kitab mimpi
كتاب الرُّؤْيَا
1 – (2261) ‘Amr al-Naqid, Ishaq bin Ibrahim dan Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepada kami, mereka semua meriwayatkan daripada Ibn ‘Uyaynah, -dan lafaznya daripada Ibn Abi ‘Umar-, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada Abu Salamah, beliau berkata, “Aku selalu bermimpi, kerananya aku menggigil (demam), cuma aku tidak diselimuti. Sehingga aku bertemu Abu Qatadah, aku sebutkan perkara itu kepadanya. Maka beliau berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Mimpi yang baik itu daripada Allah manakala mimpi yang buruk daripada syaitan. Maka apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan suatu mimpi buruk yang dia tidak suka maka hendaklah dia menghembus ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali dan hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah daripada keburukan mimpinya kerana ia tidak akan memudaratkannya.”
1 - (2261) حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ - وَاللَّفْظُ لِابْنِ أَبِي عُمَرَ - حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، قَالَ: كُنْتُ أَرَى الرُّؤْيَا أُعْرَى مِنْهَا، غَيْرَ أَنِّي لَا أُزَمَّلُ، حَتَّى لَقِيتُ أَبَا قَتَادَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الرُّؤْيَا مِنَ اللهِ، وَالْحُلْمُ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلْمًا يَكْرَهُهُ فَلْيَنْفُثْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا، وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ شَرِّهَا، فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ».
1 – Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepada kami, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Rahman mawla keluarga Thalhah, ‘Abd Rabbih serta Yahya yang kedua-duanya anak Sa’id, dan Muhammad bin ‘Amr bin ‘Alqamah meriwayatkan daripada Abu Salamah, daripada Abu Qatadah, daripada Nabi ﷺ, hadis yang sama tetapi perawi tidak menyebutkan dalam hadis mereka kata-kata Abu Salamah, “Aku selalu bermimpi, kerananya aku menggigil, cuma aku tidak diselimuti.”
1 - وَحَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، مَوْلَى آلِ طَلْحَةَ، وَعَبْدِ رَبِّهِ، وَيَحْيَى، ابْنَيْ سَعِيدٍ، وَمُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عَلْقَمَةَ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي قَتَادَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ، وَلَمْ يَذْكُرْ فِي حَدِيثِهِمْ قَوْلَ أَبِي سَلَمَةَ: كُنْتُ أَرَى الرُّؤْيَا أُعْرَى مِنْهَا، غَيْرَ أَنِّي لَا أُزَمَّلُ.
1 – Harmalah bin Yahya menyampaikan kepadaku, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, Yunus mengkhabarkan kepadaku. (Dalam sanad lain), Ishaq bin Ibrahim dan ‘Abd bin Humayd menyampaikan kepada kami, mereka berkata, “’Abd al-Razzaq mengkhabarkan kepada kami, Ma’mar mengkhabarkan kepada kami, mereka berdua meriwayatkan daripada al-Zuhri dengan sanad ini tetapi di dalam hadis mereka berdua tiada lafaz “kerananya aku menggigil”. Dalam hadis riwayat Yunus beliau menambah, “Maka hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya ketika dia sedar daripada tidurnya, sebanyak tiga kali.”
1 - وحَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ، ح وَحَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، قَالَا: أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ كِلَاهُمَا، عَنِ الزُّهْرِيِّ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ، وَلَيْسَ فِي حَدِيثِهِمَا أُعْرَى مِنْهَا، وَزَادَ فِي حَدِيثِ يُونُسَ «فَلْيَبْصُقْ عَلَى يَسَارِهِ، حِينَ يَهُبُّ مِنْ نَوْمِهِ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ».
2 – (2261) ‘Abdullah bin Maslamah bin Qa’nab menyampaikan kepada kami, Sulayman bin Bilal menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Sa’id, beliau berkata, “Aku mendengar Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman berkata, “Aku mendengar Qatadah berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Mimpi yang baik itu daripada Allah, manakala mimpi yang buruk daripada syaitan. Maka apabila salah seorang daripada kamu melihat (dalam mimpinya) sesuatu yang tidak disukainya hendaklah dia menghembus ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali dan berlindung dengan Allah daripada keburukannya kerana sesungguhnya ia tidak akan memudaratkannya.” Lalu beliau berkata, “Aku selalu bermimpi dengan mimpi yang lebih berat kepadaku berbanding (aku memikul) bukit. Tetapi sebaik sahaja aku mendengar hadis ini, aku tidak kisah lagi dengan mimpi-mimpi tersebut.”
2 - (2261) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ يَعْنِي ابْنَ بِلَالٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، يَقُولُ: سَمِعْتُ أَبَا قَتَادَةَ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الرُّؤْيَا مِنَ اللهِ، وَالْحُلْمُ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ شَيْئًا يَكْرَهُهُ، فَلْيَنْفُثْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ شَرِّهَا، فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ» فَقَالَ: «إِنْ كُنْتُ لَأَرَى الرُّؤْيَا أَثْقَلَ عَلَيَّ مِنْ جَبَلٍ، فَمَا هُوَ إِلَّا أَنْ سَمِعْتُ بِهَذَا الْحَدِيثِ، فَمَا أُبَالِيهَا»
2 – Qutaybah dan Muhammad bin Rumh menyampaikan kepada kami hadis ini, daripada al-Layts bin Sa’ad. (Dalam sanad lain) Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Wahhab iaitu al-Tsaqafi menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami. Mereka semua meriwayatkan daripada Yahya bin Sa’id, dengan sanad ini. Dalam hadis al-Tsaqafi, Abu Salamah berkata, “Sesungguhnya aku benar-benar bermimpi.” Tetapi dalam hadis riwayat al-Layts dan Ibn Numayr tiada kata-kata Abu Salamah hingga ke akhir hadis. Ibn Rumh di dalam meriwayatkan hadis ini menambah, “Hendaklah dia memusingkan lambungnya daripada keadaan asalnya (ke sebelah yang satu lagi).”
2 - وَحَدَّثَنَاهُ قُتَيْبَةُ، وَمُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ، عَنِ اللَّيْثِ بْنِ سَعْدٍ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ يَعْنِي الثَّقَفِيَّ، ح وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نُمَيْرٍ كُلُّهُمْ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ. وَفِي حَدِيثِ الثَّقَفِيِّ: قَالَ أَبُو سَلَمَةَ: فَإِنْ كُنْتُ لَأَرَى الرُّؤْيَا، وَلَيْسَ فِي حَدِيثِ اللَّيْثِ، وَابْنِ نُمَيْرٍ قَوْلُ أَبِي سَلَمَةَ إِلَى آخِرِ الْحَدِيثِ وَزَادَ ابْنُ رُمْحٍ فِي رِوَايَةِ هَذَا الْحَدِيثِ: «وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ»
3 – (2261) Abu al-Thahir menyampaikan kepadaku, ‘Abdullah bin Wahb mengkhabarkan kepada kami, ‘Amr bin al-Harits mengkhabarkan kepada kami, daripada ‘Abd Rabbih bin Sa’id, daripada Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman, daripada Abu Qatadah, daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda, “Mimpi yang baik daripada Allah, manakala mimpi yang buruk daripada syaitan. Sesiapa yang bermimpi dan dia tidak menyukai sesuatu daripada mimpinya itu maka hendaklah dia menghembus ke sebelah kirinya, dan hendaklah dia berlindung dengan Allah daripada syaitan. (Apa yang dia lihat dalam mimpinya) tidak akan memudaratkannya dan janganlah dia menceritakannya kepada sesiapa pun. Jika dia melihat mimpi yang baik hendaklah dia bergembira dan janganlah dia menceritakannya kecuali kepada orang yang dia senangi.”
3 - (2261) وَحَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ، عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي قَتَادَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: «الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنَ اللهِ، وَالرُّؤْيَا السَّوْءُ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَمَنْ رَأَى رُؤْيَا فَكَرِهَ مِنْهَا شَيْئًا فَلْيَنْفُثْ عَنْ يَسَارِهِ، وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، لَا تَضُرُّهُ وَلَا يُخْبِرْ بِهَا أَحَدًا، فَإِنْ رَأَى رُؤْيَا حَسَنَةً، فَلْيُبْشِرْ وَلَا يُخْبِرْ إِلَّا مَنْ يُحِبُّ»
4 – (2261) Abu Bakar bin Khallad al-Bahili dan Ahmad bin ‘Abdullah bin al-Hakam menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, “Muhammad bin Ja’far menyampaikan kepada kami, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd Rabbih bin Sa’id, daripada Abu Salamah, beliau berkata, “Sesungguhnya aku bermimpi yang menyebabkan aku jatuh sakit. Beliau berkata, “Selepas itu aku bertemu Abu Qatadah lalu beliau berkata, “Aku juga dulu pernah bermimpi yang menyebabkan aku jatuh sakit, sehingga apabila aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Mimpi yang baik itu daripada Allah. Apabila seseorang daripada kamu melihat sesuatu yang dia suka maka janganlah dia menceritakannya kecuali kepada orang yang dia senangi. Dan jika dia melihat sesuatu yang dia tidak disukai maka hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya tiga kali, berlindung dengan Allah daripada keburukan syaitan dan keburukan mimpinya serta janganlah dia menceritakan tentangnya kepada sesiapa pun kerana mimpi itu tidak akan memudaratkannya.”
4 - (2261) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ خَلَّادٍ الْبَاهِلِيُّ، وَأَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ الْحَكَمِ، قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، قَالَ: إِنْ كُنْتُ لَأَرَى الرُّؤْيَا تُمْرِضُنِي، قَالَ: فَلَقِيتُ أَبَا قَتَادَةَ، فَقَالَ: وَأَنَا كُنْتُ لَأَرَى الرُّؤْيَا فَتُمْرِضُنِي، حَتَّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنَ اللهِ، فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يُحِبُّ، فَلَا يُحَدِّثْ بِهَا إِلَّا مَنْ يُحِبُّ، وَإِنْ رَأَى مَا يَكْرَهُ فَلْيَتْفُلْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشَرِّهَا، وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا أَحَدًا فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ»
5 – (2262) Qutaybah bin Sa’id menyampaikan kepada kami, Layts menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Ibn Rumh menyampaikan kepada kami, al-Layts mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu al-Zubayr, daripada Jabir, daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu melihat mimpi yang tidak disenanginya maka hendaklah dia meludah ke arah kirinya sebanyak tiga kali, meminta perlindungan dengan Allah daripada syaitan sebanyak tiga kali dan hendaklah dia memusingkan tubuhnya daripada keadaan asal (ketika dia sedar).”
5 - (2262) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، ح وَحَدَّثَنَا ابْنُ رُمْحٍ، أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرٍ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: «إِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ الرُّؤْيَا يَكْرَهُهَا، فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ ثَلَاثًا، وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ»
6 – (2263) Muhammad bin Abu ‘Umar al-Makki menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Wahhab al-Tsaqafi menyampaikan kepada kami, daripada Ayyub al-Sakhtiyani, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Apabila zaman (waktu kiamat) menjadi hampir, mimpi orang Islam hampir-hampir tidak berdusta. Orang yang paling benar mimpinya dalam kalangan kamu adalah orang yang paling benar ucapannya. Mimpi orang Islam adalah satu bahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi mempunyai tiga jenis, “(Pertama) Mimpi yang baik merupakan berita gembira daripada Allah, (kedua) mimpi yang merupakan gangguan daripada syaitan (untuk menimbulkan keresahan) dan (ketiga) mimpi kerana bisikan jiwa manusia. Jika seseorang daripada kamu bermimpi sesuatu yang tidak disukainya hendaklah dia bangun dan bersolat. Janganlah dia menceritakannya kepada orang lain. Perawi berkata, “Aku suka mimpi belenggu (diikat tangan) namun aku tidak suka mimpi dipasung kerana belenggu bermaksud tetap dalam agama.” (Ayyub berkata), “Aku tidak tahu adakah ayat ini termasuk dalam hadis atau ucapan Ibn Sirin.”
6 - (2263) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُمَرَ الْمَكِّيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ، عَنْ أَيُّوبَ السَّخْتِيَانِيِّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ رُؤْيَا الْمُسْلِمِ تَكْذِبُ، وَأَصْدَقُكُمْ رُؤْيَا أَصْدَقُكُمْ حَدِيثًا، وَرُؤْيَا الْمُسْلِمِ جُزْءٌ مِنْ خَمْسٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ، وَالرُّؤْيَا ثَلَاثَةٌ: فَرُؤْيَا الصَّالِحَةِ بُشْرَى مِنَ اللهِ، وَرُؤْيَا تَحْزِينٌ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ، فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ، وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ، قَالَ: «وَأُحِبُّ الْقَيْدَ وَأَكْرَهُ الْغُلَّ وَالْقَيْدُ ثَبَاتٌ فِي الدِّينِ» فَلَا أَدْرِي هُوَ فِي الْحَدِيثِ أَمْ قَالَهُ ابْنُ سِيرِينَ.
6 – Muhammad bin Rafi’ menyampaikan kepadaku, ‘Abd al-Razzaq menyampaikan kepada kami, Ma’mar mengkhabarkan kepada kami, daripada Ayyub dengan sanad ini. Beliau berkata dalam hadis ini, “Abu Hurayrah berkata, “Aku suka mimpi belenggu (diikat tangan) namun aku tidak suka mimpi dipasung kerana diikat bermaksud tetap dalam agama.” Nabi ﷺ bersabda, “Mimpi orang mukmin adalah satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.”
6 - وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ أَيُّوبَ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ، وَقَالَ فِي الْحَدِيثِ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: فَيُعْجِبُنِي الْقَيْدُ، وَأَكْرَهُ الْغُلَّ، وَالْقَيْدُ ثَبَاتٌ فِي الدِّينِ. وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ».
6 – Abu al-Rabi’ menyampaikan kepadaku, Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, Ayyub dan Hisyam menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Apabila waktu menjadi hampir…” Dan perawi menyebutkan hadis seterusnya. Beliau tidak menyebutkan Nabi ﷺ dalam hadis itu.”
6 - حَدَّثَنِي أَبُو الرَّبِيعِ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ يَعْنِي ابْنَ زَيْدٍ، حَدَّثَنَا أَيُّوبُ، وَهِشَامٌ، عَنْ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ وَسَاقَ الْحَدِيثَ وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
6 – Ishaq bin Ibrahim menyampaikannya kepada kami, Mu’adz bin Hisyam mengkhabarkan kepada kami, bapaku menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ. Beliau memasukkan ke dalam hadis ini kata-katanya, “Aku tidak suka pasung… hingga ke akhir ayat. Dan beliau tidak menyebutkan, “Mimpi adalah satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.”
6 - وَحَدَّثَنَاهُ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَدْرَجَ فِي الْحَدِيثِ قَوْلَهُ: وَأَكْرَهُ الْغُلَّ، إِلَى تَمَامِ الْكَلَامِ، وَلَمْ يَذْكُرْ «الرُّؤْيَا جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ».
7 – Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibn Basysyar menyampaikan kepada kami, mereka berkata, “Muhammad bin Ja’far dan Abu Dawud menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami, mereka semua meriwayatkan daripada Syu’bah. (Dalam sanad lain) ‘Ubaydullah bin Mu’adz menyampaikan kepada kami, dan lafaz daripada beliau, bapaku menyampaikan kepada kami, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik, daripada ‘Ubadah bin al-Shamit, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Mimpi orang mukmin sebahagian daripada 46 bahagian kenabian.”
7 - (2264) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ بَشَّارٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، وَأَبُو دَاوُدَ، ح وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، كُلُّهُمْ عَنْ شُعْبَةَ، ح وَحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ - وَاللَّفْظُ لَهُ - حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ».
7 – ‘Ubaydullah bin Mu’adz menyampaikan kepada kami, bapaku menyampaikan kepada kami, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada Tsabit al-Bunani, daripada Anas bin Malik, daripada Nabi ﷺ hadis yang sama.
7 - وَحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ ذَلِكَ.
8 – (2263) ‘Abd bin Humayd menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Razzaq mengkhabarkan kepada kami, Ma’mar mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada Ibn al-Musayyib, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya mimpi orang mukmin sebahagian daripada 46 bahagian kenabian.”
8 - (2263) حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنِ ابْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ».
8 – Isma’il bin al-Khalil menyampaikan kepada kami, ‘Ali bin Mushir mengkhabarkan kepada kami, daripada al-A’masy. (Dalam sanad lain) Ibn Numayr menyampaikan kepada kami, bapaku menyampaikan kepada kami, al-A’masy menyampaikan kepada kami, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Mimpi orang Muslim yang dia lihat atau diperlihatkan kepadanya.” Dalam hadis riwayat Ibn Mushir, “Mimpi yang baik adalah sebahagian daripada 46 bahagian kenabian.”
8 - وَحَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ الْخَلِيلِ، أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنِ الْأَعْمَشِ، ح وَحَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «رُؤْيَا الْمُسْلِمِ يَرَاهَا أَوْ تُرَى لَهُ» وَفِي حَدِيثِ ابْنِ مُسْهِرٍ «الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ».
8 – Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Yahya bin Abu Katsir mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, “Aku mendengar bapaku berkata, “Abu Salamah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Hurayrah, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda, “Mimpi orang soleh adalah sebahagian daripada 46 bahagian kenabian.”
8 - وَحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي، يَقُولُ: حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «رُؤْيَا الرَّجُلِ الصَّالِحِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ».
8 – Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, ‘Utsman bin ‘Umar menyampaikan kepada kami, ‘Ali bin al-Mubarak menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Ahmad bin al-Mundzir menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Shamad menyampaikan kepada kami, Harb bin Syaddad menyampaikan kepada kami, mereka berdua meriwayatkan daripada Yahya bin Abu Katsir, dengan sanad ini.
8 - وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ، حَدَّثَنَا عَلِيٌّ يَعْنِي ابْنَ الْمُبَارَكِ، ح وَحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْمُنْذِرِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ، حَدَّثَنَا حَرْبٌ يَعْنِي ابْنَ شَدَّادٍ كِلَاهُمَا، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ.
8 – Muhammad bin Rafi’ menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Razzaq menyampaikan kepada kami, Ma’mar menyampaikan kepada kami, daripada Hammam bin Munabbih, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, sama dengan hadis riwayat ‘Abdullah bin Yahya bin Abu Katsir, daripada bapanya.
8 - وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، بِمِثْلِ حَدِيثِ عَبْدِ اللهِ بْنِ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِيهِ.