kitab bersuci
كِتَابِ الطَّهَارَةِ
Bab Kemuliaan Wuduk
Bāb Faḍl al-Wuḍūʿ
بَابُ فَضْلِ الْوُضُوء
1 – (223) Ishaq bin Manshur menyampaikan kepada kami, katanya, Habban bin Hilal menyampaikan kepada kami, katanya, Aban menyampaikan kepada kami, katanya, Yahya menyampaikan kepada kami, bahawa Zayd menyampaikan kepadanya, bahawa Abu Sallam menyampaikan kepadanya, daripada Abu Malik al-Asy‘ari, katanya, Rasulullah ﷺ bersabda, “Bersuci itu sebahagian keimanan. Alhamdulillah itu memenuhi timbangan. Subhanallah dan Alhamdulillah itu memenuhi langit dan bumi. Solat itu cahaya. Sedekah itu bukti. Sabar itu sinaran. Quran itu peguammu atau pendakwamu. Setiap manusia keluar pada waktu pagi, sama ada membebaskan jiwanya atau membinasakannya.”
1 - (223) حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا حَبَّانُ بْنُ هِلَالٍ، حَدَّثَنَا أَبَانُ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، أَنَّ زَيْدًا، حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَا سَلَّامٍ، حَدَّثَهُ عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ، وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَآَنِ - أَوْ تَمْلَأُ - مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، وَالصَّلَاةُ نُورٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ، كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا»
Bab Kewajipan Bersuci Untuk Solat
Bāb Wujūb al-Ṭahārat lil-Ṣālāh
بَابُ وُجُوبِ الطَّهَارَةِ لِلصَّلَاةِ
(224) Sa‘id bin Manshur, Qutaybah bin Sa‘id dan Abu Kamil al-Jahdari menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Abu ‘Awanah menyampaikan kepada kami, daripada Simak bin Harb, daripada Mush‘ab bin Sa‘d, katanya, `Abdullah bin ‘Umar melawat Ibn ‘Amir yang sedang sakit. Ibn ‘Amir bertanya, “Tidakkah kamu sudi mendoakanku, wahai Ibn ʿUmar?” Beliau menjawab, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Solat tidak diterima tanpa bersuci, sedekah tidak diterima daripada harta khianat,” sedangkan kamu berkuasa di Basrah.”
(224) حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَأَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ، - وَاللَّفْظُ لِسَعِيدٍ -، قَالُوا: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ، قَالَ: دَخَلَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ عَلَى ابْنِ عَامِرٍ يَعُودُهُ وَهُوَ مَرِيضٌ فَقَالَ: أَلَا تَدْعُو اللهَ لِي يَا ابْنَ عُمَرَ؟ قَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلَا صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ، وَكُنْتَ عَلَى الْبَصْرَةِ».
(224) Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibn Basysyar menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Muhammad bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, katanya, Syu‘bah menyampaikan kepada kami. Dalam sanad lain, Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Husayn bin ‘Ali menyampaikan kepada kami, daripada Za’idah dan Waki‘, daripada Isra’il, semuanya meriwayatkan daripada Simak bin Harb dengan sanad yang sama sebelum ini, dengan lafaz yang senada daripada Nabi ﷺ.
(224) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ بَشَّارٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ح، وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ، عَنْ زَائِدَةَ - قَالَ: أَبُو بَكْرٍ - وَوَكِيعٌ، عَنْ إِسْرَائِيلَ كُلُّهُمْ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ
2 – (225) Muhammad bin Rafi‘ menyampaikan kepada kami, katanya, `Abdul Razzaq bin Hammam menyampaikan kepada kami, katanya, Ma‘mar bin Rasyid menyampaikan kepada kami, daripada Hammam bin Munabbih, saudara Wahb bin Munabbih, katanya, Ini adalah riwayat yang disampaikan kepada kami oleh Abu Hurayrah , daripada Muhammad Rasulullah ﷺ. Kemudian beliau meriwayatkan beberapa hadis, termasuklah: Rasulullah ﷺ bersabda, “Solat seseorang kamu tidak akan diterima apabila berhadas kecil, sehingga dia berwuduk.”
2 - (225) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ بْنُ هَمَّامٍ، حَدَّثَنَا مَعْمَرُ بْنُ رَاشِدٍ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ أَخِي وَهْبِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ: هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ مُحَمَّدٍ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا، وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تُقْبَلُ صَلَاةُ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ»
Bab Tatacara dan Kesempurnaan Wuduk
Bāb Ṣifat al-Wuḍūʾ wa Kamālih
بَابُ صِفَةِ الْوُضُوءِ وَكَمَالِهِ
3 – (226) Abu al-Thahir Ahmad bin ‘Amr bin `Abdullah bin ‘Amr bin Sarh dan Harmalah bin Yahya al-Tujibi menyampaikan kepada saya, mereka berkata, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, daripada Yunus, daripada Ibn Syihab, bahawa ‘Atha’ bin Yazid al-Laytsi mengkhabarkan kepadanya, bahawa Humran maula ‘Utsman mengkhabarkan kepadanya, bahawa ‘Utsman bin ‘Affan pernah meminta dibawa air untuk berwuduk. Lalu beliau membasuh dua telapak tangannya tiga kali, diikuti dengan berkumur dan membersihkan hidung. Kemudian beliau membasuh wajahnya tiga kali, kemudian membasuh tangan kanannya dengan siku tiga kali, dan tangan kirinya begitu juga. Kemudian beliau mengusap kepalanya, kemudian beliau membasuh kaki kanannya berserta buku lali sebanyak tiga kali, kemudian kaki kiri juga begitu juga. Kemudian beliau berkata, Saya melihat Rasulullah ﷺ berwuduk seperti wudukku ini, kemudian baginda bersabda, “Sesiapa yang berwuduk seumpama wudukku ini, kemudian dia melaksanakan solat dua rakaat, dia tidak memikirkan hal dunia dalam solat itu; akan terampunlah segala dosanya yang berlalu.” Ibn Syihab berkata, Ulama kami menyebutkan bahawa tatacara wuduk ini adalah yang paling sempurna dilakukan untuk melaksanakan solat.
3 - (226) حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ، وَحَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ، قَالَا: أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، عَنْ يُونُسَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَزِيدَ اللَّيْثِيَّ، أَخْبَرَهُ أَنَّ حُمْرَانَ، مَوْلَى عُثْمَانَ، أَخْبَرَهُ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: «دَعَا بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى إِلَى الْمِرْفَقِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى إِلَى الْكَعْبَيْنِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ غَسَلَ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ». ثُمَّ قَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا» ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ» قَالَ ابْنُ شِهَابٍ, “ وَكَانَ عُلَمَاؤُنَا يَقُولُونَ: هَذَا الْوُضُوءُ أَسْبَغُ مَا يَتَوَضَّأُ بِهِ أَحَدٌ لِلصَّلَاةِ “
4 – (226) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada saya, katanya, Ya‘qub bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, katanya, Bapa saya menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Syihab, daripada ‘Atha’ bin Yazid al-Laytsi, daripada Humran maula ‘Utsman, beliau melihat ‘Utsman meminta disediakan sebuah bekas air, lalu dituangkan atas dua tapak tangannya tiga kali sementara beliau membasuh keduanya. Kemudian beliau memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas air, lalu berkumur dan memasukkan air dalam hidung. Kemudian beliau membasuh wajahnya tiga kali. Kemudian beliau membasuh kedua tangannya bersama siku tiga kali. Kemudian beliau mengusap kepalanya. Kemudian beliau membasuh kedua-dua kakinya tiga kali. Kemudian beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa yang berwuduk seumpama wudukku ini, kemudian dia melaksanakan solat dua rakaat, dia tidak memikirkan hal dunia dalam solat itu; akan terampunlah segala dosanya yang berlalu.”
4 - (226) وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ، عَنْ حُمْرَانَ، مَوْلَى عُثْمَانَ أَنَّهُ رَأَى عُثْمَانَ دَعَا بِإِنَاءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ فَغَسَلَهُمَا، ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الْإِنَاءِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ “، ثُمَّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»
Bab Kelebihan Wuduk dan Solat Sunat Selepasnya
Bāb Faḍl al-Wuḍūʾ wa al-Ṣalāt ʿAqibah
بَابُ فَضْلِ الْوُضُوءِ وَالصَّلَاةِ عَقِبَهُ
5 – (227) Qutaybah bin Sa‘id, ‘Utsman bin Muhammad bin Abu Syaybah dan Ishaq bin Ibrahim al-Hanzhali menyampaikan kepada kami, katanya, Jarie menyampaikan kepada kami, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada bapanya, daripada Humran maula ‘Utsman, beliau berkata, Saya melihat ‘Utsman bin ‘Affan di perkarangan Masjid, lalu datang tukang azan melaungkan azan Asar. Lantas beliau meminta dibawakan bekas air wuduk. Usai berwuduk, beliau berkata, “Demi Allah, saya akan sampaikan sebuah hadis yang jika bukan kerana sepotong ayat dalam al-Quran, tidak saya sampaikan kepada kalian. Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Seseorang Muslim tidak berwuduk dengan wuduk yang sempurna, lalu dia melaksanakan sebuah solat, melainkan Allah akan ampunkan segala dosa antaranya dan solat seterusnya.”
5 - (227) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَعُثْمَانُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ، - وَاللَّفْظُ لِقُتَيْبَةَ، قَالَ إِسْحَاقُ: أَخْبَرَنَا، وَقَالَ الْآخَرَانِ - حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ حُمْرَانَ، مَوْلَى عُثْمَانَ، قَالَ: سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ، وَهُوَ بِفِنَاءِ الْمَسْجِدِ فَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ عِنْدَ الْعَصْرِ فَدَعَا بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ، ثُمَّ قَالَ: وَاللهِ لَأُحَدِّثَنَّكُمْ حَدِيثًا لَوْلَا آيَةٌ فِي كِتَابِ اللهِ مَا حَدَّثْتُكُمْ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا يَتَوَضَّأُ رَجُلٌ مُسْلِمٌ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ فَيُصَلِّي صَلَاةً إِلَّا غَفَرَ اللهُ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الصَّلَاةِ الَّتِي تَلِيهَا»
(227) Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Usamah menyampaikan kepada kami. Dalam sanad lain, Zuhayr bin Harb dan Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Waki‘ menyampaikan kepada kami. Dalam sanad lain, Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepada kami, katanya, Sufyan menyampaikan kepada kami, mereka meriwayatkan daripada Hisyam dengan sanad sebelum ini.
(227) وَحَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ ح، وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَأَبُو كُرَيْبٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ح، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، جَمِيعًا عَنْ هِشَامٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَفِي حَدِيثِ أَبِي أُسَامَةَ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يُصَلِّي الْمَكْتُوبَةَ
6 – (227) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada kami, katanya, Ya‘qub bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, katanya, Bapa saya menyampaikan kepada kami, daripada Shalih, katanya, Ibn Syihab berkata kepada kami: Tetapi ‘Urwah meriwayatkan daripada Humran, beliau berkata, Apabila ‘Utsman selesai wuduk, beliau berkata, “Demi Allah, saya akan sampaikan sebuah hadis yang jika bukan kerana sepotong ayat dalam al-Quran, tidak saya sampaikan kepada kalian. Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Seseorang Muslim tidak berwuduk dengan wuduk yang sempurna, lalu dia melaksanakan sebuah solat, melainkan Allah akan ampunkan segala dosa antaranya dan solat seterusnya.” ‘Urwah berkata, Ayat tersebut adalah, “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan keterangan dan petunjuk dari Kami...” sehingga akhir ayat.
6 - (227) وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ صَالِحٍ، قَالَ: ابْنُ شِهَابٍ، وَلَكِنْ عُرْوَةُ، يُحَدِّثُ عَنْ حُمْرَانَ أَنَّهُ قَالَ: فَلَمَّا تَوَضَّأَ عُثْمَانُ قَالَ: وَاللهِ لَأُحَدِّثَنَّكُمْ حَدِيثًا وَاللهِ لَوْلَا آيَةٌ فِي كِتَابِ اللهِ مَا حَدَّثْتُكُمُوهُ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا يَتَوَضَّأُ رَجُلٌ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يُصَلِّي الصَّلَاةَ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الصَّلَاةِ الَّتِي تَلِيهَا» قَالَ عُرْوَةُ الْآيَةُ: {إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى} [البقرة: 159]- إِلَى قَوْلِهِ - {اللَّاعِنُونَ} [البقرة: 159]