kitab jual beli

كِتَابُ الْبُيُوعِ

Bab Batilnya Jual Beli Mulamasah Dan Munabadzah

Bāb Ibṭāl Bayʿ al-Mulāmasah wa al-Munābadhah

بَابُ إِبْطَالِ بَيْعِ الْمُلَامَسَةِ وَالْمُنَابَذَةِ

1 – (1511) Yahya bin Yahya al-Tamimi menyampaikan kepada kami, katanya, dia berkata, “Saya membaca di hadapan Malik, daripada Muhammad bin Yahya bin Habban, daripada al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah ﷺ melarang jual beli Mulamasah (jual beli dengan cara menyentuh pakaian tanpa melihatnya) dan Munabadzah (melemparkan pakaian dengan tujuan menjualnya sebelum diperiksa).

1 - (1511) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ، قَالَ: قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، «أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الْمُلَامَسَةِ، وَالْمُنَابَذَةِ»،

(1511) Abu Kurayb dan Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Waki‘ menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Sufyan, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ seperti hadis di atas.

(1511) - وحَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ، قَالَا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ،

2 - Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Numayr dan Abu Usamah menyampaikan kepada kami. Muhammad bin ‘Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, katanya, ayahku menyampaikan kepada kami. Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Wahhab menyampaikan kepada kami, katanya, kesemuanya daripada ‘Ubaydullah bin ‘Umar, daripada Khubaib bin ‘Abd al-Rahman, daripada Hafsh bin ‘Ashim, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ seperti hadis di atas.

2 - وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، وَأَبُو أُسَامَةَ، ح وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، ح وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ، كُلُّهُمْ عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ خُبَيْبِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ،، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ،

3 - Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya, Ya‘qub iaitu Ibn ‘Abd al-Rahman menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Suhayl bin Abu Shalih, daripada ayahnya, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ seperti hadis di atas.

3 - وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ

2 – (1511) Muhammad bin Rafi‘ menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Razzaq menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Jurayj mengkhabarkan kepada kami, katanya, Amru bin Dinar mengkhabarkan kepadaku, katanya, daripada ‘Atha’ bin Mina’ bahawa dia mendengarnya menyampaikan daripada Abu Hurayrah bahawa beliau berkata, “Dilarang daripada dua sistem jual beli, iaitu Mulamasah dan Munabadzah, adapun Mulamasah ialah salah seorang menyentuh pakaian saudaranya tanpa melihat terlebih dahulu. Manakala Munabadzah ialah salah seorang mencampak pakaian kepada temannya dengan tujuan menjual, sedangkan temannya tidak perlu melihat pakaian saudaranya tersebut.”

2 - (1511) وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ مِينَاءَ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّهُ قَالَ: «نُهِيَ عَنْ بَيْعَتَيْنِ الْمُلَامَسَةِ، وَالْمُنَابَذَةِ»، “ أَمَّا الْمُلَامَسَةُ: فَأَنْ يَلْمِسَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا ثَوْبَ صَاحِبِهِ بِغَيْرِ تَأَمُّلٍ، وَالْمُنَابَذَةُ: أَنْ يَنْبِذَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا ثَوْبَهُ إِلَى الْآخَرِ، وَلَمْ يَنْظُرْ وَاحِدٌ مِنْهُمَا إِلَى ثَوْبِ صَاحِبِهِ “

3 – (1512) Abu al-Thahir dan Harmalah bin Yahya menyampaikan kepadaku, lafaznya daripada Harmalah, kedua-duanya berkata, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, katanya, Yunus mengkhabarkan kepadaku, katanya, daripada Ibn Syihab, ‘Amir bin Sa‘ad bin Abu Waqqash mengkhabarkan kepadaku, katanya, bahawa Abu Sa‘id al-Khudri pernah berkata, Rasulullah ﷺ melarang dua transaksi jual beli dan dua pakaian, baginda melarang Mulamasah dan Munabadzah dalam berjual beli. Mulamasah ialah seseorang menyentuh pakaian penjual pada siang atau malam hari dan tidak membeleknya dengan teliti, manakala Munabadzah ialah seseorang mencampakkan kainnya kepada orang lain, dan dia melempar kainnya kepada orang tersebut, maka dengan itu terjadilah jual beli tanpa melihat dengan teliti dan tanpa adanya persetujuan.”

3 - (1512) وحَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ، وَحَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى، وَاللَّفْظُ لِحَرْمَلَةَ، قَالَا: أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَخْبَرَنِي عَامِرُ بْنُ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ، قَالَ: «نَهَانَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعَتَيْنِ، وَلِبْسَتَيْنِ، نَهَى عَنِ الْمُلَامَسَةِ، وَالْمُنَابَذَةِ فِي الْبَيْعِ»، وَالْمُلَامَسَةُ: لَمْسُ الرَّجُلِ ثَوْبَ الْآخَرِ بِيَدِهِ بِاللَّيْلِ أَوْ بِالنَّهَارِ، وَلَا يَقْلِبُهُ إِلَّا بِذَلِكَ، وَالْمُنَابَذَةُ: أَنْ يَنْبِذَ الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ بِثَوْبِهِ، وَيَنْبِذَ الْآخَرُ إِلَيْهِ ثَوْبَهُ وَيَكُونُ ذَلِكَ بَيْعَهُمَا مِنْ غَيْرِ نَظَرٍ وَلَا تَرَاضٍ “.

(1512) ‘Amru al-Naqid menyampaikan kepadaku, katanya, Ya‘qub bin Ibrahim bin Sa‘d menyampaikan kepada kami, katanya, ayahku menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Shalih, daripada Ibn Syihab, dengan sanad ini.

(1512) وحَدَّثَنِيهِ عَمْرٌو النَّاقِدُ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ صَالِحٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ

Bab Batilnya Jual Beli al-Hashah Dan Jual Beli Yang Terdapat Penipuan Di Dalamnya

Bāb Buṭlān Bayʿ al-Ḥaṣāh wa al-Bayʿ Alladhī fī-hi Gharar

بَابُ بُطْلَانِ بَيْعِ الْحَصَاةِ، وَالْبَيْعِ الَّذِي فِيهِ غَرَرٌ

4 – (1513) Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abdullah bin Idris, Yahya bin Sa‘id dan Abu Usamah menyampaikan kepada kami, katanya, daripada ‘Ubaydullah. Zuhayr bin Harb menyampaikan kepadaku, katanya, lafaz daripadanya, Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya, daripada ‘Ubaydullah, Abu al-Zinad menyampaikan kepadaku, katanya, daripada al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ melarang jual beli dengan cara hashah (jual beli dengan mencampak batu kerikil) dan jual beli yang mengandungi unsur penipuan.

4 - (1513) وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ إِدْرِيسَ، وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، وَأَبُو أُسَامَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ، ح وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَاللَّفْظُ لَهُ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ، حَدَّثَنِي أَبُو الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ، وَعَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ»

Bab Menjual Janin Dalam Perut

Bāb Taḥrīm Bayʿ Ḥabal al-Ḥabalah

بَابُ تَحْرِيمِ بَيْعِ حَبَلِ الْحَبَلَةِ

5 – (1514) Yahya bin Yahya dan Muhammad bin Rumh menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, al-Layts mengkhabarkan kepada kami, katanya,. Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya, al-Layts menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Nafi‘, daripada ‘Abdullah, daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda melarang jual beli janin (binatang) yang masih dalam kandungan.

5 - (1514) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَمُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ، قَالَا: أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ، ح وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «أَنَّهُ نَهَى عَنْ بَيْعِ حَبَلِ الْحَبَلَةِ»

5 – (1514) Zuhayr bin Harb dan Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, lafaznya daripada Zuhayr, kedua-duanya berkata, Yahya iaitu al-Qaththan menyampaikan kepada kami, katanya, daripada ‘Ubaydullah, Nafi‘ mengkhabarkan kepadaku, katanya, daripada Ibn ʿUmar, dia berkata, “Dahulu orang-orang jahiliyah melakukan jual beli daging unta dengan Habal al-Habalah iaitu seekor unta betina yang disetubuhi oleh unta jantan, kemudian unta betina mengandung, maka Rasulullah ﷺ melarang mereka melakukan jual beli seperti itu.”

5 - (1514) حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَاللَّفْظُ لِزُهَيْرٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا يَحْيَى وَهُوَ الْقَطَّانُ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ، أَخْبَرَنِي نَافِعٌ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: «كَانَ أَهْلُ الْجَاهِلِيَّةِ يَتَبَايَعُونَ لَحْمَ الْجَزُورِ إِلَى حَبَلِ الْحَبَلَةِ، وَحَبَلُ الْحَبَلَةِ أَنْ تُنْتَجَ النَّاقَةُ ثُمَّ تَحْمِلَ الَّتِي نُتِجَتْ، فَنَهَاهُمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ»

Bab Larangan Seseorang Melakuan Jual Beli Ke Atas Transaksi Orang Lain, Membatalkan Jualan Yang Telah Dipersetujui Supaya Boleh Membeli Sendiri Barang Itu; Larangan Al-Najasy Iaitu Menawarkan Harga Yang Tinggi Tetapi Tidak Berniat Untuk Membeli Dan Larangan Membiarkan Susu Terkumpul Di Dalam Ambing Dengan Tujuan Menipu Pembeli

Bāb Taḥrīm Bayʿ al-Rajul ʿalā Bayʿ Akhī-hi wa Sawmi-hi ʿalā Sawmi-hi wa Taḥrīm al-Najsh wa Taḥrīm al-Taṣriyah

بَابُ تَحْرِيمِ بَيْعِ الرَّجُلِ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ، وَسَوْمِهِ عَلَى سَوْمِهِ، وَتَحْرِيمِ النَّجْشِ، وَتَحْرِيمِ التَّصْرِيَةِ

7 – (1412) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, dia berkata, saya membaca di hadapan Malik, daripada Nafi‘, daripada Ibn ʿUmar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah sebahagian kamu menjual barang yang telah dijual kepada saudaranya.”

7 - (1412) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، قَالَ: قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ»

8 – (1412) Zuhayr bin Harb dan Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, lafaznya daripada Zuhayr, kedua-duanya berkata, Yahya menyampaikan kepada kami, katanya, daripada ‘Ubaydillah, Nafi‘ mengkhabarkan kepadaku, katanya, daripada Ibn ʿUmar, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Janganlah seseorang menjual barang yang telah dijual kepada saudaranya dan janganlah meminang perempuan yang telah dipinang saudaranya melainka jika mendapatkan keizinan daripadanya.”

8 - (1412) حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَاللَّفْظُ لِزُهَيْرٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ، أَخْبَرَنِي نَافِعٌ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا يَبِعِ الرَّجُلُ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ، وَلَا يَخْطُبْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ، إِلَّا أَنْ يَأْذَنَ لَهُ»

Sahih Muslim