kitab pelembut hati

كِتَابُ الرِّقَاقِ

Bab Kebanyakan Ahli Syurga Adalah Orang-Orang Fakir Dan Kebanyakan Ahli Neraka Adalah Para Wanita, Dan Menyatakan Fitnah Terhadap Wanita

Bāb Akthar Ahl al-Jannah al-Fuqarāʾ Wa Akthar Ahl al-Nār al-Nisāʾ Wa Bayān al-Fitnah bi al-Nisāʾ

بَابُ أَكْثَرُ أَهْلِ الْجَنَّةِ الْفُقَرَاءُ وَأَكْثَرُ أَهْلِ النَّارِ النِّسَاءُ وَبَيَانِ الْفِتْنَةِ بِالنِّسَاءِ

93 – (2736) Haddab bin Khalid menyampaikan kepada kami, katanya, Hammad bin Salamah menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada saya, katanya, Mu’adz bin Mu’adz al-‘Anbari menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Muhammad bin ‘Abd al-A’la menyampaikan kepada saya, katanya, al-Mu’tamir menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Ishaq bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, katanya, Jarir menyampaikan kepada kami, mereka semua meriwayatkan daripada Sulayman al-Taymi. (Dalam sanad lain) Abu Kamil iaitu Fudhayl bin Husyan menyampaikan kepada kami, -lafaz daripadanya-, katanya, Yazid bin Zuray’ menyampaikan kepada kami, katanya, al-Taymi menyampaikan kepada kami, daripada Abu ‘Utsman, daripada Usamah bin Zayd, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Saya pernah berdiri di hadapan pintu syurga, rupa-rupanya kebanyakan orang yang memasukinya adalah orang-orang miskin. Dan orang-orang yang senang (berkedudukan) tertahan melainkan penghuni neraka. Kerana mereka diperintahkan (supaya) dibawa ke neraka. Dan saya pernah berdiri di hadapan pintu neraka, rupa-rupanya kebanyakan orang yang memasukinya adalah para wanita.”

93 - (2736) حَدَّثَنَا هَدَّابُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، ح وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ، ح وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ، ح وَحَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ، كُلُّهُمْ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ، ح وَحَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ فُضَيْلُ بْنُ حُسَيْنٍ - وَاللَّفْظُ لَهُ - حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، حَدَّثَنَا التَّيْمِيُّ، عَنْ أَبِي عُثْمَانَ، عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ، فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينُ، وَإِذَا أَصْحَابُ الْجَدِّ مَحْبُوسُونَ، إِلَّا أَصْحَابَ النَّارِ، فَقَدْ أُمِرَ بِهِمْ إِلَى النَّارِ، وَقُمْتُ عَلَى بَابِ النَّارِ، فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا النِّسَاءُ»

94 – (2737) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada kami, katanya, Isma’il bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Abu Raja’ al-‘Utharidi, beliau berkata, “Saya mendengar Ibn ʿAbbas berkata, “Muhammad ﷺ bersabda, “Saya melihat ke syurga lalu saya nampak kebanyakan penduduknya orang-orang miskin. Dan saya melihat ke neraka lalu saya nampak kebanyakan penduduknya para wanita.”

94 - (2737) حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ أَبِي رَجَاءٍ الْعُطَارِدِيِّ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ، يَقُولُ: قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ».

94 – Ishaq bin Ibrahim menyampaikannya kepada kami, katanya, al-Tsaqafi mengkhabarkan kepada kami, katanya, Ayyub mengkhabarkan kepada kami dengan sanad ini.

94 - وَحَدَّثَنَاهُ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا الثَّقَفِيُّ، أَخْبَرَنَا أَيُّوبُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ.

94 – Syayban bin Farrukh menyampaikan kepada kami, katanya, Abu al-Asyhab menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Raja’ menyampaikan kepada kami, daripada Ibn ʿAbbas bahawa Nabi ﷺ melihat ke neraka. Lalu perawi menyebutkan hadis yang sama dengan hadis riwayat Ayyub.

94 - وَحَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ، حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ، حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، اطَّلَعَ فِي النَّارِ، فَذَكَرَ بِمِثْلِ حَدِيثِ أَيُّوبَ.

94 – Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada Sa’id bin ‘Arubah, bahawa beliau mendengar Abu Raja’ meriwayatkan daripada Ibn ʿAbbas, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda.” Lalu beliau menyebutkan hadis yang sama.

94 - حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي عَرُوبَةَ، سَمِعَ أَبَا رَجَاءٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَذَكَرَ مِثْلَهُ

95 – (2738) ‘Ubaydullah bin Mu’adz menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada kami, katanya, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Tayyah, beliau berkata, “Mutharrif bin ‘Abdullah mempunyai dua orang isteri. Beliau pernah datang dari sisi isteri salah seorang daripada mereka. Lalu seorang isteri lagi bertanya, “Awak datang dari sisi fulanah?” Beliau menjawab, “Saya datang dari sisi ‘Imran bin Hushayn. Lalu beliau menyampaikan kepada kami bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah para wanita.”

95 - (2738) حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ، قَالَ: كَانَ لِمُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللهِ امْرَأَتَانِ، فَجَاءَ مِنْ عِنْدِ إِحْدَاهُمَا، فَقَالَتِ الْأُخْرَى: جِئْتَ مِنْ عِنْدِ فُلَانَةَ؟ فَقَالَ: جِئْتُ مِنْ عِنْدِ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ، فَحَدَّثَنَا أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «إِنَّ أَقَلَّ سَاكِنِي الْجَنَّةِ النِّسَاءُ».

95 – Muhammad bin al-Walid bin ‘Abd al-Hamid menyampaikan kepada kami, katanya, Muhammad bin Ja’far menyampaikan kepada kami, katanya, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Tayyah, beliau berkata, “Saya mendengar Mutharrif menyampaikan bahawa beliau mempunyai dua orang isteri. Lalu perawi menyebutkan hadis yang sama dengan hadis Mu’adz.

95 - وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِ الْحَمِيدِ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ، قَالَ: سَمِعْتُ مُطَرِّفًا يُحَدِّثُ أَنَّهُ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ، بِمَعْنَى حَدِيثِ مُعَاذٍ.

96 – (2739) ‘Ubaydullah bin ‘Abd al-Karim iaitu Abu Zur’ah menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Bukayr menyampaikan kepada kami, katanya, Ya’qub bin ‘Abd al-Rahman menyampaikan kepada saya, daripada Musa bin ‘Uqbah, daripada ‘Abdullah bin Dinar, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, beliau berkata, “Antara doa Rasulullah ﷺ ialah, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, bertukar daripada keadaan baik kepada tidak baik, bencana yang tiba-tiba muncul dan segala kemurkaan-Mu.”

96 - (2739) حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ عَبْدِ الْكَرِيمِ أَبُو زُرْعَةَ، حَدَّثَنَا ابْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنِي يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ: كَانَ مِنْ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ»

97 – (2740) Sa’id bin Manshur menyampaikan kepada kami, katanya, Sufyan dan Mu’tamir bin Sulayman menyampaikan kepada kami, daripada Sulayman al-Taymi, daripada Abu ‘Utsman al-Nahdi, daripada Usamah bin Zayd, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Saya tidak tinggalkan selepas (pemergian) saya satu fitnah yang lebih mudarat kepada kaum lelaki daripada para wanita.”

97 - (2740) حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، وَمُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِي عُثْمَانَ النَّهْدِيِّ، عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ»

Sahih Muslim