kitab kelebihan-kelebihan
كتاب الْفَضَائِلِ
Bab Kelebihan Keturunan Nabi ﷺ dan Batu yang Memberi Salam kepada Baginda Sebelum Kenabian
Bāb Faḍl Nasab al-Nabī Ṣallā Allāh ʿalay-hi wa Sallam, wa Taslīm al-Ḥajar ʿalay-hi qabl al-Nubuwwah
بَابُ فَضْلِ نَسَبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَتَسْلِيمِ الْحَجَرِ عَلَيْهِ قَبْلَ النُّبُوَّةِ
1 - (2276) Muhammad bin Mihran al-Razi dan Muhammad bin ‘Abd al-Rahman bin Sahm menyampaikan kepada kami, mereka semua meriwayatkan daripada al-Walid, Ibn Mihran berkata, al-Walid bin Muslim menyampaikan kepada kami, katanya, al-Awza’i menyampaikan kepada kami, daripada Abu ‘Ammar iaitu Syaddad, bahawa beliau mendengar Watsilah bin al-Asqa’ berkata, saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada anak-anak Isma’il, dan telah memilih Quraysy daripada Kinanah, dan telah memilih Bani Hasyim daripada Quraysy dan memilih saya daripada Bani Hasyim.”
1 - (2276) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مِهْرَانَ الرَّازِيُّ، وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَهْمٍ، جَمِيعًا عَنِ الْوَلِيدِ، قَالَ ابْنُ مِهْرَانَ: حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ، عَنْ أَبِي عَمَّارٍ شَدَّادٍ، أَنَّهُ سَمِعَ وَاثِلَةَ بْنَ الْأَسْقَعِ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّ اللهَ اصْطَفَى كِنَانَةَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ، وَاصْطَفَى قُرَيْشًا مِنْ كِنَانَةَ، وَاصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِي هَاشِمٍ، وَاصْطَفَانِي مِنْ بَنِي هَاشِمٍ»
2 - (2277) Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Yahya bin Abu Bukayr menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Thahman, Simak bin Harb menyampaikan kepada saya, daripada Jabir bin Samurah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya saya sangat mengenali sebuah batu di Mekah yang selalu memberi salam kepada saya sebelum saya diutuskan menjadi Nabi. Sesungguhnya, sekarang saya amat mengenalinya kini.”
2 - (2277) وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي بُكَيْرٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ طَهْمَانَ، حَدَّثَنِي سِمَاكُ بْنُ حَرْبٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنِّي لَأَعْرِفُ حَجَرًا بِمَكَّةَ كَانَ يُسَلِّمُ عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ أُبْعَثَ إِنِّي لَأَعْرِفُهُ الْآنَ»
Bab Kelebihan Nabi ﷺ atas Sekalian Makhluk
Bāb Tafḍīl Nabiyyi-nā Ṣallā Allāh ʿalay-hi wa Sallam ʿalā Jamīʿ al-Khalāʾiq
بَابُ تَفْضِيلِ نَبِيِّنَا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى جَمِيعِ الْخَلَائِقِ
3 - (2278) al-Hakam bin Musa iaitu Abu Shalih menyampaikan kepada kami, katanya, Hiql bin Ziyad menyampaikan kepada kami, daripada al-Awza’i, Abu ‘Ammar menyampaikan kepada saya, katanya, ‘Abdullah bin Farrukh menyampaikan kepada saya, katanya, Abu Hurayrah menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Saya adalah pemimpin anak-anak Adam pada hari kiamat kelak, saya adalah orang pertama yang akan dibangkitkan daripada kubur, saya juga adalah orang pertama yang dapat memberi syafaat dan saya adalah orang pertama yang syafaatnya dibenarkan memberi syafaat.”
3 - (2278) حَدَّثَنِي الْحَكَمُ بْنُ مُوسَى أَبُو صَالِحٍ، حَدَّثَنَا هِقْلٌ يَعْنِي ابْنَ زِيَادٍ، عَنِ الْأَوْزَاعِيِّ، حَدَّثَنِي أَبُو عَمَّارٍ، حَدَّثَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ فَرُّوخَ، حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ»
Bab Mukjizat Nabi ﷺ
Bāb fī Muʿjizāt al-Nabī Ṣallā Allāh ʿalay-hi wa Sallam
بَابٌ فِي مُعْجِزَاتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
4 - (2279) Abu Rabi’ iaitu Sulayman bin Dawud al-‘Ataki menyampaikan kepada kami, katanya, Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, katanya, Tsabit menyampaikan kepada kami, daripada Anas, bahawa Nabi ﷺ pernah meminta air. Lalu dibawakan kepada baginda mangkuk yang lebar. Maka, orang ramai berwuduk dengan air tersebut. Saya mengira jumlah mereka, iaitu antara 60 hingga 80 orang. Saya memerhatikan bahawa air itu mengalir dari celah jari-jemari baginda.”
4 - (2279) وحَدَّثَنِي أَبُو الرَّبِيعِ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ يَعْنِي ابْنَ زَيْدٍ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَا بِمَاءٍ فَأُتِيَ بِقَدَحٍ رَحْرَاحٍ، فَجَعَلَ الْقَوْمُ يَتَوَضَّئُونَ، فَحَزَرْتُ مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى الثَّمَانِينَ. قَالَ: فَجَعَلْتُ «أَنْظُرُ إِلَى الْمَاءِ يَنْبُعُ مِنْ بَيْنِ أَصَابِعِهِ»
5 - (2279) Ishaq bin Musa al-Anshari menyampaikan kepada saya, katanya, Ma’n menyampaikan kepada kami, katanya, Malik menyampaikan kepada kami, (Dalam sanad lain) Abu al-Thahir menyampaikan kepada saya, katanya, Ibn Wahab mengkhabarkan kepada kami, daripada Malik bin Anas, daripada Ishaq bin ‘Abdullah bin Abu Thalhah, daripada Anas bin Malik, bahawa beliau berkata, “Saya pernah melihat Rasulullah ﷺ ketika waktu Asar sudah hampir dan orang-orang mencari-cari air wuduk tetapi mereka tidak menjumpainya. Lalu, dibawakan air wuduk kepada Rasulullah ﷺ. Maka Rasulullah ﷺ meletakkan tangannya ke dalam bekas air tersebut. Lalu baginda pun memerintahkan orang ramai agar berwuduk daripadanya. Anas berkata, “Saya melihat air mengalirdari bawah jari-jemari baginda, mereka semua dapat berwuduk sehinggalah orang yang terakhir.”
5 - (2279) وحَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الْأَنْصَارِيُّ، حَدَّثَنَا مَعْنٌ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، ح وحَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّهُ قَالَ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَحَانَتْ صَلَاةُ الْعَصْرِ، فَالْتَمَسَ النَّاسُ الْوَضُوءَ، فَلَمْ يَجِدُوهُ، فَأُتِيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِوَضُوءٍ، فَوَضَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي ذَلِكَ الْإِنَاءِ يَدَهُ، وَأَمَرَ النَّاسَ أَنْ يَتَوَضَّئُوا مِنْهُ، قَالَ: «فَرَأَيْتُ الْمَاءَ يَنْبُعُ مِنْ تَحْتِ أَصَابِعِهِ، فَتَوَضَّأَ النَّاسُ حَتَّى تَوَضَّئُوا مِنْ عِنْدِ آخِرِهِمْ»
6 - (2279) Abu Ghassan al-Misma’i menyampaikan kepada saya, katanya, Mu’adz bin Hisyam menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada saya, daripada Qatadah, Anas bin Malik menyampaikan kepada kami, bahawa Nabi ﷺ dan para sahabatnya pernah berada di Zawra’ - Anas berkata, “Zawra’ terletak di Madinah, berdekatan pasar dan terdapat sebuah masjid di situ - baginda meminta semangkuk air. Setelah itu, baginda meletakkan tapak tangannya ke dalamnya. Sejurus itu, air keluar daripada celah jari-jemari baginda, sehingga semua sahabat dapat berwuduk. Qatadah berkata, “Saya bertanya, “Sebenarnya berapa jumlah mereka pada saat itu wahai Abu Hamzah?” Beliau menjawab, “Mereka sekitar 300 orang.”
6 - (2279) حَدَّثَنِي أَبُو غَسَّانَ الْمِسْمَعِيُّ، حَدَّثَنَا مُعَاذٌ يَعْنِي ابْنَ هِشَامٍ، حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ قَتَادَةَ، حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ بِالزَّوْرَاءِ - قَالَ: وَالزَّوْرَاءُ بِالْمَدِينَةِ عِنْدَ السُّوقِ وَالْمَسْجِدِ فِيمَا ثَمَّهْ - دَعَا بِقَدَحٍ فِيهِ مَاءٌ، فَوَضَعَ كَفَّهُ فِيهِ «فَجَعَلَ يَنْبُعُ مِنْ بَيْنِ أَصَابِعِهِ، فَتَوَضَّأَ جَمِيعُ أَصْحَابِهِ» قَالَ قُلْتُ: كَمْ كَانُوا؟ يَا أَبَا حَمْزَةَ قَالَ: «كَانُوا زُهَاءَ الثَّلَاثِمِائَةِ»
7 - (2279) Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, Muhammad bin Ja’far menyampaikan kepada kami, katanya, Sa‘id menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Anas, bahawa Nabi ﷺ pernah berada di Zawra’. Kemudian, dibawakan kepada baginda sebuah bekas yang airnya hanya mampu menutupi jari-jemari baginda sahaja. Kemudian, perawi menyebutkan hadis yang seumpama dengan hadis Hisyam.
7 - (2279) وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ بِالزَّوْرَاءِ فَأُتِيَ بِإِنَاءِ مَاءٍ لَا يَغْمُرُ أَصَابِعَهُ أَوْ قَدْرَ مَا يُوَارِي أَصَابِعَهُ، ثُمَّ ذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ هِشَامٍ
8 - (2280) Salamah bin Syabib menyampaikan kepada saya, katanya, al-Hasan bin A’yan menyampaikan kepada kami, katanya, Ma’qil menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Zubayr, daripada Jabir bahawa Ummu Malik pernah memberikan minyak sapi kepada Nabi ﷺ dalam sebuah bekas kecil yang diperbuat daripada kulit. Kemudian anak-anak Ummu Malik datang meminta lauk. Pada ketika itu, mereka tidak mempunyai apa-apa. Lalu, Ummu Malik mencari bekas yang pernah digunakan untuk diberikan samin kepada nabi kepada Nabi ﷺ. Dan beliau mendapati di dalamnya masih ada minyak sapi lalu selalu menggunakan minyak itu sebagai lauk di rumahnya sehingga beliau memerah kulit itu, maka habis minyak tersebut. Beliau datang kepada Nabi ﷺ semula. Baginda bertanya, “Adakah kamu memerahnya?” Jawabnya, “Ya.” Baginda bersabda, “Kalau awak membiarkannya, pasti ia akan terus ada.”
8 - (2280) وحَدَّثَنِي سَلَمَةُ بْنُ شَبِيبٍ، حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَعْيَنَ، حَدَّثَنَا مَعْقِلٌ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرٍ، أَنَّ أُمَّ مَالِكٍ، كَانَتْ تُهْدِي لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي عُكَّةٍ لَهَا سَمْنًا، فَيَأْتِيهَا بَنُوهَا فَيَسْأَلُونَ الْأُدْمَ، وَلَيْسَ عِنْدَهُمْ شَيْءٌ، فَتَعْمِدُ إِلَى الَّذِي كَانَتْ تُهْدِي فِيهِ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَتَجِدُ فِيهِ سَمْنًا، فَمَا زَالَ يُقِيمُ لَهَا أُدْمَ بَيْتِهَا حَتَّى عَصَرَتْهُ، فَأَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «عَصَرْتِيهَا؟» قَالَتْ: نَعَمْ، قَالَ «لَوْ تَرَكْتِيهَا مَا زَالَ قَائِمًا»