kitab salam
كتاب السَّلَامِ
Bab Orang Yang Menunggang Hendaklah Memberi Salam Kepada Orang Yang Berjalan dan Kumpulan Yang Sedikit Hendaklah Memberi Salam Kepada Kumpulan Yang Ramai
Bāb Yusallim al-Rākib calā al-Māshī wa al-Qalīl calā al-Kathīr
بَابُ يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ
1 - (2160) ‘Uqbah bin Mukram menyampaikan kepada saya, katanya, Abu ‘Ashim menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Ibn Jurayj. (Dalam sanad lain) Muhammad bin Marzuq menyampaikan kepada saya, katanya, Rawh menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Jurayj menyampaikan kepada kami, katanya, Ziyad mengkhabarkan kepada kami bahawa Tsabit, mawla ‘Abd al-Rahman bin Zayd mengkhabarkan kepadanya bahawa beliau mendengar Abu Hurayrah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Orang yang berkenderaan (hendaklah) memberi salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kaki (memberi salam) kepada orang yang duduk dan (kumpulan) yang sedikit (bilangannya, memberi salam) kepada yang ramai.”
1 - (2160) حَدَّثَنِي عُقْبَةُ بْنُ مُكْرَمٍ، حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ، ح وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ مَرْزُوقٍ، حَدَّثَنَا رَوْحٌ، حَدَّثَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، أَخْبَرَنِي زِيَادٌ، أَنَّ ثَابِتًا مَوْلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زَيْدٍ، أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي، وَالْمَاشِي عَلَى الْقَاعِدِ، وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ»
Bab Antara Kewajipan Orang yang Duduk di Jalan ialah Menjawab Salam
Bāb min Ḥaqq al-Julūs calā al-Ṭarīq Radd al-Salām
بَابُ مِنْ حَقِّ الْجُلُوسِ عَلَى الطَّرِيقِ رَدُّ السَّلَامِ
2 - (2161) Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Affan menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Wahid bin Ziyad menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Utsman bin Hakim menyampaikan kepada kami, daripada Ishaq bin ‘Abdullah bin Abu Thalhah, daripada bapanya, beliau berkata, Abu Thalhah berkata, “Pada suatu ketika, kami sedang duduk berbual-bual di halaman-halaman rumah, kebetulan Rasulullah ﷺ datang, lalu baginda berdiri berhampiran kami lalu bersabda, “Mengapa kalian duduk di jalan? Janganlah duduk di jalan!” Kami menjawab, “Kami hanya duduk untuk berbincang dan berbual-bual.” Baginda bersabda, “Jika begitu (tidak dapat dielakkan daripada berbuat demikian), maka tunaikanlah hak jalan iaitu menundukan pandangan, menjawab salam dan bercakap (perkara-perkara) yang baik.”
2 - (2161) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ، حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ حَكِيمٍ، عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ أَبُو طَلْحَةَ: كُنَّا قُعُودًا بِالْأَفْنِيَةِ نَتَحَدَّثُ، فَجَاءَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَامَ عَلَيْنَا فَقَالَ: «مَا لَكُمْ وَلِمَجَالِسِ الصُّعُدَاتِ اجْتَنِبُوا مَجَالِسَ الصُّعُدَاتِ، فَقُلْنَا إِنَّمَا قَعَدْنَا لِغَيْرِ مَا بَاسٍ قَعَدْنَا نَتَذَاكَرُ وَنَتَحَدَّثُ» قَالَ: «إِمَّا لَا فَأَدُّوا حَقَّهَا غَضُّ الْبَصَرِ، وَرَدُّ السَّلَامِ، وَحُسْنُ الْكَلَامِ»
3 - (2161) Suwayd bin Sa’id menyampaikan kepada kami, katanya, Hafsh bin Maysarah menyampaikan kepada kami, daripada Zayd bin Aslam, daripada ‘Atha’ bin Yasar, daripada Abu Sa‘id al-Khudri, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Janganlah kalian duduk di jalan!” Para sahabat menjawab, “Wahai Rasulullah, kami hanya duduk di sini untuk berbincang-bincang.” Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika kamu tidak dapat elak melainkan duduk (di sini), maka tunaikanlah hak jalan.” Mereka bertanya, “Apakah hak jalan itu?” Baginda menjawab, “Menundukkan pandangan, membuang sesuatu yang berbahaya (di jalan), menjawab salam, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.”
3 - (2161) حَدَّثَنَا سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ بِالطُّرُقَاتِ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَنَا بُدٌّ مِنْ مَجَالِسِنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجْلِسَ، فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهُ» قَالُوا: وَمَا حَقُّهُ؟ قَالَ: «غَضُّ الْبَصَرِ، وَكَفُّ الْأَذَى، وَرَدُّ السَّلَامِ، وَالْأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ، وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ»
3 - (2161) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad al-Madani menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Muhammad bin Rafi’ menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Abu Fudayk menyampaikan kepada kami, daripada Hisyam bin Sa‘d, kedua-duanya meriwayatkan daripada Zayd bin Aslam dengan sanad ini.
3 - (2161) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَدَنِيُّ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ، عَنْ هِشَامٍ يَعْنِي ابْنَ سَعْدٍ، كِلَاهُمَا عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ.
Bab Hak Muslim ke atas Muslim yang Lainnya ialah Menjawab Salam
Bāb min Ḥaqq al-Muslim li al-Muslim Radd al-Salām
بَابُ مِنْ حَقِّ الْمُسْلِمِ لِلْمُسْلِمِ رَدُّ السَّلَامِ
4 - (2162) Harmalah bin Yahya menyampaikan kepada saya, katanya, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, katanya, Yunus mengkhabarkan kepada saya, daripada Ibn Syihab, daripada Ibn al-Musayyib bahawa Abu Hurayrah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima.” (Dalam sanad lain) ‘Abd bin Humayd menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Razzaq mengkhabarkan kepada kami, katanya, Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada Ibn al-Musayyib, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Lima kewajipan seorang muslim ke atas saudara muslimnya, (iaitu) menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.” ‘Abd al-Razzaq berkata, “Ma‘mar telah memursalkan hadis ini daripada al-Zuhri, dan beliau turut menyandarkan kepada Ibn al-Musayyib, daripada Abu Hurayrah.”
4 - (2162) حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنِ ابْنِ الْمُسَيِّبِ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ» ح وَحَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنِ ابْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَمْسٌ تَجِبُ لِلْمُسْلِمِ عَلَى أَخِيهِ: رَدُّ السَّلَامِ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ. قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ: «كَانَ مَعْمَرٌ يُرْسِلُ هَذَا الْحَدِيثَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، وَأَسْنَدَهُ مَرَّةً عَنِ ابْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ»
5 - (2162) Yahya bin Ayyub, Qutaybah dan Ibn Hujr menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Isma’il bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, daripada al-‘Ala’, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada enam.” Lalu baginda ditanya, “Apakah enam perkara tersebut wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Apabila awak bertemu dengannya maka berilah salam kepadanya. Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. Apabila dia meminta nasihat, berilah dia nasihat kepadanya. Apabila dia bersin lalu bertahmid, doakanlah semoga dia peroleh rahmat. Apabila dia sakit, kunjungilah dia dan apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya (ke kubur).”
5 - (2162) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ، وَابْنُ حُجْرٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ، عَنِ الْعَلَاءِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ» قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: «إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ»
Bab Larangan Memulakan Salam kepada Ahli Kitab dan Tatacara Menjawab Salam Mereka
Bāb al-Nahy can Ibtidāɔ Ahl al-Kitāb bi al-Salām wa Kayf Yarudd calayhim
بَابُ النَّهْيِ عَنِ ابْتِدَاءِ أَهْلِ الْكِتَابِ بِالسَّلَامِ وَكَيْفَ يُرَدُّ عَلَيْهِمْ
6 - (2163) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, katanya, Husyaym mengkhabarkan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah bin Abu Bakr, beliau berkata, “Saya mendengar Anas berkata, Rasulullah ﷺ bersabda,” (Dalam sanad lain) Isma‘il bin Salim telah menyampaikan kepada saya, katanya, Husyaym mengkhabarkan kepada kami, katanya, ‘Ubaydullah bin Abu Bakr mengkhabarkan kepada kami, daripada datuknya iaitu Anas bin Malik, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika ada dalam kalangan ahli Kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah, “wa’alaykum.”
6 - (2163) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسًا، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ح وحَدَّثَنِي إِسْمَاعِيلُ بْنُ سَالِمٍ، حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ، عَنْ جَدِّهِ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَقُولُوا وَعَلَيْكُمْ»
7 - (2163) ‘Ubaydullah bin Mu’adz menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada kami, (Dalam sanad lain) dan Yahya bin Habib menyampaikan kepada kami, katanya, Khalid bin al-Harits menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, Syu’bah menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Muhammad al-Mutsanna dan Ibn Basysyar menyampaikan kepada kami – lafaz hadis daripada mereka berdua – mereka berdua berkata, Muhammad bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, katanya, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya, saya mendengar Qatadah menyampaikan daripada Anas bahawa para sahabat Nabi ﷺ bertanya kepada Nabi ﷺ, “Sesungguhnya terdapat ahli Kitab memberi salam kepada kami, bagaimana kami hendak menjawabnya?” Baginda menjawab, “Ucapkanlah “wa’alaykum."
7 - (2163) حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، ح وحَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ حَبِيبٍ، حَدَّثَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ الْحَارِثِ، قَالَا: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ بَشَّارٍ - وَاللَّفْظُ لَهُمَا - قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: سَمِعْتُ قَتَادَةَ، يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ يُسَلِّمُونَ عَلَيْنَا فَكَيْفَ نَرُدُّ عَلَيْهِمْ؟ قَالَ: «قُولُوا وَعَلَيْكُمْ»
8 - (2164) Yahya bin Yahya, Yahya bin Ayyub, Qutaybah dan Ibn Hujr menyampaikan kepada kami, – lafaz hadis daripada Yahya bin Yahya. Yahya bin Yahya berkata, “Isma’il mengkhabarkan kepada kami” manakala perawi lain berkata, - Isma’il bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Dinar, bahawa beliau mendengar Ibn ʿUmar berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Apabila orang-orang Yahudi memberi salam kepadamu dengan salah seorang antara mereka berkata, “al-samu ‘alaykum (kematian bagi kalian).” Maka jawablah, “‘alayka.”
8 - (2164) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَيَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ، وَابْنُ حُجْرٍ - وَاللَّفْظُ لِيَحْيَى بْنِ يَحْيَى قَالَ: يَحْيَى بْنُ يَحْيَى: أَخْبَرَنَا وَقَالَ الْآخَرُونَ: - حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ دِينَارٍ، أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الْيَهُودَ إِذَا سَلَّمُوا عَلَيْكُمْ يَقُولُ أَحَدُهُمُ السَّامُ عَلَيْكُمْ فَقُلْ عَلَيْكَ»
9 - (2164) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada saya, katanya, ‘Abd al-Rahman menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada ‘Abdullah bin Dinar, daripada Ibn ʿUmar, daripada Nabi ﷺ dengan hadis yang sama dengannya, kecuali beliau berkata, “Maka kalian ucapkanlah, “wa ‘alayka.”
9 - (2164) وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ: «فَقُولُوا وَعَلَيْكَ»