kitab kepimpinan

كِتَابُ الْإِمَارَةِ

Bab Manusia Akan Mengikuti Orang Quraysy, Dan Khilafah Untuk Orang Quraysy

Bāb al-Nās Tabaʿ li-Quraysh wa al-Khilāfah fī Quraysh

بَابُ النَّاسُ تَبَعٌ لِقُرَيْشٍ، وَالْخِلَافَةُ فِي قُرَيْشٍ

1 – (1818) ‘Abdullah bin Maslamah al-Qa‘nab dan Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya, kedua-duanya berkata, al-Mughirah iaitu al-Hizami menyampaikan kepada kami. Zuhayr bin Harb dan ‘Amru al-Naqid menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, katanya, kedua-duanya daripada Abu al-Zinad, daripada al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, dan dalam hadis Zuhayr, “dan sampai kepada Nabi ﷺ.” Dan ‘Amru juga menyebutkan secara riwayat, “Manusia itu mengikuti Quraysy dalam permasalahan ini (kepimpinan), muslim dalam kalangan mereka mengikuti muslim (Quraysy), dan kafir dalam kalangan mereka mengikuti kafir (Quraysy).”

1 - (1818) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا الْمُغِيرَةُ يَعْنِيَانِ الْحِزَامِيَّ، ح وحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَعَمْرٌو النَّاقِدُ، قَالَا: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، كِلَاهُمَا، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: - وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ: يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وقَالَ عَمْرٌو: رِوَايَةً - «النَّاسُ تَبَعٌ لِقُرَيْشٍ فِي هَذَا الشَّأْنِ، مُسْلِمُهُمْ لِمُسْلِمِهِمْ، وَكَافِرُهُمْ لِكَافِرِهِمْ»

2 – (1818) Muhammad bin Rafi‘ menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Razzaq menyampaikan kepada kami, katanya, Ma‘mar menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Hammam bin Munabbih, dia berkata, ini seperti yang pernah diceritakan oleh Abu Hurayrah kepada kami daripada Rasulullah ﷺ, kemudian dia menyebutkan beberapa hadis yang antaranya adalah, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Manusia itu mengikuti Quraysy dalam permasalahan ini (kepimpinan), muslim dalam kalangan mereka mengikuti muslim (Quraysy), dan kafir dalam kalangan mereka mengikuti kafir mereka (Quraysy).”

2 - (1818) وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ: هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا، وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «النَّاسُ تَبَعٌ لِقُرَيْشٍ فِي هَذَا الشَّأْنِ، مُسْلِمُهُمْ تَبَعٌ لِمُسْلِمِهِمْ، وَكَافِرُهُمْ تَبَعٌ لِكَافِرِهِمْ»

3 – (1819) Yahya bin Habib al-Haritsi menyampaikan kepadaku, katanya, Rawh menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Jurayj menyampaikan kepada kami, katanya, Abu al-Zubayr menyampaikan kepadaku, katanya, bahawa dia mendengar Jabir bin ‘Abdullah berkata, “Nabi ﷺ bersabda, “Manusia itu mengikuti Quraysy dalam kebaikan dan keburukan.”

3 - (1819) وحَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ حَبِيبٍ الْحَارِثِيُّ، حَدَّثَنَا رَوْحٌ، حَدَّثَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، حَدَّثَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ، أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللهِ، يَقُولُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «النَّاسُ تَبَعٌ لِقُرَيْشٍ فِي الْخَيْرِ وَالشَّرِّ»

4 – (1820) Ahmad bin ‘Abdullah bin Yunus menyampaikan kepada kami, katanya, 'Ashim bin Muhammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, katanya, daripada ayahnya, dia berkata, “‘Abdullah berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Perkara ini (kepimpinan) akan sentiasa dipegang oleh orang-orang Quraysy sekalipun manusia hanya tinggal dua orang.”

4 – (1820) وحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ يُونُسَ، حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ عَبْدُ اللهِ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يَزَالُ هَذَا الْأَمْرُ فِي قُرَيْشٍ مَا بَقِيَ مِنَ النَّاسِ اثْنَانِ»

5 – (1821) Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya, Jarir daripada Hushayn daripada Jabir bin Samurah menyampaikan kepada kami, katanya, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda. Rifa‘ah bin al-Haytsam al-Wasithi menyampaikan kepada kami, katanya, lafaznya daripada dia, Khalid iaitu Ibn ‘Abdullah al-Thahhan menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Hushayn, daripada Jabir bin Samurah, dia berkata, “Saya pernah bertemu Nabi ﷺ bersama dengan ayahku, lalu saya mendengar baginda bersabda, “Sesungguhnya pemerintahan ini tidak akan runtuh sehingga dua belas orang khalifah memerintah.” Kemudian baginda mengucapkan kata-kata yang kurang jelas bagiku, Jabir berkata, “Lalu saya bertanya kepada ayahku, “Apa yang dikatakan baginda?” Ayahku menjawab, “(Baginda berkata) kesemuanya daripada bangsa Quraysy.”

5 - (1821) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ حُصَيْنٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ح وحَدَّثَنَا رِفَاعَةُ بْنُ الْهَيْثَمِ الْوَاسِطِيُّ، وَاللَّفْظُ لَهُ، حَدَّثَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللهِ الطَّحَّانَ، عَنْ حُصَيْنٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: دَخَلْتُ مَعَ أَبِي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: «إِنَّ هَذَا الْأَمْرَ لَا يَنْقَضِي حَتَّى يَمْضِيَ فِيهِمِ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً»، قَالَ: ثُمَّ تَكَلَّمَ بِكَلَامٍ خَفِيَ عَلَيَّ، قَالَ: فَقُلْتُ لِأَبِي: مَا قَالَ؟ قَالَ: «كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ»

6 – (1821) Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepada kami, katanya, Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya, daripada ‘Abd al-Malik bin ‘Umayr daripada Jabir bin Samurah, dia berkata, “Saya mendengar Nabi ﷺ bersabda, “Urusan manusia akan tetap berjalan selagi mereka masih diperintahkan oleh dua belas orang lelaki.” Kemudian Nabi ﷺ mengucapkan kata-kata yang tidak jelas bagi saya, maka saya bertanya kepada ayahku, “Apa yang dikatakan oleh Rasulullah ﷺ?” Dia menjawab, “Mereka semua daripada Quraysy.”

6 - (1821) حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا يَزَالُ أَمْرُ النَّاسِ مَاضِيًا مَا وَلِيَهُمُ اثْنَا عَشَرَ رَجُلًا»، ثُمَّ تَكَلَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَلِمَةٍ خَفِيَتْ عَلَيَّ، فَسَأَلْتُ أَبِي: مَاذَا قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالَ: «كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ»،

(1821) Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya, Abu ‘Awanah menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Simak, daripada Jabir bin Samurah, daripada Nabi ﷺ dengan hadis ini, namun dia tidak menyebutkan, “Dan urusan manusia akan senantiasa berjalan.”

(1821) - وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سِمَاكٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا الْحَدِيثِ، وَلَمْ يَذْكُرْ: «لَا يَزَالُ أَمْرُ النَّاسِ مَاضِيًا»

7 – (1821) Haddab bin Khalid al-Azdi menyampaikan kepada kami, katanya, Hammad bin Salamah menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Simak bin Harb, dia berkata, saya mendengar Jabir bin Samurah berkata, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Islam sentiasa kuat dan berkuasa sehingga dua belas khalifah.” Kemudian baginda mengucapkan kata-kata yang tidak saya fahami, lalu saya bertanya kepada ayahku, “Apa yang dikatakan oleh baginda?” Dia menjawab, “Mereka semua daripada bangsa Quraysy.”

7 - (1821) حَدَّثَنَا هَدَّابُ بْنُ خَالِدٍ الْأَزْدِيُّ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ سَمُرَةَ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا يَزَالُ الْإِسْلَامُ عَزِيزًا إِلَى اثْنَيْ عَشَرَ خَلِيفَةً»، ثُمَّ قَالَ كَلِمَةً لَمْ أَفْهَمْهَا، فَقُلْتُ لِأَبِي: مَا قَالَ؟ فَقَالَ: «كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ»

8 – (1821) Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Mu‘awiyah menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Dawud, daripada al-Sya‘bi daripada Jabir bin Samurah, dia berkata, “Nabi ﷺ bersabda, “Perkara (kepimpinan) ini akan sentiasa kuat sehingga dua belas khilafah (pemimpin).” Jabir berkata, “Kemudian baginda mengucapkan kata-kata yang tidak saya fahami, maka saya bertanya kepada ayahku, “Apa yang dikatakan oleh baginda?” Dia menjawab, “Mereka semua daripada bangsa Quraysy.”

8 - (1821) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ دَاوُدَ، عَنِ الشَّعْبِيِّ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يَزَالُ هَذَا الْأَمْرُ عَزِيزًا إِلَى اثْنَيْ عَشَرَ خَلِيفَةً»، قَالَ: ثُمَّ تَكَلَّمَ بِشَيْءٍ لَمْ أَفْهَمْهُ، فَقُلْتُ لِأَبِي: مَا قَالَ؟ فَقَالَ: «كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ»

9 – (1821) Nashr bin Ali al-Jahdhami menyampaikan kepada kami, katanya, Yazid bin Zuray‘ menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn ‘Awn menyampaikan kepada kami. Ahmad bin ‘Utsman al-Nawfali menyampaikan kepada kami, katanya, lafaznya daripada dia, Azhar menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn ‘Awn menyampaikan kepada kami, katanya, daripada al-Sya‘bi, daripada Jabir bin Samurah, dia berkata, “Saya pernah pergi bertemu dengan Rasulullah ﷺ bersama dengan ayahku, lalu saya mendengar baginda bersabda, “Agama ini akan sentiasa teguh dan kukuh sehingga kedua belas khalifah. Baginda mengucapkan kata-kata yang perlahan sehingga tidak terdengar oleh orang lain, lalu saya bertanya kepada ayahku, “Apa yang disebutkan oleh baginda?” Dia menjawab, “Mereka semua daripada bangsa Quraysy.”

9 - (1821) حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ، ح وحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عُثْمَانَ النَّوْفَلِيُّ، وَاللَّفْظُ لَهُ، حَدَّثَنَا أَزْهَرُ، حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ، عَنِ الشَّعْبِيِّ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: انْطَلَقْتُ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعِي أَبِي، فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: «لَا يَزَالُ هَذَا الدِّينُ عَزِيزًا مَنِيعًا إِلَى اثْنَيْ عَشَرَ خَلِيفَةً»، فَقَالَ كَلِمَةً صَمَّنِيهَا النَّاسُ، فَقُلْتُ لِأَبِي: مَا قَالَ؟ قَالَ: «كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ»

10 – (1822) Qutaybah bin Sa‘id dan Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, kedua-duanya berkata, Hatim iaitu Ibn Isma‘il menyampaikan kepada kami, katanya, daripada al- Muhajir bin Mismar, daripada ‘Amir bin Sa‘d bin Abu Waqqash, dia berkata, “Saya mengirimkan surat kepada Jabir bin Samurah melalui hambaku, Nafi‘, supaya dia mengkhabarkan kepadaku hadis yang pernah didengar olehnya daripada Rasulullah ﷺ.” ‘Amir berkata, “Kemudian dia membalas surat saya, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda pada hari Jumaat petang, iaitu ketika seorang daripada kaum Aslam sedang direjam, baginda bersabda, “Agama ini akan sentiasa teguh sehingga hari kiamat atau sehingga selesai dua belas khalifah memerintah, kesemuanya daripada bangsa Quraysy.” Saya mendengar baginda bersabda, “Sekumpulan kaum Muslimin akan menakluk istana putih Kisra.” Saya juga mendengar baginda bersabda, “Sebelum terjadinya hari kiamat, akan muncul para pembohong, maka waspadalah terhadap mereka.” Saya mendengar juga baginda bersabda, “Jika Allah memberi kurniaan kepada kamu suatu kebaikan, manfaatkanlah untuk diri kamu sendiri terlebih dahulu dan keluargamu.” Saya mendengar pula baginda bersabda, “Sayalah yang akan mendahului kamu semua di telaga.”

10 - (1822) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، قَالَا: حَدَّثَنَا حَاتِمٌ وَهُوَ ابْنُ إِسْمَاعِيلَ، عَنِ الْمُهَاجِرِ بْنِ مِسْمَارٍ، عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، قَالَ: كَتَبْتُ إِلَى جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ مَعَ غُلَامِي نَافِعٍ، أَنْ أَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: فَكَتَبَ إِلَيَّ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ جُمُعَةٍ عَشِيَّةَ رُجِمَ الْأَسْلَمِيُّ يَقُولُ: «لَا يَزَالُ الدِّينُ قَائِمًا حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ، أَوْ يَكُونَ عَلَيْكُمُ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً، كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ» وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: “: عُصَيْبَةٌ: مِنَ الْمُسْلِمِينَ يَفْتَتِحُونَ الْبَيْتَ الْأَبْيَضَ، بَيْتَ كِسْرَى «أَوْ» آلِ كِسْرَى “ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: «إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ كَذَّابِينَ فَاحْذَرُوهُمْ» وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: «إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ» وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: «أَنَا الْفَرَطُ عَلَى الْحَوْضِ»،

(1822) Muhammad bin Rafi‘ menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Abu Fudayk menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Abu Dzi’b menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Muhajir bin Mismar, daripada ‘Amir bin Sa‘d bahawa dia pernah mengutus surat kepada Ibn Samurah al-‘Adawi: “Sampaikanlah kepada kami apa yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah ﷺ!.” Maka dia menjawab, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, seperti hadis Hatim.”

(1822) - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ، عَنْ مُهَاجِرِ بْنِ مِسْمَارٍ، عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ، أَنَّهُ أَرْسَلَ إِلَى ابْنِ سَمُرَةَ الْعَدَوِيِّ، حَدِّثْنَا مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: فَذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ حَاتِمٍ

Sahih Muslim