kitab haid
كِتَابُ الْحَيْضِ
Bab Menggauli Isteri Haid Luar Kain
Bāb Mubāsharah al-Ḥāʾiḍ fawq al-Izār
بَابُ مُبَاشَرَةِ الْحَائِضِ فَوْقَ الْإِزَارِ
1 – (293) Abu Bakr bin Abu Syaybah, Zuhayr bin Harb dan Ishaq bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Jarir menyampaikan kepada kami, daripada Manshur, daripada Ibrahim, daripada al-Aswad, daripada ʿAʾishah , beliau berkata, “Sekiranya salah seorang kami datang bulan, baginda akan menyuruhnya untuk memakai kain bawah, lalu baginda menggaulinya.”
1 - (293) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، - قَالَ إِسْحَاقُ: أَخْبَرَنَا، وَقَالَ الْآخَرَانِ - حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الْأَسْوَدِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: «كَانَ إِحْدَانَا إِذَا كَانَتْ حَائِضًا أَمَرَهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَأْتَزِرُ بِإِزَارٍ ثُمَّ يُبَاشِرُهَا»
2 – (293) Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Ali bin Mushir menyampaikan kepada kami, daripada al-Syaybani. Dalam sanad yang lain, ‘Ali bin Hujr menyampaikan kepada saya,dengan lafaz daripadanya, katanya, Ali bin Mushir menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Ishaq mengkhabarkan kepada kami, daripada `Abdul Rahman bin al-Aswad, daripada bapanya daripada ʿAʾishah , beliau berkata, “Jika salah seorang kami datang bulan, Rasulullah ﷺ akan menyuruhnya menyarung kain ketika darah turun banyak. Kemudian barulah baginda akan menggaulinya.” ʿAʾishah berkata, “Tetapi siapakah di kalangan kalian yang mampu menahan dirinya sebagaimana Rasulullah ﷺ mampu menahan diri baginda?”
2 - (293) وَحَدَّثَنَا أَبُو بكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عليُّ بْنُ مُسْهرٍ، عَنِ الشَّيْبانيِّ ح، وَحَدَّثَنِي عليُّ بْنُ حُجْرٍ السَّعْديُّ، - واللَّفْظُ لهُ - أَخْبَرَنَا عليُّ بْنُ مُسْهرٍ، أَخْبَرَنَا أَبُو إِسْحَاقَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمنِ بْنِ الْأَسْودِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: «كَانَ إِحْدَانَا إِذَا كَانَتْ حَائِضًا أَمَرَهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَأْتَزِرَ فِي فَوْرِ حَيْضَتِها، ثُمَّ يُبَاشِرُهَا» قَالَتْ: «وَأَيُّكُمْ يَمْلِكُ إِرْبَهُ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْلِكُ إِرْبَهُ»
3 – (294) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, katanya, Khalid bin `Abdullah mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Syaybani, daripada `Abdullah bin Syaddad, daripada Maymunah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ kerap menggauli isteri baginda dari luar kain bawah, dalam keadaan mereka datang bulan.”
3 - (294) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، عَنِ الشَّيْبَانِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شَدَّادٍ، عَنْ مَيْمُونَةَ قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَاشِرُ نِسَاءَهُ فَوْقَ الْإِزَارِ وَهُنَّ حُيَّضٌ»
Bab Berkongsi Selimut Dengan Isteri Haid
Bāb al-Iḍṭijāʿ maʿa al-Ḥāʾiḍ fī Liḥaf Wāḥid
بَابُ الَاضْطِجَاعِ مَعَ الْحَائِضِ فِي لِحَافٍ وَاحِدٍ
4 – (295) Abu al-Thahih menyampaikan kepada saya, katanya, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, daripada Makhramah. Dalam sanad yang lain, Harun bin Sa‘id al-Ayli dan Ahmad bin ‘Isa menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Ibn Wahb menyampaikan kepada kami, katanya, Makhramah mengkhabarkan kepada saya, daripada bapanya, daripada Kurayb maula Ibn ʿAbbas , beliau berkata, Saya mendengar Maymunah isteri Nabi ﷺ berkata, “Rasulullah ﷺ pernah berbaring bersama saya ketika saya sedang datang bulan, antara saya dan baginda terdapat kain.”
4 - (295) حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، عَنْ مَخْرَمَةَ، ح، وَحَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الْأَيْلِيُّ، وَأَحْمَدُ بْنُ عِيسَى، قَالَا: حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي مَخْرَمَةُ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عبَّاسٍ، قَالَ: سَمِعْتُ مَيْمُونَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضْطَجِعُ مَعِي وَأَنَا حَائِضٌ، وَبَيْنِي وَبَيْنَهُ ثَوْبٌ»
5 – (296) Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, Mu‘adz bin Hisyam menyampaikan kepada kami, katanya, Bapa saya menyampaikan kepada saya, daripada Yahya bin Abu Katsir, katanya, Abu Salamah bin `Abdul Rahman menyampaikan kepada kami, bahawa Zaynab binti Umm Salamah menyampaikan kepadanya, bahawa Umm Salamah menyampaikan kepadanya, beliau berkata, Ketika saya berselubung dengan Rasulullah ﷺ dalam gebar hitam, tiba-tiba saya datang bulan. Lalu saya keluar secara perlahan-lahan untuk mengambil pakaian khas ketika haid. Maka Rasulullah ﷺ bertanya kepadaku, "Adakah kamu sedang haid?" Saya menjawab, "Ya." Lalu baginda memanggilku, lalu saya berbaring lagi bersama baginda dalam satu selimut." Zainab berkata, "Ummu Salamah dan Rasulullah ﷺ mandi hadas besar dengan menggunakan satu bekas air."
5 - (296) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ، حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَنَّ زَيْنَبَ بِنْتَ أُمِّ سَلَمَةَ حَدَّثَتْهُ أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ، حَدَّثَتْهَا قَالَتْ: بَيْنَمَا أَنَا مُضْطَجِعَةٌ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمِيلَةِ، إِذْ حِضْتُ، فَانْسَلَلْتُ، فَأَخَذْتُ ثِيَابَ حِيْضَتِي فَقَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَنَفِسْتِ؟» قُلْتُ: نَعَمْ، فَدَعَانِي فَاضْطَجَعْتُ مَعَهُ فِي الْخَمِيلَةِ. قَالَتْ: «وَكَانَتْ هِيَ وَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْتَسِلَانِ فِي الْإِنَاءِ الْوَاحِدِ، مِنَ الْجَنَابَةِ»
Bab Keharusan Wanita Haid Membasuh dan Menyikat Rambut Suaminya, Kesucian Bekas Minumnya, Keharusan Bersandar dan Membaca al-Quran di Biliknya
Bāb Jawāz Ghusl al-Ḥāʾiḍ Raʾs Zawjihā wa Tarjīlih wa Ṭahārat Suʾrihā wa al-Ittikāʾ fī Hijrihā wa Qirāʾat al-Qurʾān fīh
بَابُ جَوَازِ غُسْلِ الْحَائِضِ رَأْسَ زَوْجِهَا وَتَرْجِيلِهِ وَطَهَارَةِ سُؤْرِهَا وَالَاتِّكَاءِ فِي حِجْرِهَا وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ فِيهِ
6 – (297) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, katanya, Saya membaca kepada Malik, bahawa beliau meriwayatkan daripada Ibn Syihab, daripada ‘Urwah, daripada ‘Amrah, daripada ʿAʾishah , katanya, “Nabi ﷺ apabila beriktikaf, baginda akan menghulurkan kepalanya ke bilik saya, lalu saya menyikat rambut baginda. Baginda tidak akan masuk ke rumah ketika iktikaf, kecuali kerana keperluan insani.”
6 - (297) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، قَالَ: قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَمْرَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا اعْتَكَفَ، يُدْنِي إِلَيَّ رَأْسَهُ فَأُرَجِّلُهُ، وَكَانَ لَا يَدْخُلُ الْبَيْتَ إِلَّا لِحَاجَةِ الْإِنْسَانِ»
7 – (298) Qutaybah bin Sa’id menyampaikan kepada kami, katanya, Layts menyampaikan kepada kami. Dalam sanad yang lain, Muhammad bin Rumh menyampaikan kepada kami, katanya, al-Layts mengkhabarkan kepada kami, daripada Ibn Syihab, daripada ‘Urwah dan ‘Amrah binti ‘Abdul Rahman, bahawa ʿAʾishah isteri Nabi ﷺ berkata, “Ketika saya beriktikaf, saya selalu masuk ke rumah kerana membuang air, dan untuk bertanya khabar orang sakit ketika saya melintasi mereka. Rasulullah ﷺ kerap menghulurkan kepala baginda semasa baginda di masjid, lalu saya menyikat rambut baginda. Semasa iktikaf, baginda tidak akan masuk ke dalam rumah, melainkan untuk membuang air.”
7 - (297) وَحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، ح، وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُرْوَةَ، وَعَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ: «إِنْ كُنْتُ لَأَدْخُلُ الْبَيْتَ لِلْحَاجَةِ، وَالْمَرِيضُ فِيهِ، فَمَا أَسْأَلُ عَنْهُ إِلَّا وَأَنَا مَارَّةٌ، وَإِنْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُدْخِلُ عَلَيَّ رَأْسَهُ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ فَأُرَجِّلُهُ، وَكَانَ لَا يَدْخُلُ الْبَيْتَ إِلَّا لِحَاجَةٍ، إِذَا كَانَ مُعْتَكِفًا» وقَالَ ابْنُ رُمْحٍ: إِذَا كَانُوا مُعْتَكِفِينَ
8 – (297) Harun bin Sa’id al-Ayli menyampaikan kepada saya, katanya, Ibn Wahb menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Amr bin al-Harits mengkhabarkan kepada saya, daripada Muhammad bin `Abdul Rahman bin Nawfal, daripada ‘Urwah bin al-Zubayr, daripada ʿAʾishah isteri Nabi ﷺ, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ selalu mengeluarkan kepalanya dari masjid, menghulurkan kepada saya yang bersebelahan dengan masjid. Lalu saya membasuh kepada baginda, dalam keadaan saya haid.”
8 - (297) وَحَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الْأَيْلِيُّ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ نَوْفَلٍ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخْرِجُ إِلَيَّ رَأْسَهُ مِنَ الْمَسْجِدِ، وَهُوَ مُجَاوِرٌ، فَأَغْسِلُهُ وَأَنَا حَائِضٌ»
9 – (297) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Khaytsamah mengkhabarkan kepada kami, daripada Hisyam, katanya, ‘Urwah mengkhabarkan kepada kami, daripada ʿAʾishah, katanya, “Rasulullah ﷺ kadangkala mendekatkan kepala baginda kepada saya, ketika saya di dalam ruangan saya. Lalu saya menyikat rambut baginda dalam keadaan saya haid.”
9 - (297) وَحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا أَبُو خَيْثَمَةَ، عَنْ هِشَامٍ، أَخْبَرَنَا عُرْوَةُ، عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُدْنِي إِلَيَّ رَأْسَهُ وَأَنَا فِي حُجْرَتِي، فَأُرَجِّلُ رَأْسَهُ وَأَنَا حَائِضٌ»
10 – (297) Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Husayn bin ‘Ali menyampaikan kepada kami, daripada Za’idah, daripada Manshur, daripada Ibrahim, daripada al-Aswad, daripada ʿAʾishah , beliau berkata, “Saya pernah membasuh kepala Rasulullah ketika saya haid.”
10 - (297) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ، عَنْ زَائِدَةَ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الْأَسْوَدِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: «كُنْتُ أَغْسِلُ رَأْسَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا حَائِضٌ»