kitab gambaran hari kiamat, syurga dan neraka

كتاب صِفَةِ الْقِيَامَةِ وَالْجَنَّةِ وَالنَّارِ

18 – (2785) Abu Bakar bin Ishaq menyampaikan kepada saya, katanya, Yahya bin Bukayr menyampaikan kepada kami, katanya, al-Mughirah al-Hizami menyampaikan kepada saya, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj, daripada Abu Hurayrah, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda, “Sesungguhnya akan datang orang yang besar lagi gemuk pada hari kiamat nanti dalam keadaan tiada seberat sayap nyamuk pun nilainya di sisi Allah. Bacalah ayat, “Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiamat kelak.”

18 - (2785) حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ إِسْحَاقَ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنِي الْمُغِيرَةُ يَعْنِي الْحِزَامِيَّ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لَا يَزِنُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ، اقْرَءُوا فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا»

19 – (2786) Ahmad bin ‘Abdullah bin Yunus menyampaikan kepada kami, katanya, Fudhayl bin ‘Iyadh menyampaikan kepada kami, daripada Manshur, daripada Ibrahim, daripada ‘Abidah al-Salmani, daripada ‘Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata, “Seorang pendeta Yahudi pernah datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata, “Wahai Muhammad atau wahai Abu al-Qasim, sesungguhnya Allah  memegang langit-langit pada hari kiamat dengan satu jari, bumi-bumi dengan satu jari, gunung-ganang dan pokok-pokok dengan satu jari, air dan tanah dengan satu jari dan semua makhluk yang lain dengan satu jari. Kemudian Dia menggoyang-goyangkannya. Lalu berkata, “Aku-lah Raja yang sebenar. Aku-lah Raja yang sebenar.” Rasulullah ﷺ ketawa kerana kagum dengan apa yang dikatakan oleh pendeta itu sebagai membenarkannya. Kemudian baginda membaca, “Mereka tidak menghormati Allah dengan sebenar-benar penghormatan. Bumi ini semua sekali dalam genggaman-Nya pada hari kiamat, dan langit-langit akan dilipat dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Dia dan Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka persekutukan. [Az-Zumar: 67]”

19 - (2786) حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ يُونُسَ، حَدَّثَنَا فُضَيْلٌ يَعْنِي ابْنَ عِيَاضٍ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَبِيدَةَ السَّلْمَانِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ: جَاءَ حَبْرٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَوْ يَا أَبَا الْقَاسِمِ إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالْأَرَضِينَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالْجِبَالَ وَالشَّجَرَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالْمَاءَ وَالثَّرَى عَلَى إِصْبَعٍ، وَسَائِرَ الْخَلْقِ عَلَى إِصْبَعٍ، ثُمَّ يَهُزُّهُنَّ، فَيَقُولُ: أَنَا الْمَلِكُ، أَنَا الْمَلِكُ، فَضَحِكَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَجُّبًا مِمَّا قَالَ الْحَبْرُ، تَصْدِيقًا لَهُ، ثُمَّ قَرَأَ: {وَمَا قَدَرُوا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ}،

20 – (2786) ‘Utsman bin Abu Syaybah dan Ishaq bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, kedua-dua mereka meriwayatkan daripada Jarir, daripada Manshur, dengan sanad ini. (‘Abdullah bin Mas’ud) berkata, “Ada seorang pendeta Yahudi datang kepada Rasulullah ﷺ,” Lalu perawi mengemukakan hadis yang sama dengan hadis Fudhayl (yang tersebut sebelum ini), tetapi perawi tidak menyebutkan, “menggoyangkan-goyangkannya.” Dia berkata, “Saya melihat Nabi ﷺ ketawa sehingga nyata gigi-gigi geraham baginda kerana kagum dengan apa yang dia sebutkan sebagai membenarkannya. Kemudian Rasulullah ﷺ membaca, “Mereka tidak menghormati Allah dengan sebenar-benar penghormatan. Bumi ini semua sekali dalam genggaman-Nya pada hari kiamat, dan langit-langit akan dilipat dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Dia dan Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka persekutukan. [Al-An'am: 91]. Dan dia membaca ayat itu.”

20 - (2786) حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ كِلَاهُمَا، عَنْ جَرِيرٍ، عَنْ مَنْصُورٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ، قَالَ: جَاءَ حَبْرٌ مِنَ الْيَهُودِ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، بِمِثْلِ حَدِيثِ فُضَيْلٍ وَلَمْ يَذْكُرْ: ثُمَّ يَهُزُّهُنَّ، وَقَالَ: فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ تَعَجُّبًا لِمَا قَالَ تَصْدِيقًا لَهُ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {وَمَا قَدَرُوا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ} [الأنعام: 91] وَتَلَا الْآيَةَ

21 – (2786) ‘Umar bin Hafsh bin Ghiyats menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada kami, katanya, al-A’masy menyampaikan kepada kami, beliau berkata, “Saya mendengar Ibrahim berkata, “Saya mendengar ‘Alqamah berkata, “’Abdullah berkata, “Ada seorang lelaki daripada kalangan Ahli Kitab datang berjumpa Rasulullah ﷺ lalu berkata, “Wahai Abu al-Qasim, sesungguhnya Allah memegang langit-langit dengan satu jari, bumi-bumi dengan satu jari, pokok dan tanah dengan satu jari, dan makhluk-makhluk (yang lain) dengan satu jari, kemudian Dia berfirman, “Aku-lah raja. Aku-lah raja.” ‘Abdullah berkata, “Saya melihat Nabi ﷺ ketawa sehingga nyata gigi gerahamnya. Kemudian baginda membaca, “Mereka tidak menghomati Allah dengan sebenar-benar penghormatan. [Al-An'am: 91]”

21 - (2786) حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، قَالَ: سَمِعْتُ إِبْرَاهِيمَ، يَقُولُ: سَمِعْتُ عَلْقَمَةَ، يَقُولُ: قَالَ عَبْدُ اللهِ جَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا أَبَا الْقَاسِمِ إِنَّ اللهَ يُمْسِكُ السَّمَوَاتِ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالْأَرْضِينَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالشَّجَرَ وَالثَّرَى عَلَى إِصْبَعٍ، وَالْخَلَائِقَ عَلَى إِصْبَعٍ، ثُمَّ يَقُولُ: أَنَا الْمَلِكُ، أَنَا الْمَلِكُ، قَالَ " فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ، ثُمَّ قَرَأَ: {وَمَا قَدَرُوا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ} [الأنعام: 91] "،

22 – (2786) Abu Bakar bin Abu Syaybah dan Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, “Abu Mu’awiyah menyampaikan kepada kami.” (Dalam sanad lain) Ishaq bin Ibrahim dan ‘Ali bin Khasyram menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, “’Isa bin Yunus mengkhabarkan kepada kami.” (Dalam sanad lain) ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Jarir menyampaikan kepada kami. Kesemua mereka meriwayatkan daripada al-A’masy dengan sanad ini, cuma dalam hadis mereka semua menyebutkan, “… pokok-pokok dengan satu jari, dan tanah dengan satu jari.” Di dalam hadis Jarir tidak disebutkan, “dan makhluk-makhluk (yang lain) dengan satu jari.” Tetapi dalam hadisnya ada disebut, “… gunung-ganang dengan satu jari,” dan dalam riwayat Jarir ada tambahan, “sebagai membenarkannya dan kerana kagum dengan apa yang disebutkannya.”

22 - (2786) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو كُرَيْبٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، ح وَحَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَعَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ، قَالَا: أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، ح وَحَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، كُلُّهُمْ عَنِ الْأَعْمَشِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ، غَيْرَ أَنَّ فِي حَدِيثِهِمْ جَمِيعًا: وَالشَّجَرَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالثَّرَى عَلَى إِصْبَعٍ، وَلَيْسَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ: وَالْخَلَائِقَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَلَكِنْ فِي حَدِيثِهِ: وَالْجِبَالَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَزَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ: تَصْدِيقًا لَهُ تَعَجُّبًا لِمَا قَالَ

23 – (2787) Harmalah bin Yahya menyampaikan kepada saya, katanya, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, katanya, Yunus mengkhabarkan kepada saya, daripada Ibn Syihab, katanya, Ibn al-Musayyib menyampaikan kepada saya, bahawa Abu Hurayrah berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah  akan menggenggam bumi pada hari kiamat dan melipat langit dengan tangan kanan-Nya, kemudian berfirman, “Aku-lah raja (yang sebenar). Di mana raja-raja bumi?”

23 - (2787) حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، حَدَّثَنِي ابْنُ الْمُسَيِّبِ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ، كَانَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " يَقْبِضُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى الْأَرْضَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَيَطْوِي السَّمَاءَ بِيَمِينِهِ ثُمَّ يَقُولُ: أَنَا الْمَلِكُ أَيْنَ مُلُوكُ الْأَرْضِ؟ "

24 – (2788) Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Umar bin Hamzah, daripada Salim bin ‘Abdullah, katanya, ‘Abdullah bin ‘Umar mengkhabarkan kepada saya, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah  akan melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian memegangnya dengan tangan kanan-Nya, kemudian berfirman, “Aku-lah raja (yang sebenar). Di mana orang-orang yang zalim? Di mana orang-orang yang sombong?” Kemudian Dia melipat pula bumi-bumi dengan tangan kiri-Nya, kemudian berfirman, “Aku-lah raja (yang sebenar). Di mana orang-orang yang zalim? Di mana orang-orang yang sombong?”

24 - (2788) وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ عُمَرَ بْنِ حَمْزَةَ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " يَطْوِي اللهُ عَزَّ وَجَلَّ السَّمَاوَاتِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، ثُمَّ يَأْخُذُهُنَّ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: أَنَا الْمَلِكُ، أَيْنَ الْجَبَّارُونَ؟ أَيْنَ الْمُتَكَبِّرُونَ. ثُمَّ يَطْوِي الْأَرَضِينَ بِشِمَالِهِ، ثُمَّ يَقُولُ: أَنَا الْمَلِكُ أَيْنَ الْجَبَّارُونَ؟ أَيْنَ الْمُتَكَبِّرُونَ؟ "

25 – (2788) Sa’id bin Manshur menyampaikan kepada kami, katanya, Ya’qub bin ‘Abd al-Rahman menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Hazim menyampaikan kepada saya, daripada ‘Ubaydullah bin Miqsam, bahawa beliau pernah melihat ‘Abdullah bin ‘Umar; bagaimana beliau meniru Rasulullah ﷺ, beliau berkata, “Allah akan mengambil langit-langit-Nya dan bumi-bumi-Nya dengan kedua-dua tangan-Nya, kemudian berfirman, “Aku-lah Allah – Baginda menggenggam dan membuka jari-jemarinya – Aku-lah raja (yang sebenar).” Sehingga saya melihat mimbar itu bergerak-gerak di bahagian bawahnya, sehingga saya berkata, “Adakah mimbar itu akan menyebabkan Rasulullah ﷺ jatuh?”

25 - (2788) حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، حَدَّثَنِي أَبُو حَازِمٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ مِقْسَمٍ، أَنَّهُ نَظَرَ إِلَى عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ كَيْفَ يَحْكِي رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " يَأْخُذُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ سَمَاوَاتِهِ وَأَرَضِيهِ بِيَدَيْهِ، فَيَقُولُ: أَنَا اللهُ - وَيَقْبِضُ أَصَابِعَهُ وَيَبْسُطُهَا - أَنَا الْمَلِكُ " حَتَّى نَظَرْتُ إِلَى الْمِنْبَرِ يَتَحَرَّكُ مِنْ أَسْفَلِ شَيْءٍ مِنْهُ، حَتَّى إِنِّي لَأَقُولُ: أَسَاقِطٌ هُوَ بِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟

26 – (2788) Sa’id bin Manshur menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-‘Aziz bin Abu Hazim menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada saya, daripada ‘Ubaydullah bin Miqsam, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, beliau berkata, “Saya pernah melihat Rasulullah ﷺ di atas mimbar sedang berucapa, “Tuhan Yang Maha Perkasa  akan memegang langit-langit dan bumi-bumi-Nya dengan kedua-dua tangan-Nya.” Kemudian perawi menyebutkan hadis yang semakna dengan hadis riwayat Ya’qub.

26 - (2788) حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ، حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ مِقْسَمٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَلَى الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَقُولُ: «يَأْخُذُ الْجَبَّارُ، عَزَّ وَجَلَّ، سَمَاوَاتِهِ وَأَرَضِيهِ بِيَدَيْهِ» ثُمَّ ذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ يَعْقُوبَ

Bab Permulaan Kejadian Makhluk dan Kejadian Adam

Bāb Ibtidāʾ al-Khalq wa Khalq Ādam ʿAlayhi al-Salām

بَابُ ابْتِدَاءِ الْخَلْقِ وَخَلْقِ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ

27 – (2789) Surayj bin Yunus dan Harun bin ‘Abdullah menyampaikan kepada saya, mereka berdua berkata, “Hajjaj bin Muhammad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, “Ibn Jurayj berkata, “Isma’il bin Umayyah mengkhabarkan kepada saya, daripada Ayyub bin Khalid, daripada ‘Abdullah bin Rafi’ iaitu mawla Ummu Salamah, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ pernah memegang tangan saya seraya bersabda, “Allah  telah menjadikan tanah (bumi) pada hari Sabtu, menjadikan bukit-bukau di dalamnya pada hari Ahad, menjadikan pokok-pokok pada hari Isnin, menjadikan bahan-bahan galian pada hari Selasa, menjadikan cahaya pada hari Rabu, menyebar ratakan haiwan-haiwan di atas bumi pada hari Khamis dan menjadikan Adam  selepas Asar pada hari Jumaat, dalam kejadian Allah yang terakhir, pada saat terakhir di hari Jumaat, di antara Asar hingga ke malam.” Ibrahim berkata, “Al-Bisthami iaitu al-Husayn bin ‘Isa, Sahl bin ‘Ammar, Ibrahim iaitu anak kepada anak perempuan Hafsh, dan ramai lagi perawi menyampaikannya kepada kami daripada Hajjaj.”

27 - (2789) حَدَّثَنِي سُرَيْجُ بْنُ يُونُسَ، وَهَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، قَالَا: حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ، أَخْبَرَنِي إِسْمَاعِيلُ بْنُ أُمَيَّةَ، عَنْ أَيُّوبَ بْنِ خَالِدٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ رَافِعٍ، مَوْلَى أُمِّ سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِي فَقَالَ: «خَلَقَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ التُّرْبَةَ يَوْمَ السَّبْتِ، وَخَلَقَ فِيهَا الْجِبَالَ يَوْمَ الْأَحَدِ، وَخَلَقَ الشَّجَرَ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ، وَخَلَقَ الْمَكْرُوهَ يَوْمَ الثُّلَاثَاءِ، وَخَلَقَ النُّورَ يَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ، وَبَثَّ فِيهَا الدَّوَابَّ يَوْمَ الْخَمِيسِ، وَخَلَقَ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ بَعْدَ الْعَصْرِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ، فِي آخِرِ الْخَلْقِ، فِي آخِرِ سَاعَةٍ مِنْ سَاعَاتِ الْجُمُعَةِ، فِيمَا بَيْنَ الْعَصْرِ إِلَى اللَّيْلِ»، قَالَ إِبْرَاهِيمُ: حَدَّثَنَا الْبِسْطَامِيُّ وَهُوَ الْحُسَيْنُ بْنُ عِيسَى، وَسَهْلُ بْنُ عَمَّارٍ، وَإِبْرَاهِيمُ ابْنُ بِنْتِ حَفْصٍ وَغَيْرُهُمْ، عَنْ حَجَّاجٍ بِهَذَا الْحَدِيثِ

Sahih Muslim