kitab pengurusan jenazah

كِتَابُ الْجَنَائِزِ

Bab Mengajarkan Kalimah Tauhid Kepada Orang Hampir Mati

Bāb Talqīn al-Mawtā Lā Ilaha Illallāh

بَابُ تَلْقِينِ الْمَوْتَى لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

1 – (916) Abu Kamil al-Jahdari Fudhayl bin Husayn dan `Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, kedua-duanya daripada Bisyr bin al-Mufadhdhal, katanya, `Umarah bin Ghaziyyah menyampaikan kepada kami, katanya, Yahya bin `Umarah menyampaikan kepada kami, katanya, Saya mendengar Abu Sa`id al-Khudri  berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Ajarkan kepada orang-orang yang hampir mati kalimah: Tiada yang berhak disembah selain Allah.”

1 - (916) وحَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ فُضَيْلُ بْنُ حُسَيْنٍ، وَعُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، كِلَاهُمَا عَنْ بِشْرٍ، قَالَ أَبُو كَامِلٍ: حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ، حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ غَزِيَّةَ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ عُمَارَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ».

2 – (917) Abu Bakr bin Abu Syaybah dan `Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami. Dalam sanad yang lain, `Amr al-Naqid menyampaikan kepada saya, katanya, semuanya berkata, Abu Khalid al-Ahmar menyampaikan kepada kami, daripada Yazid bin Kaysan, daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurayrah , katanya, Rasulullah ﷺ bersabda, “Ajarkan kepada orang-orang yang hampir mati kalimah: Tiada yang berhak disembah selain Allah.”

2 - (917) وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ، وَعُثْمَانُ - ابْنَا أَبِي شَيْبَةَ - ح وحَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ، قَالُوا: جَمِيعًا: حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ كَيْسَانَ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ»

Bab Ucapan Apabila Ditimpa Musibah

Bāb Mā Yuqāl ʿind al-Muṣībah

بَابُ مَا يُقَالُ عِنْدَ الْمُصِيبَةِ

3 – (918) Yahya bin Ayyub, Qutaybah dan Ibn Hujr menyampaikan kepada kami, kesemuanya daripada Isma`il bin Ja`far, berkata Ibn Ayyub, Ismail menyampaikan kepada kami, katanya, Sa`d bin Sa`id mengkhabarkan kepada saya, daripada `Umar bin Katsir bin Aflah, daripada Ibn Safinah, daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Tiada muslim yang ditimpa musibah, lalu mengucapkan sesuai perintah Allah: ‘Sesungguhnya kami milik Allah, dan kami akan kembali kepada-Nya, wahai Allah, ganjarkan buatku pada musibahku, berikan gantian yang lebih baik buatku,’ melainkan Allah akan menggantikan yang lebih baik buatnya.” Ummu Salamah berkata, Apabila suamiku, Abu Salamah meninggal dunia, saya terdetik, ‘Manusia mana yang lebih baik daripada Abu Salamah? Keluarga pertama yang berhijrah kepada Rasulullah.’ Kemudian saya menyebut ucapan di atas. Lalu Allah menggantikan Rasulullah ﷺ buat saya. Rasulullah ﷺ mengutus Hathib bin Abu Balta`ah sebagai wakil kepada saya. Saya memberitahu bahawa saya sudah memiliki anak perempuan, dan saya seorang yang cemburu. Rasulullah ﷺ bersabda, “Tentang anaknya, kita berdoa agar Allah mencukupkannya daripadanya. Dan saya berdoa kepada Allah agar menghilangkan cemburunya.”

3 - (918) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ، وَابْنُ حُجْرٍ، جَمِيعًا عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ جَعْفَرٍ، قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، أَخْبَرَنِي سَعْدُ بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ عُمَرَ بْنِ كَثِيرِ بْنِ أَفْلَحَ، عَنْ ابْنَ سَفِينَةَ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: " مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللهُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156]، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "، قَالَتْ: فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ؟ أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا، فَأَخْلَفَ اللهُ لِي رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَتْ: أَرْسَلَ إِلَيَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ، فَقُلْتُ: إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ، فَقَالَ: «أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا، وَأَدْعُو اللهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ»

4 – (918) Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada Sa`d bin Sa`id, katanya, `Umar bin Katsir bin Aflah mengkhabarkan kepada saya, katanya, Saya mendengar Ibn Safinah menyampaikan bahawa beliau mendengar Ummu Salamahr , isteri Nabi ﷺ berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Tiada hamba yang ditimpa musibah, lalu menyebut, ‘Sesungguhnya kami milik Allah, dan kami akan kembali kepada-Nya, wahai Allah, ganjarkan buatku pada musibahku, berikan gantian yang lebih baik buatku,’ melainkan Allah akan memberikan ganjaran atas musibahnya dan menggantikan yang lebih baik buatnya.” Apabila Abu Salamah meninggal dunia, saya menyebut kalimat tersebut, Seperti mana yang disuruh oleh Rasulullah ﷺ. Lalu Allah menggantikan untukku yang lebih baik daripadanya, iaitu Rasulullah ﷺ.

4 - (918) وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ سَعْدِ بْنِ سَعِيدٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عُمَرُ بْنُ كَثِيرِ بْنِ أَفْلَحَ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ سَفِينَةَ، يُحَدِّثُ أَنَّهُ سَمِعَ أُمَّ سَلَمَةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، تَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: " مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156]، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "، قَالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: كَمَا أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْلَفَ اللهُ لِي خَيْرًا مِنْهُ، رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

5 (918) Muhammad bin `Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, katanya, Bapa saya menyampaikan kepada kami, katanya, Sa`d bin Sa`id menyampaikan kepada kami, katanya, `Umar iaitu Ibn Katsir mengkhabarkan kepada saya, daripada Ibn Safinah mawla (hamba yang dibebaskan) Ummu Salamah, daripada Ummu Salamah , isteri Nabi ﷺ, beliau berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, dengan hadis yang sama dengan hadis Abu Usamah, dan dengan sedikit tambahan, belaiu berkata: ketika mana wafatnya Abu Salamah, saya berkata: siapakah yang lebih baik daripada Abu Salamah iaitu sahabat Rasulullah ﷺ, kemudian Allah memberi kekuatan kepada saya, maka saya berdoa dengan doa tersebut. Belaiu berkata: maka saya berkahwin dengan Rasulullah., dengan sedikit tambahan seperti riwayat Isma`il.

5 - (918) وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ سَعِيدٍ، أَخْبَرَنِي عُمَرُ يَعْنِي ابْنَ كَثِيرٍ، عَنْ ابْنَ سَفِينَةَ، مَوْلَى أُمِّ سَلَمَةَ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ بِمِثْلِ حَدِيثِ أَبِي أُسَامَةَ، وَزَادَ قَالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: مَنْ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ صَاحِبِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ عَزَمَ اللهُ لِي، فَقُلْتُهَا: قَالَتْ: فَتَزَوَّجْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Doa ketika Menziarahi Orang Sakit dan Mati

Bāb Mā Yuqāl ʿind al-Marīḍ wa al-Mayyit

بَابُ مَا يُقَالُ عِنْدَ الْمَرِيضِ وَالْمَيِّتِ

6 – (919) Abu Bakr bin Abu Syaybah dan Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Abu Mu`awiyah menyampaikan kepada kami, daripada al-A`masy, daripada Syaqiq, daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sekiranya kalian datang kepada orang sakit atau mati, maka ucaplah yang baik-baik kerana malaikat akan mengaminkan doa kalian.” Beliau (Ummu Salamah) berkata, Apabila Abu Salamah meninggal dunia, saya bertemu Nabi ﷺ dan memberitakan, “Wahai Rasulullah, Abu Salamah sudah meninggal dunia.” Baginda bersabda, “Sebutlah: Wahai Allah, ampuni saya dan dia, berikan gantian yang terbaik buatku, jadikanlah dia pengganti bagi apa yang ditinggalkannya selepas kematiannya.” Lalu Allah memberi gantian kepadaku berupa Muhammad ﷺ.

6 - (919) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو كُرَيْبٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ شَقِيقٍ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ»، قَالَتْ: فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ أَبَا سَلَمَةَ قَدْ مَاتَ، قَالَ: " قُولِي: اللهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ، وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً "، قَالَتْ: فَقُلْتُ، فَأَعْقَبَنِي اللهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ لِي مِنْهُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Menutup Mata Mayat dan Mendoakan Untuknya Ketika Sakaratulmaut

Bāb fī Ighmāḍ al-Mayyit wa al-Duʿāʾ lah Idhā Ḥuḍir

بَابٌ فِي إِغْمَاضِ الْمَيِّتِ وَالدُّعَاءِ لَهُ إِذَا حُضِرَ

7 – (920) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada saya, katanya, Mu`awiyah bin `Amr menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Ishaq al-Fazari menyampaikan kepada kami, daripada Khalid al-Hadzdza’, daripada Abu Qilabah, daripada Qabishah bin Dzu’ayb, daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ menemui Abu Salamah yang sudah terbelalak matanya, lalu baginda memejamkan mata untuknya. Lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya apabila roh dicabut, mata akan mengikutinya.” Lalu kaum keluarganya berderai menangis. Baginda berpesan, “Janganlah kalian doa melainkan yang baik-baik untuk diri kalian. Kerana malaikat akan mengaminkan doa kalian.” Kemudian baginda bersabda, “Semoga Allah ampuni Abu Salamah dan mengangkat darjatnya bersama orang-orang yang diberi hidayah. Kemudian beliau akan mendapat ganti kelak. Ampuni kami dan dia, wahai Tuhan sarwa sekalian alam. Lapangkanlah dan cahayakan kuburnya.”

7 - (920) حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ عَمْرٍو، حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ الْفَزَارِيُّ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ ذُؤَيْبٍ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: دَخَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ، فَأَغْمَضَهُ، ثُمَّ قَالَ: «إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ»، فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ، فَقَالَ: «لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ»، ثُمَّ قَالَ: «اللهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ».

8 – (920) Muhammad bin Musa al-Qaththan al-Wasiti menyampaikan kepada kami, katanya, al-Mutsanna bin Mu`adz bin Mu`adz menyampaikan kepada kami, katanya, Bapa saya menyampaikan kepada kami, katanya, `Ubaydullah bin al-Hasan menyampaikan kepada kami, katanya, Khalid al-Hadzdza’ menyampaikan kepada kami, dengan lanjutannya seumpama sebelum ini, kecuali bahawa beliau berkata: jadikanlah dia pengganti bagi apa yang ditinggalkannya, dan katanya, Ya Allah luaskanlah baginya dalam kuburnya, dan beliau tidak berkata, lapangkanlah untuknya, dengan tambahan, Khalid al-Hadzdza’ berkata dan doa lain yang ketujuh saya lupa.

8 - (920) وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى الْقَطَّانُ الْوَاسِطِيُّ، حَدَّثَنَا الْمُثَنَّى بْنُ مُعَاذِ بْنِ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ الْحَسَنِ، حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْحَذَّاءُ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ، غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ: «وَاخْلُفْهُ فِي تَرِكَتِهِ»، وَقَالَ: «اللهُمَّ أَوْسِعْ لَهُ فِي قَبْرِهِ»، وَلَمْ يَقُلْ: «افْسَحْ لَهُ»، وَزَادَ: قَالَ خَالِدٌ الْحَذَّاءُ: وَدَعْوَةٌ أُخْرَى سَابِعَةٌ نَسِيتُهَا

Sahih Muslim