanya kepada-Nya kita memohon kecukupan; tiada yang memberikan kita kejayaan selain Allah
قَالَ أَبُو الْحُسَيْنِ مُسْلِمُ بْنُ الْحَجَّاجِ الْقُشَيْرِيُّ رَحِمَهُ اللهُ: «بِعَوْنِ اللهِ نَبْتَدِئُ، وَإِيَّاهُ نَسْتَكْفِي، وَمَا تَوْفِيقُنَا إِلَّا بِاللهِ جَلَّ جَلَالُهُ»
1 – (8) Abu Khaytsamah Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada Kahmas, daripada Abdullah bin Buraydah, daripada Yahya bin Ya‘mar. Dalam sanad yang lain, ‘Ubaydullah bin Mu‘adz al-‘Anbari menyampaikan kepada kami – dan ini hadisnya –, beliau berkata, Bapa saya menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Kahmas menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Buraydah, daripada Yahya bin Ya‘mar, beliau berkata, Orang pertama yang membicarakan tentang Qadar di Basrah adalah Ma‘bad al-Juhani. Apabila saya dan Humayd bin Abdul Rahman al-Himyari bertolak untuk melaksanakan haji –atau umrah–, kami berpakat untuk bertanya kepada mana-mana sahabat Rasulullah ﷺ yang kami temui, tentang pandangan mereka berkaitan Qadar. Kami direzekikan bertemu dengan Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab di dalam Masjidilharam, lalu kami menemui beliau, seorang di kanan, dan seorang di kiri. Saya sangka teman saya mewakilkan saya untuk bercakap, maka saya pun menyuarakan: “Wahai Abu Abdul Rahman, muncul di tempat kami sekumpulan orang yang mengkaji al-Quran, menggali-gali keilmuan, mereka begitu dan begini. Tetapi mendakwa bahawa tidak ada Qadar dan segala-galanya berlaku secara bebas tanpa ketetapan takdir.” Abdullah berkata, “Jika kamu jumpa mereka, beritahu: Bahawa saya berlepas diri daripada mereka, dan mereka tiada kaitan dengan saya. Demi Zat yang Ibn ʿUmar bersumpah dengan-Nya; jika seorang mereka memiliki segunung emas untuk disedekahkan, Allah tidak akan menerimanya langsung sehinggalah dia beriman kepada takdir yang baik dan buruk.” Beliau berkata lagi: Bapa saya ‘Umar bin al-Khattab menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Pernah suatu hari kami bersama Rasulullah ﷺ, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat putih jubahnya, sangat hitam rambutnya, dan tidak kelihatan padanya tanda-tanda seperti beliau bermusafir dan dalam kalangan kami tiada yang mengenalinya; dia terus berjalan sehingga duduk menghadap Nabi ﷺ, dia merapatkan lututnya dengan lutut baginda, dan meletakkan tapak tangannya pada pahanya. Kemudian lelaki itu berkata, “Wahai Muhammad, khabarkan kepada saya berkenaan Islam.” Rasulullah ﷺ pun menjawab, “Islam itu: Kamu bersaksi tiada yang berhak disembah selain Allah, dan Muhammad itu utusan Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, melaksanakan haji di Kaabah sekiranya kamu mampu.” Lelaki itu berkata, “Kamu berkata benar.” ‘Umar berkata “Kami berasa hairan terhadapnya kerana dia bertanya dan dia juga membenarkannya”. Lelaki itu bertanya lagi, “Beritahu kepada saya tentang Iman?” Rasulullah ﷺ bersabda: “Iman itu ialah kamu beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya (Nabi dan Rasul), hari kiamat dan kamu beriman dengan takdir; samada baik mahupun buruk (Qada dan Qadar).” Lelaki itu bertanya lagi, “Beritahu kepada saya tentang Ihsan?” Rasulullah ﷺ bersabda, “Ihsan itu keadaanmu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. jika kamu tidak melihat-Nya, maka Dia sentiasa melihatmu.” Lelaki itu bertanya lagi, “Beritahu kepada saya tentang Hari Kiamat?” Rasulullah ﷺ bersabda: “Kamu tidak tahu, apatah lagi saya.” Lelaki itu bertanya lagi: “Beritahu kepada aku tentang tanda-tandanya?” Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya, dan kamu dapat melihat orang-orang yang asalnya tidak memakai sebarang alas kaki mahupun pakaian-pakaian, mereka itu fakir miskin; namun kelak mereka akan berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.” Kemudian lelaki itu pun beredar. Setelah beberapa hari, Rasulullah ﷺ bertanya kepadaku, “Wahai Umar, adakah kamu tahu siapa yang datang pada hari itu?” Saya berkata, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya, dia itu Jibril, datang untuk mengajar agama kalian.”
1 - (8) حَدَّثَنِي أَبُو خَيْثَمَةَ زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ كَهْمَسٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ، ح وحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ - وَهَذَا حَدِيثُهُ - حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا كَهْمَسٌ، عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ، قَالَ: كَانَ أَوَّلَ مَنْ قَالَ فِي الْقَدَرِ بِالْبَصْرَةِ مَعْبَدٌ الْجُهَنِيُّ، فَانْطَلَقْتُ أَنَا وَحُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحِمْيَرِيُّ حَاجَّيْنِ - أَوْ مُعْتَمِرَيْنِ - فَقُلْنَا: لَوْ لَقِينَا أَحَدًا مَنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلْنَاهُ عَمَّا يَقُولُ هَؤُلَاءِ فِي الْقَدَرِ، فَوُفِّقَ لَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ دَاخِلًا الْمَسْجِدَ، فَاكْتَنَفْتُهُ أَنَا وَصَاحِبِي أَحَدُنَا عَنْ يَمِينِهِ، وَالْآخَرُ عَنْ شِمَالِهِ، فَظَنَنْتُ أَنَّ صَاحِبِي سَيَكِلُ الْكَلَامَ إِلَيَّ، فَقُلْتُ [ص:37]: أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنَّهُ قَدْ ظَهَرَ قِبَلَنَا نَاسٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ، وَيَتَقَفَّرُونَ الْعِلْمَ، وَذَكَرَ مِنْ شَأْنِهِمْ، وَأَنَّهُمْ يَزْعُمُونَ أَنْ لَا قَدَرَ، وَأَنَّ الْأَمْرَ أُنُفٌ، قَالَ: «فَإِذَا لَقِيتَ أُولَئِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنِّي بَرِيءٌ مِنْهُمْ، وَأَنَّهُمْ بُرَآءُ مِنِّي»، وَالَّذِي يَحْلِفُ بِهِ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ «لَوْ أَنَّ لِأَحَدِهِمْ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا، فَأَنْفَقَهُ مَا قَبِلَ اللهُ مِنْهُ حَتَّى يُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ» ثُمَّ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ، إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الْإِسْلَامِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلًا»، قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ، وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِيمَانِ، قَالَ: «أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ»، قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِحْسَانِ، قَالَ: «أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ»، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: «مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ» قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا، قَالَ: «أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ»، قَالَ: ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ لِي: «يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟» قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ»
2 – (8) Muhammad bin ‘Ubayd al-Ghubari, Abu Kamil al-Jahdari dan Ahmad bin ‘Abdah menyampaikan kepada saya, mereka berkata, Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, daripada Mathar al-Warraq, daripada Abdullah bin Buraydah, daripada Yahya bin Ya‘mar, beliau berkata, Apabila Ma‘bad mula mengatakan sesuatu tentang masalah takdir, kami mengingkari hal tersebut. Beliau berkata, kemudian saya dan Humayd bin Abdul Rahman al-Himyari pergi melaksanakan haji,... lalu mereka menyebutkan hadis yang semakna dengan riwayat Kahmas, di dalamnya terdapat sebahagian penambahan dan kekurangan huruf.
2 - (8) حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ الْغُبَرِيُّ، وَأَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ، وَأَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ قَالُوا: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ مَطَرٍ الْوَرَّاقِ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ، قَالَ: لَمَّا تَكَلَّمَ مَعْبَدٌ بِمَا تَكَلَّمَ بِهِ فِي شَأْنِ الْقَدَرِ أَنْكَرْنَا ذَلِكَ، قَالَ: فَحَجَجْتُ أَنَا وَحُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحِمْيَرِيُّ حَجَّةً، وَسَاقُوا الْحَدِيثَ بِمَعْنَى حَدِيثِ كَهْمَسٍ وَإِسْنَادِهِ، وَفِيهِ بَعْضُ زِيَادَةٍ وَنُقْصَانُ أَحْرُفٍ.
3 – (8) Muhammad bin Hatim menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Yahya bin Sa’id al-Qaththan menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Utsman bin Ghiyats menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdullah bin Buraydah menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Ya‘mar dan Humayd bin Abdul Rahman, kedua-duanya berkata, Kami bertemu dengan Abdullah bin ‘Umar , lalu kami menyebutkan tentang Qadar dan pendapat mereka tentangnya., lalu Muhammad bin Hatim menyebutkan hadis yang sama sebelum ini, daripada ‘Umar , daripada Nabi ﷺ, dan padanya terdapat penambahan dan pengurangan.
3 - (8) وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ، حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ غِيَاثٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ بُرَيْدَةَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ، وَحُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَا: لَقِينَا عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ، فَذَكَرْنَا الْقَدَرَ، وَمَا يَقُولُونَ فِيهِ، فَاقْتَصَّ الْحَدِيثَ كَنَحْوِ حَدِيثِهِمْ، عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَفِيهِ شَيْءٌ مِنْ زِيَادَةٍ وَقَدْ نَقَصَ مِنْهُ شَيْئًا.
4 – (8) Hajjaj bin al-Sya‘ir menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Yunus bin Muhammad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Mu‘tamir menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada Yahya bin Ya‘mar, daripada Ibn ʿUmar, daripada ‘Umar, daripada Nabi ﷺ, dengan lafaz lebih kurang hadis-hadis sebelum ini.
4 - (8) وحَدَّثَنِي حَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ، حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنْ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِنَحْوِ حَدِيثِهِمْ
Bab: Apakah Itu Iman dan Ciri-cirinya
Bāb al-Īmān Mā Huwa wa Bayān Khiṣālihi
بَابٌ: الْإِيمَانُ مَا هُوَ وَبَيَانُ خِصَالِهِ
5 – (9) Abu Bakar bin Abu Syaybah dan Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada kami, semua riwayatnya daripada Ibn ‘Ulayyah[11][11], daripada Abu Hayyan, daripada Abu Zur‘ah bin ‘Amr bin Jarir, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, Suatu hari, ketika Nabi ﷺ keluar untuk bertemu masyarakat, seorang lelaki mendekati Baginda, lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu iman?” Baginda menjawab, “Iman itu kamu beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, para rasul-Nya, dan kamu beriman dengan kebangkitan terakhir.” Dia bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah itu Islam?” Baginda menjawab, “Islam itu, kamu menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya sedikit pun, kamu mendirikan solat yang wajib, membayar zakat yang difardukan, dan puasa pada bulan Ramadan.” Lelaki itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah itu Ihsan?” Baginda menjawab, “Ihsan itu keadaanmu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. jika kamu tidak melihat-Nya, maka Dia sentiasa melihatmu.”Lelaki itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bilakah hari Kiamat?” Baginda menjawab, “Kamu tidak tahu, apatah lagi saya. Tetapi saya akan beritahu kamu tentang tanda-tandanya: Apabila hamba wanita mula melahirkan tuannya, itulah salah satu tandanya. Apabila kaum yang berbogel, berkaki ayam, mula menjadi pemimpin, itu petanda Kiamat. Apabila pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, itulah petandanya.” Baginda bersabda lagi, “Ada lima perkara yang tidak diketahui sesiapa selain Allah,” kemudian Baginda membaca firman Allah, “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.”Kemudian lelaki itu berlalu pergi. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda, “Panggil kembali lelaki tersebut menghadapku”, namun mereka tidak menemuinya setelah mencuba. Lalu Rasulullah ﷺ menjelaskan, “Itu adalah Jibril, datang untuk mengajarkan manusia tentang agama mereka.”
5 - (9) وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ، قَالَ زُهَيْرٌ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ أَبِي حَيَّانَ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ بْنِ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا بَارِزًا لِلنَّاسِ، فَأَتَاهُ رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا رَسُولُ اللهِ، مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: «أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكِتَابِهِ، وَلِقَائِهِ، وَرُسُلِهِ، وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ الْآخِرِ»، قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الْإِسْلَامُ؟ قَالَ: «الْإِسْلَامُ أَنْ تَعْبُدَ اللهَ، وَلَا تُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ، وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ» قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الْإِحْسَانُ؟ قَالَ: «أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنَّكَ إِنْ لَا تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ»، قَالَ: يَا رَسُولَ اللهَ، مَتَى السَّاعَةُ؟ قَالَ: " مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ، وَلَكِنْ سَأُحَدِّثُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا: إِذَا وَلَدَتِ الْأَمَةُ رَبَّهَا، فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا، وَإِذَا كَانَتِ الْعُرَاةُ الْحُفَاةُ رُءُوسَ النَّاسِ، فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا، وَإِذَا تَطَاوَلَ رِعَاءُ الْبَهْمِ فِي الْبُنْيَانِ، فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا فِي خَمْسٍ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا اللهُ، ثُمَّ تَلَا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ﴿إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ ٣٤﴾ [لقمان: 34] قَالَ: ثُمَّ أَدْبَرَ الرَّجُلُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «رُدُّوا عَلَيَّ الرَّجُلَ»، فَأَخَذُوا لِيَرُدُّوهُ، فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هَذَا جِبْرِيلُ جَاءَ لِيُعَلِّمَ النَّاسَ دِينَهُمْ»
6 – (9) Muhammad bin Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Bisyr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Hayyan al-Taymi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, dengan lanjutan sanad yang sama seperti sebelum ini, melainkan dalam riwayatnya terdapat lafaz, “Apabila hamba wanita melahirkan pemiliknya iaitu tuannya.
6 - (9) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ، حَدَّثَنَا أَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ، غَيْرَ أَنَّ فِي رِوَايَتِهِ: «إِذَا وَلَدَتِ الْأَمَةُ بَعْلَهَا» يَعْنِي السَّرَارِيَّ
Lafaz Zuhayr: “Isma‘il bin Ibrahim menyampaikan kepada kami…”
7 – (10) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Jarir menyampaikan kepada kami, daripada ‘Umarah bin al-Qa‘qa‘, daripada Abu Zur‘ah, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Tanyalah saya sesuatu.” Namun para sahabat berasa segan untuk bertanya. Tiba-tiba seorang lelaki datang dan duduk merapatkan lututnya dengan baginda. Dia bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu Islam?” Baginda menjawab, “Kamu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pon, kamu mendirikan solat, membayar zakat, dan berpuasa pada bulan Ramadan.” Lelaki itu berkata, “Kamu betul.” Dia bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah itu Iman?” Baginda menjawab, “kamu beriman dengan Allah, malaikat-Nya, Kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, para utusan-Nya, dan kamu beriman dengan kebangkitan semula serta Qadar pada setiap perkara.” Lelaki itu berkata, “Kamu betul.” Dia bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah itu Ihsan?” Baginda menjawab, “Kamu takut Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihatnya maka Dia pasti melihatmu.” Lelaki itu berkata, “Kamu betul.” Lelaki itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bilakah hari Kiamat?” Baginda menjawab, “Kamu tidak tahu, apatah lagi saya. Tetapi saya akan beritahu kamu tentang tanda-tandanya: Apabila wanita mula melahirkan tuannya, itulah petanda Kiamat. Apabila kaum yang berbogel, berkaki ayam, bisu dan pekak, mula menjadi pemimpin, itu petanda Kiamat. Apabila pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, itulah petandanya.” Baginda bersabda lagi, “Ada lima perkara yang tidak diketahui sesiapa selain Allah,” kemudian Baginda membaca firman Allah, “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” Kemudian lelaki itu berlalu pergi. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda, “Panggil kembali lelaki tersebut menghadapku”, namun mereka tidak menemuinya setelah mencuba. Lalu Rasulullah ﷺ menjelaskan, “Itu adalah Jibril, yang mengajarkan kamu semua ketika mana kamu semua tidak bertanya tentang agama.”
7 - (10) حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ عُمَارَةَ وَهُوَ ابْنُ الْقَعْقَاعِ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «سَلُونِي»، فَهَابُوهُ أَنْ يَسْأَلُوهُ، فَجَاءَ رَجُلٌ، فَجَلَسَ عِنْدَ رُكْبَتَيْهِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الْإِسْلَامُ؟ قَالَ: «لَا تُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ»، قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: «أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكِتَابِهِ، وَلِقَائِهِ، وَرُسُلِهِ، وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ كُلِّهِ»، قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الْإِحْسَانُ؟ قَالَ: «أَنْ تَخْشَى اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنَّكَ إِنْ لَا تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ»، قَالَ: صَدَقْتَ. قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ؟ قَالَ: " مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ، وَسَأُحَدِّثُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا: إِذَا رَأَيْتَ الْمَرْأَةَ تَلِدُ رَبَّهَا، فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا، وَإِذَا رَأَيْتَ الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الصُّمَّ الْبُكْمَ مُلُوكَ الْأَرْضِ، فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا، وَإِذَا رَأَيْتَ رِعَاءَ الْبَهْمِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ، فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا فِي خَمْسٍ مِنَ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا اللهُ "، ثُمَّ قَرَأَ: {إِنَّ اللهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللهِ عَلِيمٌ خَبِيرٌ} [لقمان: 34] قَالَ: ثُمَّ قَامَ الرَّجُلُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «رُدُّوهُ عَلَيَّ»، فَالْتُمِسَ، فَلَمْ يَجِدُوهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هَذَا جِبْرِيلُ، أَرَادَ أَنْ تَعَلَّمُوا إِذْ لَمْ تَسْأَلُوا»
Bab Penjelasan Solat yang Merupakan Salah Satu Rukun Islam
Bāb Bayān al-Ṣalawāt Allatī Hiya Aḥad Arkān al-Islām
بَابُ بَيَانِ الصَّلَوَاتِ الَّتِي هِيَ أَحَدُ أَرْكَانِ الْإِسْلَامِ
8 – (11) Qutaybah bin Sa‘id bin Jamil bin Tharif bin Abdullah al-Tsaqafi menyampaikan kepada kami, daripada Malik bin Anas sebagaimana yang dibacakan kepadanya, daripada Abu Suhayl, daripada bapanya, beliau mendengar Thalhah bin ‘Ubaydullah berkata, "Seorang lelaki daripada penduduk Najd yang berambut kusut masai datang kepada Rasulullah ﷺ. Kami mendengar suaranya merungut, namun kami tidak memahami perkataan yang dia ucapkan, sehingga dia mendekat dengan Rasulullah ﷺ. Rupanya dia bertanya tentang Islam. Maka Rasulullah ﷺ menjawab: “Islam adalah solat lima waktu sehari semalam.” Dia bertanya lagi, “Apakah ada [solat] kewajipan selain itu?” Baginda menjawab, “Selain solat sunat, tiada, melainkan kamu melakukannya secara sukarela dan berpuasa pada bulan Ramadan.” Dia bertanya, “Apakah ada [puasa] lain yang saya wajib lakukan?” Baginda menjawab, “Selain puasa sunat, tiada, kecuali kamu melakukannya secara sukarela.” Kemudian Baginda menyebutkan kewajipan zakat harta. Lelaki itu bertanya, “Apakah ada sedekah lain yang saya wajib tunaikan?” Baginda menjawab, “Selain sedekah sunat, tiada, kecuali kamu melakukannya secara sukarela.” Kemudian lelaki tersebut mengundur diri seraya berkata, “Demi Allah, saya tidak akan menambah daripada [syariat-syariat] ini, dan tidak akan menguranginya sedikit pun.” Baginda bersabda, “Jika dia jujur, pasti dia berjaya.”
8 - (11) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ جَمِيلِ بْنِ طَرِيفِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِيُّ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ فِيمَا قُرِئَ عَلَيْهِ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ سَمِعَ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللهِ، يَقُولُ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرُ الرَّأْسِ، نَسْمَعُ دَوِيَّ صَوْتِهِ، وَلَا نَفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنِ الْإِسْلَامِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ، وَاللَّيْلَةِ» فَقَالَ: هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُنَّ؟ قَالَ: «لَا، إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ، وَصِيَامُ شَهْرِ رَمَضَانَ»، فَقَالَ: هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ؟ فَقَالَ: «لَا، إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ»، وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الزَّكَاةَ، فَقَالَ: هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا؟ قَالَ: «لَا، إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ»، قَالَ: فَأَدْبَرَ الرَّجُلُ، وَهُوَ يَقُولُ: وَاللهِ، لَا أَزِيدُ عَلَى هَذَا، وَلَا أَنْقُصُ مِنْهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ»
9 – (11) Yahya bin Ayyub dan Qutaybah bin Sa’id menyampaikan kepada saya, mereka meriwayatkan daripada Isma‘il bin Jaafar, daripada Abu Suhayl, daripada bapanya, daripada Thalhah bin ‘Ubaydullah, daripada Nabi ﷺ, dengan hadis yang sama seperti riwayat Malik; hanya saja ada tambahan, “Jika dia jujur, demi bapanya, pasti dia berjaya.” Atau “Jika dia jujur, demi bapanya, pasti dia masuk syurga.”
9 - (11) حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، جَمِيعًا عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ جَعْفَرٍ، عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللهِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا الْحَدِيثِ نَحْوَ حَدِيثِ مَالِكٍ، غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ: فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَفْلَحَ، وَأَبِيهِ إِنْ صَدَقَ، أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَأَبِيهِ إِنْ صَدَقَ»
Bab Berkenaan Iman Kepada Allah dan Syariat-syariat Agama
Bāb fī Bayān al-Īmān billāhi wa Sharāʾiʿ al-Dīn
بَابٌ فِي بَيَانِ الْإِيمَانِ بِاللهِ وَشَرَائِعِ الدِّينِ
10 – (12) ‘Amr bin Muhammad bin Bukayr al-Naqid menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Hashim bin al-Qasim Abu al-Nadr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sulayman bin al-Mughirah menyampaikan kepada kami, daripada Tsabit, daripada Anas bin Malik , beliau berkata, Kami dilarang daripada bertanya [perkara yang sudah jelas] kepada Rasulullah ﷺ, justeru kami suka jika ada orang Arab Pedalaman yang bijak geliga datang bertanya baginda, sementara kami mendengar jawapan baginda. Suatu ketika, seorang Arab Pedalaman datang, lalu bertanya, “Wahai Muhammad, utusanmu datang menemui kami, dia mendakwa bahawa kamu mendakwa bahawa Allah telah mengutusmu?” Baginda menjawab, “Dakwaannya benar.” Lelaki itu bertanya, “Maka siapakah yang mencipta langit?” Baginda menjawab, “Allah.” Lelaki itu bertanya lagi, “Siapa pula yang mencipta bumi?” Baginda menjawab, “Allah.” Lelaki itu bertanya lagi, “Siapa yang pasakkan gunung-gunung ini dan mewujudkan segala isinya?’ Baginda menjawab, “Allah. Kemudian dia bertanya lagi, “Maka demi Zat yang menciptakan langit, menciptakan bumi dan memasakkan gunung-gunung ini, adakah Allah yang mengutusmu?” Baginda menjawab, “Ya”. Lelaki itu bertanya lagi, “Utusanmu juga mendakwa, bahawa kami wajib mendirikan solat lima waktu sehari semalam.” Baginda menjawab, “Utusanku bercakap benar.” Lelaki itu bertanya, “Demi Zat yang mengutuskanmu; adakah Allah yang memerintahkan ini?” Baginda menjawab, “Ya”. Lelaki itu berkata lagi, “Wakilmu juga mendakwa kami wajib membayar zakat harta kami?” Baginda menjawab, “Utusanku bercakap benar.” Lelaki itu bertanya, “Demi Zat yang mengutuskanmu; adakah Allah yang memerintahkan ini?” Baginda menjawab, “Ya”. Lelaki itu berkata lagi, “Utusanmu juga mendakwa kami wajib berpuasa sebulan Ramadan dalam setiap tahun kami?” Baginda menjawab, “Utusanku bercakap benar.” Lelaki itu bertanya, “Demi Zat yang mengutuskanmu; adakah Allah yang memerintahkan ini?” Baginda menjawab, “Ya”n. Lelaki itu berkata lagi, “Wakilmu juga mendakwa kami wajib menunaikan haji di Kaabah sekiranya kami berkemampuan?” Baginda menjawab, “Wakilku bercakap benar.” Lelaki itu kemudian berpaling, seraya berkata, “Demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak akan menambah daripada [syariat-syariat] ini, dan tidak akan menguranginya.” Nabi ﷺ bersabda, “Sekiranya dia bercakap benar, pastilah dia masuk syurga.”
10 - (12) حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ بُكَيْرٍ النَّاقِدُ، حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ أَبُو النَّضْرِ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: نُهِينَا أَنْ نَسْأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ، فَكَانَ يُعْجِبُنَا أَنْ يَجِيءَ الرَّجُلُ مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ الْعَاقِلُ، فَيَسْأَلَهُ، وَنَحْنُ نَسْمَعُ، فَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، أَتَانَا رَسُولُكَ فَزَعَمَ لَنَا أَنَّكَ تَزْعُمُ أَنَّ اللهَ أَرْسَلَكَ، قَالَ: «صَدَقَ»، قَالَ: فَمَنْ خَلَقَ السَّمَاءَ؟ قَالَ: «اللهُ»، قَالَ: فَمَنْ خَلَقَ الْأَرْضَ؟ قَالَ: «اللهُ»، قَالَ: فَمَنْ نَصَبَ هَذِهِ الْجِبَالَ، وَجَعَلَ فِيهَا مَا جَعَلَ؟ قَالَ: «اللهُ»، قَالَ: فَبِالَّذِي خَلَقَ السَّمَاءَ، وَخَلَقَ الْأَرْضَ، وَنَصَبَ هَذِهِ الْجِبَالَ، آللَّهُ أَرْسَلَكَ؟ قَالَ: «نَعَمْ»، قَالَ: وَزَعَمَ رَسُولُكَ أَنَّ عَلَيْنَا خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي يَوْمِنَا، وَلَيْلَتِنَا، قَالَ: «صَدَقَ»، قَالَ: فَبِالَّذِي أَرْسَلَكَ، آللَّهُ أَمَرَكَ بِهَذَا؟ قَالَ: «نَعَمْ»، قَالَ: وَزَعَمَ رَسُولُكَ أَنَّ عَلَيْنَا زَكَاةً فِي أَمْوَالِنَا، قَالَ: «صَدَقَ»، قَالَ: فَبِالَّذِي أَرْسَلَكَ، آللَّهُ أَمَرَكَ بِهَذَا؟ قَالَ: «نَعَمْ»، قَالَ: وَزَعَمَ رَسُولُكَ أَنَّ عَلَيْنَا صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ فِي سَنَتِنَا، قَالَ: «صَدَقَ»، قَالَ: فَبِالَّذِي أَرْسَلَكَ، آللَّهُ أَمَرَكَ بِهَذَا؟ قَالَ: «نَعَمْ»، قَالَ: وَزَعَمَ رَسُولُكَ أَنَّ عَلَيْنَا حَجَّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا، قَالَ: «صَدَقَ»، قَالَ: ثُمَّ وَلَّى، قَالَ: وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ، لَا أَزِيدُ عَلَيْهِنَّ، وَلَا أَنْقُصُ مِنْهُنَّ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَئِنْ صَدَقَ لَيَدْخُلَنَّ الْجَنَّةَ»
11 – (12) Abdullah bin Hasyim al-‘Abdi menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Bahz menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sulayman bin al-Mughirah menyampaikan kepada kami, daripada Tsabit, beliau berkata, Anas berkata, “Dalam al-Quran, kami dilarang daripada bertanya [perkara yang sudah jelas] kepada Rasulullah ﷺ, ...” lalu beliau meriwayatkan hadis yang sama.
11 - (12) حَدَّثَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ هَاشِمٍ الْعَبْدِيُّ، حَدَّثَنَا بَهْزٌ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ، عَنْ ثَابِتٍ، قَالَ: قَالَ أَنَسٌ: كُنَّا نُهِينَا فِي الْقُرْآنِ أَنْ نَسْأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِمِثْلِهِ