kitab puasa
كِتَاب الصِّيَامِ
Bab Kemuliaan Bulan Ramadan
Bāb Faḍl Shahr Ramaḍān
بَابُ فَضْلِ شَهْرِ رَمَضَانَ
1 – (1079) Yahya bin Ayyub, Qutaybah dan Ibn Hujr menyampaikan kepada kami, mereka berkata, “Isma‘il iaitu Ibn Ja‘far menyampaikan kepada kami, daripada Abu Suhayl, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah , Bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila tiba bulan Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.”
1 - (1079) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ، وَابْنُ حُجْرٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ»
2 – (1079) Harmalah bin Yahya menyampaikan kepada saya, katanya, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, katanya, Yunus mengkhabarkan kepada saya, daripada Ibn Syihab, daripada Ibn Abu Anas, bahawa bapanya menyampaikan kepadanya, bahawa beliau mendengar Abu Hurayrah berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila (masuk) bulan Ramadan maka pintu-pintu rahmat terbuka, pintu-pintu neraka jahanam terkunci dan syaitan-syaitan dibelenggu.”
2 - (1079) وحَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنِ ابْنِ أَبِي أَنَسٍ، أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ»
(1079) Muhammad bin Hatim dan al-Hulwani menyampaikan kepada saya, mereka berdua berkata, “Ya’qub menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada kami, daripada Shalih, daripada Ibn Syihab, katanya, Nafi’ bin Abu Anas menyampaikan kepada saya, bahawa bapanya menyampaikan kepadanya, bahawa beliau mendengar Abu Hurayrah berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila masuk bulan Ramadan...” Dengan hadith yang sama lafaz seperti hadith sebelum ini.”
(1079) وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ، وَالْحُلْوَانِيُّ، قَالَا: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ صَالِحٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، حَدَّثَنِي نَافِعُ بْنُ أَبِي أَنَسٍ، أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ» بِمِثْلِهِ
Bāb Wajib Berpuasa Di Bulan Ramadan Kerana Melihat Anak Bulan dan Tidak Berpuasa Kerana Melihat Anak Bulan Juga dan Apabila Terhalang (Daripada Melihat) Pada Awal Bulan dan Akhirnya Maka Hendaklah Disempurnakan Bilangan Sebulan Iaitu Selama 30 Hari
Bāb Wujūb Ṣaum Ramaḍān li Ruʾyah al-Hilāl wa al-Fiṭr li Ruʾyah al-Hilāl wa Annahu ʾIdhā Ghumma fī Awwali-hi Au Ākhiri-hi ʾUkmilat ʿIddah al-Shahr Thalāthīna Yāuma
بَابُ وُجُوبِ صَوْمِ رَمَضَانَ لِرُؤْيَةِ الْهِلَالِ، وَالْفِطْرِ لِرُؤْيَةِ الْهِلَالِ، وَأَنَّهُ إِذَا غُمَّ فِي أَوَّلِهِ أَوْ آخِرِهِ أُكْمِلَتْ عِدَّةُ الشَّهْرِ ثَلَاثِينَ يَوْمًا
3 – (1080) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, beliau berkata, “Saya membacakan kepada Malik, daripada Nafi’, daripada Ibn ʿUmar , daripada Nabi ﷺ bahawa baginda menyebutkan tentang bulan Ramadan lalu bersabda, “Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan dan janganlah meninggalkan puasa sehingga kamu melihatnya (juga). Jika terhalang kepada kamu (untuk melihatnya) maka hitunglah (sempurna sebulan).”
3 - (1080) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، قَالَ: قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ ذَكَرَ رَمَضَانَ فَقَالَ: «لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوُا الْهِلَالَ، وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ، فَإِنْ أُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ»
4 – (1080) Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Ubaydullah menyampaikan kepada kami, daripada Nafi’, daripada Ibn ʿUmar bahawa Rasulullah ﷺ menyebutkan tentang bulan Ramadan, lalu baginda mengisyaratkan dengan kedua-dua tangannya sambil berkata, “Sebulan itu begini, begini dan begini. Kemudian baginda menutup jari ibunya pada kali ketiga. Oleh itu, kamu berpuasalah kerana melihatnya dan tinggalkanlah puasa kerana melihatnya (juga). Jika terhalang kepada kamu (untuk melihatnya) maka hitunglah (sempurna) 30 hari.”
4 - (1080) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ رَمَضَانَ، فَضَرَبَ بِيَدَيْهِ فَقَالَ: «الشَّهْرُ هَكَذَا، وَهَكَذَا، وَهَكَذَا - ثُمَّ عَقَدَ إِبْهَامَهُ فِي الثَّالِثَةِ - فَصُومُوا لِرُؤْيَتِهِ، وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ، فَإِنْ أُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ ثَلَاثِينَ»
5 – (1080) Ibn Numayr menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Ubaydullah menyampaikan kepada kami dengan sanad ini, dan beliau berkata, “Jika kamu terhalang (daripada melihat anak bulan) maka kamu hitunglah (sempurna) 30 hari. Selanjutnya, hadis yang semakna dengan hadis riwayat Abu Usamah.”
5 - (1080) وحَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ، وَقَالَ: «فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا ثَلَاثِينَ» نَحْوَ حَدِيثِ أَبِي أُسَامَةَ،
(1080) ‘Ubaydullah bin Sa’id menyampaikan kepada kami, katanya, Yahya bin Sa’id menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah dengan sanad ini, dan beliau berkata, “Rasulullah ﷺ menyebutkan tentang bulan Ramadan lalu bersabda, “Sebulan itu 29 hari. Manakala sebulan itu begini, begini dan begini. Dan baginda bersabda, “Maka kamu hitunglah. Namun tidak menyebutkan 30 hari.”
(1080) وحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ، وَقَالَ: ذَكَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَمَضَانَ فَقَالَ: «الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ، الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا» وَقَالَ: «فَاقْدِرُوا لَهُ» وَلَمْ يَقُلْ «ثَلَاثِينَ»
6 – (1080) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada saya, katanya, Isma’il menyampaikan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Nafi’, daripada Ibn ʿUmar , beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebenarnya sebulan itu 29 hari maka janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihatnya dan janganlah kamu meninggalkannya sehingga kamu melihatnya (juga). Jika terhalang kepada kamu (untuk melihatnya) maka kamu hitunglah.”
6 - (1080) وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّمَا الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ فَلَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ، وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ»
7 – (1080) Humayd bin Mas’adah al-Bahili menyampaikan kepada saya, katanya, Bisyr bin al-Mufadhdhal menyampaikan kepada kami, katanya, Salamah iaitu ‘Alqamah menyampaikan kepada kami, daripada Nafi’, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar , beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebulan itu 29 hari. Apabila kamu melihat anak bulan maka kamu berpuasalah dan apabila kamu melihatnya juga maka kamu tinggalkanlah. Jika terhalang kepada kamu (untuk melihatnya) maka kamu hitunglah (sempurna sebulan).”
7 - (1080) وحَدَّثَنِي حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ الْبَاهِلِيُّ، حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ، حَدَّثَنَا سَلَمَةُ وَهُوَ ابْنُ عَلْقَمَةَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ، فَإِذَا رَأَيْتُمُ الْهِلَالَ فَصُومُوا، وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ»
8 – (1080) Harmalah bin Yahya menyampaikan kepada saya, katanya, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, katanya, Yunus mengkhabarkan kepada saya, daripada Ibn Syihab, beliau berkata, “Salim bin ‘Abdullah menyampaikan kepada saya, bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar berkata, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila kamu melihatnya (anak bulan) maka kamu berpuasalah dan apabila kamu melihatnya (lagi) maka kamu tinggalkanlah puasa (habis bulan Ramadan). Jika kamu terhalang (untuk melihatnya) maka kamu hitunglah (sempurna sebulan).”
8 - (1080) حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «إِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَصُومُوا، وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ»
9 – (1080) Yahya bin Yahya, Yahya bin Ayyub, Qutaybah bin Sa’id dan Ibn Hujr menyampaikan kepada kami – Yahya bin Yahya mengkhabarkan kepada kami, katanya, mereka semua berkata, “Isma’il iaitu Ibn Ja’far menyampaikan kepada kami,” manakala perawi lain berkata, – Isma’il bin Ja’far menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Dinar, bahawa beliau mendengar Ibn ʿUmar berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebulan ada 29 malam (hari). Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihatnya (anak bulan) dan janganlah kamu meninggalkannya sehingga kamu melihatnya (juga) melainkan terhalang kepada kamu (untuk melihatnya). Jika terhalang kepada kamu (untuk melihatnya) maka kamu hitunglah (sempurna sebulan).”
9 - (1080) وحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَيَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَابْنُ حُجْرٍ - قَالَ يَحْيَى بْنُ يَحْيَى: أَخْبَرَنَا وقَالَ الْآخَرُونَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ دِينَارٍ، أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ: «الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ لَيْلَةً، لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ، وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ، إِلَّا أَنْ يُغَمَّ عَلَيْكُمْ، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ»
10 – (1080) Harun bin ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, katanya, Rawh bin ‘Ubadah menyampaikan kepada kami, katanya, Zakariyya bin Ishaq menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Amr bin Dinar menyampaikan kepada kami, bahawa beliau mendengar Ibn ʿUmar berkata, “Saya mendengar Nabi ﷺ bersabda, “Sebulan itu begini, begini dan begini. Sambil baginda menggenggam ibu jarinya pada sebutan yang ketiga.”
10 - (1080) حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ عُبَادَةَ، حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا بْنُ إِسْحَاقَ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ، أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ، رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الشَّهْرُ هَكَذَا، وَهَكَذَا، وَهَكَذَا» وَقَبَضَ إِبْهَامَهُ فِي الثَّالِثَةِ
11 – (1080) Hajjaj bin al-Sya’ir menyampaikan kepada saya, katanya, Hasan al-Asyyab menyampaikan kepada kami, katanya, Syayban menyampaikan kepada kami, daripada Yahya, beliau berkata, Abu Salamah mengkhabarkan kepada saya, bahawa beliau mendengar Ibn ʿUmar berkata, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebulan itu ada 29 hari.”
11 - (1080) وحَدَّثَنِي حَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ، حَدَّثَنَا حَسَنٌ الْأَشْيَبُ، حَدَّثَنَا شَيْبَانُ، عَنْ يَحْيَى، قَالَ: وَأَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ، أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ»
12 – (1080) Sahl bin ‘Utsman menyampaikan kepada kami, katanya, Ziyad bin ‘Abdullah al-Bakka’i menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd al-Malik bin ‘Umayr, daripada Musa bin Thalhah, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar , daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Sebulan itu begini, begini dan begini. Iaitu 10 hari, 10 hari dan 9 hari.”
12 - (1080) وحَدَّثَنَا سَهْلُ بْنُ عُثْمَانَ، حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ عَبْدِ اللهِ الْبَكَّائِيُّ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ مُوسَى بْنِ طَلْحَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «الشَّهْرُ هَكَذَا، وَهَكَذَا وَهَكَذَا، عَشْرًا، وَعَشْرًا، وَتِسْعًا»
13 – (1080) ‘Ubaydullah bin Mu’adz menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada kami, katanya, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada Jabalah, beliau berkata, “Saya mendengar Ibn ʿUmar berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebulan itu begini, begini dan begini. Sambil baginda menunjukkan kedua-dua tangannya dua kali dengan semua jarinya dan baginda mengurangkan ibu jari tangan kanan atau kiri pada tepukan ketiga.”
13 - (1080) وحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ جَبَلَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الشَّهْرُ كَذَا، وَكَذَا، وَكَذَا» وَصَفَّقَ بِيَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ بِكُلِّ أَصَابِعِهِمَا وَنَقَصَ فِي الصَّفْقَةِ الثَّالِثَةِ إِبْهَامَ الْيُمْنَى أَوِ الْيُسْرَى
14 – (1080) Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, Muhammad bin Ja’far menyampaikan kepada kami, katanya, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Uqbah iaitu Ibn Hurayts, beliau berkata, “Saya mendengar Ibn ʿUmar berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebulan itu 29 hari.” Sambil Syu’bah (perawi) membuka kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali dan menggenggam ibu jari pada kali ketiga.” ‘Uqbah berkata, “Saya rasa beliau menyebutkan sebulan itu 30 hari. Sambil beliau menggabungkan kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.”
14 - (1080) وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عُقْبَةَ وَهُوَ ابْنُ حُرَيْثٍ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ» وَطَبَّقَ شُعْبَةُ يَدَيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ، وَكَسَرَ الْإِبْهَامَ فِي الثَّالِثَةِ، قَالَ عُقْبَةُ: وَأَحْسِبُهُ قَالَ: «الشَّهْرُ ثَلَاثُونَ» وَطَبَّقَ كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ
15 – (1080) Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Ghundar menyampaikan kepada kami, daripada Syu’bah. (Dalam sanad yang lain) Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibn Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn al-Mutsanna berkata, “Muhammad bin Ja’far menyampaikan kepada kami, katanya, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada al-Aswad bin Qays, beliau berkata, “Saya mendengar Sa’id bin ‘Amr bin Sa’id, bahawa beliau mendengar Ibn ʿUmar menyampaikan daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Sesungguhnya kita adalah umat yang ummi, kita tidak menulis dan menghitung. Sebulan itu adalah begini, begini dan begini. Sambil baginda menutup ibu jari pada kali ketiga. Dan sebulan itu adalah begini, begini dan begini. Baginda bermaksud 30 hari.”
15 - (1080) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، عَنْ شُعْبَةَ، ح وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ بَشَّارٍ، قَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنِ الْأَسْوَدِ بْنِ قَيْسٍ، قَالَ: سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ عَمْرِو بْنِ سَعِيدٍ، أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، يُحَدِّثُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «إِنَّا أُمَّةٌ أُمِّيَّةٌ، لَا نَكْتُبُ وَلَا نَحْسُبُ، الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا» وَعَقَدَ الْإِبْهَامَ فِي الثَّالِثَةِ «وَالشَّهْرُ هَكَذَا، وَهَكَذَا، وَهَكَذَا» يَعْنِي تَمَامَ ثَلَاثِينَ
(1080) Muhammad bin Hatim menyampaikannya kepada saya, katanya, Ibn Mahdi menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada al-Aswad bin Qays, dengan sanad ini, tetapi beliau tidak menyebutkan (kiraan) sebulan yang kedua, iaitu 30 hari.”
(1080) وحَدَّثَنِيهِ مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ مَهْدِيٍّ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنِ الْأَسْوَدِ بْنِ قَيْسٍ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَلَمْ يَذْكُرْ لِلشَّهْرِ الثَّانِي ثَلَاثِينَ
16 – (1080) Abu Kamil al-Jahdari menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Wahid bin Ziyad menyampaikan kepada kami, katanya, al-Hasan bin ‘Ubaydullah menyampaikan kepada kami, daripada Sa’ad bin ‘Ubaydah, beliau berkata, “Ibn ʿUmar mendengar seorang lelaki berkata, “Malam ini adalah malam pertengahan bulan Ramadan.” Ibn ʿUmar berkata kepadanya, “Bagaimana awak boleh tahu bahawa malam ini adalah malam pertengahan (bulan Ramadan)? (Sedangkan) saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebulan itu begini, begini dan begini. Sambil baginda menunjukkan dengan 10 jarinya sebanyak dua kali. Dan pada kalimah ‘begini’ yang ketiga baginda mengisyaratkan dengan semua jarinya namun menahan atau menggengam ibu jarinya.”
16 – (1080) حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ، حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ، عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ، قَالَ: سَمِعَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، رَجُلًا يَقُولُ: اللَّيْلَةَ لَيْلَةُ النِّصْفِ، فَقَالَ لَهُ: مَا يُدْرِيكَ أَنَّ اللَّيْلَةَ النِّصْفُ؟ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا، - وَأَشَارَ بِأَصَابِعِهِ الْعَشْرِ مَرَّتَيْنِ – وَهَكَذَا – فِي الثَّالِثَةِ وَأَشَارَ بِأَصَابِعِهِ كُلِّهَا وَحَبَسَ أَوْ خَنَسَ إِبْهَامَهُ –
17 – (1081) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, katanya, Ibrahim bin Sa’ad mengkhabarkan kepada kami, daripada Ibn Syihab, daripada Sa’id bin al-Musayyib, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika kamu melihat anak bulan maka berpuasalah. Dan jika kamu melihatnya (lagi) maka tinggalkanlah puasa. Jika terhalang kepada kamu (untuk melihatnya) maka berpuasalah selama 30 hari.”
17 - (1081) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا رَأَيْتُمُ الْهِلَالَ فَصُومُوا، وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَصُومُوا ثَلَاثِينَ يَوْمًا»
18 – (1081) ‘Abd al-Rahman bin Sallam al-Jumahi menyampaikan kepada kami, al-Rabi’ iaitu Ibn Muslim menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad iaitu Ibn Ziyad, daripada Abu Hurayrah bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya (anak bulan) dan tinggalkanlah puasa kerana melihatnya (juga). Jika terhalang kepada kamu (untuk melihatnya) maka sempurnakanlah bilangan (sebanyak 30).”
18 - (1081) حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ سَلَّامٍ الْجُمَحِيُّ، حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ يَعْنِي ابْنَ مُسْلِمٍ، عَنْ مُحَمَّدٍ وَهُوَ ابْنُ زِيَادٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ، فَإِنْ غُمِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعَدَدَ»
19 – (1081) ‘Ubaydullah bin Mu’adz menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada kami, katanya, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin Ziyad, beliau berkata, “Saya mendengar Abu Hurayrah berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya (anak bulan) dan tinggalkanlah puasa kerana melihatnya (juga). Jika anak bulan itu terhalang kepada kamu (untuk melihatnya) maka hitunglah sebanyak 30 hari.”
19 - (1081) وحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَادٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ، فَإِنْ غُمِّيَ عَلَيْكُمُ الشَّهْرُ فَعُدُّوا ثَلَاثِينَ»
20 – (1081) Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Muhammad bin Bisyr al-‘Abdi menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Ubaydullah bin ‘Umar menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, “Rasulullah ﷺ pernah menyebutkan tentang anak bulan, sabdanya, “Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya (anak bulan) dan tinggalkanlah puasa kerana melihatnya (juga). Jika terhalang kepada kamu (untuk melihatnya) maka hitunglah sebanyak 30 hari.”
20 - (1081) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ الْعَبْدِيُّ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: ذَكَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْهِلَالَ فَقَالَ: «إِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَصُومُوا، وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا، فَإِنْ أُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَعُدُّوا ثَلَاثِينَ»
Bab Janganlah Kamu Mendahulukan Bulan Ramadan dengan Puasa Sehari Atau Dua Hari
Bāb Lā Taqaddamū Ramaḍān bi Ṣaum Yāum wa lā Yāumāyn
بَابُ لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ
21 – (1082) Abu Bakar bin Abu Syaybah dan Abu Kurayb menyampaikan kepada kami. Abu Bakar berkata, “Waki’ menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ali bin Mubarak, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah kamu mendahulukan bulan Ramadan dengan puasa sehari mahupun dua hari melainkan seorang lelaki yang biasa berpuasa dengan suatu puasa maka bolehlah dia berpuasa.”
21 - (1082) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو كُرَيْبٍ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ مُبَارَكٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا، فَلْيَصُمْهُ»
(1082) Yahya bin Bisyr al-Hariri menyampaikannya kepada kami, katanya, Mu’awiyah iaitu Sallam menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad yang lain) Ibn al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, Abu ‘Amir menyampaikan kepada kami, katanya, Hisyam menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Ibn al-Mutsanna dan Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepada kami, mereka berkata, “’Abd al-Wahhab bin ‘Abd al-Majid menyampaikan kepada kami, katanya, Ayyub menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada saya, katanya, Husayn bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya, Syayban menyampaikan kepada kami, mereka semua meriwayatkan daripada Yahya bin Abu Katsir dengan sanad ini, hadis yang semakna.”
(1082) وحَدَّثَنَاه يَحْيَى بْنُ بِشْرٍ الْحَرِيرِيُّ، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ يَعْنِي ابْنَ سَلَّامٍ، ح وحَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، ح وحَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ، قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْمَجِيدِ، حَدَّثَنَا أَيُّوبُ، ح وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا شَيْبَانُ، كُلُّهُمْ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ
Bab Sebulan itu Selama 29 Hari
Bāb al-Syahr Yakūnu Tisʿan wa ʿIshrin
بَابُ الشَّهْرُ يَكُونُ تِسْعًا وَعِشْرِينَ
22 – (1083) ‘Abd bin Humayd menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Razzaq mengkhabarkan kepada kami, katanya, Ma’mar mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri bahawa Nabi ﷺ pernah bersumpah untuk tidak masuk menemui para isterinya selama sebulan. Al-Zuhri berkata, “’Urwah mengkhabarkan kepada saya, daripada ʿAʾishah, beliau berkata, “Tatkala sudah berlalu 29 malam yang mana saya menghitungnya, Rasulullah ﷺ masuk menemui saya. ʿAʾishah berkata, “Baginda memulakan dengan saya.” Saya berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya awak sudah bersumpah untuk tidak masuk menemui kami selama sebulan. Namun awak sudah masuk bertemu bermula daripada hari 29 lagi, saya menghitungnya.” Baginda bersabda, “Sesungguhnya sebulan itu 29 hari.”
22 - (1083) حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْسَمَ أَنْ لَا يَدْخُلَ عَلَى أَزْوَاجِهِ شَهْرًا، قَالَ الزُّهْرِيُّ: فَأَخْبَرَنِي عُرْوَةُ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: لَمَّا مَضَتْ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ لَيْلَةً أَعُدُّهُنَّ، دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَتْ بَدَأَ بِي - فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّكَ أَقْسَمْتَ أَنْ لَا تَدْخُلَ عَلَيْنَا شَهْرًا، وَإِنَّكَ دَخَلْتَ مِنْ تِسْعٍ وَعِشْرِينَ أَعُدُّهُنَّ، فَقَالَ: «إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ»